Category Archives: Motivasi & Inspirasi

Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

 

Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

 

Kajian menunjukkan obesiti di kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Malaysia mendahului di kalangan negara Asia.

Kajian pada tahun 2006 ke atas hampir 8,000 pelajar sekolah rendah mendapati 19.9% pelajar mengalami obesiti. [1] Ya, itu adalah seorang dalam setiap lima orang murid!

Apakah antara penyebab obesiti kanak-kanak?

Antara lain punca-punca obesiti adalah genetik dan keturunan, persekitaran, metabolisme, psikologi. Itu yang selalu kita baca.

Saya agak meragui genetik dan persekitaran adalah puncanya. Kerana saya percaya bahawa apa yang dimakan oleh ibubapa itulah yang dimakan oleh anak-anak. Jadi bila ibubapa mempunyai diet yang tak elok, maka secara automatik anaknya juga akan membesar dengan diet yang sama. Bukanlah kegemukan itu terkandung dalam gene-nya.

Apakah pernah dilakukan kajian sebegini – anak kepada pasangan yang obes dibesarkan oleh pasangan yang sihat tubuh badan dan mengamalkan diet yang seimbang. Adakah anak itu akan membesar dengan sihat atau sebaliknya?

Ok, saya tak berminat untuk menyentuh tentang perkara di luar kawalan kita. Bukannya kita boleh pilih untuk lahir dari ibubapa yang bagaimana, ye tak?

Saya yakin punca terbesar obesiti datangnya dari pemakanan dan gaya hidup.

 

PEMAKANAN

Lihat saja apa makanan harian anak kita di sekolah. Dan apa pula sarapan anak-anak di rumah?

Kehidupan sibuk ibubapa yang berkerjaya sering membuatkan anak-anak disuap makanan yang kurang berkhasiat. Contohnya sosej, drummet ayam, burger, makanan segera, nugget dan lain-lain.

Makanan di atas tak elok diambil secara kerap, kerana kebanyakannya mempunyai bahan-bahan yang tak berfaedah. Lemak dan kolesterol pula tinggi.

Serat? Sangat beruntung jika ada. 😉

 

 

Faktor kedua, GAYA HIDUP.

Gaya hidup di bandar masa kini umumnya menyumbang kepada gaya hidup kurang sihat. Kecuali kepada golongan yang prihatin, yang mempunyai jadual riadah atau senaman, yang selalu ke gym, memasak sendiri di rumah, tidak terikat dengan teknologi dan sebagainya.

Secara ringkas, kenapa ramai golongan muda masa kini tak fit?

  • Selalu menonton tv
  • Bermain gajet/konsol/computer games untuk masa yang panjang
  • Kurang bersenam
  • Kerap makan makanan ringan dan makanan segera
  • Ibubapa kini risau tentang kes kecurian, culik dan lain-lain. Jadi, anak-anak selalu terperap di dalam rumah

 

Jadi bagaimana mengatasi masalah-masalah di atas?

  • Letakkan syarat sebelum mereka mula ‘leka’.
    • Cara saya dibesarkan dulu, jika saya ingin main konsol, ibu saya akan pastikan saya siapkan dahulu kerja sekolah, DAN latihan di rumah yang telah ditetapkan. Jadi, saya akan pulun siapkan kerja tersebut sebab ingin bermain Tetris Micro Genius. Jika anda generasi 80-an mesti boleh faham. Hehe..
  • Hadkan masa anak-anak bersama tv/gajet/komputer. Cari alternatif untuk mereka meluangkan masa dengan lebih bermanfaat.
    • Jika anda sedari anak anda terlalu lama dengan gajet, cari aktiviti lain. Berikan mereka mainan yang merangsang saraf motor, mainan tradisional yang bukan peranti elektronik. Anak kami suka main blok kayu. Ini membina daya kreatif mereka!
  • Teladani anak-anak dengan sering makan makanan sihat. Pastikan anda makan sayur dengan enak depan anak anda.
  • Selalu memasak/beli lauk ikan. Anak yang selalu dimanjakan dengan lauk ayam, lambat laun akan jadi ‘manja’ dan ‘comel’ juga seperti ayam daging. Makan ikan juga merangsang saraf motor anak. Kan susah nak buang tulang ikan jika dibandingkan dengan ayam. 😉
  • Kerapkan bawa anak-anak melakukan aktiviti sihat. Sama ada bersukan, berkebun, mengemas halaman rumah, berenang dan lain-lain.
  • Amalkan minum air kosong dengan kerap.

 

Jika masih meragui tentang nutrisi anak yang kurang lengkap, saya syorkan anda menambah diet berikut dalam makanan harian keluarga anda.

Omega Guard

Minyak ikan yang hebat!

Tak perlu saya huraikan dengan panjang lebar. Saya pernah menulis tentang produk ini. Klik sini.

90 softgel, berharga RM136. Kanak-kanak pun sukakannya. Kunyah sampai habis. ^_^

Omega Guard Shaklee Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

Klik sini untuk dapatkannya sekarang.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

[1] Balkish, Zuraidah, Rashidah, Syafinaz, Hatta, Riyanti, Norhafizah, Hamizatul, “Overweight among primary school age children in Malaysia”, 2013. Asia Pac J Clin Nutr. 2013; 22(3):408-15.

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.

Ia memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Penyusuan juga disebut Allah di dalam Al-Quran. Pernah jumpa di mana? Dan pernah terfikir kenapa?

‘Alah..setakat susu anak, siapa-siapa pun boleh buat. Bukan kena beli pun.’ Mungkin ada yang pernah cakap atau fikir begitu.

Belum cuba belum tahu. Siapa yang pernah susukan anak sehingga umur dua tahun pasti tak setuju dengan pernyataan di atas.

Kepada ibubapa yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan, tahniah saya ucapkan. Dan kepada yang berjaya susukan anak sehingga 2 tahun, ribuan tahniah saya ucapkan. Anda telah melakukan pengorbanan yang besar kepada anak bangsa!

Ok, kenapa Allah sebut pasal penyusuan anak dalam manual kehidupan kita?

Tak lain tak bukan kerana penyusuan adalah antara isu terbesar dalam hidup kita. Juga kerana penyusuan bukanlah perkara mudah. Kerana penyusuan adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia.

Pernah saya terdengar di radio, “Hadiahkanlah ibumu walau segunung emas, nescaya itu tidak dapat membalas jasa ibumu walau setitik susu.”

Penyusuan yang sempurna akan melahirkan insan hebat! Lihat saja bagaimana Allah memilih ibu susu dan persekitaran penyusuan yang hebat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Itulah antara faktor yang menjadikan nabi kita berakhlak mulia dan mantap peribadinya.

………..

Pengalaman saya dan isteri menyusukan anak 2 orang ketika ini, amat banyak mengajar kami tentang keibubapaan dan rumahtangga.

Mendampingi isteri melahirkan anak dan membesarkan anak membuatkan saya amat hargai pengorbanan ibu saya membesarkan saya dahulu. Membuatkan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa saya di dalam solat dan selepas setiap solat 5 waktu saya.

Bagaimana tidak? Seorang ibu tidak akan benarkan anaknya digigit walau seekor nyamuk! Atau seekor semut!

 

 

Ya, Menyusukan Anak Tugas Bapa.

 

Seorang isteri sangat memerlukan sokongan dari suami untuk menyusukan anak. Terutamanya ibu muda.

Biasanya ibu yang melahirkan anak, susunya kurang. Mungkin hanya setitik dua. Maka mulalah mencari susu formula atau air masak untuk diberi kepada anak yang sedang menangis.

Di sinilah tugas bapa. Bapa wajib menuntut ilmu pasal penyusuan ibu. Memang di awal kelahiran, susu ibu hanya sikit, dan pekat kekuningan. Kolostrum namanya. Kolostrum amat diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

Ibubapa juga perlu mengetahui bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak. Cukup beberapa titik susu kolostrum. Perutnya pun hanya sebesar buah ceri di hari pertama kelahiran, dan menjadi sebesar sebiji telur pada hari ke-30. Dia hanya perlukan sedikit susu, tetapi kerap.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Saiz Perut Bayi

 

Posisi juga penting. Posisi badan untuk keselesaan ibu, dan juga posisi mulut bayi (latching) untuk penyusuan yang berjaya.

Antara tugas penting bapa dalam penyusuan, saya susunkan dalam bentuk point;

  1. Gosok dagu bayi jika dia tertidur sewaktu menyusu. (Kecuali yakin bayi telah menyusu secukupnya)
  2. Mendampingi isteri. Gosok belakang badan. Urut badan isteri.
  3. Memberi makanan sihat dan suplemen kepada isteri supaya bertenaga untuk menyusukan anak.
  4. Membantu menguruskan rumah
  5. Melayan anak lain (jika ada)
  6. Menenangkan isteri jika berlaku kesusahan dalam penyusuan. Contohnya bengkak susu, susu kurang, mulut bayi tidak melekap.
  7. Memastikan tahap ergonomik isteri di tahap yang baik. Duduk di kerusi dengan posisi yang baik. Berikan bantal atau alat sokongan lain kepada ibu/bayi bila perlu.
  8. Beri motivasi kepada isteri. Kata-kata semangat, atau hadiah kepada isteri.
  9. Salin lampin anak. Bayi yang breastfeed akan kerap kencing tau.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Susu Bayi

Apa Pula Kelebihan Menyusukan Anak?

  1. Tak perlu bancuh susu tengah-tengah malam.
  2. Tak perlu bawak air panas ke mana-mana. Kami tak pernah bawa beg/bakul bayi bila keluar rumah.
  3. Ibu lebih rapat dengan anak.
  4. Banyak lagi. Rasanya kami pernah buat entri tentang kelebihan menyusukan anak. Cuba search. Hihi.

 

Apa pun, sebagai ayah, saya akan usaha semampu mungkin untuk menyusukan anak paling kurang sehingga umurnya 2 tahun.

Susu formula? Tak pernah masuk dalam senarai shopping kami. 😉

Kepada ibubapa yang telah berusaha untuk menyusukan anak tetapi tidak berjaya, jangan risau. Anda telah lakukan yang terbaik. Teruskan belajar dan mencari ilmu tentang penyusuan anak.

Kami dulu juga pernah menghadapi kesukaran dalam penyusuan. Malah isteri saya pernah sekali hampir berputus asa.

Teruskan usaha murni anda. Cuba kongsi masalah anda dengan orang-orang terdekat. Mana tahu ada jalannya. Kami juga gembira jika dapat membantu anda menjayakan penyusuan bayi.

Sekian.

SaifKhalid

 

 

Cara Set Target Untuk Berjaya

Cara Set Target Untuk Berjaya

Pernah main dart? Macamana nak menang main dart?

Dah tentu kita kena set target dan fokus kepada papan dart tersebut.

Atau ada yang tak pernah main? Bukan saja-saja baling tau. Kita kena habiskan point yang ditetapkan. Siapa habiskan dulu dialah yang menang. (Adapun titik tengah merah ‘bulls-eye’ bukanlah mata tertinggi ok)

Begitulah juga dengan hidup kita.

Wajib ada target.

Tanpa target, kita tiada tujuan hidup. Masa dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanpa tujuan hidup yang jelas, ramailah yang melepak menghabiskan masa di CC, di tepian jalan, di kedai kopi. Maka meningkatlah masalah sosial di kalangan masyarakat.

Ada banyak cara untuk kita buat target untuk berjaya. Saya senaraikan beberapa cara berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.

darts cara set target untuk berjaya

1. Target biar SPESIFIK

Mana satukah lebih jelas;

“Saya nak jadi jutawan”, atau “Saya akan mempunyai simpanan RM1 juta sebelum saya berumur 30 tahun”.

Ayat pertama lebih berbunyi seperti angan-angan. Atau kita sendiri pun tak yakin dengan target tersebut.

Pastikan kita tahu sesuatu target dengan jelas. Di mana, bila, siapa, bagaimana, kenapa, dan lain-lain.

2. Masa yang mencukupi

“Saya target untuk sampai di Kuala Lumpur pada pukul 10am”. Sedangkan anda berada di Kulim sekarang pukul 9am.

Bunyinya pun sudah mustahil. Saya beri contoh di atas untuk pemandu kereta. 🙂

3. Target mesti REALISTIK

“Saya nak jadi Ultraman dan bunuh raksasa-raksasa yang mengganggu ketenteraman awam.”

Haha, over pulak impian dia. Ini hyperbola namanya.

Maksud saya, target mesti berpijak di bumi nyata.

Ya betul, orang kata kita kena DREAM BIG. Pepatah arab juga berkata “Letaklah impian anda di bintang Suraya.”

Supaya jika tidak dapat yang BIG pun, dapat yang agak besar, dan jika tak dapat sampai bintang Suraya pun, dapatlah sampai ke puncak Gunung Everest.

Yang paling penting… Jangan takut berimpian besar! Kerana di situlah anda bakal mendapat motivasi dan usaha yang HEBAT!

Jika berimpian pun sudah takut, bagaimana mungkin anda mampu melakukannya di alam nyata??

 

4. Tulis dan Paparkan Target Anda Di Tempat Yang Hari-hari Anda Lihat

Tulis, print dan tampal/gantung target anda di cermin, di dinding, di dalam almari, di dapur, di pintu peti sejuk, di mana-mana sahaja yang anda akan temui dan baca setiap hari!

Tulis dengan jelas dan cantik.

