Monthly Archives: October 2014

Keburukan Telefon Pintar (Smartphone)

Saya ada tulis entry mengenai Kebaikan Telefon Pintar (smartphone) sebelum ini. Anda boleh klik di sini untuk membacanya.

 

Keburukan Telefon Pintar (Smartphone)

 

Kali ini mari kita tengok apa pula keburukan telefon pintar kepada pengguna.

 

1) Melalaikan

Telefon pintar bakal melalaikan kehidupan seseorang. Jika tidak banyak, setidak-tidaknya kehidupan kita sebagai pengguna telefon pintar akan sedikit melalaikan.

Keasyikan melayan aplikasi yang menarik seperti aplikasi sosial dan videogame, kadang-kala membuatkan kita terlewat menunaikan solat, atau terlupa menyiapkan tugasan yang lebih penting di pejabat/rumah.

Cara atasinya: Pastikan kita siapkan perkara yang lebih utama dahulu pada waktu tersebut.

2) Membahayakan Keselamatan

Saya selalu terganggu semasa memandu – apabila kereta di depan tidak bergerak selepas lampu hijau menyala. Apabila di hon barulah tergesa-gesa tekan minyak. Apabila diperhati, ternyata pemandu tersebut leka menggunakan telefon pintar.

Tak kurang juga penunggang motosikal ‘tawaduk’ yang menunggang perlahan tidak kena pada tempatnya. Apabila dipotong, rupanya penunggang tersebut sedang menggunakan telefon pintar.

Amat berbahaya! Jika terlalu penting, hentikan kenderaan kita di tempat yang sesuai sebelum menggunakan gajet.

Keburukan Telefon Pintar smartphone IKXT_texting_and_driving_03

3) Menjauhkan Yang Dekat

Seperti yang saya terangkan pada perkara pertama di atas, kelalaian menggunakan telefon pintar boleh membuatkan kita secara tidak sengaja menjauhkan yang dekat. Kita lebih melayan ‘orang’ di dalam telefon berbanding dengan orang di sekitar kita.

Jika keterlaluan, orang akan melabelkan kita sebagai seorang yang sombong, atau pun anti-sosial.

Silaturrahim dengan orang di hadapan kita adalah lebih utama. Dan biasanya apabila kita berhubung dengan menggunakan telefon, kita akan faham apabila kita lambat mendapat respon. Mungkin ada sesuatu yang lebih penting bagi sahabat kita di sebelah sana.

4) Penyebaran Fitnah

Teknologi maklumat masa kini membuatkan ‘segalanya’ di hujung jari kita. Ya, segalanya. Yang baik, yang jahat, yang hangat, yang sejuk, dan segala-galanya.

Jika dahulu, untuk menyebarkan gosip, mungkin kita perlu menapak beberapa minit ke rumah kawan, atau menulis sepucuk surat dan menjilat satu-dua setem sebelum sesebuah info disebarkan. Tetapi kini, dalam beberapa saat, tanpa meninggalkan kerusi empuk kita, kita mampu menyebarkan maklumat kepada ribuan sahabat dan pengguna di seluruh dunia.

Jadi, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum kita sebarkan sesuatu. Apakah pahala yang kita bakal dapat, ataukah dosa yang akan mengisi buku amalan kita. Hanya satu sentuhan ringan pada sekeping Corning Glass akan menentukannya.

5) Merencatkan Pertumbuhan Kanak-kanak

Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa penggunaan gajet yang berlebihan akan membuatkan anak kecil terganggu pertumbuhannya. Sensor motor anak-anak yang sedang membesar akan terbantut apabila anak kita hanya berdamping dengan gajet sehari-hari.

Kan sepatutnya jari-jari kecil anak kita menerokai alam fizikal yang pelbagai, seperti mainan sebenar yang pelbagai saiz dan bentuk, makanan yang panas dan sejuk di dapur, haiwan yang ligat di ruang tamu kediaman, mahupun pasir, batu dan tumbuhan di depan rumah.

Tetapi bila segalanya dibuat, disalin dan dimasukkan ke dalam telefon pintar, apa yang anak kita dapat rasai hanyalah imej maya, dan semuanya dirasakan licin di skrin telefon. Inilah yang membuatkan anak kita kekurangan skil kemahiran hidup.

Keburukan Telefon Pintar kanak-kanak smartphone

 

6) Privasi Terganggu

Dengan menghubungkan kita dan segala maklumat kita di ruangan siber, bermakna maklumat kita boleh dicapai oleh orang asing – sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Kongsikan maklumat yang tidak membahayakan diri kita di internet.

Kurangkan berkongsi destinasi percutian yang akan kita singgahi esok. Kerana pemangsa akan tahu bahawa rumah kita akan kosong pada hari esok.

Keburukan Telefon Pintar (Smartphone)

 

 

Ini antara keburukan telefon pintar yang saya dapat fikirkan buat masa ini.

Jika anda punyai idea tambahan, marilah berkongsi dengan pembaca lain dengan menulis di ruangan komen di bawah.

 

Kongsi artikel ini jika anda rasakan ia bermanfaat. ^^

 

Sekian.

 

Saif Khalid

Usaha Ubati Kencing Manis

Ramai rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis (diabetes). Kalau tanya budak-budak pun mereka tahu penyakit kencing manis ni. Kata mereka, penyakit kena potong kaki. Budak-budak pun tahu kesan keburukan penyakit kencing manis. Inikan pula kita yang sudah dewasa.

Penyakit kencing manis boleh dikawal dengan cara berpantang. Amalan menjaga makan dengan betul mampu mengekalkan paras gula dalam darah.

Tetapi tak ramai yang dapat mengawal nafsu makan. Masing-masing takut nak mengubah gaya pemakanan yang telah diamalkan sejak kecil.

Pesan saya, berpadalah dalam menelan makanan kegemaran anda, lebih-lebih lagi yang memudaratkan kesihatan.

Rajin-rajinlah makan peria katak contohnya. Orang tua kata pahit itu ubat. Ya, petua itu memang benar!

Tapi kalau susah nak cari makanan sihat, antara alternatifnya ialah Vivix™. Vivix telah terbukti dapat membantu mengubati penyakit kencing manis.
Vivix ialah sejenis minuman botanik semulajadi yang selamat diminum hari-hari.

 

Bagaimana Vivix Bertindak?

 

1) Anti-penuaan tahap sel

Vivix melindungi dan membaiki sel-sel tubuh badan daripada serangan-serangan luar yang mampu merosakkan fungsi-fungsi sel.

2) Mengawal genetik

Melalui ujian klinikal, ramuan Vivix ditemui dapat mengaktifkan kawalan genetik yang melambatkan penuaan.

3) Menggalakkan pembentukan mitokondrion baru

Ini penting bagi pengeluaran tenaga sel-sel kita pada tahap optimum.

4) Merencatkan pembentukan protein AGE

Protein ini mampu merosakkan sel-sel tubuh badan. Ramuan resveratrol dari Anggur Muscadine dalam Vivix melambatkan pembentukan protein Advanced Glycation End Products (AGE).

Apa kata mereka?

 

vivix-testimoni

 

As you know, I am diabetic with all the problems that go along. One of my greatest fears is losing my legs as my grandfather lost his from diabetes. I suffered severe neuropathy in both my legs and feet. In addition to that, I had 3 stints put in my left leg last summer and was diagnosed with PAD. I was experiencing severe leg cramps nightly. Hardly a night went by when I wasn’t awakened by them and had to jump out of bed and walk around. This would happen several times a night. Since taking Vivix, I have not been awakened a single evening with a leg cramp. So wonderful! And I can feel my toes again. They no longer feel like wooden appendages down there. Bless Shaklee and Vivix! I now experience full nights of restful sleep.

 

– Cathi S. Lindall

 

 

kencing manis vivixVivix 150ml RM475. Tahan untuk sebulan.

 

Kita berusaha, Allah yang menyembuhkan.

Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Ubati Sakit Lutut dan Sendi

Anugerah Lutut

Dapat berjalan dengan baik adalah satu anugerah Allah yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Mungkin tak ramai yang menyedarinya. Tapi percayalah, kita akan menghargainya bila kita telah mula sakit lutut.

Kita akan menghargainya bila tak dapat berjalan jauh-jauh, tak dapat berjalan lama-lama, tak dapat berdiri lama-lama setempat. Bahkan nak duduk lama-lama pun membebankan.

 

Lutut kita perlu menganggung hampir keseluruhan berat badan kita. Jadi ‘engsel’ pada lutut kita perlu bekerja keras setiap hari.

Punca Sakit Lutut

Antara punca sakit lutut ialah;
– Badan besar
– Aktiviti lasak atau ekstrem
– Selalu membawa barang berat
– Kepala lutut lari
– Pernah membuat pembedahan lutut

 

Sakit lutut biasanya orang sebut cecair lutut berkurang.

Bahasa doktor pula menyebutnya sebagai tulang rawan (cartilage). Tulang rawan ini diselaputi cecair sinovial yang menjadi pelincir kepada pergerakan sendi, termasuk lutut.

Bila tulang rawan menyusut, maka tiada lagi pelincir atau kusyen kepada sendi-sendi kita.

 

Ubati Sakit Lutut

 

Sakit lutut boleh diubati dengan mengamalkan makanan yang dapat mengembalikan cecair sinovial pada sendi kita.

Bagaimana kita boleh mendapatkannya?

 

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Diadun dari ekstrak boswellia dan jagung, AJHT membantu anda;
– Menggalakkan pergerakan
– Meningkatkan fleksibiliti
– Maksimakan fungsi sendi dalam jangkamasa yang panjang
– Bergerak dengan selesa

 

Shaklee sendiri memberi jaminan anda akan merasakan perubahan dalam masa 5 hari.

Yakin, maka insyaAllah anda akan dapat hasil yang positif!

ubat sakit lutut dan sendi advanced-joint-health-nutrition

AJHT 60 tablet RM124

Omega Guard™

Dibuat dari minyak ikan terbaik, Omega Guard membantu anda memelihara fungsi sendi (arthritis) iaitu paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan.

Ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tulang rawan.

Juga mencegah arthritis, dan memelihara fungsi sendi dan gout dengan berkesan.

Bacaan lanjut tentang Omega Guard di sini.

Vitamin Anak Pintar Cerdas omega-guard-heart UBATI SAKIT LUTUT DAN SENDI

Omega Guard 90 kapsul RM136

Ostematrix

Sumber kalsium hebat dengan kadar penyerapan setinggi 99%.

Ini membantu menguatkan tulang, yang mana membantu kita mengurangkan sakit lutut dan juga tulang dan sendi lain.

Tepat dengan kegunaannya, Ostematrix bukan sekadar kalsium — tetapi formulanya lengkap dengan magnesium, fosforus, vitamin-D, zink, kuprum, manganese dan boron — membantu;
– Menguatkan tulang
– Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
– Pengalkalian tubuh
– Hindari tulang retak dan osteoporosis

ubati sakit lutut dan sendi oste-matrix-bones

Ostematrix 120 biji RM61

Saya sarankan pengambilan ketiga-tiga produk ini untuk kesan optimum.

Pemuliharaan tulang rawan oleh AJHT, dicampur dengan minyak ikan terbaik, dan struktur tulang diperkuat dengan Ostematrix — dengan izin Allah — sakit lutut kita bakal sembuh.

Set untuk ketiga-tiga produk ini berharga RM321. Jauh lebih murah berbanding kos pembedahan.

Hubungi kami untuk konsultasi PERCUMA.

Juga boleh klik link ini untuk pembelian segera secara online.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Berkesan ke suplemen?

Suplemen merupakan makanan tambahan. Bukan bermakna anda tak perlu makan makanan yang lain. Tetapi hanya perlu ambil suplemen sahaja ya. Mestilah jawapannya tidak!

image

Berkesan ke suplemen?

Suplemen adalah pelengkap nutrisi harian anda. Makanan asas yang lain perlu diambil untuk memberikan nutrisi kepada badan kita. Suplemen akan ‘topup’ mana-mana zat yang kurang dalam badan kita.

Ada yang bertanya. Berkesan ke suplemen ini? Boleh jamin ke berkesan?

Berikut adalah cara untuk memastikan suplemen yang anda ambil berkesan.

Berkesan ke suplemen?

1) Ambil suplemen yang bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi.
– jika anda mempunyai masalah sakit kepala, ambil suplemen yang dapat membantu mengurangkan sakit kepala anda. Jangan pula ambil suplemen untuk mengurangkan berat badan pula ya. 😉

2) Minum air kosong secukupnya.
– pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini dapat membantu penyerapan suplemen anda ke atas tubuh badan.

3) Cara makan yang konsisten.
– anda mestilah konsisten makan suplemen anda. Pastikan anda tidak skip ye mengikut jadual.

4) Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein.
– jika anda mengambil minuman yang berkafein selalu, ianya akan menggangu kadar penyerapan suplemen anda.

Tips Merancang Perjalanan

Tips Merancang Perjalanan

 

Kali ini kami akan kongsikan cara kami merancang perjalanan.

Perjalanan yang kami maksudkan adalah perjalanan balik kampung untuk beberapa hari bersama keluarga dan menaiki kenderaan sendiri.

Kepada yang berjalan menaiki kenderaan awam seperti kapal terbang, bas, keretapi, juga dialukan untuk teruskan membaca. Mungkin ada beberapa point yang relevan untuk anda.

 

tips rancang perjalanan

 

Persediaan Sebelum Perjalanan

 

Periksa kenderaan

Ini adalah antara persediaan terpenting dalam sesebuah perjalanan. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik. Servis kereta jika telah tiba waktu/batuan yang ditetapkan.

