Adab Hari Raya Aidiladha

 

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Merupakan perayaan terbesar bagi umat Islam seluruh dunia di samping Hari Raya Aidilfitri.

 

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Bagaimana kita meraikannya? Apakah ada garis panduan merayakan hari yang mulia ini?

 

Eloklah kita meneliti beberapa adab dalam merayakan hari yang mulia ini.

 

1. Mandi sebelum keluar solat Aidil Adha

2. Pakai pakaian terbaik

3. Memakai haruman (lelaki sahaja)

Wanita tak dibenarkan berwangi-wangian apabila keluar rumah.

4. Tidak makan sebelum solat sunat Aidil Adha

Berlainan dengan Raya Aidilfitri, kita disunatkan alas perut dahulu sebelum keluar solat.

5. Takbir, tahmid dan tahlil

Dari malam 10 Zulhijjah (malam ini) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

6. Solat Aidil Adha dilakukan lebih awal

Tahun ini di Kedah solat Aidil Fitri dilaksanakan pada pukul 9am, manakala solat Aidil Adha pada pukul 8.30am.

7. Khutbah selepas solat Aidil Adha lebih ringkas

Lebih ringkas dari khutbah Aidilfitri. Ini untuk memberi ruang kepada ibadah korban.

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Pada Hari Raya Aidilfitri, kita digalakkan pergi dan balik melalui jalan yang lain. Tetapi ada pendapat mengatakan raya Aidil Adha kita digalakkan menggunakan jalan yang sama. Juga untuk memberi ruang kepada ibadah korban. Supaya lebih cepat dapat dilaksanakan.

 

 

 

Apa pun, kami mengucapkan kepada semua pembaca ummukhadijah.com – Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Semoga Allah menerima pengorbanan kita.

Amin…

 

 

-SaifKhalid-

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *