Adab Menghadiri Kenduri Kahwin

Adab Hadiri Kenduri Kahwin - Sebelum

Adab Ke Kenduri Kahwin

 

Cuti sekolah dah bermula. Yeay!!
Apa yang berada di fikiran anda bila dengar cuti sekolah?

Bagi saya, dan mungkin bagi kebanyakan rakyat Malaysia juga, cuti sekolah adalah bermaksud musim KENDURI kahwin!

Cikgu sekolah saya dulu pernah kata cuti sekolah adalah musim mengawan. Erkk.

Berapa kenduri yang ada dalam list untuk cuti kali ni? Aturlah dengan bijaksana OK.

Jadi eloklah kita berkongsi adab-adab yang berkaitan dengan kenduri. Namanya Adab Berkenduri.

 

1) Berjumpa Dengan Tuan Rumah/Majlis

Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjumpa dahulu dengan tuan kenduri. Bermesra sekadarnya. Ucapkan tahniah. Jika ramai tetamu beratur belakang kita, cukup kita bermesra dengan tuan rumah seketika sahaja.

Hulurkan hadiah jika kita ada bawa bersama.

Seronok tau masa kahwin dulu dapat hadiah macam-macam! Jadi ringankan tangan bawa hadiah ke kenduri. Besar fadilatnya kita meraikan dan menggembirakan orang lain. 😀

 

2) Jangan Membazir

Zaman sekarang kebanyakan kenduri buat buffet. Saya harap sangat adik kakak, pakcik makcik ambil makanan setakat mana perut kita boleh hadam. Jangan tengok 10 macam lauk, semua dia nak bubuh. Nasi bertimbun letak. Lepas tu makan tak habis.

Sepatutnya kita bubuh sikit dulu. Nanti tak cukup, tambah lagi. Tuan kenduri tak cas lebih pun kalau beratur kali kedua. Fikirlah ada orang yang makan tak semewah kita. Kita ni selalu membazir. Yelah kan makan FREE. Makan FREE bukan bermakna boleh dibazirkan.

 

3) Makan Sampai Licin

Satu lagi, cuba belajar makan sampai licin pinggan. Tak payah nak memilih sangat. Buah pelaga nak pilih-dan-sisih takpa lah. Tapi bukan sepinggan nasi ada 20 bji pun buah pelaga yang termasuk. Kan?? Yang tak makan sayur tu berderet tepi pinggan dia atur. Lain kali jangan ambil sayur kalau tak makan. Lepas tu, nasi yang ada 10 butir lagi tu tepi-tepi pinggan, kutip lah makan. Tulang ayam dimaafkanlah kalau tak makan pun. Hehe.

Kenapa kena licinkan pinggan? Sebab membazir itu amalan syaitan. Nabi Muhammad dah ajar kita cara makan. Bagaimana? Nabi makan sampai licin, dan makanan yang terjatuh Nabi kutip dan makan. Ini antara adab yang saya sentiasa terapkan dalam keluarga. Alhamdulillah anak saya pun dah pandai kutip nasi yang terjatuh tepi pinggan. Asalkan yakin tiada kotoran, kutip dan masukkan dalam mulut.

.

Adab Hadiri Kenduri Kahwin - Selepas

 

4) Bantu Ringankan Kerja Petugas

Bila dah habis makan, rajin-rajinlah susun dan tindankan pinggan yang telah diguna. Ini dapat membantu melancarkan majlis. Lajulah sikit petugas dapat kemaskan meja kan.

Kita ringankan kerja orang lain, insyaAllah Allah ringankan kerja kita.

 

5) Jangan Merokok

Saya pantang sangat orang merokok di tempat yang ramai orang ni. Habis makan, mulalah ketagih candu, berasap pui pui… Fahamlah sikit orang lain baru nak makan nasi hujan panas. Bukan nak makan asap rokok.

Ramai yang ke kenduri bawa baby, anak kecil, malah warga emas. Hormati orang lain yang inginkan udara nyaman dan bersih.

Jika nak buat sangat aktiviti haram tu, pergilah buat jauh-jauh.

Takkan mati kut sejam pi kenduri tak isap rokok.. Balik rumah nanti isaplah. (Ke kena berleter kalau isap kat rumah? 😉 Kekeke..)

 

6) Makan Tanpa Berlengah

Waktu kemuncak kenduri, biasanya orang berpusu-pusu. Dan kadang-kadang ramai yang tiada tempat duduk.

Jadi bila makan, perhatikan sekeliling, adakah ramai yang tercari-cari tempat duduk. Jika jawapannya YA, habiskan makanan dengan cepat. Tak perlu bersembang lama-lama. Atau teruskan bersembang di tepi-tepian untuk berikan kerusi-meja kepada tetamu yang baru sampai.

 

7) Doa Buat Pengantin

Carilah masa yang sesuai untuk bertemu dengan mempelai. Selain beramah mesra seperti biasa, doakanlah mereka sepertimana Nabi telah ajarkan kepada kita.

Adab Hadiri Kenduri Kahwin Doa Pengantin

“Semoga Allah berkati kamu, dan semoga Allah limpahkan keberkatan ke atas kamu, dan semoga Allah himpunkan kalian berdua dalam kebaikan.”

.

.

Ok, kalau dah buat semua perkara di atas, boleh beredar untuk ke kenduri seterusnya. Hehe.

Jika ada adab-adab yang kami tertinggal, sudilah tambahkan di ruangan komen di bawah.

.

Selamat berkenduri!

.

.

Related posts:

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *