Category Archives: Happy Life

Bagaimana Mendapatkan Tauliah Mengajar Tajwid di Kedah

tauliahGambar ketika di Alor Setar mengambil Tauliah Tajwid

Alhamdulillah, segala syukur bagi Allah.

Kami suami isteri telah berjaya mendapat Tauliah Mengajar Tajwid di Negeri Kedah pada bulan Disember 2014 yang lalu.

Ramai yang bertanya bagaimana mendapatkan tauliah mengajar tajwid di Kedah ini? Saya akan kongsikan prosedurnya di sini.

Anda boleh mengambil borong permohonan tauliah mengajar ini di mana-mana Pejabat Agama berdekatan anda (di negeri Kedah sahaja). Hebahan mengenai tempoh permohonan dilekatkan di papan notis di masjid-masjid. Kalau anda rajin ke masjid, anda akan alert mengenai iklan yang ditampal. Hehe…

 

KRONOLOGI :

Borang Permohonan dibuka –> Januari hingga Mac

Teknik Menjawab Soalan –> Mei

Ujian Bertulis –> Jun

Ujian Lisan (Syafawi) –> September

Penyampaian Tauliah –> Disember

 

Selepas kita menghantar borang permohonan, beserta setem hasil RM15 (seingat saya), kita akan mendapat surat yang mengatakan borang kita telah diproses selepas itu.

Sebelum Ujian Bertulis diadakan, kita akan dapat surat untuk menghadiri Teknik Menjawab Soalan. Siapa yang ada masa, boleh lah datang. Bukan wajib pun. Tapi sangat bermanfaat.

Kemudian, sebelum Ujian Bertulis, kita akan dapat surat lagi. Surat yang kita dapat perlu dibawa bersama ketika nak ambil Ujian Bertulis ni. Ujian Bertulis diadakan di Kolej Mara Kulim. Tempat ujian akan dimaklum pada surat yang kita dapat. Mungkin untuk tahun-tahun seterusnya tempat ditukar ke. Kena tengok surat ye.

OK. Kalau kita pass Ujian Bertulis, kita akan dapat surat jemputan untuk Ujian Lisan pula. Kalau kita failed Ujian Bertulis, kita tak akan dapat surat. Jadi, kalau tunggu sampai bulan September tak dapat juga surat, maksudnya kita tak pass lah Ujian Bertulis tersebut. Jangan sedih!! Cuba lagi tahun hadapan ye. Senyummm :))))))

Untuk Ujian Syafawi pula, kita akan di interview one-by-one. Kena baca al-fatihah, ayat al-quran pilihan pemeriksa, dan secara rawak baca surah yang kita sudah hafal. Kemudian, ada juga soalan-soalan tajwid yang kita kena jawab. Time ni jangan gelabah nak jawab ye. Hehe… Make sure study dulu sebelum exam.

Kemudian apa lagi ye??

Kemudian, kalau pass Ujian Lisan………………. Dapatlah TAULIAH!!! Tahniah!!!!

Bolehlah mengajar di surau ke, rumah ke, atau mana-mana tempat pengajian yang anda mengajar.

 

Kenapa kena ambil tauliah??? Kalau takdak Tauiliah tak boleh mengajar ke??

OK. Ini adalah peraturan setiap negeri. Sebagai satu langkah untuk memastikan tenaga pengajar adalah dari kalangan yang layak mengajar. Bukan lah nak menyusahkan sesiapa. Nak pastikan jugak yang mengajar tu tak bawak ajaran sesat ke. Macam tu lah.

OK. Peace no war!

Jom kita pakat-pakat ajak ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat kita untuk mencintai Al-Quran. Kalau kita pandai baca Al-Quran, kita ajarkan mereka. Jangan dok simpan dalam diri saja. Manfaatkan ilmu kepada orang lain jugak. Baru bertambah-tambah pahala InsyaAllah….

 

Yang tinggal di Kulim, Lunas, dan yang sekitar dengannya. Kalau nak belajar mengaji Al-Quran boleh hubungi Saif 013 200 2850. Kita belajaq sampai buleh!! 😉

 

 

 

 

Adab Menghadiri Kenduri Kahwin

Adab Hadiri Kenduri Kahwin - Sebelum

Adab Ke Kenduri Kahwin

 

Cuti sekolah dah bermula. Yeay!!
Apa yang berada di fikiran anda bila dengar cuti sekolah?

Bagi saya, dan mungkin bagi kebanyakan rakyat Malaysia juga, cuti sekolah adalah bermaksud musim KENDURI kahwin!

Cikgu sekolah saya dulu pernah kata cuti sekolah adalah musim mengawan. Erkk.

Berapa kenduri yang ada dalam list untuk cuti kali ni? Aturlah dengan bijaksana OK.

Jadi eloklah kita berkongsi adab-adab yang berkaitan dengan kenduri. Namanya Adab Berkenduri.

 

1) Berjumpa Dengan Tuan Rumah/Majlis

Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjumpa dahulu dengan tuan kenduri. Bermesra sekadarnya. Ucapkan tahniah. Jika ramai tetamu beratur belakang kita, cukup kita bermesra dengan tuan rumah seketika sahaja.

Hulurkan hadiah jika kita ada bawa bersama.

Seronok tau masa kahwin dulu dapat hadiah macam-macam! Jadi ringankan tangan bawa hadiah ke kenduri. Besar fadilatnya kita meraikan dan menggembirakan orang lain. 😀

 

2) Jangan Membazir

Zaman sekarang kebanyakan kenduri buat buffet. Saya harap sangat adik kakak, pakcik makcik ambil makanan setakat mana perut kita boleh hadam. Jangan tengok 10 macam lauk, semua dia nak bubuh. Nasi bertimbun letak. Lepas tu makan tak habis.

Sepatutnya kita bubuh sikit dulu. Nanti tak cukup, tambah lagi. Tuan kenduri tak cas lebih pun kalau beratur kali kedua. Fikirlah ada orang yang makan tak semewah kita. Kita ni selalu membazir. Yelah kan makan FREE. Makan FREE bukan bermakna boleh dibazirkan.

 

3) Makan Sampai Licin

Satu lagi, cuba belajar makan sampai licin pinggan. Tak payah nak memilih sangat. Buah pelaga nak pilih-dan-sisih takpa lah. Tapi bukan sepinggan nasi ada 20 bji pun buah pelaga yang termasuk. Kan?? Yang tak makan sayur tu berderet tepi pinggan dia atur. Lain kali jangan ambil sayur kalau tak makan. Lepas tu, nasi yang ada 10 butir lagi tu tepi-tepi pinggan, kutip lah makan. Tulang ayam dimaafkanlah kalau tak makan pun. Hehe.

Kenapa kena licinkan pinggan? Sebab membazir itu amalan syaitan. Nabi Muhammad dah ajar kita cara makan. Bagaimana? Nabi makan sampai licin, dan makanan yang terjatuh Nabi kutip dan makan. Ini antara adab yang saya sentiasa terapkan dalam keluarga. Alhamdulillah anak saya pun dah pandai kutip nasi yang terjatuh tepi pinggan. Asalkan yakin tiada kotoran, kutip dan masukkan dalam mulut.

.

Adab Hadiri Kenduri Kahwin - Selepas

 

4) Bantu Ringankan Kerja Petugas

Bila dah habis makan, rajin-rajinlah susun dan tindankan pinggan yang telah diguna. Ini dapat membantu melancarkan majlis. Lajulah sikit petugas dapat kemaskan meja kan.

Kita ringankan kerja orang lain, insyaAllah Allah ringankan kerja kita.

 

5) Jangan Merokok

Saya pantang sangat orang merokok di tempat yang ramai orang ni. Habis makan, mulalah ketagih candu, berasap pui pui… Fahamlah sikit orang lain baru nak makan nasi hujan panas. Bukan nak makan asap rokok.

Ramai yang ke kenduri bawa baby, anak kecil, malah warga emas. Hormati orang lain yang inginkan udara nyaman dan bersih.

Jika nak buat sangat aktiviti haram tu, pergilah buat jauh-jauh.

Takkan mati kut sejam pi kenduri tak isap rokok.. Balik rumah nanti isaplah. (Ke kena berleter kalau isap kat rumah? 😉 Kekeke..)

 

6) Makan Tanpa Berlengah

Waktu kemuncak kenduri, biasanya orang berpusu-pusu. Dan kadang-kadang ramai yang tiada tempat duduk.

Jadi bila makan, perhatikan sekeliling, adakah ramai yang tercari-cari tempat duduk. Jika jawapannya YA, habiskan makanan dengan cepat. Tak perlu bersembang lama-lama. Atau teruskan bersembang di tepi-tepian untuk berikan kerusi-meja kepada tetamu yang baru sampai.

 

7) Doa Buat Pengantin

Carilah masa yang sesuai untuk bertemu dengan mempelai. Selain beramah mesra seperti biasa, doakanlah mereka sepertimana Nabi telah ajarkan kepada kita.

Adab Hadiri Kenduri Kahwin Doa Pengantin

“Semoga Allah berkati kamu, dan semoga Allah limpahkan keberkatan ke atas kamu, dan semoga Allah himpunkan kalian berdua dalam kebaikan.”

.

.

Ok, kalau dah buat semua perkara di atas, boleh beredar untuk ke kenduri seterusnya. Hehe.

Jika ada adab-adab yang kami tertinggal, sudilah tambahkan di ruangan komen di bawah.

.

Selamat berkenduri!

.

.

Boleh ubati sakit saraf?

Sakit Saraf ummukhadijah

Boleh ubati sakit saraf?

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita menghidapi penyakit yang berbahaya kerana kita tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan. Betul?

Ada yang takut nak buat pemeriksaan kesihatan. Katanya takut nanti tahu penyakit yang dihidapi. Ya Allah… bagus lah kan kalau macam tu. Bila kita tahu penyakit apa yang kita hidapi, kita dapat mencari ubatnya.

Kadang-kadang kita lenguh dan kebas-kebas kaki dan tangan, sakit belakang, tak boleh tidur malam dan sakit pinggang. Kita rasa ini mungkin simptom biasa. Usia semakin meningkat sebab tu jadi macam ni. Atau sebab kerja terlalu kuat.

Tahukah anda, simptom-simptom yang disebutkan di atas adalah simptom-simptom sakit saraf????!!!! OK. Jangan gelabah. Apa yang perlu anda buat sekarang adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera. Jangan dilengah-lengahkan.

 

Boleh ubati sakit saraf?

Simptom-simptom sakit saraf :

1) Rasa terbakar pada bahagian kaki

2) Rasa seperti terkena kejutan elektrik secara tiba-tiba pada bahagian tangan apabila terlanggar objek keras

3) Rasa sakit seperti dicucuk jarum pada bahagian pinggang

4) Kaki berasa kebas seperti digigit semut

5) Kaki terasa sakit kesan daripada kebas dan sejuk

 

Sakit belakang amat berkait rapat dengan sakit saraf. Jangan pandang enteng jika anda sering mengalami sakit belakang.

Punca sakit belakang :

1) Mengangkat beban yang berat dalam posisi yang tidak betul

2) Terjatuh dalam keadaan yang tidak stabil dan berlakunya pergerakan atau pergeseran secara tiba-tiba

3) Berdiri dan duduk dalam postur yang salah

 

Tindakan seterusnya?

Segera berjumpa doktor. Buat pemeriksaan kesihatan. Jika anda disahkan menghidapi sakit saraf, berjumpalah dengan doktor pakar untuk pemeriksaan yang lebih terperinci. Dapatkan rawatan dengan segera sebelum ianya lebih memudaratkan kesihatan anda.

 

Jalan Penyelesaian ?

Selepas berjumpa doktor, dan telah disahkan menghidap sakit saraf. Anda akan diberikan ubat. Anda perlu makan ubat sakit saraf dalam tempoh tertentu dalam pemantauan doktor. Anda juga boleh mengambil suplemen tertentu yang dapat membantu meningkatkan kesihatan anda seperti pengambilan Vivix. Saya mempunyai kenalan yang ibunya menhidap sakit saraf. Ibunya perlu mengambil ubat-ubatan yang banyak setiap hari. Sampai kadang-kadang tak larat nak telan banyak sangat ubat. Kenalan saya membeli sebotol Vivix kepada ibunya yang menghidap sakit saraf. Setelah mengambil Vivix secara konsisten selama sebulan, ibunya berkata dia berasa semakin sihat. Sakit-sakit dan lenguh-lenguh sudah berkurang. Kesihatannya semakin pulih. Ibunya sudah boleh tidur malam dengan nyenyak. Alhamdulillah… Sekarang ibunya merupakan pengamal tegar Vivix.

 

 

Seronok saya dengar ibunya semakin sihat. Dan saya juga berbangga dengan kenalan saya yang sanggup memberikan Vivix yang harganya agak mahal demi ibunya yang tercinta. Kalau nak dibandingkan susah payah ibu menjaga dan mendidik kita, apalah sangat kita membelanjakan sedikit wang setiap bulan untuk kesihatan ibu kita.

 

Kita bila lagi nak belikan Vivix untuk ibu kita? Nak tunggu bila? Selagi hayat dikandung badan, jom kita berbakti kepada ibu kita. Hadiahkan Vivix setiap bulan. OK? 😉

 

vivix ubati sakit sarafVivix 150ml berharga RM475.

 

SMS/Whatsapp kami untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Kami akan berikan jadual pemakanan suplemen dan konsultasi PERCUMA untuk anda!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Jom Belajar Baca Al-Quran

Berita Gembira

 

Alhamdulillah..minggu lepas kami dikhabarkan dengan berita yang menggembirakan.

Satu petang, kami pulang ke rumah dan ternampak dua pucuk surat terkeluar sedikit di peti surat.

Saya dekati, ternyata ada cop dari Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Wah! Ini berita baik!”, bisik hati saya.

 


 

 

Kira-kira sebulan lepas, kami hadiri ujian lisan tauliah mengajar tajwid di Sg. Petani.

Kami hadir berempat di IPSAH – Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

 

Jom Belajar Baca Al-Quran Kulim Square Kedah

 

Alhamdulillah, saya dan isteri dapat menjawab soalan ujian dengan baik. Sekejap sahaja masuk bilik, one-to-one dengan ustaz. Mula-mula giliran isteri. Saya bersama Khadijah dan Muhammad tunggu di depan bilik. Lepas tu barulah giliran saya, di tingkat atas.

 


 

 

Kelas Pengajian Al-Quran di Kulim Square

 

Dengan mendapat tauliah mengajar tajwid ini, kami berazam untuk menyampaikan ilmu dengan lebih meluas lagi.

Saya telah pun mengajar tajwid di rumah dan juga di Surau Al-Islah, Kulim Square.

Jika ada yang berminat, boleh hadir ke Kelas Tahsin Al-Quran di Surau Kulim Square, setiap Jumaat malam Sabtu, selepas Maghrib.

Tetapi dengan masa yang begitu singkat, saya hanya boleh sampaikan sedikit sahaja di surau tersebut. Kepada yang ingin mendalami lebih lagi tentang ilmu tajwid dan pembacaan Al-Quran dengan baik, dialukan untuk hadir ke kelas Al-Quran di rumah kami, yang diadakan setiap Rabu dan Jumaat, 9 – 10.30 malam.

 

Jom Belajar Baca Al-Quran Kulim Square Kedah

Kelas untuk Mereka yang Serius

 

Saya merupakan bekas pelajar maahad tahfiz yang saya kira agak strict.

(Bacaan lanjut pengalaman belajar saya di Maahad Tahfiz)
 

Jadi, sebagaimana saya diajar oleh guru, begitulah juga cara saya ajarkan kepada anak murid saya. Saya akan latih sampai dapat baca dengan baik dan lancar.

Apalah guna jika habis belajar Al-Quran sampai khatam, tapi bila suruh baca mana-mana ayat Al-Quran, tergagap-gagap. Itu maknanya tak belajar, tapi cuma baca sekali lalu supaya boleh cerita kepada orang lain ‘saya dah khatam Al-Quran’.

 

Baiklah, cukup sampai di sini. Saya mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja yang serius ingin belajar Al-Quran. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

 

-Saif Khalid-

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa

Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut tentang puasa pada ayat 183-184 Surah Al-Baqarah.

“Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain. Orang yang tidak berdaya berpuasa, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin. Sesiapa yang bersukarela melakukan kebajikan (membayar fidyah lebih baik daripada yang ditentukan) maka itu lebih baik baginya, dan jika kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”

 

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa

 

Kajian demi kajian telah membuktikan bahawa terdapat banyak manfaat dari ibadah puasa.

Puasa adalah antara keperluan tubuh badan sepertimana kita semua memerlukan makan, tidur, bernafas, bergerak dan lain-lain.

Jika kita tidak makan dan tidur untuk tempoh masa yang lama, tubuh badan kita akan sakit. Begitulah juga dengan puasa. Jika kita lama tidak berpuasa, akan ada perkara tidak baik berlaku pada badan kita.

 

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Nasa’i, Abu Umamah berkata, “Wahai Rasulullah, perintahkanlah aku satu amalan yang Allah akan berikan manfaatNya kepadaku dengan sebab amalan itu.” Maka Rasulullah bersabda, “Berpuasalah, kerana tidak ada satu pun amalan yang sama dengan puasa.”

 

Kelebihan Berpuasa

 

1. Musuh Tumor

Puasa membuang sel rosak dan sel lemah dari badan. Kesan dari lapar yang dirasai oleh orang yang berpuasa, organ dalaman kita akan menghancurkan atau memakan sel yang rosak tadi supaya rasa lapar itu dapat ditutup. Masa itulah sel digantikan dengan yang baru. Paling penting, puasa dapat mencegah tumor dari awal pembentukannya!

2. Kawal Tahap Gula Dalam Darah

Dengan merehatkan pankreas, puasa sangat bagus dalam menurunkan gula dalam darah.

Apabila makanan kita tinggi gula, pankreas akan menghadapi tekanan dan menjadi lemah sehingga ia tidak mampu melaksanakan fungsinya dengan baik. Keadaan begini yang berterusan akan mengakibatkan seseorang menghidap diabetes.

Badan Sihat Dengan Amalan Puasa Tahap Gula Darah

 

3. Puasa Doktor Paling MURAH

Saya kira ramai yang menjadi semakin sihat selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. (Komen di bawah jika anda merasakannya)

Jika tidak, perhatikan bagaimana kita berbuka puasa. Rasulullah telah mengajar kita berbuka puasa dengan memakan beberapa biji kurma, dan air kosong. Glukos yang terdapat dalam tamar itu akan menjadikan kita kenyang. Gulanya mudah diserap dan dihantar ke dalam darah.

Sebaliknya, jika kita terus makan daging, sayuran mahupun nasi, perut kita perlukan lebih masa untuk mencerna makanan tersebut. Membuatkan kita rasa letih dan lapar di malam hari.

4. Ubati Sakit Kulit

Puasa membuatkan kandungan air dalam badan (darah) berkurang. Maka kulit kita juga akan kurang airnya. Ini membuatkan kulit kita lebih kuat melawan mikrob, mengurangkan alahan pada kulit, dan mengehadkan masalah kulit berlemak.

5. Sakit Sendi Tulang

Seorang muallaf di New York, asalnya tidak boleh berjalan kerana mengalami sakit sendi tulang yang kronik. Beliau berpuasa dan berbuka dengan hanya sayur-sayuran, buah-buahan dan tamar.

Setalah mengamalkan buat beberapa ketika, beliau dapat berjalan dengan cepat. Rasa sakit sendi itu hilang entah ke mana.

Sungguh hebat bukan aturan Allah?

Puasa bukanlah semata-mata untuk menilai tahap ketaatan kita kepada Allah. Tetapi puasa akan servis badan kita supaya tahap kesihatan badan kita dapat dioptimumkan.

 

Ayuh berpuasa! Kita boleh amalkan berpuasa pada setiap hari Isnin & Khamis, atau juga pada 13, 14 & 15 haribulan qamariah setiap bulan. InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan supaya badan kita jadi lebih sihat. ^^

 

Jangan tinggal sahur ya. Besar fadilatnya. Kalau tak dan sangat, makan 2-3 biji tamar, dan bancuh saja 3 scoop ESP!

 

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni…

 

-Saif Khalid-

1 2 3 15