Author Archives: Saif Khalid

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.

Ia memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Penyusuan juga disebut Allah di dalam Al-Quran. Pernah jumpa di mana? Dan pernah terfikir kenapa?

‘Alah..setakat susu anak, siapa-siapa pun boleh buat. Bukan kena beli pun.’ Mungkin ada yang pernah cakap atau fikir begitu.

Belum cuba belum tahu. Siapa yang pernah susukan anak sehingga umur dua tahun pasti tak setuju dengan pernyataan di atas.

Kepada ibubapa yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan, tahniah saya ucapkan. Dan kepada yang berjaya susukan anak sehingga 2 tahun, ribuan tahniah saya ucapkan. Anda telah melakukan pengorbanan yang besar kepada anak bangsa!

Ok, kenapa Allah sebut pasal penyusuan anak dalam manual kehidupan kita?

Tak lain tak bukan kerana penyusuan adalah antara isu terbesar dalam hidup kita. Juga kerana penyusuan bukanlah perkara mudah. Kerana penyusuan adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia.

Pernah saya terdengar di radio, “Hadiahkanlah ibumu walau segunung emas, nescaya itu tidak dapat membalas jasa ibumu walau setitik susu.”

Penyusuan yang sempurna akan melahirkan insan hebat! Lihat saja bagaimana Allah memilih ibu susu dan persekitaran penyusuan yang hebat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Itulah antara faktor yang menjadikan nabi kita berakhlak mulia dan mantap peribadinya.

………..

Pengalaman saya dan isteri menyusukan anak 2 orang ketika ini, amat banyak mengajar kami tentang keibubapaan dan rumahtangga.

Mendampingi isteri melahirkan anak dan membesarkan anak membuatkan saya amat hargai pengorbanan ibu saya membesarkan saya dahulu. Membuatkan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa saya di dalam solat dan selepas setiap solat 5 waktu saya.

Bagaimana tidak? Seorang ibu tidak akan benarkan anaknya digigit walau seekor nyamuk! Atau seekor semut!

 

 

Ya, Menyusukan Anak Tugas Bapa.

 

Seorang isteri sangat memerlukan sokongan dari suami untuk menyusukan anak. Terutamanya ibu muda.

Biasanya ibu yang melahirkan anak, susunya kurang. Mungkin hanya setitik dua. Maka mulalah mencari susu formula atau air masak untuk diberi kepada anak yang sedang menangis.

Di sinilah tugas bapa. Bapa wajib menuntut ilmu pasal penyusuan ibu. Memang di awal kelahiran, susu ibu hanya sikit, dan pekat kekuningan. Kolostrum namanya. Kolostrum amat diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

Ibubapa juga perlu mengetahui bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak. Cukup beberapa titik susu kolostrum. Perutnya pun hanya sebesar buah ceri di hari pertama kelahiran, dan menjadi sebesar sebiji telur pada hari ke-30. Dia hanya perlukan sedikit susu, tetapi kerap.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Saiz Perut Bayi

 

Posisi juga penting. Posisi badan untuk keselesaan ibu, dan juga posisi mulut bayi (latching) untuk penyusuan yang berjaya.

Antara tugas penting bapa dalam penyusuan, saya susunkan dalam bentuk point;

  1. Gosok dagu bayi jika dia tertidur sewaktu menyusu. (Kecuali yakin bayi telah menyusu secukupnya)
  2. Mendampingi isteri. Gosok belakang badan. Urut badan isteri.
  3. Memberi makanan sihat dan suplemen kepada isteri supaya bertenaga untuk menyusukan anak.
  4. Membantu menguruskan rumah
  5. Melayan anak lain (jika ada)
  6. Menenangkan isteri jika berlaku kesusahan dalam penyusuan. Contohnya bengkak susu, susu kurang, mulut bayi tidak melekap.
  7. Memastikan tahap ergonomik isteri di tahap yang baik. Duduk di kerusi dengan posisi yang baik. Berikan bantal atau alat sokongan lain kepada ibu/bayi bila perlu.
  8. Beri motivasi kepada isteri. Kata-kata semangat, atau hadiah kepada isteri.
  9. Salin lampin anak. Bayi yang breastfeed akan kerap kencing tau.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Susu Bayi

Apa Pula Kelebihan Menyusukan Anak?

  1. Tak perlu bancuh susu tengah-tengah malam.
  2. Tak perlu bawak air panas ke mana-mana. Kami tak pernah bawa beg/bakul bayi bila keluar rumah.
  3. Ibu lebih rapat dengan anak.
  4. Banyak lagi. Rasanya kami pernah buat entri tentang kelebihan menyusukan anak. Cuba search. Hihi.

 

Apa pun, sebagai ayah, saya akan usaha semampu mungkin untuk menyusukan anak paling kurang sehingga umurnya 2 tahun.

Susu formula? Tak pernah masuk dalam senarai shopping kami. 😉

Kepada ibubapa yang telah berusaha untuk menyusukan anak tetapi tidak berjaya, jangan risau. Anda telah lakukan yang terbaik. Teruskan belajar dan mencari ilmu tentang penyusuan anak.

Kami dulu juga pernah menghadapi kesukaran dalam penyusuan. Malah isteri saya pernah sekali hampir berputus asa.

Teruskan usaha murni anda. Cuba kongsi masalah anda dengan orang-orang terdekat. Mana tahu ada jalannya. Kami juga gembira jika dapat membantu anda menjayakan penyusuan bayi.

Sekian.

SaifKhalid

 

 

Cara Set Target Untuk Berjaya

Cara Set Target Untuk Berjaya

Pernah main dart? Macamana nak menang main dart?

Dah tentu kita kena set target dan fokus kepada papan dart tersebut.

Atau ada yang tak pernah main? Bukan saja-saja baling tau. Kita kena habiskan point yang ditetapkan. Siapa habiskan dulu dialah yang menang. (Adapun titik tengah merah ‘bulls-eye’ bukanlah mata tertinggi ok)

Begitulah juga dengan hidup kita.

Wajib ada target.

Tanpa target, kita tiada tujuan hidup. Masa dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanpa tujuan hidup yang jelas, ramailah yang melepak menghabiskan masa di CC, di tepian jalan, di kedai kopi. Maka meningkatlah masalah sosial di kalangan masyarakat.

Ada banyak cara untuk kita buat target untuk berjaya. Saya senaraikan beberapa cara berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.

darts cara set target untuk berjaya

1. Target biar SPESIFIK

Mana satukah lebih jelas;

“Saya nak jadi jutawan”, atau “Saya akan mempunyai simpanan RM1 juta sebelum saya berumur 30 tahun”.

Ayat pertama lebih berbunyi seperti angan-angan. Atau kita sendiri pun tak yakin dengan target tersebut.

Pastikan kita tahu sesuatu target dengan jelas. Di mana, bila, siapa, bagaimana, kenapa, dan lain-lain.

2. Masa yang mencukupi

“Saya target untuk sampai di Kuala Lumpur pada pukul 10am”. Sedangkan anda berada di Kulim sekarang pukul 9am.

Bunyinya pun sudah mustahil. Saya beri contoh di atas untuk pemandu kereta. 🙂

3. Target mesti REALISTIK

“Saya nak jadi Ultraman dan bunuh raksasa-raksasa yang mengganggu ketenteraman awam.”

Haha, over pulak impian dia. Ini hyperbola namanya.

Maksud saya, target mesti berpijak di bumi nyata.

Ya betul, orang kata kita kena DREAM BIG. Pepatah arab juga berkata “Letaklah impian anda di bintang Suraya.”

Supaya jika tidak dapat yang BIG pun, dapat yang agak besar, dan jika tak dapat sampai bintang Suraya pun, dapatlah sampai ke puncak Gunung Everest.

Yang paling penting… Jangan takut berimpian besar! Kerana di situlah anda bakal mendapat motivasi dan usaha yang HEBAT!

Jika berimpian pun sudah takut, bagaimana mungkin anda mampu melakukannya di alam nyata??

 

4. Tulis dan Paparkan Target Anda Di Tempat Yang Hari-hari Anda Lihat

Tulis, print dan tampal/gantung target anda di cermin, di dinding, di dalam almari, di dapur, di pintu peti sejuk, di mana-mana sahaja yang anda akan temui dan baca setiap hari!

Tulis dengan jelas dan cantik.

Jika target agak rahsia, gantunglah di belah dalam pintu almari bilik tidur anda. Mungkin juga di cermin meja solek anda. Juga di dalam dompet.

Ya, kita sangat perlukan bimbingan untuk mencapai target. Dan tulisan anda adalah bimbingan terbesar anda!

 

darts cara set target untuk berjaya

 

5. Beritahu Target Anda Kepada Orang Terdekat

Selepas tetapkan target, beritahu orang terdekat anda tentang target tersebut.

Beritahu pasangan anda, mak-ayah, adik-beradik, kawan rapat, saudara, nenek, atau sesiapa sahaja yang anda rasa dapat membimbing dan mengingatkan anda sekiranya anda tersasar.

Anda juga akan berasa malu jika target tidak tercapai. Malu yang memotivasikan tau. Bukan malu yang membuatkan anda menyorokkan muka.

 

Jadi, pastikan anda letakkan target yang SPESIFIK dan REALISTIK.

 

Sekian, salam sayang dari saya.

Jom set target! ^^

Baca Buat Checklist Untuk ke Syurga.

 

 

Saif Khalid

Jepun Lebih Islamik?

Jepun Lebih Islamik?

Pernah naik bas atau tren kat Malaysia on time?
Pernah tak naik tren yang sepatutnya 12:35 dan anda dapat masuk ke gerabak pukul 12:35:00 tanpa delay?
Percaya atau tidak tren di Jepun hanya lewat 3 saat dalam 1 tahun? Itu adalah jumlah kelewatan untuk ribuan trip tahun itu. Maksudnya mungkin ada 1 trip yang terlewat 1 saat dan ada 1 trip lagi yang lewat 2 saat. Tren mereka akan sampai dan bertolak tepat pada waktunya tanpa lewat atau awal sesaat.

Sangat punctual bukan?

 

japan-train Jepun Lebih Islamik?

 

Kisah kedua, baru-baru ini, anak ustaz saya telah ke Jepun. Ketika di sana dia telah keciciran dompet.

Lalu dia pun buat aduan di balai polis berhampiran. Rasa-rasa apakah kesudahannya?
Dia mendapat kembali dompetnya dalam masa yang singkat tanpa kehilangan sesuatu pun!

Kalau kita di Malaysia? Mungkin bayangnya pun takda. Untung nasib, dapatlah balik IC kita.

Rupanya si fulan yang menjumpai dompetnya itu telah menyerahkannya ke balai polis.

Sungguh amanah.

Bukankah tepati masa dan amanah itu ajaran Islam?

Apakah kita pernah terfikir yang kita boleh mencapai tahap ketepatan masa sehebat itu?
Ya! Hanya jika kita MAHU.
Orang Jepun telah membuktikannya.

Pengalaman saya bekerja di kilang Jepun tahun lepas, tepati waktu adalah perkara yang sangat penting.
Kami akan mendapat elaun kehadiran setiap bulan. Percaya atau tidak, jika sekali kami terlewat, walaupun seminit, elaun kehadiran akan dipotong. Hanya lewat sekali, seminit, dan cuma lewat untuk hari tersebut, elaun kehadiran kami akan dipotong untuk bulan tersebut. Ya, elaun kehadiran SATU BULAN dipotong tanpa kompromi.

Satu hari yang lain, saya ke tandas. Tandasnya agak jauh dari cubicle saya. Sampai-sampai, kedua-dua tandas penuh. Saya pun tunggu, tanpa mengetahui bilakah penghuninya akan siap melabur dan keluar.
Tiba-tiba bos saya datang.
“What are you doing here?”
“Go back to your place and come back later.”

Aduh..menyirap betul dengan mamat dalam tandas tu. Padahal asap berkepul-kepul keluar atas tandas tu.

Masa tu memang marahlah kat bos (dalam hati). Tapi lama-lama, fikir-fikir balik, betullah..kalau ada orang dalam tandas, patah balik jelah sambung buat kerja. Nanti pergi balik. Kita belum tahu berapa lama orang tu ‘melabur’. Mungkin 5 minit, dan boleh jadi 30 minit.

Ok. Dua perkara ni dah buat saya kagum dengan warga Jepun.

Ada seorang ustaz tu kata, apa yang kita nak dakwahkan kepada orang Jepun?
Nak ajar tepati masa? Huh, janji Melayu, mesyuarat pukul 9, pukul 10 baru terkedek-kedek sorang sorang datang.
Nak ajar pasal amanah? Lagi melaut. Kertas soalan UPSR pun pakat-pakat tolong bocorkan. Bumbung-bumbung bangunan pun selalu bocor. Tak kurang juga yang runtuh terus.
Kalau takda amanah dalam diri, dah tentu dompet kawan kita tu tadi dah lesap, duit pun masuk poket orang lain.

Bukankah amalan tepati masa dah Allah terangkan dalam satu surah dalam Al-Quran?
Bukankah sifat amanah juga adalah satu sifat Nabi Allah?

Orang Jepun telah jauh meninggalkan kita dalam 2 aspek ini.

Tu belum lagi tengok pada kebersihan. Anda sendiri pun dapat menilai, siapakah lebih Islamik? Siapakah yang lebih mengamalkan ajaran Islam.

OK. Cukup dulu celoteh untuk hari ini. Saya tulis blog ni pun untuk peringatan kepada diri sendiri. Sahabat pembaca semua pun boleh mengambil iktibar.

Sekian.

SaifKhalid

Sembuh Demam Cepat Tanpa Paracetamol

Sembuh Demam Cepat Tanpa Paracetamol

 

Saya manusia biasa, walaupun sentiasa memilih makanan yang sihat dan berkhasiat, kadang-kadang akan demam juga.

Alhamdulillah..
Kalau tak sakit, risau tak ingatkan Allah pula. Ye tak. 😉
Supaya kita sentiasa syukuri nikmat kesihatan yang diberikan.

Baru-baru ini, yang menjadikan ujian lebih berat, saya demam ketika bermusafir. Isteri jaga anak dua orang dalam kereta, saya pula memandu. Bila terik di tengah hari, mata jadi kering dan sukar untuk tumpukan perhatian pada pemanduan.

 

sembuh demam tanpa paracetamol performance drink shaklee high fever

 

Menyedari badan mula panas, sebelum mula memandu lagi saya dah habiskan segelas Performance drink Shaklee. Saya bancuh 3 sudu Performance bersama air kosong.

Rasanya pun sedap! Natural orange flavour.

 

Performance Shaklee Sembuh Demam Cepat Tanpa Paracetamol

 

Sepanjang pemanduan, saya kerapkan minum air kosong, supaya mata tak kering atau kuyu.

Bila berhenti makan, saya selitkan sebiji Vita-Lea. “Supaya badan lebih kuat melawan patogen”, kata anak saudara saya. Hehe.

Dah makan multivitamin, dah minum air rehydrate, apa lagi, yakin kepada Allah, demam akan baik cepat.

Mindset sangat membantu dalam proses penyembuhan.

Yakin dengan ayat Allah dalam surah Asy-Syu’araa’ ayat 80.

“Apabila anda sakit, maka Allahlah yang akan menyembuhkan.”

Jika diizinkan Allah untuk sihat, syukur. Tetapi jika tak baik lagi, syukur juga, kerana Allah sedang menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.

 

Jom, simpan satu cannister Performance dalam rumah kita. Cuma klik link ini.

Sembuh demam cepat tanpa paracetamol Performance Drink Shaklee

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Puasa dan ESP

Puasa dan ESP

Bulan puasa lepas rasa sangat berbeza kerana Muhammad baru sahaja dilahirkan seminggu sebelum bulan puasa. Ternyata menguruskan 2 anak lebih mencabar. Alhamdulullah atas kurniaan terindah ini. Walaupun penat, nikmatnya terasa.

Bulan puasa yang lalu juga merupakan bulan kedua saya ditugaskan menjadi imam isyak dan tarawih selama sebulan puasa di surau kawasan perumahan saya. Tugas ini sangat berat dan mencabar bagi saya.

Saya berbuka puasa di masjid dan maghrib di sana. Seusai jemaah maghrib, saya akan pulang sekejap sebelum azan isyak berkumandang. Pada waktu inilah saya akan bancuh ESP bersama Performance drink. Ini bagi memastikan saya bertenaga untuk mengimamkan jemaah nanti.

Kadang-kadang saya akan bancuh bersama Meal Shakes. 3 in 1 yang bergelar 3 Mighty Gems set ni sedap rasanya! ESP + Performance + Meal Shakes. 🙂

Alhamdulillah..saya dapat mengemudi jemaah dengan bertenaga sehingga tengah malam. Yelah, meraikan jemaah yang bersemangat ingin bertadarus selepas tarawih dan witir.

Sahur di pagi hari juga saya selalu minum ESP dulu sebelum makan nasi. ESP memberikan protein yang mencukupi untuk kerja kita seharian. ESP bukan sebarangan soya tau. Kebanyakan soya di pasaran – kacang soya di pasar, susu soya di jalanan dan di dalam kotak, tauhu, taukua, tempe dan segala anak beranak soya – umumnya adalah soya GMO. Kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik.

Kenapa kita perlu elakkan makanan GMO? Antara keburukannya ialah sistem imun kita terganggu, kita tua lebih cepat dan yang lebih teruk, kesuburan kita akan menurun.

 

Puasa dan ESP Shaklee soya protein

 

ESP pula dihasilkan dari soya bukan GMO. Sebab itu saya sentiasa memilih ESP berbanding susu soya lain.

Performance pula mengurangkan nyah-hidrat dari badan. Jadi takdalah saya kekurangan air ketika mengimami solat. Performance juga bagus untuk orang yang aktif bekerja sepanjang hari.

Meal Shakes memberikan mineral dan zat-zat penting. Namanya pun dah menerangkan kelebihannya. Seperti menghabiskan sepinggan nasi dengan hanya meneguk segelas Meal Shakes.

 

Saya inginkan ESP sekarang!

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

1 7 8 9 10 11 17