Cara Atasi Bayi Kembung Perut

Cara Atasi Bayi Kembung Perut

Bayi memang suka menangis. Ini adalah salah satu bahasa bayi untuk menyampaikan apa yang dia rasa, sakit dan sebagainya.
Ada beberapa sebab yang menyebabkan bayi menangis seperti kembung perut, bayi buang air kecil, poo poo atau bahasa senangnya berak, bayi sakit terkena gigitan serangga, bayi panas dan bayi berasa insecure. Mungkin ada lagi sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi menangis ye saudara saudari.

Pada kali ini saya nak berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu kepada dua orang permata yang soleh dan solehah insyaAllah. Saya akan kongsikan bagaimana cara atasi bayi kembung perut. Lain orang mungkin lain cara atasi bayi kembung perut yang anda semua amalkan.

 

Cara Atasi Bayi Kembung Perut

 

Cara atasi bayi kembung perut yang saya amalkan adalah :

1) Ibu yang menyusu badan perlu menghindari diri dari makan makanan yang berangin
Makanan berangin (buah-buahan dan sayur-sayuran) yang boleh menyebabkan angin. Contohnya terung, kacang panjang dan lain-lain. Lain orang lain pantangnya tau. Anda boleh cuba sikit-sikit.

2) Menggunakan minyak angin
Saya suka sangat menggunakan Minyak Mestika Bayini. Buatan malaysia lagi tau. Hehe. Dari Khadijah dulu lagi dah guna minyak ni. Saya sapu di perut, belakang badan, kawasan ari-ari, belakang betis dan tapak kaki bayi. InsyaAllah bayi akan rasa lebih selesa. So far, sapukan pada Muhammad, alhamdulillah mujarab. Ada banyak jenama minyak bayi untuk kembung perut di pasaran. Anda boleh cuba yang mana yang anda suka. Yang penting ianya sesuai dengan bayi anda dan kandungan minyak tersebut tidak ada bahan yang meragukan.

3) Tidurkan bayi meniarap
Ini dari pemerhatian saya. Bayi yang kembung akan menangis dengan kuat bila dibaringkan. Bila ditiarapkan, dia akan senyap. Tambahan pula jika kita tiarapkan dia di atas dada kita.

4) Tuam perut bayi dengan air suam
Saya masukkan air suam-suam panas ke dalam botol susu. Saya balut botol tersebut dengan kain dan tuamkan pada perut bayi. Memang brooot broot bayi kentut. Cubalah. Jangan nanti mak ayah bayi yang kentut sama. Hehe.

5) Teknik angkat kaki
Teknik ni saya baru belajar dari abang ipar saya. Memang berkesan! Baringkan bayi anda. Angkat kaki kanan dan rapatkan ke perut bayi. Kaki kiri biarkan lurus. Kemuadian ulang cara yang sama untuk kaki kiri pula diangkat dan ditekan pada perut bayi. Terkentut-kentut Muhammad guna cara ni. Alhamdulillah.

Mungkin anda ada cara atasi bayi kembung perut yang anda amalkan. Jom kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah. Kami amat hargai perkongsian dari anda semua.

 

Sekian.

Bahiah

 

 

Related posts:

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *