Category Archives: Happy Life

Seronok Keluarga Ramai Anak?

Keluarga Ramai Anak. Seronok?

 

Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Agak besar bagi masyarakat Malaysia alaf 21 ini.

9 beradik.

Saya nombor empat.

 

Sejak kecil, makan malam meja mesti keliling penuh.

Sebelum makan atas meja pinggan masing-masing, kami makan keliling talam.

 

Kami diajar untuk makan apa yang dekat dengan kami dahulu.

Lepas-lepas tu baru ambil lauk di sebelah sana talam.

Begitu juga bila makan di meja. Adab mesti dijaga.

 

Makan dalam talam apa yang seronoknya?

Makan secepat mungkin untuk elak dari tugas basuh talam. Haha, saya tahu anda juga begitu. 😛

Tapi tu perangai masa kecil je. Bila dah besar, “Ada aku kisah kalau kena basuh talam?”

**************

 

Petang-petang kami selalu main sama-sama di halaman rumah. Boleh buat 2 pasukan bola sepak, tak pun 2 pasukan bola kaki tiga. Satu pasukan ada dua-tiga orang pun jadilah. Hehe..

Kejar-kejar? Police Entry? Lagi la boleh.

bola kaki tiga seronok keluarga ramai anak

 

Cuma yang kurangnya, kami jadi kurang bermain dengan jiran-jiran. Yelah, main skateboard pun dengan abang-abang je dalam compound rumah. ^_^

 

*************

 

Bila nak raya, shopping memang perlukan stamina tinggi.

Mana tak nya, lepas sorang, sorang pulak cari, acu, try, test baju & seluar & kasut masing-masing.

Nak bertebaran serentak masing-masing cari baju, takut hilang atau jadi apa-apa je.

Nak keluar shopping by batch, tak syok pulak. -.-”

 

*************

 

Balik kampung, atau berjalan ramai-ramai ke tempat yang jauh, kena bilang sorang-sorang.

Masing-masing sebut. Yang sulung jerit 1, adiknya sebut 2, sampai habis semua sebut nombor.

Kalau semua berbunyi kira ok lah. Kalau takda bunyi, kena cari la kut ada bawah kerusi van. Eh?

 

Jangan pulak ada yang terlebih ‘rajin’, tolong sebutkan nombor orang lain.

Ada sekali tu masa balik raya. Kami singgah di satu restoran. Lepas habis makan, saya terpaksa ke toilet, qadha hajat.

….

Bila keluar je….. “Eh, mana semua orang ni? Meja makan tadi dah kosong?!”

Tengok lot parking, van pun dah takda. Alamak.

Duit raya pulak dah serah kat ummi sebelum bertolak tadi, sebab takut hilang.

Sekarang, apa pun takda. Macamana nak telefon abah?

 

AKU KENA TINGGAL!!!

 

Tunggu punya tunggu…nak nangis pun ada. Tiba-tiba van abah kembali. Semua muka dalam van excited tengok luar, mencari adik-beradik yang tertinggal, macam kat safari nak tengok zirafah. Ahahaha!

Fuh, selamat.

“Ni mesti tadi ada yang ‘rajin’ tolong sebutkan nombor aku,” saya mengumpat dalam hati.

 

Seronok Keluarga Ramai Anak?

 

Lagi, kemas rumah dah macam kat sekolah. Ada duty roster.

Setiap seorang ada tugas masing-masing untuk setiap hari.

Semua tugas dibahagi sama rata. Antara tugasnya sapu lantai ruang tamu, ruang makan, bilik study, kemas dapur, kemas depan rumah. Apa lagi ye? Lupa pulak.

 

Lipat baju kami buat ramai-ramai. Sekejap pun boleh habis.

 

**************

 

Adik-beradik ramai seronok juga pergi camping. Dah macam camping sekolah. Gotong-royong kemas tempat perkhemahan, sama-sama pacak khemah, memasak, dan mandi sungai/pantai.

 

khemah seronok keluarga anak ramai

 

*************

 

Apa lagi ya? Lama pula kalau nak flashback zaman muda-muda dulu. Hehe.

Cukup dulu kut buat kali ni.

 

Apa-apa pun, saya rasa bersyukur pada Allah atas kurniaan ini.

Alhamdulillah.

Banyak perkara dapat saya pelajari dari ‘kes’ adik-beradik ramai ni.

Kita belajar untuk berkongsi, tak mementingkan diri, dan selalu memikirkan orang yang di belakang kita.

Dan kita juga belajar untuk mengalah. Ya, ada kala kita perlu mengalah.

Mungkin ada perkara yang lebih baik menanti bila kita utamakan orang lain.

 

 

Sekian. Marilah kita meramaikan umat Muhammad. (yang berkualiti OK? 😀 )

 

-SaifKhalid-

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

Kalau sudah jadi ibu dan bapa, kita tak terlepas dari keghairahan membeli alat permainan untuk anak sama ada masih bayi atau sudah besar. Saya juga membeli beberapa alat permainan untuk anak-anak saya. Berikut merupakan Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak yang saya sendiri titikberatkan.

 

wooden blocks

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

1) Keselamatan

Pastikan anda membeli mainan yang selamat. Selamat dari segi apa? Dari segi bentuknya, bahan yang digunakan, cara bermainnya. Beli alat permainan yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Mahal sikit pun tak apa. Janji keselamatan anak-anak kita terjamin. Ada juga alat permainan yang boleh menyebabkan anak kita terdedah kepada bahay kanser dan sebagainya. Be alert! Jangan pandang remeh ye.

 

2) Merangsang minda

Belilah alat permainan yang boleh merangsang minda anak-anak kita. Jangan pula kita beli mainan semata-mata untuk hiburan anak-anak sahaja. Zaman sekarang, sudah banyak pengeluar yang manghasilkan alat permainan yang boleh merangsang minda anak-anak kita. Kalau boleh, beli alat permainan yang boleh anak anda sentuh, picit, susun dan sebagainya. Ini dapat merangsang sensor motor anak anda.

 

3) Mengikut kesesuaian umur

Sebelum membeli alat permainan, pastikan anda membaca label yang tertera. Setiap label alat permainan telah dinyatakan kesesuaian umur untuk bermain. Kadang-kadang ada permainan yang terlalu kecil untuk bayi kerana dikhuatiri bayi kaan tertelan permainan tersebut. Untuk bayi, mungkin alat permainan seperti rattles adalah sesuai untuk mereka. Untuk kanak-kanak pula, jangan pula dibeli alat permainan yang sesuai untuk bayi. jadi terbalik pulak kan?

 

4) Jangan membazir!

Dengan keadaaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini, janganlah pula kehendak untuk membeli alat permainan anak menjadi satu beban kepada kita. Be creative! Contohnya jika anak kita suka bermain masak-masak, beri besen dan periuk kita pada mereka untuk bermain. Jangan tunggu nak beli set permainan masak-masak baru nak bagi anak-anak main. In fact, anak-anak lagi suka main periuk belanga kita kan? Di sini, kita dah dapat jimat. Tak perlu beli alat permainan dah. Kalau anak kita suka main play-doh, mungkin terlalu mahal untuk kita beli. Again, be creative! Buat doh sendiri. Beli tepung dan jadikan doh. Biar anak main sampai hitam sekalipun. Jimat bukan?? Banyak lagi idea-idea kreatif yang boleh kita fikirkan untuk dijadikan alat permainan anak-anak kita.

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

Alat permainan yang baik adalah alat permainan yang dapata merangsang otak, sensor motor anak-anak. Jangan bagi Ipad , saya ada baca ramai kanak-kanak yang terpaksa menjalani rawatan terapi kerana terlalu lama menghabiskan masa menggunakan Ipad dan yang seangkatan dengannya. Mungkin susah untuk kita buang terus gajet-gajet ini dari anak-anak kita kerana memang ini zaman mereka. Cuba alihkan perhatian mereka dengan bermain alat permainan yang lebih banyak bergerak. Kawal masa mereka menggunakan gajet. Hadkan berapa jam sehari atau anda sendiri mungkin ada jadual tersendiri.

 

Ini sahaja Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak yang saya sendiri lakukan. Mungkin ada lagi tips yang menarik untuk dikongsi bersama kami? Kita sembang-sembang di ruangan komen. 😉

Sekian, terima kasih.

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada saya untuk merasa pengalaman yang hebat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya ada menggunakan set berpantang XXX. Untuk kelahiran yang kedua ini saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat rasa perbezaannnya! Saya sendiri teruja dengan hasil yang saya perolehi.

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Perbezaan yang saya rasa :

Sebelum tu……………. Tonton video ni sampai habis. Macam ni lah perasaan saya waktu berpantang dulu.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

1) Luka jahitan episiotomi cepat baik.

Sewaktu kelahiran pertama, macam-macam petua saya ikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Saya juga terpaksa berpantang dari memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Risau jahitan lambat baik. Tetapi, untuk kelahiran kedua ini, saya rasa awesome sangat bila luka jahitan cepat sembuh! Seminggu saja rasa sakit luka jahitan dan hilang. Malah luka sembuh dengan baik dan jahitannya sudah mula tertanggal! Alhamdulillah.

 

2) Tidak sembelit

Saya mengalami sembelit yang agak teruk sewaktu kelahiran pertama. Saya terpaksa makan ubat sembelit dari farmasi. Kesannya, anak saya mengalami cirit-birit. Khadijah yang lahir 3.1kg, selepas 10 hari beratnya turun kepada 2.5kg. Allah… rasa bersalahnya saya ketika itu kerana menyebabkan Khadijah cirit. Dia kerap berak. Saya suspect ini berpunca daripada ubat sembelit yang saya ambil. Selepas saya berhenti makan ubat sembelit tersebut, Khadijah sudah tidak berak terlalu kerap lagi. Lega saya rasa. Untuk kelahiran kedua ini, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur. Dengan izin Allah, saya tak sembelit langsung! Dan saya tak takut untuk membuang air besar. Dulu, saya takut sangat bila hendak membuang air besar. Mengenangkan luka jahitan episiotomi akan terbuka jika saya mengalami sembelit. Seriau!!

 

3) Lebih bertenaga

Untuk kelahiran kedua ini, saya rasa sangat bertenaga. Sampai ada yang tegur ni orang dalam pantang ke tak? Hehe.. Sebab energetic sangat. Saya perlu menjaga Khadijah dan Muhammad. Malah saya perlu menyusukan dua anak. Ya, Khadijah masih belum bercerai susu. Semasa Muhammad lahir, usianya dua tahun 2 minggu. Dia masih dalam proses bercerai susu. Saya juga dapat bangun melakukan kerja rumah dan menguruskan Khadijah dan Muhammad.

 

4) Susu meriah!!

Disebabkan saya tandem nursing, saya memang memerlukan suplemen yang dapat memberi tenaga kepada saya. Demand untuk susu sangat tinggi. Disebabkan mood saya baik dan positif semasa berpantang, saya rasa seronok sangat dapat menyusukan anak-anak saya dengan baik. Kalau diikutkan memang letih dan stress juga menyusukan 2 orang. Tapi badan saya rasa fresh selalu, jadi bersemangat! Alhamdulillah dapat tandem nursing kali ini.

 

5) Kurang rasa sakit badan

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan berkurang semasa saya dalam pantang. Saya sakit-sakit badan pun hampir tiada. Dulu, saya rasa stress sangat dengan badan yang letih, menyusukan anak lagi. Lenguh pinggang menyusukan anak. Sekarang, tidak lagi! Alhamdulillah.

 

Klik untuk besar

SET BERPANTANG SHAKLEE

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

Saya suka sangat dengan set berpantang Shaklee ini. Rasa sangat berbeza! Ini testimoni dari saya sendiri. Jika diizinkan Allah untuk mengandung dan beranak lagi, semestinya Shaklee menjadi pilihan hati saya. 😉

 

Nak berpantang dengan Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya akan bimbing sebaik mungkin.

Boleh juga klik link ini untuk beli Set Berpantang Shaklee secara online.

 

Sekian.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki ketika mengandung. Mungkin ramai yang mengalaminya. Saya juga pernah mengalaminya. Sewaktu mengandungkan Khadijah (anak sulung) saya tidak mengalami bengkak kaki. Sewaktu mengandungkan Muhammad (anak kedua) saya mengalami bengkak kaki.

Bengkak kaki yang saya alami adalah ketika akhir-akhir kehamilan. Ketika usia kandungan 8 dan 9 bulan. Kaki kanan saya sahaja yang membengkak. Kaki kiri Tak membengkak. Macam kelakar pun ada. Kurang keseimbangan bila berdiri. Sebelah kaki rasa kecil, sebelah rasa besar.

Rasa kurang selesa. Berjalan pun rasa kurang selesa. Bengkak kaki yang saya alami tak sakit. Rasa kebas-kebas. Cumanya bila berjalan rasa seperti ada sesuatu di kaki.

 

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

 

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Antara Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil yang saya cuba adalah :

  • Tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki. Ini membuatkan kaki kita pada kedudukan yang lebih tinggi. Tidur pun lebih selesa InsyaAllah.
  • Jika di pejabat atau di tempat kerja, jangan berdiri terlalu lama. Duduklah jika berpeluang untuk duduk di tempat kerja. Bergantung kepada cara kerja anda semua. Jika ada kemudahan, duduklah. Ini dapat mengurangkan rasa letih pada kaki anda.
  • Minta tolong suami urutkan. Hehe.. Secara tak langsung, hubungan suami isteri lagi bertambah erat. 🙂 Suami perlu memahami keadaan isteri yang sarat mengandung ketika ini.
  • Pakai kasut yang selesa. Jangan lah pula ketika hamil ni anda memakai heels 4 inchi ye. Tunggu dah beranak, baru pakai balik. Kasut yang selesa sangat penting bagi menampung berat badan ibu yang semakin menaik sepanjang kehamilan.
  • Minum air kosong secukupnya. Sekurang-kurangnya 3L sehari.
  • Mengambil suplemen Ostematrix Shaklee yang mengandungi kalsium dan magnesium. Ostematrix dapat mengatasi masalah bengkak kaki ketika hamil.

 

Ibu-ibu jangan terlalu risau ye. InsyaAllah selepas beranak, kaki yang bengkak tadi akan surut semula seperti biasa. Tapi saya tak tahulah kalau ada kes yang tak surut-surut. Kena berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Mungkin anda juga nak kongsikan Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil dengan kami. Boleh komen di ruangan komen di bawah.

 

Sekian.

 

Bahiah

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Ops! Layak ke saya nak cerita pasal rumahtangga?

Kahwin pun baru tiga tahun.

 

😉

Saya cuba kongsikan pengalaman kami melayari rumahtangga yang baru saja melepasi tiga tahun.

Ya, masih awal. Belum pun lepas fasa lima tahun pertama.

Takpa, semoga tulisan ini dapat terus memberi inspirasi kepada kami dan juga pasangan-pasangan di luar sana.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Allah pesan kepada kita dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram (sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

 

Untuk kita faham ayat ni, wajib untuk kita berfikir. Kalau tak fikir memang tak nampak, memang tak dapat hargai rumahtangga yang dianugerahkanNya.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

1. Terima baik buruk pasangan seadanya.

Kita perlu syukuri kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Apa yang bagus pada pasangan kita, kita hargai dan apa yang kurang, kita terima seadanya.

Mungkin agak sukar untuk kita ubah kekurangan pasangan kita. (Mustahil barangakali) Tetapi setakat pemerhatian saya, kekurangan seorang suami dilengkapi oleh isteri, dan kekurangan isteri pula dilengkapi oleh suami.

Contohnya jika suami banyak cakap, ia dilengkapi oleh isteri yang kurang bercakap. Bukanlah saya kata banyak cakap itu tak elok. Sifat ini bagus untuk situasi tertentu, dan boleh jadi tak bagus untuk situasi lain.

Jika si suami malas kemas rumah, isteri biasanya akan rajin kemas rumah. Paling-paling pun dia akan terpaksa kemas rumah. Isunya di sini ialah siapa yang lebih dominan kemalasannya akan ‘menyerahkan’ tugas mengemas rumah kepada pasangannya.

 

2. Menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Suami mempunyai hak ke atas isteri. Dan isteri juga punyai hak ke atas suami. Keduanya tidak boleh diabaikan. Ada segelintir suami menganggap hanya suami punyai hak ke atas isteri. Isteri tidak berhak menuntut apa-apa darinya. Tanggapan ini salah.

Bila hak masing-masing ditunaikan, kedua-dua pasangan akan rasa puas hati. Tiada apa yang boleh diungkitkan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Jika hak tak ditunaikan, mulalah nak ungkit sana sini. Betul?

Bagi yang baru setahun berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata, ini juga menjadi satu cabaran hebat! Di sini kita sebagai suami isteri diuji. Sebabnya tugas menjaga anak dan menguruskan hal rumah akan bertambah. Suami hendaklah membantu isterimenguruskan hal rumah seperti membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, memasak, mengemas rumah, iron baju, dan banyak lagi. Nampak mudah ke kerja-kerja ni?? Mudah tapi kena saling bantu-membantu. Jangan berkira untuk buat sesuatu kerja.

 

3. Mengiktiraf suami sebagai ketua keluarga.

Saya tak menafikan bahawa wanita moden sekarang ramai yang berkerjaya. Ramai yang berpendidikan tinggi. Ada yang gajinya lebih dari gaji suami. Ada yang berpendidikan tinggi dari suami. Ini bukan bermakna si isteri tak perlu mendengar pandngan dan kata-kata suami. Atau senang cakap, isteri lebih hebat dari suami. Jadi, tak perlu ikut apa yang suami cakap.

Jika si isteri adalah bos kepada suami di pejabat, jika pulang ke rumah, suami adalah bos kepada isteri. Mesti!!

Jika peranan suami sebagai ketua keluarga tidak diiktiraf, bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Suamilah yang mengetuai keluarga yang teridi dari isteri dan anak-anak. Hormati keputusan suami. Hormati pandangan suami andai ianya bertentangan pendapat dengan kita. Ingatlah bahawa, mentaati suami adalah suatu perbuatan yang amat mulia wahai isteri.

 

4. Bijak merancang ekonomi dalam rumahtangga.

Walaupun saya tak tahu statistik punca penceraian suami isteri di Malaysia, tapi saya yakin ekonomi atau duit senang cerita, antara punca penceraian rumahtangga. Suami dan isteri perlu bijak menguruskan kewangan. Gaji yang diperolehi dibahagikan kepada keperluan dan hak-hak yang sepatutnya. Jika keadaan mendesak, si isteri dapat membantu mencari duit lebih. Tugas mencari nafkah adalah tugas suami. Tapi, tidaklah menjadi satu kesalahan jika si isteri mebantu kerana kos sara hidup yang tinggi mendesak isteri untuk sama bekerja. Tulis atas kertas. Berapa RM untuk keperluan barang dapur, bayar rumah, bayar kereta, duit untuk anak dan isteri, duit simpanan dan lain-lain lagi. Jangan guna duit untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Sebab, fasa awal perkahwinan memang kita perlukan banyak duit. Jangan dibazirkan duit kita.

 

5. Memanggil nama panggilan yang disukai.

Saya rasa fasa awal perkahwinan, mungkin 90% masih memanggil isteri dengan nama manja seperti sayang, anje, baby dan macam-macam lagi. Mungkin mak ayah kita yang sudah 40 tahun usia perkahwinan meremang bulu roma dengar. Hehe… Pangillah isteri dengan nama yang baik. Nama yang disukai isteri. Begitu juga dengan suami. Isteri panggillah suami dengan nama yang disukai beliau. Tak semestinya panggil ‘abang’ saja. Nak panggil ‘honey’ pun boleh. Ahaks! 😉 Bila panggil macam ni, hati yang sedang marah pun boleh cair tau…. tak percaya, cubalah.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

Apa lagi ye tips kebahagiaan rumahtangga untuk fasa awal perkahwinan ini? Banyak lagi jika kita details satu persatu. Cukuplah 5 yang di atas. Ingatlah perkahwinan yang dibina bukan untuk sehari dua, bukan sebulan dua, tetapi sampai syurga. Jadikan perkahwinan kita sebagai lubuk untuk kita suami isteri melombong pahala sebagai bekalan ke akhirat kelak. InsyaAllah. Jika ada masalah, selesaikan dengan baik. Jangan berbalah macam budak kecil. Jangan memendam terlalu lama sampai ianya meletup suatu hari nanti. OK.

Kami pun masih belajar selok belok rumahtangga. Baru 3 tahun berkahwin. Anak sudah dua alhamdulillah. Doakan kebahagiaan kami dan kami mendiakan kebahagiaan anda semua. Ameen..

Sekian, terima kasih.

 

1 4 5 6 7 8 15