Monthly Archives: January 2015

Bagaimana Mendapatkan Tauliah Mengajar Tajwid di Kedah

tauliahGambar ketika di Alor Setar mengambil Tauliah Tajwid

Alhamdulillah, segala syukur bagi Allah.

Kami suami isteri telah berjaya mendapat Tauliah Mengajar Tajwid di Negeri Kedah pada bulan Disember 2014 yang lalu.

Ramai yang bertanya bagaimana mendapatkan tauliah mengajar tajwid di Kedah ini? Saya akan kongsikan prosedurnya di sini.

Anda boleh mengambil borong permohonan tauliah mengajar ini di mana-mana Pejabat Agama berdekatan anda (di negeri Kedah sahaja). Hebahan mengenai tempoh permohonan dilekatkan di papan notis di masjid-masjid. Kalau anda rajin ke masjid, anda akan alert mengenai iklan yang ditampal. Hehe…

 

KRONOLOGI :

Borang Permohonan dibuka –> Januari hingga Mac

Teknik Menjawab Soalan –> Mei

Ujian Bertulis –> Jun

Ujian Lisan (Syafawi) –> September

Penyampaian Tauliah –> Disember

 

Selepas kita menghantar borang permohonan, beserta setem hasil RM15 (seingat saya), kita akan mendapat surat yang mengatakan borang kita telah diproses selepas itu.

Sebelum Ujian Bertulis diadakan, kita akan dapat surat untuk menghadiri Teknik Menjawab Soalan. Siapa yang ada masa, boleh lah datang. Bukan wajib pun. Tapi sangat bermanfaat.

Kemudian, sebelum Ujian Bertulis, kita akan dapat surat lagi. Surat yang kita dapat perlu dibawa bersama ketika nak ambil Ujian Bertulis ni. Ujian Bertulis diadakan di Kolej Mara Kulim. Tempat ujian akan dimaklum pada surat yang kita dapat. Mungkin untuk tahun-tahun seterusnya tempat ditukar ke. Kena tengok surat ye.

OK. Kalau kita pass Ujian Bertulis, kita akan dapat surat jemputan untuk Ujian Lisan pula. Kalau kita failed Ujian Bertulis, kita tak akan dapat surat. Jadi, kalau tunggu sampai bulan September tak dapat juga surat, maksudnya kita tak pass lah Ujian Bertulis tersebut. Jangan sedih!! Cuba lagi tahun hadapan ye. Senyummm :))))))

Untuk Ujian Syafawi pula, kita akan di interview one-by-one. Kena baca al-fatihah, ayat al-quran pilihan pemeriksa, dan secara rawak baca surah yang kita sudah hafal. Kemudian, ada juga soalan-soalan tajwid yang kita kena jawab. Time ni jangan gelabah nak jawab ye. Hehe… Make sure study dulu sebelum exam.

Kemudian apa lagi ye??

Kemudian, kalau pass Ujian Lisan………………. Dapatlah TAULIAH!!! Tahniah!!!!

Bolehlah mengajar di surau ke, rumah ke, atau mana-mana tempat pengajian yang anda mengajar.

 

Kenapa kena ambil tauliah??? Kalau takdak Tauiliah tak boleh mengajar ke??

OK. Ini adalah peraturan setiap negeri. Sebagai satu langkah untuk memastikan tenaga pengajar adalah dari kalangan yang layak mengajar. Bukan lah nak menyusahkan sesiapa. Nak pastikan jugak yang mengajar tu tak bawak ajaran sesat ke. Macam tu lah.

OK. Peace no war!

Jom kita pakat-pakat ajak ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat kita untuk mencintai Al-Quran. Kalau kita pandai baca Al-Quran, kita ajarkan mereka. Jangan dok simpan dalam diri saja. Manfaatkan ilmu kepada orang lain jugak. Baru bertambah-tambah pahala InsyaAllah….

 

Yang tinggal di Kulim, Lunas, dan yang sekitar dengannya. Kalau nak belajar mengaji Al-Quran boleh hubungi Saif 013 200 2850. Kita belajaq sampai buleh!! 😉