Author Archives: Saif Khalid

Adab Menghadiri Kenduri Kahwin

Adab Hadiri Kenduri Kahwin - Sebelum

Adab Ke Kenduri Kahwin

 

Cuti sekolah dah bermula. Yeay!!
Apa yang berada di fikiran anda bila dengar cuti sekolah?

Bagi saya, dan mungkin bagi kebanyakan rakyat Malaysia juga, cuti sekolah adalah bermaksud musim KENDURI kahwin!

Cikgu sekolah saya dulu pernah kata cuti sekolah adalah musim mengawan. Erkk.

Berapa kenduri yang ada dalam list untuk cuti kali ni? Aturlah dengan bijaksana OK.

Jadi eloklah kita berkongsi adab-adab yang berkaitan dengan kenduri. Namanya Adab Berkenduri.

 

1) Berjumpa Dengan Tuan Rumah/Majlis

Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjumpa dahulu dengan tuan kenduri. Bermesra sekadarnya. Ucapkan tahniah. Jika ramai tetamu beratur belakang kita, cukup kita bermesra dengan tuan rumah seketika sahaja.

Hulurkan hadiah jika kita ada bawa bersama.

Seronok tau masa kahwin dulu dapat hadiah macam-macam! Jadi ringankan tangan bawa hadiah ke kenduri. Besar fadilatnya kita meraikan dan menggembirakan orang lain. 😀

 

2) Jangan Membazir

Zaman sekarang kebanyakan kenduri buat buffet. Saya harap sangat adik kakak, pakcik makcik ambil makanan setakat mana perut kita boleh hadam. Jangan tengok 10 macam lauk, semua dia nak bubuh. Nasi bertimbun letak. Lepas tu makan tak habis.

Sepatutnya kita bubuh sikit dulu. Nanti tak cukup, tambah lagi. Tuan kenduri tak cas lebih pun kalau beratur kali kedua. Fikirlah ada orang yang makan tak semewah kita. Kita ni selalu membazir. Yelah kan makan FREE. Makan FREE bukan bermakna boleh dibazirkan.

 

3) Makan Sampai Licin

Satu lagi, cuba belajar makan sampai licin pinggan. Tak payah nak memilih sangat. Buah pelaga nak pilih-dan-sisih takpa lah. Tapi bukan sepinggan nasi ada 20 bji pun buah pelaga yang termasuk. Kan?? Yang tak makan sayur tu berderet tepi pinggan dia atur. Lain kali jangan ambil sayur kalau tak makan. Lepas tu, nasi yang ada 10 butir lagi tu tepi-tepi pinggan, kutip lah makan. Tulang ayam dimaafkanlah kalau tak makan pun. Hehe.

Kenapa kena licinkan pinggan? Sebab membazir itu amalan syaitan. Nabi Muhammad dah ajar kita cara makan. Bagaimana? Nabi makan sampai licin, dan makanan yang terjatuh Nabi kutip dan makan. Ini antara adab yang saya sentiasa terapkan dalam keluarga. Alhamdulillah anak saya pun dah pandai kutip nasi yang terjatuh tepi pinggan. Asalkan yakin tiada kotoran, kutip dan masukkan dalam mulut.

.

Adab Hadiri Kenduri Kahwin - Selepas

 

4) Bantu Ringankan Kerja Petugas

Bila dah habis makan, rajin-rajinlah susun dan tindankan pinggan yang telah diguna. Ini dapat membantu melancarkan majlis. Lajulah sikit petugas dapat kemaskan meja kan.

Kita ringankan kerja orang lain, insyaAllah Allah ringankan kerja kita.

 

5) Jangan Merokok

Saya pantang sangat orang merokok di tempat yang ramai orang ni. Habis makan, mulalah ketagih candu, berasap pui pui… Fahamlah sikit orang lain baru nak makan nasi hujan panas. Bukan nak makan asap rokok.

Ramai yang ke kenduri bawa baby, anak kecil, malah warga emas. Hormati orang lain yang inginkan udara nyaman dan bersih.

Jika nak buat sangat aktiviti haram tu, pergilah buat jauh-jauh.

Takkan mati kut sejam pi kenduri tak isap rokok.. Balik rumah nanti isaplah. (Ke kena berleter kalau isap kat rumah? 😉 Kekeke..)

