Atasi Hidung Berdarah
Atasi Hidung Berdarah Dengan Berkesan
Saya selalu berdarah hidung sewaktu kecil dahulu. Sekitar umur saya di tadika dan sekolah rendah.
Asal panas sikit saya akan berdarah hidung. Pantang terkena objek atau tangan sesiapa, darah akan mengalir keluar.
Ke mana saya pergi, akan selalu berdarah hidung. Jadi macam-macamlah petua orang berikan kepada (ibu) saya untuk hentikan darah hidung.
Ada yang suruh tahan dengan daun sirih. Ya, daun sirih sangat menyejukkan.
Ibu saya selalunya suruh saya picit hidung supaya darah tak keluar. Cara itu memang berkesan.
Bagaimana Caranya?
1. Duduk dan tundukkan kepala. Jangan baring, kerana ini akan menyebabkan darah masuk ke tekak. Longgarkan kolar (leher) supaya tidak panas.
2. Picit hidung. Nafas melalui mulut.
3. Dalam beberapa minit, darah akan kering.
4. Duduk diam. Elakkan dari bercakap, batuk, atau banyak bergerak. Lagi kita diam, lagi cepat darah beku dan berhenti mengalir.
5. Lepaskan picit hidung. Jika masih mengalir, picit lagi untuk tempoh masa yang lebih lama.
* Jika darah masih mengalir selepas 30 minit, eloklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Hidung mudah berdarah kerana tisu dalam hidung kita sensitif. Saranan saya, amalkan makan vitamin-C, kerana ia dapat membantu meningkatkan sistem imun dan juga mengurangkan simptom pendarahan.
Sihat untuk beramal.
-Saif Khalid-