Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Bila bersembang dengan jiran atau kawan-kawan, mereka selalu tanya, “Awak buat macam mana anak boleh berak selalu?”

Ya, anak saya sungguh senang untuk berak.

Sejak lahir hingga umurnya sekarang dua tahun lebih.

Tidak sembelit seperti sesetengah bayi.

Alhamdulillah.

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

 

Apa yang kami buat?

Cegah sebelum kena.

 

Saya sebagai bapa, sangat mementingkan pelawasan yang baik bagi isteri dan anak-anak.

Selain memberi makan yang sedap dan berkhasiat kepada keluarga, saya juga akan memastikan proses pembuangan berjalan lancar.

Saya percaya, apa yang masuk dalam badan, wajib dikeluarkan. Secara idealnya 12-14 jam kemudian.

 

Bagaimana Cara Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak?

1. Pastikan kandungan serat adalah tinggi.

Kami membiasakan makan tamar/kurma. Bangun pagi makan tamar. Anak kecil tidak terkecuali. Khadijah sukakannya! Kandungan serat dalam tamar adalah sangat tinggi.

dates kurma tamar Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

2. Sayur atau buah adalah wajib dalam setiap hidangan.

Tabiat makan sayur harus dipupuk sejak anak kecil. Ya, kami memang sukakan sayur. Cuma pastikan kita tunjukkan kepada anak kecintaan kita terhadap sayur. Baru si anak akan turut sama makan sayur. Bapa borek anak rintik.

Baca entri kami tentang baby makan sayur.

 

air kosong Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak 2

 

3. Air kosong yang mencukupi setiap hari.

Saya pastikan kami sekeluarga minum air kosong dengan kerap. Secawan (200ml) setiap jam.

Jika isteri sibuk menyusukan anak, bawakan air untuk isteri. Be a romantic husband!

 

4. Breastfeeding anak secara eksklusif selama 6 bulan.

Melalui pembacaan dan pengalaman sendiri, kami percaya breastfeeding sangat membantu dalam mengatasi sembelit bayi dan kanak-kanak.

Cuma berikan si manja susu badan. Tanpa susu formula atau pun air kosong/masak. Susu formula sukar untuk dihadam dan susah untuk diserap usus.

 

 

Untuk ibu yang menyusukan anak, pemakanan ibu juga memberi kesan kepada pelawasan anak.

Ada ibu yang menyusukan anak secara eksklusif tetapi anaknya masih sembelit.

Pesan saya, cuba periksa kembali diet ibunya bagaimana. Apakah cukup air kosong seharian, apakah cukup serat yang diambil.

Harus juga diingati, serat berlebihan akan menjadikan anak terlebih lawas. Kami sendiri pernah mengalaminya. Anak berak sangat kerap. Pernah sehingga 6 kali sehari! Cair pulak tu. Kesian baby turun berat badan.

Bila jadi macam tu, tengok balik apa yang ibunya makan. Kawal, pantau dan lihat hasilnya. ‘Cubajaya’ orang kata. 🙂

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Perkara paling penting, amalkan makan sayur sejak anak kecil.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jika tidak diajar dari kecil, mungkin susah nak makan sayur bila besar nanti.

 

Jika anak anda masih tak dapat makan serat yang mencukupi, kami sarankan supaya memberikan anak anda Meal Shakes.

Minuman yang kaya dengan vitamin dan mineral penting. Bacaan lanjut mengenai Meal Shakes di sini.

 

Ramai yang berpuas hati. Anak tidak lagi sembelit, jarang demam, jarang selsema, dan lain-lain.

 

Testimoni Meal Shakes Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanakMeal Shakes 544 gram. RM113.75.

 

Boleh beli secra online bila-bila masa, di mana sahaja anda berada – di sini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *