Monthly Archives: November 2014

Anak Batuk Selsema Kahak

 

Anak-anak kecil mudah diserang demam, batuk, selsema dan kahak.

Apatah lagi bila anak bergaul dengan kawan di taska yang beringus dan sebagainya.

Jika antibodi anak kita lemah, maka mudahlah dijangkiti virus-virus tersebut.

 

Selsema dan batuk dijangkiti melalui udara – bila orang berdekatan anda batuk atau bersin. Juga melalui sentuhan – sama ada melalui tangan, tuala atau apa sahaja alat yang digunakan oleh orang yang sedang batuk selsema.

 

Langkah Hindari Virus Batuk Selsema

 

Secara asasnya, kita boleh hindari (atau kurangkan risiko dijangkiti) batuk selesema dengan amalan berikut;

1) Kerap bersihkan tangan. Juga boleh guna sanitizer.

2) Gantikan sapu tangan dengan tisu. Hingus yang dilap terus dibuang ke dalam tong sampah.

3) Usah kongsi – minuman, makanan, mahupun barangan peribadi.

4) Banyakkan minum air kosong.

5) Rehat yang mencukupi. Badan yang kurang rehat lebih mudah dijangkiti virus.

 

 

Anak Batuk Selsema Kahak. Apa Patut Saya Buat?

 

Ubatan yang kita ambil di hospital atau farmasi kebanyakannya bersifat menghilangkan simptom.

Antaranya melegakan hidung yang tersumbat, mencairkan kahak, dan mengurangkan rasa sakit tekak akibat batuk.

Tetapi selagi antibodi tidak ditingkatkan, maka lambatlah batuk selsema dan kahak kita hilang.

Bagaimana nak tingkatkan antibodi? Kami syorkan Omega Guard™. Bahan utamanya dari minyak ikan sangat serasi dengan tubuh badan manusia untuk menguatkan kekuatan dan ketahanan dalaman kita.

 

omega guard shaklee UBATI asma asthma SAKIT LUTUT DAN SENDI Vitamin Anak Pintar Cerdas demam batuk selsema kahak selesemaSebotol Omega Guard, 90 biji, RM136.

 

 

Feedback pengguna Omega Guard ini sangat memberangsangkan.

Induced Wheeze Omega Guard Selsema Anak Omega Guard Batuk Kahak SelsemaSelsema Batuk Eczema Acute Bronchitis Bebas NebulizerSelsema Gout Gatal Omega Guard Bersin Selesema

Untuk pengetahuan anda, bulan ini Shaklee mengadakan promosi Omega Guard!

Bukan satu tapi dua promosi!

 

1) Beli 6 botol percuma 1. Dengan pembelian set ini, anda akan mendapat;

» PERCUMA membership Shaklee seumur hidup. Berharga RM65.
» Penghantaran PERCUMA.
» Cashback pada 13hb bulan depan ^^
» E-book PERCUMA – Cara Makan Vitamin Dengan Betul. Khas untuk anda bila beli set ini dari kami.

Promosi promotion Shaklee Nov november 2014

 

2) Beli 2 botol dan dapat 5% diskaun. Maknanya anda membeli dengan harga RM129.20 sebotol. Anda berjaya JIMAT RM13.60!

OmegaGuard promo2 public

.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut, pembelian dan khidmat nasihat PERCUMA.

 

Sekian.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma (Asthma)

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma (Asthma)

Keluarga saya memang ramai yang menghidap asthma ini. Macam saya sendiri, 2 tahun sekali baru asthma. Ada lah masa-masa tertentu yang saya diserang asthma. Banyak faktor yang boleh menyebabkan saya asthma. Antaranya kalau saya bau ubat nyamuk, semburan aerosol dan jika tidur dengan memasang aircond. Memang boleh buat saya rasa lelah esok paginya.

Kita orang dewasa mungkin dapat mengawal rasa lelah kita. Tapi kalau kanak-kanak yang lelah, kasihan sangat. Yang pasti mengikut sejarah keluarga saya. Akan selalu ke klinik untuk nebulizer (neb). Pengalaman saya, kalau anak-anak yang masih kecil memang menangis-nangis apabila di neb. Allah… luluh rasa hati tengok.

 

neb

.

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma (Asthma)

Antara cara yang boleh membantu bagi mencegah lelah atau asma ini adalah :

1) Elakkan anak-anak kita dari makan makanan yang boleh menyebabkan batuk. Sebab bila batuk yang berlarutan, boleh menyebabkan lelah.

2) Rawatan tradisional. Gamat dikatakan dapat mengubati lelah. Saya syorkan anda merujuk pengusaha gamat untuk dapatkan maklumat dan cara yang betul untuk merawat asma. Juga boleh ikhtiar dengan memakan hati unta.

3) Nebulizer – Neb memang sangat diperlukan bila diserang asthma. Cepat-cepat bawa anak anda ke hospital atau klinik berdekatan.

4) Fish Oil. Minyak ikan Shaklee dinamakan Omega Guard™. Ramai yang telah amalkan dan telah dapat mengurangkan asma.  Bacaan lanjut mengenai Omega Guard di sini.

UBATI asma asthma SAKIT LUTUT DAN SENDI Vitamin Anak Pintar Cerdas omega-guard-heartSebotol OmegaGuard 90 softgel berharga RM136.00

 

Ini beberapa feedback daripada mereka yang mengamalkan Omega Guard.

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penat Cara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penatCara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penat Cara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penat

.

 

Kebetulan bulan November ni Shaklee mengadakan promosi Omega Guard™. Bukan satu tapi dua promosi!

1) Beli 6 botol percuma 1. Dengan pembelian set ini, anda akan mendapat;

» PERCUMA membership Shaklee seumur hidup. Berharga RM65.
» Penghantaran PERCUMA.
» Cashback pada 13hb bulan depan ^^
» E-book PERCUMA – Cara Makan Vitamin Dengan Betul. Khas untuk anda bila beli set ini dari kami.

Promosi promotion Shaklee Nov november 2014

2) Beli 2 botol dan dapat 5% diskaun. Maknanya anda membeli dengan harga RM129.20 sebotol. Anda berjaya JIMAT RM13.60!

OmegaGuard promo2 public

.

Untuk maklumat lanjut, atau ingin membuat pembelian, hubungi kami segera. Jangan malu-malu. Kami sedia membantu anda. 🙂

 

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

 

Bab uruskan pakaian di rumah adalah antara kegemaran saya di rumah.

Basuh – sidai/jemur – angkat – lipat.

Rasanya hampir setiap hari saya sidai dan angkat pakaian di rumah.

Siapa-siapa yang lalu depan rumah memang akan nampak si suami ini sidai baju pagi-pagi dan angkat baju petang-petang.

Tengahari pun kadang-kadang ada – sebab nak oter mana-mana kain – dan juga terbalikkan kain.

Tak tahulah kalau ada yang kata “isteri dia queen control” ke apa.

 

Motivasi saya cuma satu – Nabi kita jahit sendiri baju dan kasut yang rosak terkoyak.

Nabi Muhammad sangat membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Jadi setakat basuh baju, jemur kain, sidai baju, angkat baju, lipat baju semua tu apalah sangat.

 

Minat Perlu Dipupuk Sejak Kecil

 

Saya dilatih oleh ibubapa supaya rajin buat kerja rumah sejak kecil.

Mempunyai keluarga yang agak besar – 9 beradik – kami dilatih agar berdikari.

Masing-masing diajar supaya lipat baju masing-masing dan susun sendiri baju di dalam almari. Kami selalu membantu ibu sidai baju di jemuran. Yelah, takkan nak harapkan ibu sidai semua kain baju kami yang ramai ni. Lipat baju pulak berapa bakul dah.

Alhamdulillah tabiat itu kekal sehingga kini. Dan sekarang saya selalu bawa Khadijah sidai baju sama-sama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?

 

 

Jadi atas minat yang mendalam ini (Ya saya enjoy sidai baju pagi-pagi ^^), saya banyak belajar teknik bagaimana menyidai kain agar cepat kering.

Ya, matlamat saya ketika menyidai pakaian ialah harus cepat kering! Saya bukan sekadar sidai baju sebab orang lain pun sidai baju, tetapi sidai bagi cepat kering.

Sebab iklim Malaysia kan panas dan lembap sepanjang tahun. Bila-bila masa pun boleh hujan. Dan jika panas sepanjang hari dan tak hujan, pakaian perlu diangkat awal.

Kenapa? Sinaran matahari yang terik akan membuatkan jangka hayat pakaian kita pendek. Pakaian akan lebih cepat luntur warnanya dan lebih cepat mereput.

 

 

Strategi Menyidai Kain

 

Sidai kain juga harus ada strategi. Kerana bila-bila masa boleh hujan.

Kecualilah anda punyai satu sistem bumbungkan-pakaian-secara-automatik-apabila-hujan. Hehe..

 

Bagaimana kain mengering di ampaian?

Pengetahuan saya dalam bidang Heat Transfer amat bermakna bagi saya dalam hal ini. Saya pelajarinya di tahun kedua dalam Mechanical-Automotive Engineering di universiti.

Siapa kata universiti tak ajar cara sidai baju? 😉

1) Bahang panas cahaya matahari

Mendapat cahaya matahari secara terus adalah antara satu bonus dan nikmat Allah di bumi Malaysia ini.

Saya gunakan tenaga haba ini untuk mengeringkan kain dengan efektif. Pastikan bahagian tebal pakaian dihalakan ke-luar, menghadap matahari secara terus.

Kolar dan poket seluar yang tebal dipusing ke arah cahaya matahari.

2) Angin yang bertiup

Di kala cahaya matahari tidak kuat, kita lebih bergantung kepada tiupan angin dalam mengeringkan pakaian. Angin yang kering akan mengeringkan baju secara perlahan-lahan.

Pastikan pakaian diangkat sebelum malam walaupun masih belum kering sepenuhnya. Sebaiknya pukul 6 tu dah angkat kain di jemuran. Sebab angin malam adalah lembap. Jika kita sidai sampai ke esok pun, pakaian akan tetap lembap.

Membiarkan pakaian lembap dalam masa yang lama boleh membuatkan baju dihinggap tahi lalat. Jadi jika ada ruang di dalam rumah, bawa masuk pakaian di waktu malam. Pakaian akan lebih cepat kering!

Bagi memanfaatkan kedua-dua point di atas, perkara berikut harus diambil berat:

— Pakaian tidak berlipat.

— Lengan baju didepakan. Supaya ketiak baju lebih cepat kering.

— Gunakan tali/dawai semaksima mungkin

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah dua tali dawai

Gunakan tali penyidai semaksima mungkin

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain

Tips: Silangkan baju antara tali-tali. (Rujuk gambar atas) Jika tidak, baju akan merapat sebegini.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah kain berlipat

Leraikan kain yang berlipat

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah legakan ketiak

Terbalikkan baju dan legakan ketiak – kawasan yang lambat kering.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah poket tebal keluar

Keluarkan poket untuk seluar yang tebal.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain di payung

Gunakan dua kaki payung untuk kering lebih cepat. Juga pusing pinggang seluar ke bahagian luar.

 

 

Cara Lipat Baju Anak Kecil

 

Saya terbaca cara ini beberapa ketika dahulu, dan saya rasakan cara ini sangat bagus. Kenapa saya katakan bagus?

> Tak hilang pasangan baju dan seluar

> Lebih senang ambil dari almari

> Cantik di pandangan

Jom kita saksikan bagaimana.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah lipat dua seluar

Seluar dilipat dua.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Letakkan baju di atas seluar.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah siap lipat baju dalam seluar

Lipat seluar dan SIAP!

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah susunan baju muhammad khadijah

Susunan baju kakak Khadijah dan adik Muhammad.

 

Tips: Jika seluarnya jenis kecil, seluar akan berada di dalam baju. Dan jika seluarnya besar/panjang, seluar itu akan membungkus baju.

 

Itu saja buat kali ini.

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ia bermanfaat. ^^

 

Saif Khalid

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Sebelum bersalin, ada banyak persediaan yang bakal ibu perlu lakukan. Antara persediaan yang penting adalah menyediakan keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin.

Jika kehamilan ibu sudah menjangkau 30 minggu, eloklah kiranya ibu menyediakan 1 beg yang mengandungi keperluan ibu dan bayi untuk ke hosptital sebelum bersalin. Takdalah kelam-kabut nanti. Mana tahu kalau tiba-tiba nak terberanak dah ke. Atau ibu dah ke hospital dan ditahan di wad, boleh beritahu suami ambil beg yang sudah disediakan. Tak perlu suami nak pening kepala cari mana barang yang perlu dibawa ke hospital. Kang nanti baju lain matching dengan seluar lain pulok. Hihi… 🙂

keperluan bayi

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

 

Keperluan Ibu Di Wad

1) Kain batik – 2 helai

2) Tuala – sehelai

3) Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo. (Beli yang travel kit) Mudah dibawa.

4) Maternity pad – 12 pcs

5) Baju – Sepasang
Untuk dipakai sewaktu keluar wad. Nak balik rumah dah.

6) Tudung – Sehelai
Bawa tudung paling mudah dipakai dalam wad. Sebab kalau hospital kerajaan, memang duduk ramai-ramai. Orang lelaki keluar masuk. Aurat kita kena jaga ye.

7) Biskut atau roti – Kalau lapar, kita boleh makan terus. Tak perlu nak beli dah.

8) Air zamzam , kalau takda air suam pun ok. Kita perlukan banyak air. Sediakan di tepi katil.

9) Stokin tebal – 1 pasang

10) Pakaian dalam – bawa utk 2 hari

11) Buku merah – Buku ni macam passport kita ye. Bawa ke mana-mana sahaja kita pergi. Nak ke hospital lagilah kena bawa.

12) Set Berpantang Shaklee – Selepas lahirnya bayi, boleh makan terus set berpantang Shaklee ini.

13) Plastik besar – Untuk letak baju-baju kotor

 

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital
Keperluan Bayi Di Wad

1) Baju lengan pendek – 3 pasang

2) Baju lengan panjang – 1 helai

3) Kain lampin – 5 helai

4) Tuala – 1 helai

5) Kain bedung – 1 helai

6) Nappy – 10pcs

7) Mitten dan booties – 3 set

 

Keperluan Ibu ke Labour Room

1) Hanya bawa kandungan anda. Baju nanti akan ditukar nurse selepas bersalin. Pakai baju hospital ye.  🙂

 

Keperluan Bayi ke Labour Room

1) Kain bedung

2) Baju lengan panjang – Labour room sejuk oooo…

3) Nappy – 1

4) Mitten and booties – 1 set

 

 Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Ini serba sedikit pengalaman saya membuat persediaan sebelum bersalin di hospital. Anak pertama saya lahir di hospital kerajaan. Segala keperluan di atas memang perlu disediakan. Anak kedua saya lahir di hospital swasta. Jadi, kebanyakan keperluan sudah disediakan seperti baju bayi, kain bedung, air untuk diminum, nappy bayi dan maternity pad. Ikutkan saya bawak badan saja ke hospital. Memang semua mereka telah sediakan. Jika anda akan bersalin di hospital kerajaan, checklist ini sangat membantu. Jika anda akan bersalin di hospital swasta, ikut juga checklist ini. Sebab kita mungkin tak tahu apa yang disediakan oleh pihak hospital. Prepare awal-awal. Memudahkan kerja kita. InsyaAllah. 😉

1 2 3