Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Sebagai seorang ibu muda, saya risau juga bila berfikir mengenai Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur. Saya sendiri agak memilih sayur untuk dimakan. Hehe.. Bagaimana pula nak mengajar anak untuk makan semua sayur kan? 🙂 Saya ada cerita mengenai Khadijah yang makan sayur di sini —> klik

Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang tak memilih bab makan! Dan dia juga kaki makan sayur. Kalau saya memilih, akan kedengaran suara yang menyuruh saya mencuba juga sayur tersebut, Setakat ini, saya rasa pencapaian saya semakin meningkat dalam bab makan sayur tanpa memilih! Syabas!

 

Antara tips yang dapat saya kongsikan adalah :

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

 

1) Cuba pelbagai jenis sayur

Jika hari ahad kita masakkan sayur bayam. Hari isnin kita masak sayur petola pula. Dan seterusnya hari-hari lain dengan jenis sayur yang berbeza. Secara tak langsung anak-anak pun dapat kenal pelbagai jenis sayur. Mungkin ada yang dia tak suka dan yang dia suka. Kita dapat bantu dia makan sayur lagi selepas ini.

 

sayur

2) Pelbagaikan cara masakan

Jika sayur yang kita masak tak sesuai di buat sup, kita boleh gorengkan atau celur atau lain-lain cara yang bersesuaian. Tengok juga anak kita suka masakan yang bagaimana. Jika anak kita suka kari, kita masukkan sayur dalam kari tersebut. InsyaAllah dia akan makan.

kari

 

3) Makan sayur di depan anak-anak

Anak-anak akan ikut apa yang ibu ayah dia lakukan. Betul tak? Baik dari segi percakapan, perbuatan dan cara kita berpakaian. Semua anak nak tiru. Jadi, bab makan sayur ni, kita kena jadi contoh tauladan. Jangan kita menyuruh saja anak-anak tapi kita sendiri tak makan pun sayur tersebut. Mana mungkin anak-anak akan ikut kita.

makan

 

4) Kreatif!

Pernah dengar bento? Orang Jepun selalu buat bento ni. Mereka akan decorate makanan anak mereka dengan comel sekali! Nak makan pun tak sampai hati sebab terlalu comel! 🙂 Kita jadilah seorang yang kreatif. Potong sayur dan hiaskannya dengan corak yang menarik dan beri kepada anak untuk dijadikan bekal ke sekolah. Anak-anak mesti sukakannya! Silap haribulan, kawan anak kita pun makan makanan anak kita.

bento

 

5) Memberitahu kebaikan sayur

Sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa mendidik anak kita bahawa sayur mempunyai banyak kebaikan. Jika anak tidak suka memakan sayur, ceritakan kepada mereka khasiat dari sayur yang dapat memberi kesihatan yang baik kepada mereka. Sentiasa memberi galakan kepada mereka untuk memakan sayur. Contohnya, kalau makan sayur, nanti adik jadi kuat! Ini antara kata-kata perangsang untuk anak-anak makan sayur.

makan sayur

 

Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur

Anda semua boleh cuba tips Bagaimana Mengajar Anak Makan Sayur yang saya kongsikan ini. Kalau tak cuba, tak tahu ye dok? 😉

 

Related posts:

One comment

  • Bagus Tips ni…

    Anak2 kak B pulak suka benar makan brokoli. Papa dia pulak kalo g pasar, tak reti kot nak beli sayur apa selain dari brokoli ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *