Badan Sihat Dengan Amalan Puasa

Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut tentang puasa pada ayat 183-184 Surah Al-Baqarah.

“Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain. Orang yang tidak berdaya berpuasa, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin. Sesiapa yang bersukarela melakukan kebajikan (membayar fidyah lebih baik daripada yang ditentukan) maka itu lebih baik baginya, dan jika kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

 

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa

 

Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa terdapat banyak manfaat dari ibadah puasa.

Puasa adalah antara keperluan tubuh badan sepertimana kita semua memerlukan makan, tidur, bernafas, bergerak dan lain-lain.

Jika kita tidak makan dan tidur untuk tempoh masa yang lama, tubuh badan kita akan sakit. Begitulah juga dengan puasa. Jika kita lama tidak berpuasa, akan ada perkara tidak baik berlaku pada badan kita.

 

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Nasa’i, Abu Umamah berkata, “Wahai Rasulullah, perintahkanlah aku satu amalan yang Allah akan berikan manfaatNya kepadaku dengan sebab amalan itu.” Maka Rasulullah bersabda, “Berpuasalah, kerana tidak ada satu pun amalan yang sama dengan puasa.”

 

Kelebihan Berpuasa

 

1. Musuh Tumor

Puasa membuang sel rosak dan sel lemah dari badan. Kesan dari lapar yang dirasai oleh orang yang berpuasa, organ dalaman kita akan menghancurkan atau memakan sel yang rosak tadi supaya rasa lapar itu dapat ditutup. Masa itulah sel digantikan dengan yang baru. Paling penting, puasa dapat mencegah tumor dari awal pembentukannya!

2. Kawal Tahap Gula Dalam Darah

Dengan merehatkan pankreas, puasa sangat bagus dalam menurunkan gula dalam darah.

Apabila makanan kita tinggi gula, pankreas akan menghadapi tekanan dan menjadi lemah sehingga ia tidak mampu melaksanakan fungsinya dengan baik. Keadaan begini yang berterusan akan mengakibatkan seseorang menghidap diabetes.

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa Tahap Gula Darah

 

3. Puasa Doktor Paling MURAH

Saya kira ramai yang menjadi semakin sihat selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. (Komen di bawah jika anda merasakannya)

Jika tidak, perhatikan bagaimana kita berbuka puasa. Rasulullah telah mengajar kita berbuka puasa dengan memakan beberapa biji kurma, dan air kosong. Glukos yang terdapat dalam tamar itu akan menjadikan kita kenyang. Gulanya mudah diserap dan dihantar ke dalam darah.

Sebaliknya, jika kita terus makan daging, sayuran mahupun nasi, perut kita perlukan lebih masa untuk mencerna makanan tersebut. Membuatkan kita rasa letih dan lapar di malam hari.

4. Ubati Sakit Kulit

Puasa membuatkan kandungan air dalam badan (darah) berkurang. Maka kulit kita juga akan kurang airnya. Ini membuatkan kulit kita lebih kuat melawan mikrob, mengurangkan alahan pada kulit, dan mengehadkan masalah kulit berlemak.

5. Sakit Sendi Tulang

Seorang muallaf di New York, asalnya tidak boleh berjalan kerana mengalami sakit sendi tulang yang kronik. Beliau berpuasa dan berbuka dengan hanya sayur-sayuran, buah-buahan dan tamar.

Setalah mengamalkan buat beberapa ketika, beliau dapat berjalan dengan cepat. Rasa sakit sendi itu hilang entah ke mana.

Sungguh hebat bukan aturan Allah?

Puasa bukanlah semata-mata untuk menilai tahap ketaatan kita kepada Allah. Tetapi puasa akan servis badan kita supaya tahap kesihatan badan kita dapat dioptimumkan.

 

Ayuh berpuasa! Kita boleh amalkan berpuasa pada setiap hari Isnin & Khamis, atau juga pada 13, 14 & 15 haribulan qamariah setiap bulan. InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan supaya badan kita jadi lebih sihat. ^^

 

Jangan tinggal sahur ya. Besar fadilatnya. Kalau tak dan sangat, makan 2-3 biji tamar, dan bancuh saja 3 scoop ESP!

 

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni…

 

-Saif Khalid-

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *