Monthly Archives: October 2014

Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)

Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)

Zaman 2014 ni kalau siapa yang tak ada smartphone memang sedikit janggal. Malah, kadang-kadang malu bila telefon berdering nak jawab kerana masih menggunakan Nokia 3310 lagi. 🙂 Orang lain swipe screen. Kita masih menekan keypad dengan sepenuh hati. Hehe.

Kami suami isteri pun baru beberapa bulan menggunakan smartphone. Sebelum ni memang guna handset murah saja. Disebabkan desakan perniagaan, kami terpaksa menggunakan smartphone bagi memudahkan lagi urusan perniagaan kami.

Selama beberapa bulan ni, banyak kebaikan smartphone yang kami dapat. Tak lupa juga, ada keburukan smartphone yang sukar dibendung.

 

Kebaikan Dan Keburukan Telefon Pintar (Smartphone)

 

Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)

1) Aplikasi yang menarik

Smartphone mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi yang membantu kita menguruskan waktu dengan baik, mengira kalori makanan dan banyak lagi.

 

apps smartphone

2) Menghubungkan yang jauh

Dengan adanya smartphone, kita dapat berhubung dengan shabat handai, adik-beradik dengan lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di mana kita berada. Dengan syarat, kenalah ada internet ye. 🙂

 

facetime

3) Info yang cepat

Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju sahaja. Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di sesuatu tempat, kita boleh google atau tanya sahaja di group whatsapp atau telegram. Pasti ada yang menjawab. Memang pantas!

 

whatsapp google

4) Mudah ke mana-mana

GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS coordinate dan kita dapat terus ke tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan guna GPS pun sesat ye. GPS—>Guna Pun Sesat. Hehe.

gps

5) Alat hiburan

Bagi mereka yang sukakan muzik, mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan menggunakan smartphone. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghiburkan hati dengan bermaian games yang terdapat dalam smartphone. Cumanya, kita jangan terlalu lalai dengan games dan lagu sampai melewat-lewatkan solat plak ye. 😉 Berpada-padalah.

 

candy crush

 

 Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone) 

Telefon pintar sangat membantu kehidupan seharian kita. Sebagai manusia, kita perlu bijak menggunakannya. Jangan disalah guna pula. Buruk padahnya. InsyaAllah kami akan kongsikan nanti Keburukan Telefon Pintar pula di lain entry. Stay tuned~~

 

Punca Bayi Menangis

 

Punca Bayi Menangis

Bayi akan menangis atas setiap perkara.

Kenapa? Mudah saja, sebab bayi tak pandai berkata-kata. ;P

 

dodoi anak - punca bayi menangis

 

Kadang-kadang ibubapa muda tertekan bila anak kecil menangis tak henti-henti, dan tak tau dah nak buat apa. Termasuklah saya. Hehe.

 

Bagi susu sudah, salin lampin sudah, dodoi sampai tersengguk pun sudah.
Jam pula menunjukkan pukul 3 pagi. Si comel tak dapat nak tidur lagi.

“Baby nak apa ni….?? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.”

Siapa pernah lalui saat sebegini?

 

Jom kita tengok apa antara punca bayi menangis.

 

punca bayi menangis

 

1. Lapar

Anak kecil selalunya menangis sebab lapar. Lagi-lagi bayi baru lahir.
Kalau ada bunyi pertama “Ek” dari anak yang terjaga dari tidur, maknanya dia nak susu. Kalau lambat sikit, akan bunyi panjang sikit, “Eeek”. Lambat lagi bunyi “Uh oh uh oh”. Kalau tak bagi susu juga, jawabnya “Uwaaaa!”
Jangan tunggu sampai last warning baru terhegeh-hegeh nak bagi susu.
Yang terbaik? First “eh” berbunyi je terus bagi nenen. InsyaAllah anda akan selamat.

 

2. Lampin Penuh

Punca terbesar kedua baby menangis adalah sebab lampin sudah penuh. Ataupun tahi telah bertapuk di celahan buntut si comel. Saya sendiri di awal zaman keibubapaan kadang-kadang terlupa nak periksa lampin bila anak merengek.

Dah lama cuba tenteramkan anak, sampai dah tak larat, baru teringat nak tengok lampin.

Lepas salin je terus anak diam. Fuh.
“Kan bagus kalau awal-awal dah tau nappy baby full.”

 

3. Kembung Perut

Kedua-dua anak kami sensitif dengan perut/angin. Kalau tak sapu atau terlupa sapu minyak angin, maka bersedialah untuk berjaga malam. Petang-petang atau malam, setiap kali salin lampin, wajib sapu minyak angin.
Tapi tak semua bayi macam ni. Kami pernah jumpa bayi yang tak kembung-kembung pun perutnya. Walaupun tak disapu minyak.
Jadi kalau si manja merengek, cuba periksa perutnya, kembung atau tidak.

Caranya? Cuma jentik dengan lembut perut bayi. Atau letakkan satu jari di perut bayi, dan tepuk jari tersebut dengan jari lain. Kalau bunyi macam tin kosong bermakna bayi kembung la tu.

Atau cara lain yang saya pernah diberitahu, tengok ubun-ubunnya. Kalau berdenyut bermakna bayi kembung perut.

Kepada yang sensitif tu, rajin-rajinlah sapu minyak. Baca entri kami yang lepas tentang kembung perut.

 

4. Gangguan ‘Makhluk Halus’

Nyamuk sangat sukakan bayi. Kebanyakan ibubapa akan kelambukan anak kecil supaya tidak diganggu nyamuk atau pun makhluk halus lain. Lepas kelambu, intai ke dalam kelambu, supaya tiada nyamuk yang terlepas ke dalam kelambu.

 

5. Nak Mendampingi Ibu

9 bulan duduk dalam perut.

9 bulan dekat dengan jantung ibu, dengar setiap degupan jantung ibu.

9 bulan di alam rahim.

Lepas berjaya keluar ke alam dunia, sudah pasti si kecil akan rindukan saat bersama ibunya.

Kadang-kadang bila si ibu angkat je anak yang menangis, terus senyap. Ketenangan dirasa. Gembira sungguh!

Jangan pula ada yang berkata begini, “Ha, manjakanlah anak awak tu.”

Bukanlah nak memanjakan anak. Tapi masa kecillah anak perlukan perhatian ibu, supaya kekuatan dalaman, dan keyakinan si anak dapat dipupuk. Anak sewaktu kecil bukanlah waktunya untuk diajar berdikari.

Jadi kalau ada anak menangis, cuba dukung dan dodoi anak. Kalau tak berjaya, periksa punca 1-4 di atas. 🙂

 

Apa kata anda?

Kalau ada punca lain, rajinkan jari mengomen di bawah ya.

 

Selamat mengasuh anak!

 

-SaifKhalid-

Kulit Bayi Ekzema. Anda Wajib Cuba Ini.

 

Kulit Bayi Ekzema

 

Saya kesian bila tengok anak kecil mengalami ekzema. Apatah lagi bayi.

Ekzema membuatkan kulit jadi kering dan gatal-gatal, merekah.

Ada yang sampai merah-merah dan berair, sebab kuat sangat garu.

 

Kulit Bayi Ekzema

 

Kalau dah teruk sangat, tak dapat tahan, terpaksalah guna krim yang bersteroid.

Penggunaan krim steroid sangatlah perlu dipantau dan digunakan dengan cara yang betul. Kerana ia akan menipiskan kulit.

 

Rawatan untuk Kulit Bayi Ekzema

Umumnya rawatan dari klinik dan hospital untuk ekzema adalah dengan menyapu krim seperti emolien, krim, salap, atau krim rendah steroid.

Saya di sini ingin mmeperkenalkan kepada anda sejenis krim yang terbukti dapat mengurangkan ekzema.

Krim yang selamat, semulajadi, dan selalu habis stok disebabkan kepopularan dan kemujarabannya.

Apakah ia?

 

… Herbal Blend Multipurpose Cream

 

Selamat dan berkesan. Secara semulajadi.

 

Testimoni Ekzema Herbal Blend Shaklee

 

Selain itu, Herbal Blend Shaklee ini juga digunakan secara meluas oleh ibu-ibu di Malaysia ini.

Antara manfaatnya, dapat melegakan;

  • Masalah gatal -gatal
  • Gigitan nyamuk dan serangga
  • Melecur terkena air panas
  • Tumit kaki merekah
  • Buku lali keras dan berkuping
  • Bayi menghidap ruam
  • Kulit badan kering dan berdebu? Boleh dijadikan lotion harian.

 

Krim ni untuk bayi sahajakah?

Kalau dah kulit bayi pun selamat, orang dewasa apatah lagi. 🙂

Pakcik makcik, abang kakak boleh cuba krim ini tanpa was-was.

Rasai perbezaannya.

 

 

Inilah rupa paras Herbal Blend yang digembar-gemburkan.

 

Herbal Blend Shaklee

Berapa harganya? Cuma RM27.50.

Boleh dapatkannya di sini secara online. Klik.

Atau hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut. Whatsapp/SMS/Call.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Sebagai seorang ibu muda, saya risau juga bila berfikir mengenai Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur. Saya sendiri agak memilih sayur untuk dimakan. Hehe.. Bagaimana pula nak mengajar anak untuk makan semua sayur kan? 🙂 Saya ada cerita mengenai Khadijah yang makan sayur di sini —> klik

Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang tak memilih bab makan! Dan dia juga kaki makan sayur. Kalau saya memilih, akan kedengaran suara yang menyuruh saya mencuba juga sayur tersebut, Setakat ini, saya rasa pencapaian saya semakin meningkat dalam bab makan sayur tanpa memilih! Syabas!

 

Antara tips yang dapat saya kongsikan adalah :

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

 

1) Cuba pelbagai jenis sayur

Jika hari ahad kita masakkan sayur bayam. Hari isnin kita masak sayur petola pula. Dan seterusnya hari-hari lain dengan jenis sayur yang berbeza. Secara tak langsung anak-anak pun dapat kenal pelbagai jenis sayur. Mungkin ada yang dia tak suka dan yang dia suka. Kita dapat bantu dia makan sayur lagi selepas ini.

 

sayur

2) Pelbagaikan cara masakan

Jika sayur yang kita masak tak sesuai di buat sup, kita boleh gorengkan atau celur atau lain-lain cara yang bersesuaian. Tengok juga anak kita suka masakan yang bagaimana. Jika anak kita suka kari, kita masukkan sayur dalam kari tersebut. InsyaAllah dia akan makan.

kari

 

3) Makan sayur di depan anak-anak

Anak-anak akan ikut apa yang ibu ayah dia lakukan. Betul tak? Baik dari segi percakapan, perbuatan dan cara kita berpakaian. Semua anak nak tiru. Jadi, bab makan sayur ni, kita kena jadi contoh tauladan. Jangan kita menyuruh saja anak-anak tapi kita sendiri tak makan pun sayur tersebut. Mana mungkin anak-anak akan ikut kita.

makan

 

4) Kreatif!

Pernah dengar bento? Orang Jepun selalu buat bento ni. Mereka akan decorate makanan anak mereka dengan comel sekali! Nak makan pun tak sampai hati sebab terlalu comel! 🙂 Kita jadilah seorang yang kreatif. Potong sayur dan hiaskannya dengan corak yang menarik dan beri kepada anak untuk dijadikan bekal ke sekolah. Anak-anak mesti sukakannya! Silap haribulan, kawan anak kita pun makan makanan anak kita.

bento

 

5) Memberitahu kebaikan sayur

Sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa mendidik anak kita bahawa sayur mempunyai banyak kebaikan. Jika anak tidak suka memakan sayur, ceritakan kepada mereka khasiat dari sayur yang dapat memberi kesihatan yang baik kepada mereka. Sentiasa memberi galakan kepada mereka untuk memakan sayur. Contohnya, kalau makan sayur, nanti adik jadi kuat! Ini antara kata-kata perangsang untuk anak-anak makan sayur.

makan sayur

 

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Anda semua boleh cuba tips Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur yang saya kongsikan ini. Kalau tak cuba, tak tahu ye dok? 😉

 

5 Tips Diet Berkesan

Tips Diet Berkesan

 

Anda pernah cuba berdiet dan berhenti terhenti di tengah jalan?

Jangan risau. Ini bukan perkara asing.

Tapi bukanlah saya nak anda berhenti diet.

Cuba lagi! Cuma mungkin anda masih belum jumpa cara yang betul.

 

Cara Diet Yang Berkesan

 

Dapat kurangkan berat badan adalah satu perkara hebat. Dan untuk mendapatkan sesuatu yang hebat bukanlah mudah. Kita perlukan ilmu yang mencukupi untuk mengharunginya ke garisan penamat.

Dan dalam kes diet, kita harus konsisten hingga kita berjaya menurunkan berat badan kepada satu target yang telah ditetapkan.

 

Cara Diet

Umum mengetahui cara diet adalah seperti berikut; kurangkan makanan berkanji, elakkan gula tambahan dalam makanan atau minuman, elakkan lemak haiwan, lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam menu, dada ayam, dan lain-lain.

 

Antara lain tips yang ingin saya kongsikan di sini¹;

1. Makan sayur untuk membantu rasa kenyang

2. Minum banyak air kosong

3. Jauhkan makanan yang menggiurkan dari rumah anda

4. Sibukkan diri – jangan makan hanya kerana anda bosan tak tahu nak buat apa

5. Duduk di meja dan makan dari pinggan. Jangan menatap dan makan depan peti sejuk

6. Jangan langkau waktu makan

 

 

Tips Diet Yang Menentukan Anda Berjaya Atau Gagal

 

Daripada cara-cara di atas, berikut adalah kunci utama yang menentukan anda berjaya atau gagal dalam berdiet (baca: menurunkan berat badan).

 

1. Ambil tahu tentang kalori

Kekurangan kalori tak kurang bahayanya berbanding terlebih kalori. Jika kita tidak dapat kalori mencukupi, badan kita akan menganggap makanan tidak mencukupi. Badan kita akan menyimpan setiap kalori sebagai lemak kerana ia tidak mengetahui bila lagi badan akan mendapat makanan. Ini adalah musuh kepada diet.

Sesetengah orang faham bahawa bila kita mengurangkan kalori dalam tempoh yang cukup lama, kita akan turun berat. Mungkin berat badan akan turun, tapi bukanlah lemak kita yang berkurangan, tetapi otot dan tisu organ dan dileraikan untuk mendapatkan nutrien. Ini akan menjejaskan kesihatan kita.

Tips Diet Berkesan

2. Makan sedikit tapi kerap

Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih berkesan dari makan 1-2 kali sehari dalam kuantiti yang banyak. Ya, ini telah terbukti berkesan!

Logik dia adalah bila kita langkau waktu makan, kita akan rasa sangat lapar. Ini membuatkan kita akan makan dengan banyaknya. Susah nak slim kalau macam ni.

Tips Diet Berkesan

 

3. Jika anda seorang yang aktif, karbohidrat adalah penting

Anda pernah jumpa orang berdiet yang kelihatan letih dan goyah? Mereka mungkin berdiet dengan cara high-protein, high-fat, dan karbohidrat dilarang sama sekali.

Karbohidrat adalah sumber utama tenaga bagi badan kita, dan ia menentukan mood anda.

Jika anda jenis yang hanya bekerja di meja dan tak pernah bersenam, mengurangkan karbohidrat adalah cara yang baik. Tetapi jika anda seorang yang selalu beriadhah, bersukan atau bekerja keras, anda perlukan karbohidrat!

Pilih karbohidrat yang kompleks. Pilih tepung whole grain berbanding bleached atau tepung yang telah diproses.Tips Diet Berkesan

 

4. Usah timbang berat badan setiap hari, atau lebih dari sekali dalam sehari

Gunakan penimbang yang sama dan waktu yang sama untuk timbang berat badan. Anda boleh memilih untuk membuat jadual menimbang seperti menimbang sekali seminggu, pada hari yang sama, dan pada waktu yang sama. Atau anda juga boleh memilih untuk menimbang selepas aktiviti tertentu seperti selepas bersukan atau selepas membuang air besar. Anda tentukan sendiri, dan istiqamahlah!

Berat seseorang boleh naik atau turun sehingga 2 kg dari hari ke hari. Dan bila anda melihat penimbang menunjukkan anda lebih berat 2 kg dari semalam, memang akan MENGHAMPAKAN. Anda wajib elakkannya.

Tips Diet Berkesan

 

5. Boleh kalau nak mengelat, tapi jangan berlebihan

Orang yang mengelat ketika berdiet selalunya akan mengulanginya lagi dan lagi. Sesetengah orang mempunyai makanan ‘rahsia’, di mana dia akan makan apa sahaja, sebanyak mana yang termampu, sekali seminggu.

Ada juga yang mengelat dengan membenarkan kuantiti kalori tertentu dimakan setiap hari misalnya jajan, snek, atau kek coklat.

Selagimana nafsu mengelat itu dapat dikawal pada kuantiti tertentu, anda sebenarnya masih boleh meneruskan diet anda. Apa yang mengujakan, ramai yang mendakwa dapat menurunkan berat badan lebih cepat dengan adanya ‘makanan mengelat’ tersebut. ^_^

Tips Diet Berkesan

Sekian.

Saya sudahi dengan ucapan selamat maju jaya! Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

¹ Dawn Jackson Blatner, The Flexitarian Diet.

1 2 3 4 5 6 7