Category Archives: Happy Life

Baby Makan Sayur

Assalamualaikum, dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Hari ni kami nak kongsi sikit apa makanan anak kami yang berusia ~1tahun 3bulan.

Ayah Khadijah dah latih Khadijah untuk makan apa sahaja. Yang paling penting – pelawas. Supaya nanti besar xdelah dia memilih sangat. Bapak dia ni pun memang pemakan sayur dan ulam tegar. πŸ™‚

Akhir-akhir ni Khadijah sangat suka makan asam pedas. Kalau suap selain asam pedas memang susah nak dapat habiskan sepinggan nasi. Tapi bila masak asam pedas, mmg dia duduk depan kita je, tak lari mana dah. Tau-tau dah habis sepinggan.

Jadi terpaksalah kami kurangkan kepedasan asam pedas tu kepada tahap minima. Ye la kan, kesian tengok anak kecik sip-sip kepedasan. Nanti perut pun senang sakit kalau pedas-pedas.

Nak tengok makanan Khadijah?

Tadaa…

Khaidjah makan sayur

Antara makanan rutin Khadijah

 

Agak normal untuk Khadijah makan macam ni. Β Tomato feveret dia. Kadang-kadang blh mkn sampai 2 biji skali makan. Bendi pun sama.

Kangkung celur dia boleh ratah. Kita pun nak kena cicah sambal belacan baru boleh jalan. haha..

Alhamdulillah..Khadijah stakat ni xda skip buang air besar. Once dia dah selesai qada hajat, dia akan cakap kat kita, “itak!” Cerdik sungguh!

Jadi kepada semua yang nak kan anak tak jadi picky eater, rajin-rajinlah makan sayur dan apa sahaja yang berkhasiat depan anak-anak. Supaya dia tengok kita makan, dia pun akan makan sama. Dan latih awal2. InsyaAllah xda masalah. Sekejap je baby boleh adapt.

Until next time. Selamat datang September! πŸ˜€

Makanan Untuk Anak (Solid Food)

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni saya nak kongsi tentang makanan yang kami berikan kepada anak kami, Khadijah.

Tak tau la orang lain buat macam ni ke tak, tapi saya sangat tekankan apa yang masuk ke dalam perut anak kami. Yang paling penting, makanan tersebut mestilah berprinsip pandang ke hadapan, iaitu mudah untuk dikeluarkan dari usus. Dalam bahasa mudah, setiap hidangan mestilah mengandungi serat yang cukup.

High Fiber serat tinggi ummukhadijah

Saya yakin bahawa bayi yang tidak sembelit akan menghasilkan bayi yang sihat, aktif dan riang!

Alhamdulillah, setakat ni, Khadijah akan poo-poo tak kurang dari 2 kali sehari. Kadang-kadang 4-5 kali. Letih tu memang la letih. Kita ibu-ayah ni nak kena rajin lebih la cuci berak anak kalau nak anak membesar dengan gembira, ye tak?

Apa yang saya masukkan dalam makanan dia? Mungkin ramai yang terkejut, especially golongan datuk-nenek. πŸ˜‰

Selepas penyusuan eksklusif selama 6 bulan, kami masakkan Khadijah moi (bubur dalam bahasa Kedah) daripada beras perang organik yang ditambah 2-3 biji tamar. Tamar adalah buah yang sangat tinggi serat.

Sebulan dia makan moi tamar, bulan berikutnya dia mula makan moi bersama sayur-sayur lain. Antaranya karot, kangkung, bayam, kubis bunga, brokoli.

Masa umur Khadijah hampir setahun, dia mula menyukai sayuran. Kangkung (pelawas yang bagus) celur dia ratah macam tu je. πŸ™‚ Kalau bagi nasi goreng yang ada sayur pun, mesti dia akan kutip habiskan sayur2 dulu.

Khadijah di usia 8 bulan

Khadijah di usia 8 bulan

Sekarang umur Khadijah dah 1 tahun 2 bulan, hampir semua sayuran yang saya makan, Khadijah pun makan sama. Kacang bendi feveret dia. 4-5 batang boleh dia sapu licin dalam 1 meal.

Kalau makan moi dengan ikan atau ayam, moderate fiber pun dah cukup. Tapi kalau makan dengan daging, saya akan pastikan Khadijah makan extra serat. Sayur mesti taruk banyak2. Sebab daging sangat susah dan sangat lama untuk dihadam.

Pasal terlebih lawas saya tak risau, sebab makanan mesti akan diproses selama 12-13 jam dalam perut dan usus kita. Jadi dalam tempoh tu, semua zat yang boleh diserap akan diserap, manakala serat akan dibuang bersama tinja.

Fokus utama: makanΒ serat cukup-cukup, minum air secukupnya. InsyaAllah tiada masalah penghadaman.

 

Okey, cukup celoteh saya untuk kali ni. Jumpa lagi!

Tarawih Ramadan 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..kami sempat lagi dipertemukan dengan Ramadan tahun ini, 1434 H. Bulan yang penuh keberkatan.

Apa maksud berkat? Saya masih ingat kata-kata Ustaz Syazalie Hirman, ‘berkat’ bermaksud bertambah, atau berkembang.

Adapun pemahaman saya terhadap perkataan ‘berkat’ selama ini adalah bertambahnya kebaikan Ilahi dalam sesuatu perkara. Allahu A’lam.

berkat ummukhadijah

Saya ditugaskan untuk mengimami solat tarawih di surau taman Kulim Square, dimana terletaknya rumah kami sekeluarga. Tugas yang ditawarkan sebulan sebelum tibanya Ramadan saya sahuti untuk memperkemaskan hafazan Al-Quran saya. Moga-moga Al-Quran terus terpahat di hati.

Buku hasil karangan Mohd Solleh Ab. Razak banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus menjadi ahli Al-Quran. Bukan mudah tau menjaga hafazan Al-Quran. Nak hafal tu senang je, tapi nak jaga sehingga akhir hayat tu banyak dugaannya, betul tak?

Awal tahun ni saya mula baca buku ni, semangat saya berkobar-kobar dan saya menyahut cabaran untuk menjadi imam tarawih Ramadan kali ini. Seingat saya kali terakhir saya jadi imam tarawih adalah beberapa tahun lepas. Lain rasanya jadi imam solat fardhu dengan jadi imam tarawih, sebab tarawih ni memang menguji ketahanan mental dan fizikal kita. Respectlah kepada imam-imam tarawih seluruh dunia.

Buat semua penghafaz Al-Quran, dan juga kepada sesiapa yang ingin menghafaz, belilah buku ni sebagai panduan dan motivasi untuk kita terus belajar dan menjaga Al-Quran di dalam dada. InsyaAllah..

 

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati

 

Sebagai permulaan, ada beberapa pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan kepada pembaca.

Tarawih untuk malam pertama, jemaah agak kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan malam berikutnya. Mungkin ramai yang masih belum terasa kehangatan Ramadan. Mungkin juga orang ramai cuma akan terasa untuk menghidupkan malam Ramadan hanya setelah memulakan puasa pada hari pertama. Yelah, untuk tarawih malam pertama, siang harinya kita masih belum berpuasa.

Pengalaman mengemudi tarawih di malam pertama agak meletihkan. Beberapa kali juga saya terasa sedikit ‘goyang’ bila kembali qiam selepas sujud. Tapi tak lah teruk sangat. πŸ˜‰

Cuma apa yang menarik, malam kedua, walaupun kita berpuasa di siang hari, tarawih pada malam tu sungguh bertenaga! Saya fikirkan tarawih akan lebih meletihkan apabila kita berpuasa sepanjang hari. Rupanya terbalik. Mungkin ini terjadi kerana terdapat keberkatan pada puasa tersebut. Ini menambahkan lagi keyakinan saya terhadap bagaimana umat Islam menang dalam perang Badar yang mana ia berlaku di saat mereka sedang berpuasa. Ya, salah satu faktor kemenangan adalah keberkatan pada puasa tersebut!

Inilah keberkatan berpuasa. Marilah kita sama-sama memeriahkan Ramadan kali ini, kerana belum tentu kita akan sampai ke Ramadan tahun depan. Rebut segala peluang yang ada. Semoga amalan di bulan Ramadan ini menjadi saham akhirat kita kelak, dan kita terus istiqamah untuk bulan-bulan yang seterusnya.

 

Until next time,

Saif Khalid

Mighty 3 Gem Set

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Lagi seminggu kita bakal menyambut ramadhan kan? Mesti ramai yang berpusu-pusu ke supermarket beli barang dapur untuk persediaan ramadhan. Ibu-ibu pun mula sibuk fikir menu apa yang senang dan mudah disediakan sepanjang Ramadhan. Kalau surirumah, mungkin mempunyai masa untuk memasak sebelum berbuka. Tetapi para ibu yang bekerja mungkin perlu mengejar masa untuk memasak. Last-last, beli kat bazar je. Huhu….

Kalau bersahur pulak, mesti tak larat nak bangun untuk masak macam-macam kan? Goreng telur dan masak nasi dah cukup. Tu pun kadang-kandang anak-anak tak nak makan pulak. Sabar ye para ibu. Cabaran menjadi ibu memang besar kan? InsyaAllah, pahala yang tak terkira untuk ibu-ibu semua.

Kalau ada ibu-ibu yang memang takut tak sempat menyediakan sahur, beri tamar untuk anak-anak. Makan 2,3 biji untuk memberi tenaga seharian. Atau nak lagi senang, kami ada solution nya. πŸ™‚

Beri anak anda Meal Shakes dan ESP sewaktu sahur. Untuk ibu dan ayah, boleh amik Performance Drink dan ESP. InsyaAllah dapat memeberi tenaga berpanjangan. Kadang-kadang kalau kita makan nasi 2,3 pinggan pun akan rasa lapar jugak kan? Tengok jam baru pukul 10 pagi! Erk?!!… πŸ˜‰

 

Gastrik Kembali Bersama Ramadhan?
Pedih Ulu Hati?
Perut Masuk Angin?
Letih, Lesu & Kurang Selera Makan?
Tidak Suka / Kurang Selesa Bersahur?
Ingin Mendidik Anak-Anak Berpuasa?
Tak Sempat Memasak Untuk Sahur?
Set Mighty 3 Gem Ini β†’ UNTUK ANDA!

 

Dan selalunya waktu sahur tak lalu nak makan banyak-banyak kan? Memang produk Meal Shakes, Performance Drink dan ESP keluaran Shaklee dapat membantu anda semua.

Mungkin akan ada yang cakap, jadi ke? berkesan ke? boleh tahan ke tak lapar? Jawab saya: Cuba dulu, baru tau! πŸ˜‰

Set 3 serangkai – ESP, Meal Shakes & Performance drink!

 

Mighty 3 Gem Set

Mighty 3 Gem Set

 

Sesuai untuk semua. Kami sendiri telah merasai kehebatannya. Kekal bertenaga sepanjang hari.

Harga pasaran untuk ketiga-tiga produk ini ialah RM346.25. Hubungi kami sekarang untuk dapat DISKAUN HEBAT!

Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Kebaikan ESP Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk post kali ni, kami nak cerita testimoni selepas menggunakan Energizing Soy Protien (ESP) dari Shaklee. Memang terbaik~~!!

 

Testimoni Kami - Kebaikan ESP

 

Pagi semalam kami suami isteri bersahur dengan ESP Shaklee. Just 1 scoop, bancuh dengan air kosong (jangan guna air panas tau).

Alhamdulillah..dapat berpuasa dengan bertenaga! Perut tak berasa lapar seperti biasa. Walaupun pada paginya kami sangat aktif membuat mcm2 kerja, pada sebelah petangnya langsung tiada perut berkeroncong kelaparan seperti sebelum ni.

Semalam kami bersahur dengan ESP setengah jam sebelum makan nasi.

Seronok dengan kesan hebat semasa puasa, di sebelah malamnya kami minum secawan lagi ESP! πŸ™‚Β 

ESP sesuai utk semua. Utk org yang ada GASTRIK? Lagilah sesuai! Ramai yang telah berpuas hati menggunakan ESP Shaklee ni.

 

Jom kita tengok apa kebaikan ESP Shaklee yang menjadi hot item di kalangan pengguna-pengguna Shaklee.

Kebaikan ESP Shaklee

Kebaikan ESP Shaklee

 

Berminat? Hubungi kami sekarang! Cuba dulu baru tau. πŸ™‚

Atau boleh juga beli online di sini.

 

 

Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

1 12 13 14 15