Author Archives: Saif Khalid

[Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 [Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 

Assalamualaikum w.r.t.

Baiklah, setelah beberapa bulan memandu Nissan Almera, teringin pulak nak bagi review sikit.

Overall, kami sangat berpuas hati menaiki Almera. Worth every penny of it. Chewah. Yela, Almera ni kalau tak silap kami, ialah yang termurah dalam kelasnya. (untuk kereta import la)

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Alputih ^.^

Dah pakai hampir 5 bulan, odometer sekarang menjangkaui 7300km. Memang tak jauh mana sebab kami bekerja dari rumah. 🙂 Pakai buat balik kampung je yang buat odo bertambah banyak.

Tahap keselesaan…sangat selesa, walaupun hanya pakai kerusi fabrik. Pernah sekali drive 120kmh, tiba2 mertua sound, “Kenapa bawak slow sangat ni, bawak 90 je ke?”. Sekali dia tengok meter dah 120. Cabin insulation dia thumbs up. Noise dari enjin, persekitaran & angin sangat minimum.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu pada setting paling belakang. Legroom belakang masih sangat luas.

Saya suka set kerusi jauh2 time memandu supaya pemanduan lebih selesa dan santai. Jauh mana? Kalau nak tekan pedal sampai rapat, harus melunjur kaki ke depan sepenuhnya. Ketinggian saya hampir 6 kaki. Isteri saya memang tak sampai kakinya kalau guna posisi pemanduan saya.

Ok next, speaker – not bad at all. I’m not an audiophile though. -.-‘

Ruang belakang yang amat luas. Kadang-kadang terfikir nak letak meja sebijik kat ruang kaki tu. Haha. Keluasan boot belakang juga sangat luas.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu hampir rapat ke depan.

Minyak? Masa raya puasa baru ni, perjalanan dari Kulim ke Sg. Buloh menelan minyak sebanyak ~RM47.

Camana kami sukat? Begini, di awal perjalanan, kami isi full-tank. Bila sampai je Sg. Buloh, isi full-tank lagi sekali. Isian semula sampai nozzle terjetak menunjukkan nilai RM47 di pam minyak. Rasanya ok la kut cara kira camni.

Perkiraanya, jarak perjalanan 342km. Minyak RM47. (harga minyak semasa bagi RON95 ialah RM1.90)

= 7.23L/100km

* nota: kelajuan pemanduan sekitar 100kmh ke 150kmh

Kalau maintain ~110kmh pasti jauh lebih jimat.

Bila banding dengan Perodua Viva 1.0L. Pengalaman kami memandu Viva, kelajuan purata 90-120kmh, kami dapat 6.57L/100km. Quite good la banding dengan keselesaan dan keluasan Almera.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Ruang boot belakang.

 

Cuma satu benda nak kena bgtau, stereng elektronik Almera tersangatlah ringan. Jadi kalau nak potong lori treler atau bas, pastikan pegang stereng kuat-kuat.

 

Kos Servis

Servis pertama (1000km) dan kedua (5000km) masing-masing hanya menelan belanja RM115. Walaupun tak dapat free macam pengeluar-pengeluar lain, tapi takde la mahal pun kan.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Happy little girl~

Tempat mainan Khadijah – di tempat letak tangan penumpang belakang. 😀

 

Proses Pembelian

Proses membeli Almera hari tu sangat cepat. Total hanya 2 minggu! Minggu pertama settle loan, dan minggu kedua dah dapat kereta.

Rezeki kami dapat berjumpa dengan salesman yang berdedikasi. Ramah orangnya. Sampai sekarang masih in-touch. Bukan pasal kereta je, macam-macam benda kami sembang. Kalau siapa-siapa nak beli Almera atau adik-beradik Nissan yang lain, bolehlah contact kami untuk berurusan dengan beliau.

 

Sekian. Selamat memandu dengan cermat!

SaifKhalid

Baby Makan Sayur

Assalamualaikum, dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Hari ni kami nak kongsi sikit apa makanan anak kami yang berusia ~1tahun 3bulan.

Ayah Khadijah dah latih Khadijah untuk makan apa sahaja. Yang paling penting – pelawas. Supaya nanti besar xdelah dia memilih sangat. Bapak dia ni pun memang pemakan sayur dan ulam tegar. 🙂

Akhir-akhir ni Khadijah sangat suka makan asam pedas. Kalau suap selain asam pedas memang susah nak dapat habiskan sepinggan nasi. Tapi bila masak asam pedas, mmg dia duduk depan kita je, tak lari mana dah. Tau-tau dah habis sepinggan.

Jadi terpaksalah kami kurangkan kepedasan asam pedas tu kepada tahap minima. Ye la kan, kesian tengok anak kecik sip-sip kepedasan. Nanti perut pun senang sakit kalau pedas-pedas.

Nak tengok makanan Khadijah?

Tadaa…

Khaidjah makan sayur

Antara makanan rutin Khadijah

 

Agak normal untuk Khadijah makan macam ni.  Tomato feveret dia. Kadang-kadang blh mkn sampai 2 biji skali makan. Bendi pun sama.

Kangkung celur dia boleh ratah. Kita pun nak kena cicah sambal belacan baru boleh jalan. haha..

Alhamdulillah..Khadijah stakat ni xda skip buang air besar. Once dia dah selesai qada hajat, dia akan cakap kat kita, “itak!” Cerdik sungguh!

Jadi kepada semua yang nak kan anak tak jadi picky eater, rajin-rajinlah makan sayur dan apa sahaja yang berkhasiat depan anak-anak. Supaya dia tengok kita makan, dia pun akan makan sama. Dan latih awal2. InsyaAllah xda masalah. Sekejap je baby boleh adapt.

Until next time. Selamat datang September! 😀

Makanan Untuk Anak (Solid Food)

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni saya nak kongsi tentang makanan yang kami berikan kepada anak kami, Khadijah.

Tak tau la orang lain buat macam ni ke tak, tapi saya sangat tekankan apa yang masuk ke dalam perut anak kami. Yang paling penting, makanan tersebut mestilah berprinsip pandang ke hadapan, iaitu mudah untuk dikeluarkan dari usus. Dalam bahasa mudah, setiap hidangan mestilah mengandungi serat yang cukup.

High Fiber serat tinggi ummukhadijah

Saya yakin bahawa bayi yang tidak sembelit akan menghasilkan bayi yang sihat, aktif dan riang!

Alhamdulillah, setakat ni, Khadijah akan poo-poo tak kurang dari 2 kali sehari. Kadang-kadang 4-5 kali. Letih tu memang la letih. Kita ibu-ayah ni nak kena rajin lebih la cuci berak anak kalau nak anak membesar dengan gembira, ye tak?

Apa yang saya masukkan dalam makanan dia? Mungkin ramai yang terkejut, especially golongan datuk-nenek. 😉

Selepas penyusuan eksklusif selama 6 bulan, kami masakkan Khadijah moi (bubur dalam bahasa Kedah) daripada beras perang organik yang ditambah 2-3 biji tamar. Tamar adalah buah yang sangat tinggi serat.

Sebulan dia makan moi tamar, bulan berikutnya dia mula makan moi bersama sayur-sayur lain. Antaranya karot, kangkung, bayam, kubis bunga, brokoli.

Masa umur Khadijah hampir setahun, dia mula menyukai sayuran. Kangkung (pelawas yang bagus) celur dia ratah macam tu je. 🙂 Kalau bagi nasi goreng yang ada sayur pun, mesti dia akan kutip habiskan sayur2 dulu.

Khadijah di usia 8 bulan

Khadijah di usia 8 bulan

Sekarang umur Khadijah dah 1 tahun 2 bulan, hampir semua sayuran yang saya makan, Khadijah pun makan sama. Kacang bendi feveret dia. 4-5 batang boleh dia sapu licin dalam 1 meal.

Kalau makan moi dengan ikan atau ayam, moderate fiber pun dah cukup. Tapi kalau makan dengan daging, saya akan pastikan Khadijah makan extra serat. Sayur mesti taruk banyak2. Sebab daging sangat susah dan sangat lama untuk dihadam.

Pasal terlebih lawas saya tak risau, sebab makanan mesti akan diproses selama 12-13 jam dalam perut dan usus kita. Jadi dalam tempoh tu, semua zat yang boleh diserap akan diserap, manakala serat akan dibuang bersama tinja.

Fokus utama: makan serat cukup-cukup, minum air secukupnya. InsyaAllah tiada masalah penghadaman.

 

Okey, cukup celoteh saya untuk kali ni. Jumpa lagi!

Vitamin Untuk Lelaki

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagaimana wanita-wanita ingin sihat menawan, lelaki juga inginkan pakej lengkap. Sihat, cergas, segak, tampan. Kali ini kami akan berkongsi dengan para pembaca mengenai Set Kesihatan Lelaki dari Shaklee.

 

vitamin lelaki sihat

 

Lelaki tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan macam-macam lagi.

Set Kesihatan Lelaki Shaklee merupakan makanan tambahan semulajadi untuk membekalkan nutrien terbaik untuk para lelaki, sama ada yang masih bujang atau pun yang dah berumah tangga.

  1. Vita-Lea – Klik
  2. B-Complex
  3. Vita-C – Klik
  4. Vita-E
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard

 

Set Kesihatan Lelaki

Set Kesihatan Lelaki

Antara kebaikan Set Kesihatan Lelaki;

  • Meningkatkan kecergasan
  • Memelihara prostat
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Kebaikan Vita-Lea Shaklee

Kebaikan Vita-Lea Shaklee

kebaikan vita-Lea shaklee vitalea

Vita-Lea Shaklee

Apa itu Vita-Lea?

  • Sejenis multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia! wah~~
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan.
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Merupakan multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia! (awesome!)

kebaikan vita-Lea shaklee vitalea

Biar betol??? Hebatnya Vita-Lea ni.

Kandungan nutrisi di dalam Vita-Lea

  • Vitamin A – Klik
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin C – Klik
  • Asid Folik
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin B3
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Vitamin B5
  • Biotin
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Iodin
  • Zat besi
  • Magnesium
  • Kuprum
  • Zink

 

Manfaat utama Vita-Lea

 

ActiveLiving

  • Penambahan tenaga segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

 

optimal-food-pyramid-guide

  • Pelengkap nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamnaya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

 

kids

  • Membantu sistem tumbesaran – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

 

metabolism

  • Matabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

 

healthy skin

  • Elemen penting pada sel tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

 

 

human body

  • Melindungi organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

 

 

Kebaikan Vita-Lea Shaklee VitaLea

Banyak kan kebaikan vitalea Shaklee ni? Nak jugak? Boleh dapatkan dari kami.

Sebotol VitaLea Iron Formula (120tablets) berharga RM88.75. Klik sini untuk order.

 

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

1 14 15 16 17