Author Archives: bahi

Bagaimana Merawat Bayi Batuk Kahak

Muhammad sudah hampir 3 bulan. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat. Pertumbuhan badan pun semakin baik. 2 bulan beratnya mencecah 6.5kg. Sewaktu lahir, Muhammad hanyalah seberat 3.2kg. Alhamdulillah..thumma alhamdulillah.

Sewaktu Muhammad berusia sebulan setengah, dia diserang batuk berkahak. Batuknya bunyi seperti orang dewasa batuk. Kahak berapa gram tak tahulah ada di kerongkongnya.

Muhammad juga sering tersedak. Tengah tidur nyenyak, tiba-tiba dia tersedak. Seperti ada sesuatu di tekak.

Risau saya dibuatnya.

Kebetulan Muhammad lahir dan sebulan selepas tu raya Aidilfitri. Tau sajalah beraya di sana sini. Jadi superstar la Muhammad. Semua pakat nak cium dia. (Termasuk ibu ayah dia yang geram tengok pipi Muhammad. Hehe..)

 

Bagaimana Merawat Bayi Batuk Kahak

 

Saya berjumpa doktor homeopathy. Tapi Muhammad luah je ubat yang disuap. Rasa ubat homeopathy ni tawar je. 3-4 kali je dia makan ubat tu. Kemudian, saya ikhtiar cara lain bagaimana merawat bayi batuk kahak.

Saya Google.

Macam-macam ada. Teknik stim lah. Macam-macam ada yang boleh dicuba. Kalau ke klinik, mungkin akan disedut kahak. Saya tak sanggup. Huhu..

Saya ambil Nutriferon Shaklee sehari 1 sachet, dan 2 biji Sustained Release Vita-C yang dipatahkan dahulu sebelum telan. Kemudian saya sapukan krim Herba Tropika pada dada Muhammad.

SR vita-c-plus

Saya buat kaedah ini selama 3-4 hari.

Testimoni Nutriferon Shaklee

Alhamdulillah, kesannya cepat. Batuk Muhammad dah ok. Tak ada kahak dah. Saya rasa lega sangat. Kalau tak, malam-malam memang Muhammad susah tidur sebab diganggu oleh kahak dan hingus. Nafasnya terganggu.

Bagaimana merawat bayi batuk kahak banyak caranya. Anda semua mungkin mempunyai cara lain yang anda amalkan. Anda boleh kongsikan cara bagaimana merawat bayi batuk kahak dengan kami dan pembaca-pembaca lain di ruangan komen. Kami sangat menghargainya.

Ok, kesimpulannya kita hindarilah dari membawa bayi ke tempat-tempat awam ya. Lain orang lain penyakit yang dibawanya. Kalau boleh elakkanlah. Dan jangan kerap cium bayi kita terutamanya bila kita selsema, demam, atau batuk. Takut berjangkit pula.

 

Sekian.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

Teknik dan cara sendawakan bayi

Assalamualaikum w.b.t

Burppppp….. opss!! itu bunyi sendawa orang besar yang makan durian. Hehe…

Sendawa. Apa itu sendawa? Contoh di atas adalah sendawa. Atau orang Kedah sebut sebagai BERLAHAK.

Apa kepentingan sendawa pada bayi? Tahu tak?

OK. Saya tahu ada ibu bapa muda terutamanya yang menghadapi masalah untuk sendawakan bayi. Contohnya saya sendiri. Memang susah nak sendawakan Khadijah dulu. Yang pertama, tepuk punya tepuk tapi tak sendawa jugak. Adui… Bila mak tolong sendawkan , dua kali tepuk dah burpppp…. jealous pun ada tau. Tapi yelah, orang berpengalaman tak sama dengan yang amatur macam saya. Hehe… Yang kedua, masalah yang saya hadapi untuk sendawakan anak adalah takut Khadijah bangun tidur. Selalunya selepas breastfeed, Khadijah akan tidur. bayi kan susah nak tidur, jadi saya takut-takut untuk sendawakan Khadijah.

Disebabkan saya dulu takut-takut nak sendawakan Khadijah, kesannya Khadijah selalu kembung. Dia punya meragam tu ya Allah, membawa kesabaran saya pada tahap tertinggi. Memang doa pada Allah banyak-banyak semoga sentiasa sabar.

Alhamdulillah, lepas beberapa kali jugak Khadijah kembung, saya mula belajar bagaimana teknik dan cara sendawakan bayi dengan betul. Saya pun kekok lagi nak pegang Khadijah. Sebab tak biasa pegang dan dukung bayi. Bila ada anak sendiri baru gelabah. Hehe… I am learning from the beginning.

 

Teknik dan cara sendawakan bayi

 

sendawa bayi

credit to : google.com

(1)                         (2)                                (3)

 

 

1) Dukung bayi anda, tepuk perlahan-lahan. 2,3kali tepuk insyaAllah dan sendawa. Kalau belum, tepuk lagi. Jangan terlalu kuat ye. Berpada-pada lah. 🙂

2) Dudukkan bayi anda di ats riba dan tepuk di belakangnya.

3) Tiarapkan bayi anda di atas riba dan tepuk perlahan-lahan. Urut-urut pun boleh.

Melalui pengalaman saya, dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kiri ke kanan pun dah boleh buat bayi sendawa. InsyaAllah, mommies semua boleh cuba. 😉

 

Kepentingan sendawakan bayi

1) Untuk mengelakkan bayi dari kembung. Sebabnya bila bayi menyusu, dia akan sedut udara juga. Jadi, kena sendawakan dia untuk keluarkan angin dari badan bayi.

2) Taknak bagi bayi jeluak, temuak, muntah atau apa-apa lagi istilah yang mommies guna untuk keadaan ini.

3) Untuk mengelakkan bayi tersedak susu. Yang ni sangat penting! mommies kena aware ye.

 

Mommies semua jangan putus asa kalau bayi taknak sendawa. Jangan ditepuk-tepuk sampai gedebok-gedebok bunyinya. Kesian anak kan. Banyakkan bersabar, urut-urut, doa banayk-banyak. Kalau bayi meragam, dukung dia dan letak pada dada. Mesti bayi suka ! Dia akan rasa secure bila dekat dengan kita. Kalau bayi kembung, sapukan minyak atau tuam perutnya dengan botol susu yang berisi air suam. Ini yang saya amalkan dulu. Kentut prot-prot Khadijah setiap kali kembung. Lepas tu, tidur nyenyak dia. Alhamdulillah….

Kalau nak belajar teknik dan cara sendawakan bayi dari orang tua-tua pun bagus. Dorang banyak ilmu dan pengalaman. Mommies yang masih muda, jangan malu-malu bertanya ya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Posisi Penyusuan Bayi yang Betul

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah tidurkan puteri yang seorang ni. Lagi 2 minggu Khadijah akan masuk usia 2 tahun. Syukur sangat-sangat. Macam tak percaya pun ada. Dah hampir 2 tahun Allah pinjamkan amanah yang tidak ternilai ni kepada saya dan suami. Semoga kami dapat menggalas amanah ini hingga ke akhirnya. Ameen…

Untuk pengetahuan semua, Khadijah masih lagi breastfeed. Ya! Walaupun saya sekarang dah sarat mengandung. Saya tetap dengan niat saya untuk menyempurnakan penyusuan Khadijah selama usianya 2 tahun. Terus-terang saya katakan, memanga penat dan letih. Malah kadang-kadang emosi boleh terganggu bila kita terlalu penat tapi anak nak breastfeed. Nak taknak, saya berusaha juga untuk tidak memberikan alasan untuk STOP menyusu Khadijah sebelum dia berusia 2 tahun.

Antara ikhtiar yang saya buat adalah mengambil vitamin Shaklee, tamar, air zam-zam dan makanan lain yang dapat memberi tenaga kepada saya. Sejujurnya saya tak suka makan tamar, tapi disebabkan tamar adalah instant energy punya makanan, ditambah pula dengan ketegasan suami tersayang yang tak jemu-jemu suruh saya makan, saya PAKSA diri untuk makan. Hihi… Kadang-kadang sampai menangis kena paksa makan tamar. Macam budak kecik kena paksa makan. Hehe….

Betullah orang cakap kan, ibu bapa sanggup buat apa saja untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaupun nak kena menangis, nak kena ke sana sini, nak kena penat lelah, demi anak-anak kita sanggup buat apa sahaja. Wah… feeling betul. Bila kita dah jadi parents, baru kita rasa sebenarnya erti kasih sayang. Macam mana mak ayah kita buat kat kita dulu. Macam tu juga apa yang kita alami sekarang sebagai ibu bapa.

Sebenarnya untuk entry kali ni, saya nak cerita mengenai posisi penyusuan bayi yang betul. Saya bukanlah pakar laktasi. Tapi semua ni saya belajar dari hasil pembacaan di internet dan buku di ikuti dengan pengalaman saya sepanjang 2 tahun menyusukan Khadijah. Incredible journey I might say! Sebab saya mula-mula breastfeed Khadijah dengan tangisan tau. Tapi sekarang mampu tersenyum gembira. Rasa macam pakai kostum Superman sebab dah berjaya breastfeed Khadijah sampai sekarang.

 

Posisi penyusuan bayi yang betul

 

Aci tak gini? Hehe.. Supermom tau!

OK. Dah melalut dah. Bagi mereka yang baru mengandung adalah sangat disarankan untuk menimba ilmu penyusuan ni. Sebabnya , kita kena ada ilmu untuk berjaya. Betul tak? Kalau nak berjaya dalam breastfeeding, kita kena korek banyak-banyak ilmu breastfeeding ni sebelum kita dapat baby. Kalau dah dapat baby pun tak pe. Tapi takut kita terkial-kial pulak kan. Jadi, persediaan ilmu penyusuan adalah sangat penting bagi kita menjayakan penyusuan ke atas bayi kita nanti.

Posisi penyusuan bayi yang betul ni saya google je. Kredit untuk gambar-gambar yang saya google. Nak ceritakan secara ilmu yang betul, mungkin kena pergi kelas penyusuan. Dapatkan ilmu secara live dari pakar laktasi. Tapi zaman sekarang, google pun boleh dapat ilmu. So, bila-bila kita boleh belajar.

Posisi penyusuan bayi yang betul

Ini adalah 4 contoh posisi penyusuan bayi yang betul.

1) Cradle hold

Kita support bayi kita menggunakan tangan kiri contohnya. Kepala bayi diletakkan di atas tangan kiri untuk kita breastfeed pada breast kiri kita. Perut bayi bertentang dengan perut kita.

2) Cross-cradle hold

Kita support bayi kita menggunakan tangan kanan contohnya untuk kita breastfeed pada breast kiri kita. Tapi tangan kita cross tau. Breast kiri tapi support guna tangan kanan. Perut bayi bertentang dengan perut kita.

3) Football hold

Posisi ni kita kena support bayi kita macam orang main american football tu. Support bayi di sisi. Contohnya bila nak bagi breast kiri, kita support bayi guna tangan kiri dan badan bayi di sisi kita. Kaki bayi menghala ke belakang.

4) Lying down

Yang ni kita boleh mengiring sama-sama dengan bayi. Perut kita dan perut bayi bersentuhan. Posisi ni memang best sebabnya kita yang akan tertidur dulu. Hehe….

Ada lagi posisi penyusuan bayi yang betul untuk anak kembar. Mungkin saya akan ceritakan pada anda pada entry yang akan datang. Posisi penyusuan bayi yang betul adalah mengikut keselesaan anda. Yang penting anda selesa, bayi selesa dan bayi dapat menyusu dengan betul. Kalau bayi anda menangis, mungkin penyusuan anda ada yang tak kena. Check balik mana yang tak betul. Dapatkan bantuan dari pakar laktasi jika anda sangat memerlukan bantuan. Di facebook pun banyak support group untuk breasfeeding. Rajin-rajin kita cari ilmu ya.

Breastfeeding ni mudah bila kita tahu caranya. Jangan stress, tenangkan diri, enjoy your breastfeeding. 🙂

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

Assalamualaikum w.b.t

Selalu kita melihat dan mendengar iklan-iklan di media elektronik dan akhbar mengenai kelebihan susu formula. Selalu sangat lah kan. Sampai tak larat tengok dah. Ada yang lebih DHA lah, membuatkan sel-sel otak lebih cepat bergabung lah,  macam-macam lagi kelebihan susu formula yang diiklankan.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Iklan-iklan sebegini sudah tentu dapat mempengaruhi para ibu bapa untuk lebih cenderung memberikan susu formula kepada bayi mereka. Mau tak nya, kalau sehari 10 kali iklan susu formula yang kita tonton, kalau 10 hari dah 100 kali iklan ini mampu mempengaruhi kita.

Saya faham, dengan zaman yang serba moden ini, ramai para ibu yang keluar mencari rezeki. Jika difikirkan penat lelah, memang susah untuk para ibu menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Bila siang perlu bekerja, waktu malam pula untuk berehat, memang takda masa nak menyusukan anak.

 

TAPI…………………………………….

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul tak? Kalau kita mahu dan berazam untuk menyusukan anak, tak kira apa jua cabarannya, kita akan tetap berusaha untuk menyusukan anak kita walaupun kita bekerja. Ditambah pula dengan kecanggihan gajet-gajet penyusuan zaman kini, sudah tidak ada alasan lagi bagi para ibu yang bekerjaya untuk menyusukan anak mereka. Pelbagai tips penyusuan dapat dipelajari untuk kita menjayakan penyusuan bayi.

Kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu memang tidak dapat disangkal lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Cuma kita sendiri yang perlu nilai segala kebaikan ini. Dan niat hati kita sama ada hendak atau taknak.

Mari kita senaraikan kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada ibu dan bayi.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu

 

1) Jimat kos

Tahukah anda jika kita sendiri yang menyusukan bayi, kos susu tersebut adalah PERCUMA!! Ye lah, susu ibu dihasilkan sendiri oleh badan ibu. Tak perlu ke kedai untuk beli bertin-tin dengan kos yang tinggi. Tak perlu pilih-pilih jenama mana yang bagus. Kan? Jimat kos! Selama 2 tahun kita tak perlu untuk membelanjakan wang membeli susu anak. Kan dah boleh berJIMAT??? 🙂

 

2) Mengurangkan risiko kanser

Penyusuan dapat mengurangkan risiko kanser ke atas ibu. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang mendapat risiko menghidap kanser payudara dan ovari. Tak perlu makan ubat pun kan untuk mengurangkan risiko menghidap kanser?? Dengan hanya menyusu. Subhanallah…

 

3) Pengecutan rahim

Penyusuan dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan dapat mengurangkan pendarahan. Rahim dapat mengecut secara semulajadi dengan penyusuan ke atas bayi.

 

4) Membakar kalori

Yang ni paling reason paling best saya rasa untuk para ibu mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Hehe.. tak perlu nak ke gym atau susah-susah bersenam. Duduk diam baring-baring sambil menyusukan bayi sahaja dapat membakar kalori. Amazing kan?? Para ibu yang gain weight berbelas kilo sewaktu hamil, boleh kembali langsing selepas bersalin. WOW! Rugi siapa yang tak menyusukan bayi mereka.

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

5) Pencegah kehamilan

Penyusuan juga merupakan satu teknik mencegah kehamilan secara semulajadi. Kebanyakan para ibu yang menyusukan bayi tidak datang haid sepanjang tempoh penyusuan tersebut. Namun tak semua para ibu yang mengalaminya. Pengalaman saya sendiri, walaupun menyusukan Khadijah  secara eksklusif selama 6 bulan, saya tidak pernah miss period. 🙂 Selepas bersalin, terus period. Samapai hampir 2 tahun menyususkan Khadijah pun, saya tak pernah miss period. Jadi, penyusuan yang saya amalkan tidak mencegah kehamilan bagi sesetengah ibu seperti saya.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi yang PALING BERHARGA adalah BONDING antara ibu dan bayi. Kita akan rasa bonding yang sangat kuat dan erat dengan anak kita. Kasih sayang yang tak ternilai nak diceritakan. Anak akan lebih rapat dengan kita.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

 

Nantikan sambungan kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi bahagian 2 pada entry yang akan datang…. stay tuned…

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Kehamilan pasti menjadi suatu perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh pasangan yang sudah berkahwin. Tak kira lah sama ada yang baru berkahwin atau yang sudah bertahun-tahun berkahwin. Tambahan lagi buat pasangan yang terlalu lama belum mendapat zuriat dari Allah. Setiap pasangan pasti tak sabar nak tahu tanda-tanda hamil atau mengandung setelah bersama suami isteri. Betul tak?? Saya sendiri dulu tak sabar nak tahu sama ada saya sudah mengandung atau belum. 🙂 Excited lebih! Tahu tak bagaimana kita boleh mngetahui tanda-tanda hamil atau mengandung? Jom kita baca perenggan seterusnya.

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

1) Tidak datang haid (period)

Seorang wanita yang sedang hamil tidak akan didatangai haid sepanjang kehamilan. Ini kerana rahim wanita tersebut telah berlaku proses persenyawaan dan mempersiapkan diri untuk proses kehamilan. Jadi, jangan lah gelabah pula kenapa haid tidak datang. Anda mungkin mengandung! 🙂 Tetapi, untuk kepastian lebih baik berjumpa doktor kerana jika anda tidak didatangi haid, pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Mungkin anda hamil atau mempunyai masalah lain. Jangan lupa untuk mencatatkan hari pertama haid anda yang terakhir. Bukan apa, senang untuk kita kira usia kandungan dan tarikh bersalin nanti. Rajin-rajin lah tengok kalendar ye.

 

2) Mual , loya-loya dan muntah

Menjadi perkara biasa bagi wanita yang sedang hamil mengalami alahan. Antaranya adalah loya-loya, berasa mual dan muntah. Ini merupakan tanda-tanda hamil atau mengandung yang sering berlaku. Keadaan ini dipanggil “morning sickness”. Perubahan hormon di dalam badan menyebabkan wanita hamil mengalami “morning sickness” ini. Keadaan ini mungkin berlaku sebulan, 2,3 4 bulan atau 9 bulan! Ya! Jangan terkejut ya. Ianya adalah berbeza mengikut individu.

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

 

3) Mengidam

Disebabkan perubahan hormon yang berlaku, kadang kala wanita hamil mempunyai keinginan untuk makan sesuatu. Teringin katanya. 😉 Mengidam selalunya berlaku pada trimester pertama kehamilan. Tapi, nak cakap pun tak boleh juga. Wanita hamil ni macam-macam teringinnya. Hehe… Selalunya suami akan menjadi mangsa untuk membeli itu dan ini semata-mata memenuhi keinginan isteri yang sedang hamil.

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

 

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

4) Sering membuang air kecil

Ianya terjadi kerana pundi kencing ditekan oleh rahim yang semakin membesar. Keadaan ini biasanya akan berterusan selama tempoh kehamilan. Jangan risau dengan keadaan ini. Take it easy! 🙂

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

5) Perubahan pada payudara

Anda mungkin merasai beberapa perbezaan pada payudara anda. Saiz breast dan nipple akan sedikit membesar. Bahagian areola menjadi lebih gelap dan kadang kala mungkin berasa sedikit gatal dan sakit.

 

6) Positif hamil ujian air kencing

Selalu kita panggil UPT. Ujian ini mengukur kadar human chorionic gonadotrophin (HCG) di dalam air kencing. Ianya adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan akan meningkat dalam urin dan darah pada minggu pertama kehamilan. Anda boleh mendapatkan alat ujian ini di farmasi berdekatan. Ada macam-macam jenis, macam-macam jenama. Ikut bajet ye beli. 🙂 Patikan anda membaca arahan dan label pada alat ujian tu. Anda akan dapat result anda hamil atau tidak dalam sekelip mata sahaja! Selamat mencuba!

Tanda-tanda Hamil atau Mengandung

 

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, bermakna andaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………… HAMIL!!  Tahniah!

 

Sujud syukur kepada Allah. Dialah yang memberikan rezeki kepada kita. Selepas ini, kita perlu menjaga kesihatan yang lebih baik bagi memastikan badan kita sihat dan mendapat nutrisi yang secukupnya untuk kita dan bayi. Jangan ambil mudah soal kesihatan ya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

1 3 4 5 6 7 8