 

6) Makan Tanpa Berlengah

Waktu kemuncak kenduri, biasanya orang berpusu-pusu. Dan kadang-kadang ramai yang tiada tempat duduk.

Jadi bila makan, perhatikan sekeliling, adakah ramai yang tercari-cari tempat duduk. Jika jawapannya YA, habiskan makanan dengan cepat. Tak perlu bersembang lama-lama. Atau teruskan bersembang di tepi-tepian untuk berikan kerusi-meja kepada tetamu yang baru sampai.

 

7) Doa Buat Pengantin

Carilah masa yang sesuai untuk bertemu dengan mempelai. Selain beramah mesra seperti biasa, doakanlah mereka sepertimana Nabi telah ajarkan kepada kita.

Adab Hadiri Kenduri Kahwin Doa Pengantin

“Semoga Allah berkati kamu, dan semoga Allah limpahkan keberkatan ke atas kamu, dan semoga Allah himpunkan kalian berdua dalam kebaikan.”

.

.

Ok, kalau dah buat semua perkara di atas, boleh beredar untuk ke kenduri seterusnya. Hehe.

Jika ada adab-adab yang kami tertinggal, sudilah tambahkan di ruangan komen di bawah.

.

Selamat berkenduri!

.

.

Jom Belajar Baca Al-Quran

Berita Gembira

 

Alhamdulillah..minggu lepas kami dikhabarkan dengan berita yang menggembirakan.

Satu petang, kami pulang ke rumah dan ternampak dua pucuk surat terkeluar sedikit di peti surat.

Saya dekati, ternyata ada cop dari Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Wah! Ini berita baik!”, bisik hati saya.

 


 

 

Kira-kira sebulan lepas, kami hadiri ujian lisan tauliah mengajar tajwid di Sg. Petani.

Kami hadir berempat di IPSAH – Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

 

Jom Belajar Baca Al-Quran Kulim Square Kedah

 

Alhamdulillah, saya dan isteri dapat menjawab soalan ujian dengan baik. Sekejap sahaja masuk bilik, one-to-one dengan ustaz. Mula-mula giliran isteri. Saya bersama Khadijah dan Muhammad tunggu di depan bilik. Lepas tu barulah giliran saya, di tingkat atas.

 


 

 

Kelas Pengajian Al-Quran di Kulim Square

 

Dengan mendapat tauliah mengajar tajwid ini, kami berazam untuk menyampaikan ilmu dengan lebih meluas lagi.

Saya telah pun mengajar tajwid di rumah dan juga di Surau Al-Islah, Kulim Square.

Jika ada yang berminat, boleh hadir ke Kelas Tahsin Al-Quran di Surau Kulim Square, setiap Jumaat malam Sabtu, selepas Maghrib.

Tetapi dengan masa yang begitu singkat, saya hanya boleh sampaikan sedikit sahaja di surau tersebut. Kepada yang ingin mendalami lebih lagi tentang ilmu tajwid dan pembacaan Al-Quran dengan baik, dialukan untuk hadir ke kelas Al-Quran di rumah kami, yang diadakan setiap Rabu dan Jumaat, 9 – 10.30 malam.

 

Jom Belajar Baca Al-Quran Kulim Square Kedah

Kelas untuk Mereka yang Serius

 

Saya merupakan bekas pelajar maahad tahfiz yang saya kira agak strict.

(Bacaan lanjut pengalaman belajar saya di Maahad Tahfiz)
 

Jadi, sebagaimana saya diajar oleh guru, begitulah juga cara saya ajarkan kepada anak murid saya. Saya akan latih sampai dapat baca dengan baik dan lancar.

Apalah guna jika habis belajar Al-Quran sampai khatam, tapi bila suruh baca mana-mana ayat Al-Quran, tergagap-gagap. Itu maknanya tak belajar, tapi cuma baca sekali lalu supaya boleh cerita kepada orang lain ‘saya dah khatam Al-Quran’.

 

Baiklah, cukup sampai di sini. Saya mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja yang serius ingin belajar Al-Quran. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

 

-Saif Khalid-

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa

Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut tentang puasa pada ayat 183-184 Surah Al-Baqarah.

“Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain. Orang yang tidak berdaya berpuasa, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin. Sesiapa yang bersukarela melakukan kebajikan (membayar fidyah lebih baik daripada yang ditentukan) maka itu lebih baik baginya, dan jika kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

 

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa

 

Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa terdapat banyak manfaat dari ibadah puasa.

Puasa adalah antara keperluan tubuh badan sepertimana kita semua memerlukan makan, tidur, bernafas, bergerak dan lain-lain.

Jika kita tidak makan dan tidur untuk tempoh masa yang lama, tubuh badan kita akan sakit. Begitulah juga dengan puasa. Jika kita lama tidak berpuasa, akan ada perkara tidak baik berlaku pada badan kita.

 

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Nasa’i, Abu Umamah berkata, “Wahai Rasulullah, perintahkanlah aku satu amalan yang Allah akan berikan manfaatNya kepadaku dengan sebab amalan itu.” Maka Rasulullah bersabda, “Berpuasalah, kerana tidak ada satu pun amalan yang sama dengan puasa.”

 

Kelebihan Berpuasa

 

1. Musuh Tumor

Puasa membuang sel rosak dan sel lemah dari badan. Kesan dari lapar yang dirasai oleh orang yang berpuasa, organ dalaman kita akan menghancurkan atau memakan sel yang rosak tadi supaya rasa lapar itu dapat ditutup. Masa itulah sel digantikan dengan yang baru. Paling penting, puasa dapat mencegah tumor dari awal pembentukannya!

2. Kawal Tahap Gula Dalam Darah

Dengan merehatkan pankreas, puasa sangat bagus dalam menurunkan gula dalam darah.

Apabila makanan kita tinggi gula, pankreas akan menghadapi tekanan dan menjadi lemah sehingga ia tidak mampu melaksanakan fungsinya dengan baik. Keadaan begini yang berterusan akan mengakibatkan seseorang menghidap diabetes.

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa Tahap Gula Darah

 

3. Puasa Doktor Paling MURAH

Saya kira ramai yang menjadi semakin sihat selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. (Komen di bawah jika anda merasakannya)

Jika tidak, perhatikan bagaimana kita berbuka puasa. Rasulullah telah mengajar kita berbuka puasa dengan memakan beberapa biji kurma, dan air kosong. Glukos yang terdapat dalam tamar itu akan menjadikan kita kenyang. Gulanya mudah diserap dan dihantar ke dalam darah.

Sebaliknya, jika kita terus makan daging, sayuran mahupun nasi, perut kita perlukan lebih masa untuk mencerna makanan tersebut. Membuatkan kita rasa letih dan lapar di malam hari.

4. Ubati Sakit Kulit

Puasa membuatkan kandungan air dalam badan (darah) berkurang. Maka kulit kita juga akan kurang airnya. Ini membuatkan kulit kita lebih kuat melawan mikrob, mengurangkan alahan pada kulit, dan mengehadkan masalah kulit berlemak.

5. Sakit Sendi Tulang

Seorang muallaf di New York, asalnya tidak boleh berjalan kerana mengalami sakit sendi tulang yang kronik. Beliau berpuasa dan berbuka dengan hanya sayur-sayuran, buah-buahan dan tamar.

Setalah mengamalkan buat beberapa ketika, beliau dapat berjalan dengan cepat. Rasa sakit sendi itu hilang entah ke mana.

Sungguh hebat bukan aturan Allah?

Puasa bukanlah semata-mata untuk menilai tahap ketaatan kita kepada Allah. Tetapi puasa akan servis badan kita supaya tahap kesihatan badan kita dapat dioptimumkan.

 

Ayuh berpuasa! Kita boleh amalkan berpuasa pada setiap hari Isnin & Khamis, atau juga pada 13, 14 & 15 haribulan qamariah setiap bulan. InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan supaya badan kita jadi lebih sihat. ^^

 

Jangan tinggal sahur ya. Besar fadilatnya. Kalau tak dan sangat, makan 2-3 biji tamar, dan bancuh saja 3 scoop ESP!

 

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni…

 

-Saif Khalid-

Atasi Derita Sakit Pinggang

Sakit Pada Pinggang

 

Sakit pinggang adalah antara sakit yang paling kerap dialami oleh masyarakat secara umumnya.

Cuma tak ramai yang ceritakan kepada orang lain. Kebanyakan kita memilih untuk pendamkan sahaja.

“Alah, biasa la sakit pinggang.”

“Nanti baiklah tu.”

“Sikit je, tak teruk pun.”

Ni antara slogan yang biasa orang kita pakai. Nak kata alasan pun tak juga. Masing-masing cuba ubati diri dengan cara psikologi. Baguslah kita tak merungut.

Tapi kalau sakit pinggang lama sangat, eloklah kita cari penawar atau ubatnya. Sakit pinggang lama-lama kan susah nak buat kerja dengan sempurna.

Ada yang sakit pinggang selepas lahirkan anak, sampai tak boleh nak tidur melentang. Ada yang tak dapat nak rukuk dengan sempurna – rukuknya congket sedikit ke atas. Sepatutnya kepala kita sama paras dengan punggung.

 

atasi derita sakit pinggang belakang

 

Punca Sakit Pinggang

 

1. Beban Terlalu Berat

Dalam memelihara dan menggerakkan badan dalam keadaan apa sekalipun, pinggang kita memainkan peranan penting. Nak gerakkan kaki pun pinggang perlu bertindak supaya keseimbangan badan dapat dikawal.

Apatah lagi dengan beban yang berat. Beban di sini membawa maksud tubuh badan kita dan juga barang yang kita bawa/tanggung. Dalam menanggung berat yang berlebihan, kita terdedah kepada sakit pinggang jika postur badan kita tidak betul.

 

2. Kasut Tumit Tinggi

Kenapa kasut tumit tinggi menyumbang kepada sakit pinggang? Apabila kita pakai kasut tumit tinggi, postur badan kita telah lari dari kejadian asal tubuh badan kita. Ia akan menonjolkan punggung dan juga dada kita.

 

3. Sokongan Tak Sesuai

Perhatikan bagaimana postur badan kita semasa kita tidur. Bahagian belakang badan kita harus selesa. Penggunaan tilam yang terlalu lembut akan membuatkan bahagian pinggang kita ‘tenggelam’ ke dalam tilam. Jika kita rasakan tilam terlalu lembut, cuba sesekali kita tidur di atas lantai dengan alas tidur yang minima. Rasakan perbezaannya.

Selain itu, lihat pada postur badan kita ketika bekerja. Pastikan cara duduk kita di kerusi adalah tegak. Badan kita sepatutnya berbentuk ‘S’, bukannya ‘C’. Jika kerusi kita tidak cukup ergonomik, boleh gunakan sokongan tambahan pada kerusi. Ia akan membuatkan abdomen kita sedikit kehadapan.

 

duduk ergonomik Atasi Derita Sakit Pinggang

 

Jika anda penat dan mahu melunjurkan kaki, cuba lakukan dalam keadaan baring, bukannya secara duduk.

 

4. Posisi Salah

Kita sering memandang remeh kepada perbuatan membongkok. Contohnya ketika kita menyalin lampin anak, berkebun, memasak, menolak troli, mengangkat barang dan sebagainya.

Kerap membongkok walaupun dalam tempoh masa yang sekejap mampu membuatkan kita sakit belakang. Sebaliknya, kita sepatutnya duduk – rendahkan pinggang – ketika memandikan anak, mengangkat barang dari lantai, berkebun dan lain-lain.

 

Mencegah Sakit Belakang dan Pinggang

 

1. Duduk dalam keadaan tegak.

– Semasa duduk membuat kerja harian, semasa memandu, semasa memandikan anak, berkebun dan sebagainya.

2. Pastikan belakang kita tegak semasa mengangkat barang berat.

– Cangkunglah ke bawah dalam keadaan belakang kita tegak. Bukannya bongkok ke dapan semasa mengangkat barang.

3. Tidur atas tilam yang agak keras.

– Tilam yang terlalu lembut membuatkan badan kita melengkung. Kita akan berasa tidak selesa ketika bangkit dari tidur.

4. Kurangkan berat badan.

– Usaha untuk dapatkan berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambah beban kepada tulang belakang.

5. Hindari kasut tumit tinggi.

– Pakailah kasut bertumit rendah. Paling-paling pun, pakai kasut wedges.

6. Bersenam.

– Bersenam mampu menguatkan sendi pada tulang belakang. Jika kita duduk atau berdiri dalam masa yang panjang, luangkan masa seketika untuk meregangkan badan.

7. Hindari duduk atas dompet.

– Lelaki selalunya meletakkan dompet di dalam poket belakang punggung. Jadi bila kita duduk, dompet itu akan meninggikan sebelah punggung. Jika duduk lama dalam keadaan tersebut, kita akan sakit belakang.

Saya sendiri telah membuang tabiat tersebut sejak beberapa tahun. Saya sentiasa letakkan dompet di poket sisi seluar atau di poket baju di hadapan. Lebih rapat dengan hati. Hehe. Saya juga berasa lebih sihat!

8. Makanan tambahan (supplement) yang menyokong kekuatan tulang belakang dan sendi.

– Kajian mendapati Vitamin-C membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan pada sendi tubuh badan kita. Vitamin-B pula membantu menjaga kesihatan tulang dan rawan. Juga menenangkan saraf yang keradangan yang disebabkan geseran berlebihan. Vitamin-D pula menyokong kekuatan tulang. Kalsium – kerang, kekacang, bijirin – menyokong kesihatan tulang.

Set Sakit Pinggang Shaklee - Atasi Derita Sakit PinggangSet sakit pinggang berharga RM296.

 

SMS/Whatsapp kami untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Kami akan berikan jadual pemakanan suplemen dan konsultasi PERCUMA untuk anda!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

Rujukan:

Imam Ahmad Ibnu Nizar, 2009, “Sehat itu Mahal…!”, Diva Press.

Vitamin Untuk Lelaki dan Wanita Berkerjaya

Vitamin Untuk Lelaki dan Wanita Berkerjaya

 

Staff yang aktif adalah staff yang cepat naik pangkat. Kalau lambat naik pun sebab orang atas dia tak bersara lagi. 😉

Aktifnya bukan aktif bodek, tapi aktif buat kerja tanpa disuruh berkali-kali.

Cukup sekali disuruh, dia terus melakukan kerja itu setiap hari.

Di kala kawan-kawannya kekal di posisi sama, dia aktif memanjat tangga karier.

 

 

Bagaimana Untuk Jadi Begitu?

 

Ia bermula dengan badan yang cergas dan minda yang sihat!

Mereka mulakan pagi dengan segar dan lebih awal. Sarapan dengan makanan yang sihat.

Ini penting untuk membuatkan seseorang itu aktif dengan konsisten. Jika tidak, kita akan selalu tak sihat, demam, selsema, stress dan sebagainya.

Kebanyakan mereka mempunyai satu rahsia yang mungkin orang lain tak tahu.

Rahsia itu ialah mereka mengamalkan suplemen yang HEBAT!

 

Makanan harian kita banyak yang telah hilang khasiatnya. Sayuran banyak yang hilang zatnya ketika proses memasak. Juga banyak yang tercemar dengan racun serangga sejak sayuran itu ditanam di ladang.

 

Suplemen Hebat Adalah Rahsianya

 

Jadi apakah vitamin hebat untuk pegawai yang hebat??

Set Lelaki dan Wanita Berkerjaya

1 Set B-Complex, Vita-C, Vita-Lea berharga RM235.00

 

Telah wujud lebih 50 tahun, dan hampir 20 tahun berada di Malaysia, ini membuatkan kami sekeluarga yakin dengan suplemen Shaklee.

Kami amalkan set di atas ini setiap hari. Lebih cergas untuk lakukan kerja sehari-harian.

B-Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga, juga sebagai anti-stress.

Sustained Release Vita-C Plus meningkatkan sistem imun, perbaiki insomnia. Kulit juga akan lebih CANTIK! Sustained Release bermaksud ia di hadam perlahan-lahan. Cukup sehari sebiji.

Vita-Lea melengkapkan nutrisi seharian kita. Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. Aktiviti harian kita memang berbeza antara ambil atau tak ambil sebiji VitaLea.

 

Ini antara kisah benar sahabat kami yang telah kami blogkan.

B-Complex dan Vita-Lea tahan 4 bulan. Vita-C pula tahan 6 bulan. Sangat jimat bukan?

 

Klik link ini untuk beli sekarang secara online.

 

Hubungi kami untuk dapatkan Set Lelaki dan Wanita Berkerjaya ini sekarang.

SMS/Whatsapp nombor di bawah untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Kami akan berikan jadual pemakanan suplemen dan konsultasi PERCUMA untuk anda!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

1 2 3 17