Cara Ajar Anak Bercakap

Cara Ajar Anak Bercakap

Anda ada anak yang berusia 2 tahun dan sudah pandai bercakap? Atau anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi belum pandai bercakap? Jangan risau ye ibu bapa sekalian. Setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita sebagai ibu bapa boleh membantu dia bercakap. Bagaimana?

IMG_4946

 

Cara Ajar Anak Bercakap

Saya ingin kongsikan pengalaman saya. Anak sulung saya bernama Khadijah. Sekarang dia sudah berusia 2 tahun 4 bulan. Alhamdulillah. Saya seorang ibu yang bekerja di rumah. Jadi mungkin ini kelebihan saya dapat berdamping dengan anak seharian. Saya tabik spring pada ibu-ibu yang bekerjaya melayan kerenah anak-anak selepas penat bekerja. (Bekerja di rumah pun penat juga) 🙂

Khadijah sangat petah bercakap. Allah…. Apa sahaja yang kita cakap, memang dia ikut. Khadijah berjalan ketika usianya 8-9 bulan. Dia tumbuh gigi pada usia setahun. Dia mula bercakap pada usia 1 tahun 3 bulan. Waktu ni dia pandai panggil “ayah” dan “abu”. Aik?? Kenapa abu?? Hehe… Dia tak pandai sebut ibu lagi. Tapi saya mengiyakan apabila dia panggil abu. Sekarang dia dah pandai la panggil ibu. 🙂

 

Cara Ajar Anak Bercakap

Cara yang saya amalkan :

 

1) Rajin bercakap dengan anak-anak

Saya takda kawan lain dah di rumah. Memang asyik bercakap dengan anak-anak sahaja. Saya selalu bercakap dengan Khadijah dari dia kecil. Memang dia tak faham. Tapi saya tetap bercakap dengan dia. Sampai satu hari, dia membalas apa yang saya cakap. Respon yang baik bukan? 🙂

 

2) Rajin bertanya

Saya selalu tanyakan Khadijah tentang apa jua yang dia nak buat. Warna asas. Human body. Alif ba ta. ABC. 123. Ibu ayah nama apa. Solat bila? Bagaimana? Kalau tak solat siapa marah? Semua saya tanya. Khadijah akan jawab semua. Kalau dia dah boring, dia akan cakap “tak tau lah” Ayat malas jawab. Hehe…

 

3) Menonton video/cerita

Saya tak nafikan Khadijah banyak bercakap dengan meniru upin ipin, boboiboi bercakap. Malah kadang-kadang, dia tengok Hagemaru! Allah… Dia klik related videos di you tube. Hagemaru yang dia tengok. Hagemaru ni kartun dia merapu sikit ye kawan-kawan. Saya tak galakkan anak-anak anda tonton. Pernah sekali ayah Khadijah nak buka nappy dia untuk basuh dia kencing. Dengan selamba Khadijah berkata “Ei, bencilah kau ni!” Gulp! Tersentap kami suami isteri dengar Khadijah cakap macamtu. Dah la digunakan pada situasi yang betul. Oh anakku. Tapi kami diam sahaja. Tak marah, tak balas dia cakap. Sampai sekarang, dia tak pernah cakap dah ayat tersebut. Lega kami. 🙂 Anda kena monitor anak-anak tengok cerita apa. Khadijah memang hafal lah upin ipin, pada zaman dahulu dan boboiboi. Petah! Sehari, limit 15 minit sahaja tengok youtube. Kalau lebih, takut lain pulak jadinya.

 

4) Bercakap dengan intonasi

Saya ajar Khadijah cakap berintonasi. Nampak lebih meyakinkan bila bercakap. Kita dapat ekspres perasaan kita dengan lebih baik. Orang akan faham apa yang kita cakapkan. Contohnya, Khadijah selalu cakap “Ibuuuu, Khadijah minta nawaf” (Khadijah minta maaf) dengan nada yang sungguh menginsafkan. Tapi lepass tu dia buat lagi. Hehe.. Yang penting cara dia minta maaf tu sungguh mencairkan. Pandai dia bodek buat muka keinsafan.

 

5) Suku kata yang mudah

Awal-awal bercakap, kita gunakan suku kata yang mudah sahaja dengan anak. Tak perlu buat ayat panjang dengan imbuhan semua. Anak nak catch up susah nanti. Lama-kelamaan, dia akan pandai buat ayat panjang lepas ni. Contoh, “Ayah solat masjid” Lama-kelamaan kita boleh cakap “ayah pergi solat di masjid” Dia akan pandai ikut.

 

Anda semua mungkin ada cara lain yang nak ditambah sebagai Cara Ajar Anak Bercakap. Jom kongsikan dengan kami. 🙂 Semua di atas adalah pengalaman saya. Apa yang saya buat dengan anak-anak.

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *