Category Archives: Happy Life

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

 

Bab uruskan pakaian di rumah adalah antara kegemaran saya di rumah.

Basuh – sidai/jemur – angkat – lipat.

Rasanya hampir setiap hari saya sidai dan angkat pakaian di rumah.

Siapa-siapa yang lalu depan rumah memang akan nampak si suami ini sidai baju pagi-pagi dan angkat baju petang-petang.

Tengahari pun kadang-kadang ada – sebab nak oter mana-mana kain – dan juga terbalikkan kain.

Tak tahulah kalau ada yang kata “isteri dia queen control” ke apa.

 

Motivasi saya cuma satu – Nabi kita jahit sendiri baju dan kasut yang rosak terkoyak.

Nabi Muhammad sangat membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Jadi setakat basuh baju, jemur kain, sidai baju, angkat baju, lipat baju semua tu apalah sangat.

 

Minat Perlu Dipupuk Sejak Kecil

 

Saya dilatih oleh ibubapa supaya rajin buat kerja rumah sejak kecil.

Mempunyai keluarga yang agak besar – 9 beradik – kami dilatih agar berdikari.

Masing-masing diajar supaya lipat baju masing-masing dan susun sendiri baju di dalam almari. Kami selalu membantu ibu sidai baju di jemuran. Yelah, takkan nak harapkan ibu sidai semua kain baju kami yang ramai ni. Lipat baju pulak berapa bakul dah.

Alhamdulillah tabiat itu kekal sehingga kini. Dan sekarang saya selalu bawa Khadijah sidai baju sama-sama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?

 

 

Jadi atas minat yang mendalam ini (Ya saya enjoy sidai baju pagi-pagi ^^), saya banyak belajar teknik bagaimana menyidai kain agar cepat kering.

Ya, matlamat saya ketika menyidai pakaian ialah harus cepat kering! Saya bukan sekadar sidai baju sebab orang lain pun sidai baju, tetapi sidai bagi cepat kering.

Sebab iklim Malaysia kan panas dan lembap sepanjang tahun. Bila-bila masa pun boleh hujan. Dan jika panas sepanjang hari dan tak hujan, pakaian perlu diangkat awal.

Kenapa? Sinaran matahari yang terik akan membuatkan jangka hayat pakaian kita pendek. Pakaian akan lebih cepat luntur warnanya dan lebih cepat mereput.

 

 

Strategi Menyidai Kain

 

Sidai kain juga harus ada strategi. Kerana bila-bila masa boleh hujan.

Kecualilah anda punyai satu sistem bumbungkan-pakaian-secara-automatik-apabila-hujan. Hehe..

 

Bagaimana kain mengering di ampaian?

Pengetahuan saya dalam bidang Heat Transfer amat bermakna bagi saya dalam hal ini. Saya pelajarinya di tahun kedua dalam Mechanical-Automotive Engineering di universiti.

Siapa kata universiti tak ajar cara sidai baju? 😉

1) Bahang panas cahaya matahari

Mendapat cahaya matahari secara terus adalah antara satu bonus dan nikmat Allah di bumi Malaysia ini.

Saya gunakan tenaga haba ini untuk mengeringkan kain dengan efektif. Pastikan bahagian tebal pakaian dihalakan ke-luar, menghadap matahari secara terus.

Kolar dan poket seluar yang tebal dipusing ke arah cahaya matahari.

2) Angin yang bertiup

Di kala cahaya matahari tidak kuat, kita lebih bergantung kepada tiupan angin dalam mengeringkan pakaian. Angin yang kering akan mengeringkan baju secara perlahan-lahan.

Pastikan pakaian diangkat sebelum malam walaupun masih belum kering sepenuhnya. Sebaiknya pukul 6 tu dah angkat kain di jemuran. Sebab angin malam adalah lembap. Jika kita sidai sampai ke esok pun, pakaian akan tetap lembap.

Membiarkan pakaian lembap dalam masa yang lama boleh membuatkan baju dihinggap tahi lalat. Jadi jika ada ruang di dalam rumah, bawa masuk pakaian di waktu malam. Pakaian akan lebih cepat kering!

Bagi memanfaatkan kedua-dua point di atas, perkara berikut harus diambil berat:

— Pakaian tidak berlipat.

— Lengan baju didepakan. Supaya ketiak baju lebih cepat kering.

— Gunakan tali/dawai semaksima mungkin

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah dua tali dawai

Gunakan tali penyidai semaksima mungkin

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain

Tips: Silangkan baju antara tali-tali. (Rujuk gambar atas) Jika tidak, baju akan merapat sebegini.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah kain berlipat

Leraikan kain yang berlipat

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah legakan ketiak

Terbalikkan baju dan legakan ketiak – kawasan yang lambat kering.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah poket tebal keluar

Keluarkan poket untuk seluar yang tebal.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain di payung

Gunakan dua kaki payung untuk kering lebih cepat. Juga pusing pinggang seluar ke bahagian luar.

 

 

Cara Lipat Baju Anak Kecil

 

Saya terbaca cara ini beberapa ketika dahulu, dan saya rasakan cara ini sangat bagus. Kenapa saya katakan bagus?

> Tak hilang pasangan baju dan seluar

> Lebih senang ambil dari almari

> Cantik di pandangan

Jom kita saksikan bagaimana.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah lipat dua seluar

Seluar dilipat dua.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Letakkan baju di atas seluar.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah siap lipat baju dalam seluar

Lipat seluar dan SIAP!

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah susunan baju muhammad khadijah

Susunan baju kakak Khadijah dan adik Muhammad.

 

Tips: Jika seluarnya jenis kecil, seluar akan berada di dalam baju. Dan jika seluarnya besar/panjang, seluar itu akan membungkus baju.

 

Itu saja buat kali ini.

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ia bermanfaat. ^^

 

Saif Khalid

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Sebelum bersalin, ada banyak persediaan yang bakal ibu perlu lakukan. Antara persediaan yang penting adalah menyediakan keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin.

Jika kehamilan ibu sudah menjangkau 30 minggu, eloklah kiranya ibu menyediakan 1 beg yang mengandungi keperluan ibu dan bayi untuk ke hosptital sebelum bersalin. Takdalah kelam-kabut nanti. Mana tahu kalau tiba-tiba nak terberanak dah ke. Atau ibu dah ke hospital dan ditahan di wad, boleh beritahu suami ambil beg yang sudah disediakan. Tak perlu suami nak pening kepala cari mana barang yang perlu dibawa ke hospital. Kang nanti baju lain matching dengan seluar lain pulok. Hihi… 🙂

keperluan bayi

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

 

Keperluan Ibu Di Wad

1) Kain batik – 2 helai

2) Tuala – sehelai

3) Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo. (Beli yang travel kit) Mudah dibawa.

4) Maternity pad – 12 pcs

5) Baju – Sepasang
Untuk dipakai sewaktu keluar wad. Nak balik rumah dah.

6) Tudung – Sehelai
Bawa tudung paling mudah dipakai dalam wad. Sebab kalau hospital kerajaan, memang duduk ramai-ramai. Orang lelaki keluar masuk. Aurat kita kena jaga ye.

7) Biskut atau roti – Kalau lapar, kita boleh makan terus. Tak perlu nak beli dah.

8) Air zamzam , kalau takda air suam pun ok. Kita perlukan banyak air. Sediakan di tepi katil.

9) Stokin tebal – 1 pasang

10) Pakaian dalam – bawa utk 2 hari

11) Buku merah – Buku ni macam passport kita ye. Bawa ke mana-mana sahaja kita pergi. Nak ke hospital lagilah kena bawa.

12) Set Berpantang Shaklee – Selepas lahirnya bayi, boleh makan terus set berpantang Shaklee ini.

13) Plastik besar – Untuk letak baju-baju kotor

 

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital
Keperluan Bayi Di Wad

1) Baju lengan pendek – 3 pasang

2) Baju lengan panjang – 1 helai

3) Kain lampin – 5 helai

4) Tuala – 1 helai

5) Kain bedung – 1 helai

6) Nappy – 10pcs

7) Mitten dan booties – 3 set

 

Keperluan Ibu ke Labour Room

1) Hanya bawa kandungan anda. Baju nanti akan ditukar nurse selepas bersalin. Pakai baju hospital ye.  🙂

 

Keperluan Bayi ke Labour Room

1) Kain bedung

2) Baju lengan panjang – Labour room sejuk oooo…

3) Nappy – 1

4) Mitten and booties – 1 set

 

 Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital

Ini serba sedikit pengalaman saya membuat persediaan sebelum bersalin di hospital. Anak pertama saya lahir di hospital kerajaan. Segala keperluan di atas memang perlu disediakan. Anak kedua saya lahir di hospital swasta. Jadi, kebanyakan keperluan sudah disediakan seperti baju bayi, kain bedung, air untuk diminum, nappy bayi dan maternity pad. Ikutkan saya bawak badan saja ke hospital. Memang semua mereka telah sediakan. Jika anda akan bersalin di hospital kerajaan, checklist ini sangat membantu. Jika anda akan bersalin di hospital swasta, ikut juga checklist ini. Sebab kita mungkin tak tahu apa yang disediakan oleh pihak hospital. Prepare awal-awal. Memudahkan kerja kita. InsyaAllah. 😉

Cegah Ovarian Cyst

Apa itu Cyst?

 

Ovarian Cyst ialah kejadian di mana terdapat kantung berisi cecair di dalam ovari wanita.

Cyst bukanlah suatu penyakit. Ia satu ketumbuhan dalam ovari. Jadi kepada yang disyaki atau telah disahkan mempunyai cyst, jangan terlalu risau. 95% daripada cyst ialah tidak merbahaya.¹ Ia cuma kejadian semulajadi bagi wanita.

Selalu juga terjadi di mana seseorang itu tidak menyedari bahawa dia mempunyai cyst, kerana tidak terdapat simptom dan tidak rasa sakit di bahagian peranakan mahupun perut.

Bila kantung tersebut terlalu besar barulah seseorang itu merasa sakit – contohnya di perut, rasa kembung, dan cepat letih.

 

Cegah Ovarian Cyst ovary-ovulation

 

Simptom Cyst

Selalunya cyst tidak menyebabkan sebarang simptom. Tetapi apabila ia membesar, simptom-simptom berikut mungkin boleh berlaku:

» Kembung/sakit perut

» Sakit pinggul sebelum atau semasa period

» Sakit ketika bersama suami

» Sakit belakang atau peha

» Pening dan muntah

 

Cegah Ovarian Cyst

Sekali lagi saya ingin nyatakan, cyst ialah kejadian yang bukan luar biasa. Setiap kali kitaran haid, ovari akan membentuk gelembung yang mengandungi ovum. Selepas ovum ini dikeluarkan, gelembung ini akan mengecut. Tetapi ada juga yang terus membesar.¹

Proses ini bersifat semulajadi. Maka kita juga mampu mencegahnya melalui teknik atau terapi semulajadi.

 

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca sekalian set Cyst Shaklee yang telah terbukti dapat mengecutkan cyst dalam rahim. Ada yang berjaya mengecutkan cyst dan tak perlu lagi membuat pembedahan.

Set tersebut terdiri daripada GLA Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Carotomax dan Vita-E Complex.

Cegah Ovarian Cyst ovari set cyst shaklee

.

GLA Complex RM91.25
Sustained Release Vita-C Plus RM92.50
Carotomax RM74.00
Vita-E Complex RM149.00
Jumlah RM406.75

Penghantaran RM10/RM20(SS)

 

GLA Complex − Mengawal hormon Estrogen.

Sustained Release Vita-C Plus − Meningkatkan penyerapan nutrien.

Carotomax − Menghalang pembentukan sel kanser. Melindungi Epithelial – menggalakkan perkembangan normal dan sihat termasuk ovari dan pundi kencing. Menghalang jangkitan.

Vita-E Complex − Anti-oksida, dan mempertingkatkan kemampuan reproduktif.

 

 

Sejauh mana keberkesanan set cyst ini?

Setakat ini ramai yang telah berjaya. Mereka berjaya mengecutkan cyst sehingga tiada lagi simptom seperti di atas. Kitaran haid kembali normal mengikut jadual. Tak perlu risau lagi akan pembedahan.

Apa rahsia mereka? Makan mengikut jadual dengan konsisten, dan YAKIN!

“Apabila kamu sakit maka Dialah yang menyembuhkan.” Asy-Syu’araa’, 26:80

Dan petua asas tidak dilupakan − minum air kosong secukupnya. 1 liter untuk setiap 25kg. Jika berat 50kg, maka minum 2 liter sehari. Rujuk cara minum air kosong dengan konsisten.

Sinergi keempat-empat suplemen di atas akan menggandakan lagi keberkesanannya.

 

Kita merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang. Yang penting kita berusaha.

 

Hubungi kami untuk penerangan lanjut, cara penggunaan dan konsultasi PERCUMA.

 

Sekian. Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

¹ Dr. Zubaidi, Oktober 2010.

Bayi Tidak Berak? Jangan Risau

constipation sembelit anak tidak berak

Bayi Tidak Berak? Jangan Risau

 

Anak kecil kalau tak buang air besar memang merunsingkan si ibu.

Bayi akan mudah meragam bila lama tak berak.

Ada yang berhari-hari tak berak, atau seminggu hanya sekali berak.

 

 

Lebih merisaukan jika si anak meminum susu formula sehari-hari.

Kalau anak minum susu badan tak lah risau sangat, sebab susu ibu adalah jauh lebih baik dari susu formula. Kandungannya tak banyak yang perlu disingkirkan.

.

 

 

constipation sembelit anak tidak berak

 


 

Anak kecil anda tak berak banyak hari? Jangan risau, insyaAllah ada jalannya.

Kami ingin berkongsi pengalaman kami dalam memastikan anak dapat berak dengan mudah.

 

Apa keistimewaan cara ini?

– Anak akan berak bila kaedah ini digunakan

– Bayi tidak meragam (tidak sakit perut)

– Tidak melarat hingga ke hari esok (kesannya hanya sekejap)

– Semulajadi dan selamat

 

 

Apakah kaedahnya?

anak bayi tak tidak berak buang air besar zinc-complex-nutrition

Hanya makan Zinc Complex sebiji sehari, anak kecil kami dapat berak dengan mudah.

Juga anak kami tidak meragam. Maksudnya kesannya bukanlah seperti julap yang membuat kita sakit perut. Ia hanya akan memudahkan anak kita buang air besar.

Jika esok tak makan Zinc Complex ni, maka perut bayi akan kembali seperti biasa, mengikut kadar biasa bayi buang air besar.

 

Zinc Complex antara lainnya mengandungi zink, kalsium dan alfalfa, bagus untuk kesihatan. Ia sangat membantu proses penyembuhan luka, terutamanya luka bersalin.

Luka isteri saya sangat cepat baik apabila mengamalkan Zinc Complex ini. Kami sendiri merasai perbezaannya berbanding dengan bersalin pertama kali 2 tahun lepas.

 

Nota: Zinc Complex ini diambil oleh ibu, bukan anak. Anak mendapat khasiatnya melalui penyusuan badan.

 

Hubungi kami untuk mendapatkan Zinc Complex. 120 biji, cuma RM33.75.

Kami akan memberi panduan dan bimbingan PERCUMA kepada anda, agar si manja dapat membesar dengan ceria! ^^

 

Juga boleh klik link ini untuk dapatkan Zinc Complex sekarang secara online. Terus ke rumah/pejabat anda dalam 2-3 hari bekerja.

 

Sekian. Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Adab Menyambut Cahaya Mata

Adab Menyambut Cahaya Mata

 

Saya menulis tajuk ini sebagai meraikan sahabat² saya yang menerima cahaya mata baru-baru ini.

Tahniah dari kami sekeluarga kepada saudara Suffian di Sg. Seluang Kedah dan saudara Adib di Bangi. Semoga Allah berkati kalian.

Saya cuma memetik adab-adab dari buku Tarbiyatul Aulad / Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, karangan Abdullah Nasih Ulwan. Semoga penulis di alam sana sentiasa mendapat manfaat & dicucuri rahmat Allah, dan semoga pembaca di ruangan siber ini dapat manfaatkan buat kebaikan keluarga masing-masing.

Jika kita santuni buku Tarbiyatul Aulad ini, penulis mensyarahkan tatacara atau adab menyambut cahayamata dengan panjang lebar dan begitu lengkap.

Di sini saya merumuskan perkara-perkara tunjang dalam menyambut suatu kelahiran. Dan saya syorkan pembaca semua menekuni sendiri kitab tersebut supaya mendapat kefahaman yang lebih mendalam dan mengetahui huraian hadis-hadis yang berkaitan dengan kelahiran anak.

 

Adab Menyambut Cahaya Mata

Apa yang perlu dilakukan ketika kelahiran anak?

 

1) Sunat digembirakan serta diucapkan tahniah

Apa yang dilakukan oleh masyarakat kita sekarang dengan datang membawa hadiah adalah sangat dituntut. Amalan ini akan menggembirakan keluarga tersebut.

Adab Menyambut Cahaya Mata

2) Sunat azan dan iqamat ketika menerima kelahiran anak

Caranya ialah mengazankan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya. Sebaik-baiknya dilakukan sebaik anak itu dilahirkan.

Apa pula signifikannya? Supaya awal-awal bunyi yang didengari bayi itu adalah kalimah seruan yang mulia dan mengandungi kebesaran Tuhan. Selain itu juga supaya syaitan lari daripada bayi itu. Syaitan dari awal lagi ternanti-nanti akan kelahiran bayi tersebut. Maka lindungilah anak dari seawal-awal waktunya di dunia ini.

3) Tahnik ketika anak baru dilahirkan

Apa itu tahnik? Tahnik ialah mengunyah kurma dan memindahkannya ke lidah bayi. Letakkan di hujung jari, lalu dimasukkan ke dalam mulut anak, digerakkan dengan lembut ke kanan dan ke kiri sehingga rata ke seluruh mulut anak.

Jika tiada kurma, boleh digantikan dengan manisan lain, contohnya madu.

dates kurma tamar Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

4) Menggunting (cukur) rambut anak

Disunatkan gunting rambut anak pada hari ke tujuh. Kemudian ditimbang rambut itu dengan perak dan disedekahkannya kepada fakir miskin.

Apa kelebihannya? Sumber kekuatan. Liang rambutnya akan terbuka. Ini akan menguatkan pengelihatan, pernafasan dan pendengarannya. Kedua, hikmah kemasyarakatan. Dengan bersedekah, ia membantu membasmi kemiskinan dan menimbulkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dalam masyarakat.

Cukur pula hendaklah dilakukan pada keseluruhan kepala anak. Dilarang bagi kita untuk mencukur sebahagian tertentu kepala. Ini menunjukkan kesempurnaan Allah dan rasulNya dalam hal keadilan.

5) Menamakan anak dengan nama yang baik

Di hari kiamat nanti, kita akan dipanggil dengan nama kita dan nama bapa kita. Maka perelokkanlah nama keturunan kita dengan nama yang baik. Terdapat nas yang mengajar kita menamakan anak pada hari ketujuh, dan ada yang mengatakan pada hari kelahirannya.

6) Aqiqah

Afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Juga afdalnya dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.

Adab lain ialah tidak mematahkan/memotong tulang haiwan korban tersebut, tetapi meleraikan tulang pada sambungannya.

 

7) Khitan/Sunat/Jawi

Mazhab Syafie mewajibkan khitan, iaitu memotong qulfah, yakni kulit yang menutupi kepala zakar.

Orang melayu umumnya berkhitan sekitar umur 6-12 tahun. Sedangkan seeloknya anak dikhitankan sebaik sahaja dia lahir, atau pun hari ketujuhnya.

Antara hikmahnya dapat dijauhkan dari penyakit kulit, kanser, dan menghindar dari kencing malam.

 

 

Kesemua adab-adab di atas adalah kayu ukur kepada sejauh mana kita sebagai ibubapa mengambil berat tentang urusan anaknya sejak hari pertama dia hadir di alam dunia ini.

Jika langkah-langkah pertama ini pun tidak dihiraukan, apalah yang kita boleh harapkan dari penjaganya setelah anak itu besar.

Adab-adab di atas penting supaya kita dapat menjadikan anak kita sihat dan kuat, supaya anak kita dapat mengangkap hakikat-hakikat yang berlaku di sekelilingnya dengan cepat dan matang.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.

 

Sekian. Selamat mengasuh! ^^

 

Saif Khalid

1 2 3 4 5 15