Author Archives: bahi

Berkesan ke suplemen?

Suplemen merupakan makanan tambahan. Bukan bermakna anda tak perlu makan makanan yang lain. Tetapi hanya perlu ambil suplemen sahaja ya. Mestilah jawapannya tidak!

image

Berkesan ke suplemen?

Suplemen adalah pelengkap nutrisi harian anda. Makanan asas yang lain perlu diambil untuk memberikan nutrisi kepada badan kita. Suplemen akan ‘topup’ mana-mana zat yang kurang dalam badan kita.

Ada yang bertanya. Berkesan ke suplemen ini? Boleh jamin ke berkesan?

Berikut adalah cara untuk memastikan suplemen yang anda ambil berkesan.

Berkesan ke suplemen?

1) Ambil suplemen yang bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi.
– jika anda mempunyai masalah sakit kepala, ambil suplemen yang dapat membantu mengurangkan sakit kepala anda. Jangan pula ambil suplemen untuk mengurangkan berat badan pula ya. πŸ˜‰

2) Minum air kosong secukupnya.
– pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini dapat membantu penyerapan suplemen anda ke atas tubuh badan.

3) Cara makan yang konsisten.
– anda mestilah konsisten makan suplemen anda. Pastikan anda tidak skip ye mengikut jadual.

4) Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein.
– jika anda mengambil minuman yang berkafein selalu, ianya akan menggangu kadar penyerapan suplemen anda.

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Alahan semasa hamil. Ada yang rasa, ada yang tidak. Rata-rata kawan-kawan saya 80% mengalami alahan ketika hamil. Macam-macam alahan yang dialami. Ada yang sukar untuk ditanggung, ada yang dapat diatasi dengan mudah. Begitulah cabaran bakal ibu. Semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat para ibu di dunia ini.

Saya sendiri mengalami alahan selama 6 bulan ketika hamil anak sulung. Untuk anak kedua, saya alah selama 4 bulan. Memang lemah longlai. Muka nampak letih sahaja. Tak bermaya. Tapi, jiwa tetap kental membawa bayi kecil dalam perut ini. πŸ™‚ Indah dan manis sangat saat mengandung. Percayalah, anda akan rindu keadaan ini selepas beranak.

 

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil sick-woman-morning-sickness

 

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

 

1) Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit

Makan kerap. Bila anda lapar, makan sahaja. Tak perlu nak tunggu masa lunch, baru nak makan. Bawa makanan yang senang dibawa seperi biskut dan roti bersama anda.

 

2) Elakkan makan makanan yang pedas dan bergoreng

Makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas dapat membuatkan anda rasa loya dan mual. Anda rasa nak muntah. Elakkan lah.

 

3) Banyakkan minum air kosong

Disebabkan anda selalu muntah, bendalir dalam badan berkurang. Jadi, kerap minum air kosong supaya badan anda tidak dehydrate. Air kosong juga dapat memberi kesegaran kepada badan anda.

 

4) Elakkan dari bau yang membuat rasa mual

Ada sesetengah orang, bau nasi hampir masak membuatkan dia rasa mual. Ada yang bau suami pun tak boleh, rasa nak muntah. Macam-macam kerenah yang saya pernah dengar. Saya juga pernah alah dengan bau makanan bergoreng. Memang tak tahan. Sampaikan saya tak masak sepanjang mengalami alahan. Hehe…

 

5) Elakkan perut kosong

Bangun awal pagi, terus makan biskut atau roti. Ini memang dapat mengurangkan rasa mual. Bila perut kosong dan berangin, mulalah ‘ombak’ mual akan datang. Jadi, jangan biarkan perut anda kosong. Makan sebijik tamar setiap pagi pun bagus. Dapat memberi tenaga segera kepada kita.

 

6) Kurangkan aktiviti yang menambah rasa mual

Contohnya jika anda menonton televisyen menyebabkan anda rasa mual. Anda tak perlu tonton televisyen. Kurangkan aktiviti tersebut.

 

7) Makan buah-buahan

Ada petua orang tua mengatakan memakan epal hijau dapat mengurang rasa mual. Anda mungkin boleh cuba.

epal hijau

 

8) Makan benda masam

Ini memang sinonim dengan ibu hamil. Mengandung dan makan benda masam memang bersahabat baik. Namun, saya bukan jenis yang suka makan asam dan benda-benda masam. Saya makan juga ketika mengalami alahan. Ianya memang berkesan. Cumanya saya kurang berminat. Anda yang suka masam, boleh buat stok asam banyak-banyak. Hehe..

asam boi

 

9) Mengambil suplemen

Anda juga boleh mengambil suplemen seperti Peppermint Ginger Plus Shaklee. Ianya dapat membantu masalah alahan ini. Ianya dapat memberi kelegaan kepada perut anda sekaligus mengurangkan rasa loya. Anda boleh dapatkan Peppermint Ginger Plus di sini.

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil peppermint-ginger-plus-digestionPeppermint-Ginger Plus, 90 tablet, RM45.00

 

10) Berada dalam keadaan selesa

Pastikan persekitaran anda selesa. Udara yang bersih. Pakaian yang selesa. Anda akan rasa lebih tenang dalam keadaan yang selesa. Tak usahlah ke tempat-tempat yang sesak, panas dan tidak bersih. Ini boleh menambahkan rasa mual anda.

 

Tips Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Para suami seharusnya banyak bersabar dan memahami keadaan isteri ketika hamil. Fahamilah keadaan mereka yang sedang mengandungkan anak. Isteri sangat memerlukan perhatian dan sokongan suami semasa hamil. Jangan suami pulak yang loya dan muntah. Terbalik kod! πŸ˜‰

 

Cara Ajar Anak Bercakap

Cara Ajar Anak Bercakap

Anda ada anak yang berusia 2 tahun dan sudah pandai bercakap? Atau anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi belum pandai bercakap? Jangan risau ye ibu bapa sekalian. Setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita sebagai ibu bapa boleh membantu dia bercakap. Bagaimana?

IMG_4946

 

Cara Ajar Anak Bercakap

Saya ingin kongsikan pengalaman saya. Anak sulung saya bernama Khadijah. Sekarang dia sudah berusia 2 tahun 4 bulan. Alhamdulillah. Saya seorang ibu yang bekerja di rumah. Jadi mungkin ini kelebihan saya dapat berdamping dengan anak seharian. Saya tabik spring pada ibu-ibu yang bekerjaya melayan kerenah anak-anak selepas penat bekerja. (Bekerja di rumah pun penat juga) πŸ™‚

Khadijah sangat petah bercakap. Allah…. Apa sahaja yang kita cakap, memang dia ikut. Khadijah berjalan ketika usianya 8-9 bulan. Dia tumbuh gigi pada usia setahun. Dia mula bercakap pada usia 1 tahun 3 bulan. Waktu ni dia pandai panggil “ayah” dan “abu”. Aik?? Kenapa abu?? Hehe… Dia tak pandai sebut ibu lagi. Tapi saya mengiyakan apabila dia panggil abu. Sekarang dia dah pandai la panggil ibu. πŸ™‚

 

Cara Ajar Anak Bercakap

Cara yang saya amalkan :

 

1) Rajin bercakap dengan anak-anak

Saya takda kawan lain dah di rumah. Memang asyik bercakap dengan anak-anak sahaja. Saya selalu bercakap dengan Khadijah dari dia kecil. Memang dia tak faham. Tapi saya tetap bercakap dengan dia. Sampai satu hari, dia membalas apa yang saya cakap. Respon yang baik bukan? πŸ™‚

 

2) Rajin bertanya

Saya selalu tanyakan Khadijah tentang apa jua yang dia nak buat. Warna asas. Human body. Alif ba ta. ABC. 123. Ibu ayah nama apa. Solat bila? Bagaimana? Kalau tak solat siapa marah? Semua saya tanya. Khadijah akan jawab semua. Kalau dia dah boring, dia akan cakap “tak tau lah” Ayat malas jawab. Hehe…

 

3) Menonton video/cerita

Saya tak nafikan Khadijah banyak bercakap dengan meniru upin ipin, boboiboi bercakap. Malah kadang-kadang, dia tengok Hagemaru! Allah… Dia klik related videos di you tube. Hagemaru yang dia tengok. Hagemaru ni kartun dia merapu sikit ye kawan-kawan. Saya tak galakkan anak-anak anda tonton. Pernah sekali ayah Khadijah nak buka nappy dia untuk basuh dia kencing. Dengan selamba Khadijah berkata “Ei, bencilah kau ni!” Gulp! Tersentap kami suami isteri dengar Khadijah cakap macamtu. Dah la digunakan pada situasi yang betul. Oh anakku. Tapi kami diam sahaja. Tak marah, tak balas dia cakap. Sampai sekarang, dia tak pernah cakap dah ayat tersebut. Lega kami. πŸ™‚ Anda kena monitor anak-anak tengok cerita apa. Khadijah memang hafal lah upin ipin, pada zaman dahulu dan boboiboi. Petah! Sehari, limit 15 minit sahaja tengok youtube. Kalau lebih, takut lain pulak jadinya.

 

4) Bercakap dengan intonasi

Saya ajar Khadijah cakap berintonasi. Nampak lebih meyakinkan bila bercakap. Kita dapat ekspres perasaan kita dengan lebih baik. Orang akan faham apa yang kita cakapkan. Contohnya, Khadijah selalu cakap “Ibuuuu, Khadijah minta nawaf” (Khadijah minta maaf) dengan nada yang sungguh menginsafkan. Tapi lepass tu dia buat lagi. Hehe.. Yang penting cara dia minta maaf tu sungguh mencairkan. Pandai dia bodek buat muka keinsafan.

 

5) Suku kata yang mudah

Awal-awal bercakap, kita gunakan suku kata yang mudah sahaja dengan anak. Tak perlu buat ayat panjang dengan imbuhan semua. Anak nak catch up susah nanti. Lama-kelamaan, dia akan pandai buat ayat panjang lepas ni. Contoh, “Ayah solat masjid” Lama-kelamaan kita boleh cakap “ayah pergi solat di masjid” Dia akan pandai ikut.

 

Anda semua mungkin ada cara lain yang nak ditambah sebagai Cara Ajar Anak Bercakap. Jom kongsikan dengan kami. πŸ™‚ Semua di atas adalah pengalaman saya. Apa yang saya buat dengan anak-anak.

 

Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)

Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)

Zaman 2014 ni kalau siapa yang tak ada smartphone memang sedikit janggal. Malah, kadang-kadang malu bila telefon berdering nak jawab kerana masih menggunakan Nokia 3310 lagi. πŸ™‚ Orang lain swipe screen. Kita masih menekan keypad dengan sepenuh hati. Hehe.

Kami suami isteri pun baru beberapa bulan menggunakan smartphone. Sebelum ni memang guna handset murah saja. Disebabkan desakan perniagaan, kami terpaksa menggunakan smartphone bagi memudahkan lagi urusan perniagaan kami.

Selama beberapa bulan ni, banyak kebaikan smartphone yang kami dapat. Tak lupa juga, ada keburukan smartphone yang sukar dibendung.

 

Kebaikan Dan Keburukan Telefon Pintar (Smartphone)

 

Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)

1) Aplikasi yang menarik

Smartphone mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi yang membantu kita menguruskan waktu dengan baik, mengira kalori makanan dan banyak lagi.

 

apps smartphone

2) Menghubungkan yang jauh

Dengan adanya smartphone, kita dapat berhubung dengan shabat handai, adik-beradik dengan lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di mana kita berada. Dengan syarat, kenalah ada internet ye. πŸ™‚

 

facetime

3) Info yang cepat

Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju sahaja. Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di sesuatu tempat, kita boleh google atau tanya sahaja di group whatsapp atau telegram. Pasti ada yang menjawab. Memang pantas!

 

whatsapp google

4) Mudah ke mana-mana

GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS coordinate dan kita dapat terus ke tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan guna GPS pun sesat ye. GPS—>Guna Pun Sesat. Hehe.

gps

5) Alat hiburan

Bagi mereka yang sukakan muzik, mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan menggunakan smartphone. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghiburkan hati dengan bermaian games yang terdapat dalam smartphone. Cumanya, kita jangan terlalu lalai dengan games dan lagu sampai melewat-lewatkan solat plak ye. πŸ˜‰ Berpada-padalah.

 

candy crush

 

Β Kebaikan Telefon Pintar (Smartphone)Β 

Telefon pintar sangat membantu kehidupan seharian kita. Sebagai manusia, kita perlu bijak menggunakannya. Jangan disalah guna pula. Buruk padahnya. InsyaAllah kami akan kongsikan nanti Keburukan Telefon Pintar pula di lain entry. Stay tuned~~

 

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Sebagai seorang ibu muda, saya risau juga bila berfikir mengenai Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur. Saya sendiri agak memilih sayur untuk dimakan. Hehe.. Bagaimana pula nak mengajar anak untuk makan semua sayur kan? πŸ™‚ Saya ada cerita mengenai Khadijah yang makan sayur di sini —> klik

Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang tak memilih bab makan! Dan dia juga kaki makan sayur. Kalau saya memilih, akan kedengaran suara yang menyuruh saya mencuba juga sayur tersebut, Setakat ini, saya rasa pencapaian saya semakin meningkat dalam bab makan sayur tanpa memilih! Syabas!

 

Antara tips yang dapat saya kongsikan adalah :

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

 

1) Cuba pelbagai jenis sayur

Jika hari ahad kita masakkan sayur bayam. Hari isnin kita masak sayur petola pula. Dan seterusnya hari-hari lain dengan jenis sayur yang berbeza. Secara tak langsung anak-anak pun dapat kenal pelbagai jenis sayur. Mungkin ada yang dia tak suka dan yang dia suka. Kita dapat bantu dia makan sayur lagi selepas ini.

 

sayur

2) Pelbagaikan cara masakan

Jika sayur yang kita masak tak sesuai di buat sup, kita boleh gorengkan atau celur atau lain-lain cara yang bersesuaian. Tengok juga anak kita suka masakan yang bagaimana. Jika anak kita suka kari, kita masukkan sayur dalam kari tersebut. InsyaAllah dia akan makan.

kari

 

3) Makan sayur di depan anak-anak

Anak-anak akan ikut apa yang ibu ayah dia lakukan. Betul tak? Baik dari segi percakapan, perbuatan dan cara kita berpakaian. Semua anak nak tiru. Jadi, bab makan sayur ni, kita kena jadi contoh tauladan. Jangan kita menyuruh saja anak-anak tapi kita sendiri tak makan pun sayur tersebut. Mana mungkin anak-anak akan ikut kita.

makan

Β 

4) Kreatif!

Pernah dengar bento? Orang Jepun selalu buat bento ni. Mereka akan decorate makanan anak mereka dengan comel sekali! Nak makan pun tak sampai hati sebab terlalu comel! πŸ™‚ Kita jadilah seorang yang kreatif. Potong sayur dan hiaskannya dengan corak yang menarik dan beri kepada anak untuk dijadikan bekal ke sekolah. Anak-anak mesti sukakannya! Silap haribulan, kawan anak kita pun makan makanan anak kita.

bento

 

5) Memberitahu kebaikan sayur

Sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa mendidik anak kita bahawa sayur mempunyai banyak kebaikan. Jika anak tidak suka memakan sayur, ceritakan kepada mereka khasiat dari sayur yang dapat memberi kesihatan yang baik kepada mereka. Sentiasa memberi galakan kepada mereka untuk memakan sayur. Contohnya, kalau makan sayur, nanti adik jadi kuat! Ini antara kata-kata perangsang untuk anak-anak makan sayur.

makan sayur

 

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Anda semua boleh cuba tips Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur yang saya kongsikan ini. Kalau tak cuba, tak tahu ye dok? πŸ˜‰

 

1 2 3 4 8