Category Archives: Breastfeeding

Menjaga dan Menyusu Bayi Pramatang

Saya ingin berkongsi kisah benar sahabat saya. Dia telah melahirkan anak pramatang (premature) pada 31 minggu kehamilan. YA!!! Reaksi pertama saya, 31 minggu???? Awalnyaaaa baby keluar. Macam-macam fikir macam mana baby akan survive lepas keluar dari perut ibu.

Sebelum itu, anda boleh tonton video di bawah mengenai seorang ibu yang melahirkan bayi pramatang yang mendorong beliau lebih kuat dan hebat!

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kisah sahabat saya ini memang satu kisah yang menakjubkan! Saya tak pernah dengar lagi kisah bayi pramatang pada usia 31 minggu. Selalu dengar yang 34 , 35 minggu.

day1

 

Menjaga dan Menyusu Bayi Pramatang

Kisahnya bermula……..

Sahabat saya merupakan seorang doktor di salah sebuah hospital kerajaan di Kedah. Dia dan suami PJJ (perkahwinan jarak jauh). Empat hari sekali suaminya akan pulang ke rumah. Sehari sebelum beranak, sahabat saya mengalami pendarahan. Dia drive sendiri ke hospital memandangkan dia tidak rasa sakit. Perkara yang paling ditakuti adalah jika kandungannya mengalami abruptio placenta iaitu placenta terlepas dari uterus. Ini boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang dikandung.

Semasa di wad keesokan harinya, sahabat saya mengalami pecah ketuban. Kemudian, sahabat saya terpaksa menjalani pembedahan caesarean. Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan dengan berat 1.58kg. Bayi ini lahir dengan sempurna (good apgar score). Jadi, bayi tidak perlu masuk tiub di trakea (kerongkong). Ada sesetengah keadaan di mana bayi pramatang akan dimasukkan tiub melalui trakea mereka.

Masalah yang dihadapi dalam menjaga dan menyusukan bayi pramatang:

 

1) Bayi tak cukup berat

Bayi sahabat saya lahir dengan berat hanya 1.58kg. Untuk didukung pun alahaiii keciknya. Seriau rasa nak dukung kan? Memang comel cinonet je bayi terutama yang lahir premature ni. Bayi pramatang selalunya diletakkan di dalam incubator kerana suhu didalam incubator menyamai susu dalam kandungan ibu. Ini dapat membantu memastikan berat badan bayi tidak berkurang.

 

2) Feeding intolerance

Feeding intolerance bahasa mudahnya adalah keadaaan di mana bayi pramatang ni menerima makanan yang diberi untuk dia. Bagaimana dia nak terima makanan tersebut tanpa sebarang komplikasi seperti masalah pernafasan, jangkitan dan lain-lain. Makanan di sini merujuk kepada susu ibu. Di sini ada satu artikel yang lengkap mengenai feeding intolerance untuk bayi pramatang. —> klik di sini

 

3) Bayi tinggal berasingan dengan ibu

Sahabat saya berpantang di rumah manakala bayinya berada di hospital. Bayi pula perlu dimasukkan ke dalam incubator. Ini memang satu cabaran yang besar bagi seorang ibu.

 

4) Bayi sering muntah selepas menyusu

Bayi senang jeluak selepas menyusu terutamanya bagi bayi pramatang. Ini kerana injap di bahagian atas perut bayi belum matang sepenuhnya dan lemah. Untuk bacaan yang lebih mengenai bayi kerap muntah selepas menyusu, anda boleh klik di sini —> klik di sini

 

5) Mudah mendapat jangkitan

Bayi pramatang lebih mudah mendapat jangkitan seperti jangkitan paru-paru. Hal ini kerana badan mereka yang masih lemah untuk melawan penyakit.

nicu

 

Tips menghadapi cabaran menjaga dan menyusukan bayi pramatang :

 

1) Susu ibu untuk tambah berat bayi!!

Ya. Inilah makanan terbaik untuk bayi. Sahabat saya mengepam susu hari-hari untuk dihantar kepada anaknya di hospital. Setiap hari, sahabat saya menghantar 10 bekas dadih susu ibu kepada anaknya. Setiap 3 jam, anaknya diberi susu melalui syringe. Berat badan anaknya semakin hari semakin bertambah.

 

2) Beri masa untuk bayi

Beri masa untuk bayi terima susu kita. Jangan dipaksa-paksa. Seperti sahabat saya ini, hari kelima baru anaknya dapat menerima susu ibu. Dan susu diberikan melalui syringe. Sedikit demi sedikit. Alhamdulillah membesar dengan sihat.

 

3) Skin-to-skin

Memang agak sukar untuk room-in dengan bayi pada awal kelahiran kerana bayi di ward lain. Ibu pula berpantang di rumah. Skin-to-skin dapat mengeratkan lagi bonding antara ibu dan anak. Bayi akan rasa secure dengan warmth yang dia dapat bila diletakkan di atas dada ibu. Berat bayi pun boleh bertambah dengan cepat! Sahabat saya dapat room-in dengan bayinya selepas bayinya berada di NICU selama 33 hari. Setelah room-in bersama, sahabat saya dapat menyusu bayinya dan selepas itu metakkan bayinya di atas dada. Berat badan bayinya naik dengan cepat! Seminggu sahaja beratnya naik sama seperti 5 minggu kenaikan berat semasa tinggal berasingan di wad. Hebat bukan kuasa bonding ibu dan anak ini??

 

4) Sendawakan bayi selepas menyusu

Sendawakan bayi selepas menyusu dapat membantu bayi dari muntah selepas menyusu. Boleh baca teknik sendawakan bayi di sini. Selepas menyusu, jangan terus letakkan bayi di atas tilam. Tidurkan bayi pada posisi mengiring. Sendal bantal di belakang badan bayi. Jika bayi muntah, bayi tak tertelan semula muntahnya.

 

5) Sabar dan positif menyusukan bayi

Ibu mesti terus sabar dan positif dalam menjaga bayi pramatang. Datkan ilmu penyusuan yang lengkap. Baru kita tak stress. Bayi pramatang khasnya sangat memerlukan susu ibu kerana susu ibu lebih mudah dihadam, mengandungi antibodi dan zat-zat yang penting untuk tumbesaran bayi pramatang. Keperluan zat bagi bayi pramatang adalah berbeza dari bayi biasa. Jadi, susu ibulah yang mengandungi semua zat tersebut. Bila bayi dapat susu, membesar dengan sihat, ibu pun seronok. Kan??? :))))

bonding

 

Ikhtiar dalam menjaga dan menyusu bayi pramatang

1) Belajar ilmu penyusuan sebaik-baiknya.

Jika ada masalah dalam penyusuan, kita boleh dapatkan khidmat dari mereka yang pakar dalam bidang ini. Malah, di hospital juga terdapat sukarelawan yang boleh membantu dalam bidang penyusuan ini. Terpulang kepada kita. Nak atau taknak sahaja.

2) Nutrisi ibu

Sahabat saya mengambil Set Menyusu Shaklee untuk membantu beliau menjayakan penyusuan susu ibu. Ini penting untuk membekalkan nutrisi yang cukup untuk ibu yang menyusu.

Set Ibu Menyusu Shaklee

Anak sahabat saya kini sudah berusia 11 bulan. Alhamdulilah bayi ini membesar dengan sihat dan ceria. Untuk ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, anda memang hebat! Kerana anda kuat!

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Kongsikan entry ini untuk memberi manfaat kepada semua sahabat kita yang lain.

Sihat untuk beramal.

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Sebelum bersalin, ada banyak persediaan yang bakal ibu perlu lakukan. Antara persediaan yang penting adalah menyediakan keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin.

Jika kehamilan ibu sudah menjangkau 30 minggu, eloklah kiranya ibu menyediakan 1 beg yang mengandungi keperluan ibu dan bayi untuk ke hosptital sebelum bersalin. Takdalah kelam-kabut nanti. Mana tahu kalau tiba-tiba nak terberanak dah ke. Atau ibu dah ke hospital dan ditahan di wad, boleh beritahu suami ambil beg yang sudah disediakan. Tak perlu suami nak pening kepala cari mana barang yang perlu dibawa ke hospital. Kang nanti baju lain matching dengan seluar lain pulok. Hihi… šŸ™‚

keperluan bayi

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

 

Keperluan Ibu Di Wad

1) Kain batik – 2 helai

2) Tuala – sehelai

3) Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo. (Beli yang travel kit) Mudah dibawa.

4) Maternity pad – 12 pcs

5) Baju – Sepasang
Untuk dipakai sewaktu keluar wad. Nak balik rumah dah.

6) Tudung – Sehelai
Bawa tudung paling mudah dipakai dalam wad. Sebab kalau hospital kerajaan, memang duduk ramai-ramai. Orang lelaki keluar masuk. Aurat kita kena jaga ye.

7) Biskut atau roti – Kalau lapar, kita boleh makan terus. Tak perlu nak beli dah.

8) Air zamzam , kalau takda air suam pun ok. Kita perlukan banyak air. Sediakan di tepi katil.

9) Stokin tebal – 1 pasang

10) Pakaian dalam – bawa utk 2 hari

11) Buku merah – Buku ni macam passport kita ye. Bawa ke mana-mana sahaja kita pergi. Nak ke hospital lagilah kena bawa.

12) Set Berpantang Shaklee – Selepas lahirnya bayi, boleh makan terus set berpantang Shaklee ini.

13) Plastik besar – Untuk letak baju-baju kotor

 

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital
Keperluan Bayi Di Wad

1) Baju lengan pendek – 3 pasang

2) Baju lengan panjang – 1 helai

3) Kain lampin – 5 helai

4) Tuala – 1 helai

5) Kain bedung – 1 helai

6) Nappy – 10pcs

7) Mitten dan booties – 3 set

 

Keperluan Ibu ke Labour Room

1) Hanya bawa kandungan anda. Baju nanti akan ditukar nurse selepas bersalin. Pakai baju hospital ye.Ā  šŸ™‚

 

Keperluan Bayi ke Labour Room

1) Kain bedung

2) Baju lengan panjang – Labour room sejuk oooo…

3) Nappy – 1

4) Mitten and booties – 1 set

 

Ā Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Ini serba sedikit pengalaman saya membuat persediaan sebelum bersalin di hospital. Anak pertama saya lahir di hospital kerajaan. Segala keperluan di atas memang perlu disediakan. Anak kedua saya lahir di hospital swasta. Jadi, kebanyakan keperluan sudah disediakan seperti baju bayi, kain bedung, air untuk diminum, nappy bayi dan maternity pad. Ikutkan saya bawak badan saja ke hospital. Memang semua mereka telah sediakan. Jika anda akan bersalin di hospital kerajaan, checklist ini sangat membantu. Jika anda akan bersalin di hospital swasta, ikut juga checklist ini. Sebab kita mungkin tak tahu apa yang disediakan oleh pihak hospital. Prepare awal-awal. Memudahkan kerja kita. InsyaAllah. šŸ˜‰

Bayi Tidak Berak? Jangan Risau

constipation sembelit anak tidak berak

Bayi Tidak Berak? Jangan Risau

 

Anak kecil kalau tak buang air besar memang merunsingkan si ibu.

Bayi akan mudah meragam bila lama tak berak.

Ada yang berhari-hari tak berak, atau seminggu hanya sekali berak.

 

 

Lebih merisaukan jika si anak meminum susu formula sehari-hari.

Kalau anak minum susu badan tak lah risau sangat, sebab susu ibu adalah jauh lebih baik dari susu formula. Kandungannya tak banyak yang perlu disingkirkan.

.

 

 

constipation sembelit anak tidak berak

 


 

Anak kecil anda tak berak banyak hari? Jangan risau, insyaAllah ada jalannya.

Kami ingin berkongsi pengalaman kami dalam memastikan anak dapat berak dengan mudah.

 

Apa keistimewaan cara ini?

– Anak akan berak bila kaedah ini digunakan

– Bayi tidak meragam (tidak sakit perut)

– Tidak melarat hingga ke hari esok (kesannya hanya sekejap)

– Semulajadi dan selamat

 

 

Apakah kaedahnya?

anak bayi tak tidak berak buang air besar zinc-complex-nutrition

Hanya makan Zinc Complex sebiji sehari, anak kecil kami dapat berak dengan mudah.

Juga anak kami tidak meragam. Maksudnya kesannya bukanlah seperti julap yang membuat kita sakit perut. Ia hanya akan memudahkan anak kita buang air besar.

Jika esok tak makan Zinc Complex ni, maka perut bayi akan kembali seperti biasa, mengikut kadar biasa bayi buang air besar.

 

Zinc Complex antara lainnya mengandungi zink, kalsium dan alfalfa, bagus untuk kesihatan. Ia sangat membantu proses penyembuhan luka, terutamanya luka bersalin.

Luka isteri saya sangat cepat baik apabila mengamalkan Zinc Complex ini. Kami sendiri merasai perbezaannya berbanding dengan bersalin pertama kali 2 tahun lepas.

 

Nota: Zinc Complex ini diambil oleh ibu, bukan anak. Anak mendapat khasiatnya melalui penyusuan badan.

 

Hubungi kami untuk mendapatkan Zinc Complex. 120 biji, cuma RM33.75.

Kami akan memberi panduan dan bimbingan PERCUMA kepada anda, agar si manja dapat membesar dengan ceria! ^^

 

Juga boleh klik link ini untuk dapatkan Zinc Complex sekarang secara online. Terus ke rumah/pejabat anda dalam 2-3 hari bekerja.

 

Sekian. Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Adab Menyambut Cahaya Mata

Adab Menyambut Cahaya Mata

 

Saya menulis tajuk ini sebagai meraikan sahabatĀ² saya yang menerima cahaya mata baru-baru ini.

Tahniah dari kami sekeluarga kepada saudara Suffian di Sg. Seluang Kedah dan saudara Adib di Bangi. Semoga Allah berkati kalian.

Saya cuma memetik adab-adab dari buku Tarbiyatul Aulad / Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, karangan Abdullah Nasih Ulwan. Semoga penulis di alam sana sentiasa mendapat manfaat & dicucuri rahmat Allah, dan semoga pembaca di ruangan siber ini dapat manfaatkan buat kebaikan keluarga masing-masing.

Jika kita santuni buku Tarbiyatul Aulad ini, penulis mensyarahkan tatacara atau adab menyambut cahayamata dengan panjang lebar dan begitu lengkap.

Di sini saya merumuskan perkara-perkara tunjang dalam menyambut suatu kelahiran. Dan saya syorkan pembaca semua menekuni sendiri kitab tersebut supaya mendapat kefahaman yang lebih mendalam dan mengetahui huraian hadis-hadis yang berkaitan dengan kelahiran anak.

 

Adab Menyambut Cahaya Mata

Apa yang perlu dilakukan ketika kelahiran anak?

 

1) Sunat digembirakan serta diucapkan tahniah

Apa yang dilakukan oleh masyarakat kita sekarang dengan datang membawa hadiah adalah sangat dituntut. Amalan ini akan menggembirakan keluarga tersebut.

Adab Menyambut Cahaya Mata

2) Sunat azan dan iqamat ketika menerima kelahiran anak

Caranya ialah mengazankan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya. Sebaik-baiknya dilakukan sebaik anak itu dilahirkan.

Apa pula signifikannya? Supaya awal-awal bunyi yang didengari bayi itu adalah kalimah seruan yang mulia dan mengandungi kebesaran Tuhan. Selain itu juga supaya syaitan lari daripada bayi itu. Syaitan dari awal lagi ternanti-nanti akan kelahiran bayi tersebut. Maka lindungilah anak dari seawal-awal waktunya di dunia ini.

3) Tahnik ketika anak baru dilahirkan

Apa itu tahnik? Tahnik ialah mengunyah kurma dan memindahkannya ke lidah bayi. Letakkan di hujung jari, lalu dimasukkan ke dalam mulut anak, digerakkan dengan lembut ke kanan dan ke kiri sehingga rata ke seluruh mulut anak.

Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan manisan lain, contohnya madu.

dates kurma tamar Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

4) Menggunting (cukur) rambut anak

Disunatkan gunting rambut anak pada hari ke tujuh. Kemudian ditimbang rambut itu dengan perak dan disedekahkannya kepada fakir miskin.

Apa kelebihannya? Sumber kekuatan. Liang rambutnya akan terbuka. Ini akan menguatkan pengelihatan, pernafasan dan pendengarannya. Kedua, hikmah kemasyarakatan. Dengan bersedekah, ia membantu membasmi kemiskinan dan menimbulkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dalam masyarakat.

Cukur pula hendaklah dilakukan pada keseluruhan kepala anak. Dilarang bagi kita untuk mencukur sebahagian tertentu kepala. Ini menunjukkan kesempurnaan Allah dan rasulNya dalam hal keadilan.

5) Menamakan anak dengan nama yang baik

Di hari kiamat nanti, kita akan dipanggil dengan nama kita dan nama bapa kita. Maka perelokkanlah nama keturunan kita dengan nama yang baik. Terdapat nas yang mengajar kita menamakan anak pada hari ketujuh, dan ada yang mengatakan pada hari kelahirannya.

6) Aqiqah

Afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Juga afdalnya dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.

Adab lain ialah tidak mematahkan/memotong tulang haiwan korban tersebut, tetapi meleraikan tulang pada sambungannya.

 

7) Khitan/Sunat/Jawi

Mazhab Syafie mewajibkan khitan, iaitu memotong qulfah, yakni kulit yang menutupi kepala zakar.

Orang melayu umumnya berkhitan sekitar umur 6-12 tahun. Sedangkan seeloknya anak dikhitankan sebaik sahaja dia lahir, atau pun hari ketujuhnya.

Antara hikmahnya dapat dijauhkan dari penyakit kulit, kanser, dan menghindar dari kencing malam.

 

 

Kesemua adab-adab di atas adalah kayu ukur kepada sejauh mana kita sebagai ibubapa mengambil berat tentang urusan anaknya sejak hari pertama dia hadir di alam dunia ini.

Jika langkah-langkah pertama ini pun tidak dihiraukan, apalah yang kita boleh harapkan dari penjaganya setelah anak itu besar.

Adab-adab di atas penting supaya kita dapat menjadikan anak kita sihat dan kuat, supaya anak kita dapat mengangkap hakikat-hakikat yang berlaku di sekelilingnya dengan cepat dan matang.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.

 

Sekian. Selamat mengasuh! ^^

 

Saif Khalid

Takut Nak Kurus Sebab Menyusukan Anak?

Takut Nak Kurus Sebab Menyusukan Anak?

 

Ibu yang baru lepas bersalin selalunya risau akan berat badan yang naik mendadak.

Mula dengan hilang keyakinan, kemudian kena beli set baju baru. Lepas tu fikir nak guna set langsing yang mana pulak. Sebab banyak produk pelangsingan di pasaran akan mendatangkan kesan sampingan. Aduh..

 

Baby pula macamana? Kalau nak diet, takut susu tak cukup. Nak makan pil langsing, takut effect kepada anak kecil. Kesian kat anak.

 

Nak pergi kelas aerobik atau jogging hari-hari? Lagi la jauh. Tengah berpantang mana larat nak buat benda tu semua.

 

Takut Nak Kurus Sebab Menyusukan Anak?

 

Tak perlu risau. Kerana anda telah menjumpai jalan keluarnya sekarang!

Shaklee mempunyai set ibu menyusu yang dapat menjadikan anda slim dengan selamat!

 

Bukan sekadar itu, set slim ini juga membuatkan anda;

1. Lebih sihat bertenaga

2. Kulit lebih licin dan anjal

3. Susu meriah

4. Kenyang lebih lama

5. Kurang makan banyak

 

Susu meriah tu kena jelas ya. Susu bukan keluar tanpa henti. Ia bergantung kepada demand. Bergantung kepada kuat mana anda susukan anak dan sekuat mana si manja minum susu.

Kalau tak rajin susukan anak atau pam susu, makanlah suplemen banyak mana pun, susu tetap tak meriah.

 

Baiklah mari kita tengok testimoni hebat pengguna-pengguna set menyusu slim Shaklee ini.

 

Testimoni-Set-Kurus-Shaklee

 

Testimoni-Set-Kurus-Shaklee

Bagaimana set slim ini bertindak?

 

1. Bakar

Ya, bakar lemak! Gandakan pembakaran lemak dengan menyusukan anak secara konsisten. Set ini membakar lemak si ibu dengan mengamalkan Lecithin & Omega Guardā„¢.

Lecithin membakar lemak dalam makanan yang baru dimakan. Maknanya kita hindari awal-awal daripada lemak bertompok dalam badan kita.

Omega Guardā„¢ pula membakar lemak-lemak tepu yang telah lama bertapa dalam badan kita. ^,^”

Apa khasiat lain dua beradik ini?

– Menguatkan memori. Katakan selamat tinggal kepada penyakit ‘Pelupa selepas bersalin’
– Meringankan sembelit
– EPA & DHA membantu mencegah salur darah dari tersumbat
– Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

 

Omega Guard Lecithin Takut Nak Kurus Sebab Menyusukan Anak

2. Detox

Detox dengan Alfalfa Complex diakui berkesan oleh pengguna Shaklee seluruh dunia. Selain kolesterol, lemak yang telah dibakar tadi perlu disingkirkan keluar oleh Alfalfa Complex.

Alfalfa Complex juga membantu cuci hati, darah dan usus. Apabila detox berjaya, ‘kesan sampingannya’ ialah kulit kita bertambah cantik!

Takut Nak Kurus Sebab Menyusukan Anak Alfalfa Complex

3. Bina Otot

Proses menguruskan badan melalui diet boleh membuatkan otot badan jadi menggeleber. Ini berlaku apabila hanya lemak yang dibuang tetapi otot tidak dibina.

Ini berbeza dengan individu yang kurus dengan senaman, kerana mereka membakar lemak dan membina otot dalam masa yang sama.

Jadi penyelesaiannya ialah dengan amalan ESP.

ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot. Juga mempercepat proses penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Kami suami isteri sukakan ESP kerana ia membantu kami kenyang lebih lama. Tak ada lah rasa nak makan selalu.

esp-protein Takut Nak Kurus Sebab Menyusukan Anak

Berapakah harga set menyusu slim ini?

 

Set menyusu slim mengandungi 4 produk berikut;

– 1 Lecithin
– 1 Omega Guard
– 1 Alfalfa Complex (330 tablet)
– ESP (Boleh tahan sehingga 2 bulan)

 

Satu set lengkap ini hanya berharga RM392.25.

Sangat berbaloi dengan khasiat yang anda dapat!

 

Sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA.

Juga boleh beli sekarang secara online. Klik sini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

1 2 3 4