Category Archives: Happy Life

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Anak anda luar biasa bijak? Luar biasa aktif?

Dah nak masuk maghrib, tapi anak nak main lagi. Tak nak ikut mandi.

 

Itu perkara biasa dalam membesarkan anak-anak. Masing-masing dengan kerenah tersendiri.

Nak paksa masuk bilik air?

Orang Kedah kata “cempung ja masuk bilik air”.

Mungkin ada yang bertindak lebih agresif, tampar, herdik, dan lain-lain.

 

Setiap cara ada efek terhadap anak kecil.

Kebelakangan ini makin berleluasa video budak sekolah bergaduh bertumbuk.

Ya, ia sangat mengganggu dan membimbangkan ibu bapa. Lebih-lebih lagi ibu bapa muda yang baru membina keluarga.

 

Saya percaya bahawa pelajar sekolah yang bertindak memukul dan membuli rakan sebaya, mereka juga dibesarkan sedemikian rupa.

Mungkin mereka juga selalu dipukul ibubapa atau pengasuh semasa mereka kecil.

 

Nabi Muhammad telah mengajar kita cara mendidik anak kecil.

Kita diajar supaya menyuruh anak solat ketika berumur 7 tahun.

Ketika anak berumur 10 tahun, jika masih liat untuk solat, kita patut mengambil tindakan lebih keras, iaitu merotan mereka.

 

Ya, itu adalah arahan untuk menunaikan solat. Arahan tertinggi dalam agama Islam.

Umur 10 tahun baru boleh dirotan jika tidak solat.

Apakah ada arahan yang lebih hebat dari solat lima waktu?

Maka apakah kita boleh menghukum anak secara fizikal jika tidak mahu mandi, atau tidak mahu makan atau tidak mahu pakai baju?

Jauh sama sekali. Sebaliknya ia akan memberi kesan negatif kepada anak-anak.

 

Saya yakin ada banyak lagi cara memujuk anak untuk melakukan amalan seharian.

 

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Seperti ibu bapa lain, kami juga menghadapi situasi sukar menyuruh anak mandi, makan, dan sebagainya.

 

Kata kunci di sini adalah ‘menyuruh’.

Anak kecil memang tak suka disuruh.

Mereka lebih senang diajak. Apa yang kita buat, dia akan ikuti.

 

(#1) Jadi kalau nak anak mandi, jangan suruh. Tapi kita ajak dia mandi.

Kami akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mengajak anak.

Kadang-kadang, umpan bola di dalam bilik air akan menjadi. Tetapi kadang-kadang tidak.

Kami cuba ajak anak bermandi bersama mainan kegemaran – musical chicken. Yang dah rosak la. 😛

It works!

Tapi bila angin dia lain, tukar lagi strategi.

Kami acah-acah main kejar-kejar. Kejar dia sampai bilik air. Kalau tak jadi, kita buat-buat lari dari dia. Biar dia kejar kita. Akhir sekali, larilah masuk bilik air! Hehe. Insyaallah menjadi.

Hari ni lain pulak angin dia. Duk pening kepala sambil pegang tuala ajak anak mandi, tak mau-mau. Lastly, acah-acah letak tuala atas muka, buat-buat tak nampak. Jalan sambil tuala di muka, dan LANGGAR sesuatu!

Percayalah, anak akan gelak besar. Ha, masa tu lah kita cempung dia masuk bilik air.

 

Kalau marah-marah dan memaksa, takut keluar drama lain pulak. Si anak merengek melolok, ibubapa tukar jadi mood marah-marah. Kan tak syok tu.

 

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

(#2) Peluk anak panda anda.

Jika si comel mengendahkan permintaan anda, dekati dia.

Beri pelukan panas. (Baca: warm hug) Usap kepala, gosok belakangnya, cium-cium. Pasti si anak akan cair. 😉

Mintalah apa sahaja, pasti akan dapat.

Anak anda akan pulangkan kembali handset/remote/buku/cermin mata/minuman anda.

 

(#3) Cara mengelak rengekan anak kepada mainan/coklat di pasaraya.

Cuba alih perhatian dia kepada benda lain.

“Eh, ada kawan! Tengok dia nak p mana.” Sambil tunjuk kepada anak kecil lain di pasaraya.

Atau cakap, “Coklat ni untuk pakcik. Budak-budak tak boleh makan.”

“Khadijah dah ada ni kat rumah. Nanti balik kita main na.”

Strategi akan berubah mengikut apa yang berada di sekeliling.

Boleh juga gandingkan tips #2 bersama. Ya! Pujuk sambil peluk cium anak.

 

Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Walaubagaimana pun, kita perlu tegas bertempat.

Bila sebut anak kecil tak boleh dirotan, bukan bermakna kita iakan, atau berikan segalanya kepada anak.

Apa yang merbahaya, dah tentu kita wajib bertegas dengan anak.

 

Cuma elakkan seboleh mungkin dari beberapa situasi yang selalu saya temui berikut;

  • Kejar anak sambil pegang rotan/hanger/selipar
  • Herdik anak “Aku sepak kang baru tau”, “Hang ni tak reti bahasa ka?”, “Hang ni boleh tak jangan susahkan mak.” dan seumpamanya.

 

 Anak Susah Mandi? Tips Pujuk Anak Kecil

 

Akhir kata, mungkin sesetengah dari kita dibesarkan dengan suasana yang tidak cukup baik. Tetapi adakah kita merelakan suasana seteruk kita dahulu berlaku kepada anak kita? Kitalah yang menentukan corak hidup anak kita, sama ada mimpi-mimpi ngeri atau taman-taman syurga. Pilihan di tangan kita.

 

Semoga kita menjadi idola kepada anak-anak.

Semoga kita diingati anak akan kebaikan dan kasih sayang yang dicurahkan sejak kecil.

 

Sekiranya para pembaca ada idea pujuk anak yang menjadi, jangan malu-malu ya, boleh kongsi di ruangan komen di bawah. 🙂

Sekian, salam sayang dari saya. Selamat mendidik anak dengan hebat!

 

-Saif Khalid-

 

[Review] Kafe Akar Lima Kulim – Lima Bintang!

[Review] Kafe Akar Lima Kulim

 

Kali ni ingin menulis pasal sebuah kafe di Kulim.

Tempatnya agak tersorok. Tetapi tak susah untuk dicari.

Suasana kafe ini sangat memikat hati!

 

Namanya…

Kafe Akar Lima.

 

Kat mana? Untuk orang Kulim, masuk je simpang kiri lepas Pejabat Pos Kulim. Depan lagi dari sekolah cina.

Jumpa signboard ni belah kiri. Masuk kira-kira 100meter. Sampai.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Atau nak lebih detail, ambil GPS coordinate ni. 5.356700, 100.554712. Anda sekarang berada di pintu masuk Kafe Akar Lima.

Kami terjumpa kafe ini beberapa hari lepas di FB.

Pantang melihat ramai yang rekemen, kami terus ke tempat kejadian.

Masuk je halaman kafe (baca: rumah)…

WAH! Lain dari lain ni.

Apa yang kami nampak ialah pokok manggis, rumah antik ala barat, buaian klasik, meja gedabak kat depan pintu rumah, dan tempat letak kereta yang LUAS.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Gambar diambil dari FB Akar Lima. Mungkin agak lama. Suasana sekarang lebih cantik.

Mana meja makan? Abaikan. Parking kereta dulu.

Turun kereta, sambil ke meja makan, kami disambut mesra oleh krew Akar Lima.

First impression? Two Thumbs Up! Feel like home already. hehe.

Jom tengok menu. Terpampang di dinding rumah, menu ditulis-tangan di sebuah tingkap cermin klasik.

Kunjungan pertama, kami pesan Grilled Lamb dan Coconut Mango Milkshake.

Sambil menunggu pesanan tiba, Khadijah dah mula tarik tangan ayah untuk berlari di halaman. Ya, halamannya menarik setiap mata yang melihat.

Kami tertarik bila melihat kebun mini di tepi rumah. Terdapat ayam, itik dan beberapa petak tanaman.

Macam-macam ada, cabai, terung, pegaga, kubis, pudina, ulam raja, dan lain-lain.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Kemudian kami bawa Khadijah bermain buaian klasik di bawah pohon manggis yang merimbun.

Buahnya pun dah banyak. Tunggu nak masak je. Agak-agak ada can tak nak merasa manggis tu sebelum puasa ni? 😉

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Khadijah, kambing dah sampai!

Jom makan!

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Grilled Lamb sangat sedap! Dihidang bersama ulam raja, kentang lenyek dan sos unik.

Kentangnya banyak, dagingnya lembut. Tak pernah tahu ulam raja juga sedap dihidang bersama kambing panggang.

Alhamdulillah..kunjungan pertama yang hebat!

************************

Selang beberapa hari, kami ke Kafe Akar Lima lagi. Ada orang mengidam. Tapi dia kata nak p sambut birthday Khadijah. Takpa, jom kita pergi. Ayahnya pun sebenarnya teringin nak makan kat situ lagi. 😛

“Welcome back!”

Sapaan mesra setibanya kami di Akar Lima.

Kali ni nak makan ayam pula. Kami pesan Grilled Chicken dan Date&Nutmeg Milkshake.

DAN sepotong kek! Coconut Cheese Chilled Cake. Tak berapa ingat namanya. Cuma yang saya tahu kek ni tidak dibakar.

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Laju je tangan si kecil tu. Tak sempat ayah nak snap gambar.

Kek sangat sedap. Mengalahkan kek Resepi Rahsia. Ya, harganya pun lagi mahal.

Kek sejuk yang enak, dimakan bersama milkshake, pada pukul 4 petang yang panas. Memang tak terkata.

Tak lama sampai pula grilled chicken. Tak sempat ayah&anak nak bermain buaian.

 

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Daging ayam sangat lembut. Rempah ratus membangkitkan lagi selera kami.

Kali ini ulam raja digandingkan bersama ulam pegaga.

Fuh. Kene rasa sendiri ya. Kami tak reti nak cerita tahap kesedapannya.

Yang lebih menarik, ayamnya adalah ayam organik yang dibela sendiri di kebun mini di sebelah rumah.

Dibela secara tradisional. Kami sentiasa mencari ayam sebegini. 🙂 Tahniah krew Akar Lima!

[Review] Kafe Akar Lima Kulim - Lima Bintang!

Beginilah suasana tenang kafe Akar Lima pada pukul 4.30petang, hari bekerja.

Tiada pengunjung lain, sempatlah kami berbual sebentar bersama krew Akar Lima.

Silaturahim bertambah erat.

 

Cukup dulu review buat kali ini.

Sehingga berjumpa lagi!

 

Lain kali nak cuba pasta dan kek lain pulak. Dan telur itik! ^_^

-SaifKhalid-

 

Ayah, Solat!

Ayah, Solat!

 

Suatu tengahari.

Sedang makan tengahari bersama isteri dan anak di sebuah restoran.

 

Azan Zuhur berkumandang di TV.

Allahu akbar~ Allahu akbar~

 

“Ayah, jom. Nak balik.”

“Jom balik. Cholat. Nanti kita mai lain.”

 

Dah besar lah anak ibuayah ni.

Alhamdulillah..

 

“Kalau kita biasakan diri dengan sesuatu,

dan anak kita perhatikan kita,

satu hari nanti,

dia yang akan ingatkan kita untuk lakukan perkara tersebut.”

 

Jadi biasakanlah diri dengan perkara baik.

Semoga Khadijah menjadi anak yang solehah. Amin…

 

 

Ayah, Solat!

pic: credit to akuastronaut.blogspot.com

– saif khalid –

Teknik dan cara sendawakan bayi

Assalamualaikum w.b.t

Burppppp….. opss!! itu bunyi sendawa orang besar yang makan durian. Hehe…

Sendawa. Apa itu sendawa? Contoh di atas adalah sendawa. Atau orang Kedah sebut sebagai BERLAHAK.

Apa kepentingan sendawa pada bayi? Tahu tak?

OK. Saya tahu ada ibu bapa muda terutamanya yang menghadapi masalah untuk sendawakan bayi. Contohnya saya sendiri. Memang susah nak sendawakan Khadijah dulu. Yang pertama, tepuk punya tepuk tapi tak sendawa jugak. Adui… Bila mak tolong sendawkan , dua kali tepuk dah burpppp…. jealous pun ada tau. Tapi yelah, orang berpengalaman tak sama dengan yang amatur macam saya. Hehe… Yang kedua, masalah yang saya hadapi untuk sendawakan anak adalah takut Khadijah bangun tidur. Selalunya selepas breastfeed, Khadijah akan tidur. bayi kan susah nak tidur, jadi saya takut-takut untuk sendawakan Khadijah.

Disebabkan saya dulu takut-takut nak sendawakan Khadijah, kesannya Khadijah selalu kembung. Dia punya meragam tu ya Allah, membawa kesabaran saya pada tahap tertinggi. Memang doa pada Allah banyak-banyak semoga sentiasa sabar.

Alhamdulillah, lepas beberapa kali jugak Khadijah kembung, saya mula belajar bagaimana teknik dan cara sendawakan bayi dengan betul. Saya pun kekok lagi nak pegang Khadijah. Sebab tak biasa pegang dan dukung bayi. Bila ada anak sendiri baru gelabah. Hehe… I am learning from the beginning.

 

Teknik dan cara sendawakan bayi

 

sendawa bayi

credit to : google.com

(1)                         (2)                                (3)

 

 

1) Dukung bayi anda, tepuk perlahan-lahan. 2,3kali tepuk insyaAllah dan sendawa. Kalau belum, tepuk lagi. Jangan terlalu kuat ye. Berpada-pada lah. 🙂

2) Dudukkan bayi anda di ats riba dan tepuk di belakangnya.

3) Tiarapkan bayi anda di atas riba dan tepuk perlahan-lahan. Urut-urut pun boleh.

Melalui pengalaman saya, dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kiri ke kanan pun dah boleh buat bayi sendawa. InsyaAllah, mommies semua boleh cuba. 😉

 

Kepentingan sendawakan bayi

1) Untuk mengelakkan bayi dari kembung. Sebabnya bila bayi menyusu, dia akan sedut udara juga. Jadi, kena sendawakan dia untuk keluarkan angin dari badan bayi.

2) Taknak bagi bayi jeluak, temuak, muntah atau apa-apa lagi istilah yang mommies guna untuk keadaan ini.

3) Untuk mengelakkan bayi tersedak susu. Yang ni sangat penting! mommies kena aware ye.

 

Mommies semua jangan putus asa kalau bayi taknak sendawa. Jangan ditepuk-tepuk sampai gedebok-gedebok bunyinya. Kesian anak kan. Banyakkan bersabar, urut-urut, doa banayk-banyak. Kalau bayi meragam, dukung dia dan letak pada dada. Mesti bayi suka ! Dia akan rasa secure bila dekat dengan kita. Kalau bayi kembung, sapukan minyak atau tuam perutnya dengan botol susu yang berisi air suam. Ini yang saya amalkan dulu. Kentut prot-prot Khadijah setiap kali kembung. Lepas tu, tidur nyenyak dia. Alhamdulillah….

Kalau nak belajar teknik dan cara sendawakan bayi dari orang tua-tua pun bagus. Dorang banyak ilmu dan pengalaman. Mommies yang masih muda, jangan malu-malu bertanya ya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

 

1. Adakah anak anda selalu mengucapkan Terima Kasih bila menerima sesuatu?

2. Adakah anda selalu mengucapkan Terima Kasih bila menerima sesuatu?

Kalau jawapan untuk soalan nombor dua di atas adalah ‘YA’, besar kemungkinan soalan nombor satu juga adalah ‘YA’. Ataupun tak lama lagi jawapannya akan menjadi ‘YA’.

 

Suka saya kongsikan kisah benar yang berlaku sekitar lima belas (15) tahun lalu.

Ketika itu saya berada di tingkatan satu.

Seorang senior tingkatan dua, Ahmad Zaki selalu mendampingiku.

Orangnya baik, lemah lembut, sopan santun.

Satu perkara yang sangat saya kagum dengannya ialah beliau sentiasa mengucapkan “Terima Kasih” kepada sesiapa yang menolongnya. Termasuk diri saya sendiri.

Sekecil mana pun pertolongan, pasti dia akan menyebut “Terima Kasih”.

Saya mengambilkan untuknya sebuah buku, diucapkan “Terima Kasih”.

Saya hanya mengambilkannya sebatang pensil yang berada di belakang saya, pun diucapkannya “Terima Kasih”.

Tolong belikan air untuknya? Sudah pasti “Terima Kasih” tahap yang lebih tinggi akan kuterima.

 

Anda pernah dilayan dan dihargai sebaik itu oleh orang lain?

Siapa yang pernah merasainya pasti berasa amat BAHAGIA!

 

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

 

Membahagiakan orang lain adalah satu amalan MULIA.

Ia memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang.

Jika tidak, mana mungkin saya masih mengingatinya setelah belasan tahun berpisah.

Seorang senior berterima kasih kepada seorang junior. Saya kira amalan itu sangat hebat.

 

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

 

Kini, saya yakin bahawa sifat syukur itu bermula dari sifat syukur kita kepada Allah.

Jika kita selalu bersyukur kepada nikmat Allah, kita juga akan bersyukur atas khidmat, pertolongan sahabat kita, dan pertolongan ahli keluarga kita seharian.

 

Jadi, Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih?

Amalan ini mesti dimulakan oleh ibu dan bapa dahulu.

Anak kita akan ikut apa yang dia lalui, apa yang dia dengari, dan apa yang dilihat.

Apa sahaja yang anak kita lakukan, kita ucapkan terima kasih.

Anak kecil kita tolong ambilkan pinggan ketika waktu makan, kita ucapkan kepadanya “Terima Kasih”.

Dia tolong ambil tuala ketika ingin mandi, kita ucapkan “Terima Kasih”.

Ketika dia menyuap kita makanan, kita ucapkan padanya “Terima Kasih”.

 

Kini, Khadijah yang bakal memasuki umur 2 tahun beberapa hari lagi, sudah biasakan dirinya dengan ucapan “Terima Kasih”.

Setelah dimandikan, dia ucap “Terima kasih ayah”, atau “Terima kasih ibu”.

Ketika kami menyeduk nasi ke dalam pinggannya, diucapkan “Terima kasih ayah”, atau “Terima kasih ibu”.

“Terima Kasih” tak lekang dari bibirnya.

 

^_^

 

Siapakah yang lebih bahagia daripada seseorang yang menerima ucapan terima kasih?

Penghargaan itu satu akhlak terpuji.

 

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih - Prof. Dr. Muhaya

 

Bahagialah seseorang itu apabila dia membahagiakan orang lain.

Selamat mendidik anak!

 

– Saif Khalid –

 

P/S: Kongsi artikel ini jika bermanfaat.

P/P/S: Terima kasih! 😀

1 7 8 9 10 11 15