Servis kereta dapat pastikan keselamatan perkara yang tidak biasa dilakukan orang kebanyakan seperti minyak enjin, timing belt, brek, piping, air-cond, dan lain-lain.

Juga periksa perkara berikut;

Angin tayar sesuai dengan tanggungan. Lihat label di sebelah pintu pemandu (yang telah dibuka), ataupun di dalam buku manual.
Air wiper diisi penuh. Sangat membantu ketika keadaan berhabuk atau ketika cermin depan terkena kotoran yang mengganggu pemanduan.
Ruang kabin kereta dibersihkan dari sampah, habuk. Objek yang tidak diperlukan boleh disimpan dalam boot. Vacuum kerusi, lantai, konsol & dashboard. Ini akan meningkatkan keselesaan anda sekeluarga sepanjang perjalanan.

tips merancang perjalanan

Pakaian yang akan dibawa

Minimumkan helaian pakaian yang dibawa. Perjalanan balik kampung biasanya tidak perlukan set pakaian yang banyak, kerana kita boleh cuci pakaian di rumah orang tua dengan mudah.

Lipat dan gulung baju kecil-kecil supaya senang dimasukkan ke dalam beg, dan senang untuk dikeluarkan satu per satu tanpa merosakkan lipatan baju yang lain!

Ia juga menjimatkan ruang. Tiada ruang dalam beg yang dibazirkan. Tip ini berguna jika anda menggunakan beg jenis kotak keras.

 

tips merancang perjalanan

Bagaimana kita boleh pastikan tiada benda penting tertinggal?

Bayangkan dan cuba ingati perbuatan harian kita, dari pagi hingga kita tidur. Apa yang kita buat hari-hari.

Maka kita akan dapat ingati satu per satu benda yang perlu dibawa seperti pengecas telefon bimbit, berus gigi dan segala adik-beradiknya, tali pinggang, sikat rambut, dan lain-lain.

Ketika Perjalanan

Amalkan membaca doa menaiki kenderaan. Dari surah Az-Zukhruf, ayat 13 dan 14. Dekat atau jauh, walaupun hanya pergi membeli nasi lemak pagi-pagi di depan taman, amalkan doa tersebut.

tips merancang perjalanan AzZukhruf13-14

“Maha suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

Ini antara tanda adakah kita bersyukur kepada nikmat Allah yang memberikan kemudahan dalam kita bermusafir. Bayangkan kita bermusafir berjalan kaki. Tentu meletihkan dan memakan masa yang sangat panjang!

Dengar hiburan yang membuatkan anda tidak mengantuk. Tak kisahlah apa pun jenis muzik, asalkan anda tidak terhuyung-hayang ketika memandu. Kerana jika kemalangan, anda bakal melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

Tips Merancang Perjalanan brain-map

Pengalaman saya, perkara yang membuatkan saya tidak mengantuk, saya akan membaca Al-Quran. Sudah tentu melalui hafalan saya. Jangan melihat mushaf Al-Quran atau smartphone ketika memandu. Walaupun niat itu bagus, tapi ia mengundang bahaya kepada anda dan kepada orang lain.

Ketika mengulang hafalan, otak kita akan menjadi cergas. Sel-sel otak berhubung dengan bantuan DHA. Eh macam iklan susu tepung pula. Bacalah apa sahaja ayat Al-Quran yang pernah anda hafal. Surah pendek atau pun yang panjang.

Tapi pastikan cara ini dibuat ketika anda tidak terlalu letih, kerana ia boleh mengundang bahaya. Sekurang-kurangnya pada pengalaman saya.

Jika anda ingin memantapkan hafalan, boleh pasangkan CD bacaan Al-Quran ketika memandu. Anda boleh menghafaz dalam minda separa sedar.

 

(Selepas) Perjalanan

Kemas rumah sebersih-bersihnya dan sekemas-kemasnya sebelum perjalanan.

Pastikan perkara ini telah dibuat;

– buang sampah
– cuci pinggan mangkuk
– kemas dapur
– tiada makanan dibiar atas meja
– kemas seluruh ruang rumah
– bersihkan halaman rumah
– tutup pintu dan tingkap dan langsir

Kesemua ini akan memastikan anda pulang ke rumah dengan perasaan yang indah. Anda disambut oleh rumah yang kemas. Yelah, letih memandu berjam-jam. Anak-isteri yang tidak memandu juga tidak kurang penatnya. Jika disambut oleh rumah yang bersepah, bersepah jugalah minda kita nanti.

Setibanya anda di rumah, sebelum rehat, minum air kosong dahulu segelas dua.

Selamat beramal!

 

Kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah ya! Kami akan hargai. ^^

1 2 3 4 7