Jika target agak rahsia, gantunglah di belah dalam pintu almari bilik tidur anda. Mungkin juga di cermin meja solek anda. Juga di dalam dompet.

Ya, kita sangat perlukan bimbingan untuk mencapai target. Dan tulisan anda adalah bimbingan terbesar anda!

 

darts cara set target untuk berjaya

 

5. Beritahu Target Anda Kepada Orang Terdekat

Selepas tetapkan target, beritahu orang terdekat anda tentang target tersebut.

Beritahu pasangan anda, mak-ayah, adik-beradik, kawan rapat, saudara, nenek, atau sesiapa sahaja yang anda rasa dapat membimbing dan mengingatkan anda sekiranya anda tersasar.

Anda juga akan berasa malu jika target tidak tercapai. Malu yang memotivasikan tau. Bukan malu yang membuatkan anda menyorokkan muka.

 

Jadi, pastikan anda letakkan target yang SPESIFIK dan REALISTIK.

 

Sekian, salam sayang dari saya.

Jom set target! ^^

Baca Buat Checklist Untuk ke Syurga.

 

 

Saif Khalid

Dah Buat Checklist Untuk Masuk Syurga? Sentap!

Checklist Untuk Masuk Syurga? Sentap!

Pagi tadi jadual diisi dengan kuliah tafsir Surah Al-Qalam. Alhamdulillah dapat menghadirkan diri ke taman syurga bersama keluarga dan sahabat.

Surah Al-Qalam secara umumnya menceritakan kesedihan Nabi Muhammad dihina oleh kaumnya sendiri akibat menyampaikan dakwah.
Lalu Allah mententeramkan Muhammad dengan mengatakan beliau bukanlah seorang gila seperti yang didakwa kaum Quraisy. Apatah lagi ahli sihir, penyair, tukang tenung, dan gelaran-gelaran lain yang karut.

(Ha, pergi buka terjemahan Al-Quran dan baca)

Yelah, nabi juga orang kebiasaan macam kita – sudah tentu berasa sedih apabila dituduh sebegitu oleh bangsa sendiri.

Allah menguatkan semangat nabi dan menegah baginda dari berputus asa dengan membawa kisah Nabi Yunus. Nabi Yunus pernah berputus asa dari berdakwah, lalu membawa diri, manaiki kapal laut, pergi jauh dari kaumnya. Lalu Allah menjadikan laut bergelora, sehingga Nabi Yunus terpaksa dikorbankan – dilempar ke laut.

Kemudian Allah menghantar seekor ikan untuk menelan beliau. Ketika di dalam perut ikan itulah Nabi Yunus berdoa yang bermaksud, “Tiada tuhan selain engkau, maha suci engkau sesungguhnya aku adalah termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kezaliman.”

checklist untuk masuk syurga

Berbalik semula kepada permulaan surah. Allah menyebut tentang pen dan apa yang ditulis.

Disini ditekankan betapa pentingnya kita menulis, mencatat atau merencana sesebuah perkara. Dan betapa umat Islam kini ketinggalan dari agama lain dalam bidang penulisan.

Jika sebelum ini, dalam surah pertama yang diturunkan, ditekankan kepentingan membaca, menulis juga tidak kurang pentingnya.

Dah Buat Checklist Untuk Masuk Syurga? Sentap!

Kita sedia maklum, untuk menjayakan sesuatu yang hebat, dan tentu perlu ada perancangan rapi. Kita tidak dapat lari dari membuat senarai semak (checklist), dan plan/jangkaan setiap fasa untuk sesebuah projek.

Engineer yang berjaya mempunyai plan yang mantap. Kontraktor dengan target dan plan jangkamasa yang hebat supaya projek dapat disiapkan salam tempoh yang ditentukan. Top student pula dengan senarai semak supaya tak leka dan dapat tumpukan perhatian penuh kepada pelajarannya sehingga tamat dengan kelulusan tertinggi.

Ustaz bertanya kepada kami, “Ada sesiapa di sini pernah khatam membaca terjemahan 30juzuk Al-Quran?”

Sentap.

Bukankah kita selalu menutur ‘Al-Quran dusturuna’? Bukankah kita selalu mengaku bahawa Al-Quran itu panduan kita?

Ustaz kemudian bertanya, “Siapa ada buat checklist untuk masuk syurga?”

Lagi SENTAP!

Rasanya kita semua sedia maklum, syurga itu sangat mahal nilainya. Sangat-sangat mahal. Bahkan terlalu mahal.

Lebih mahal dari 10 biji Lamborghini. Lebih mahal dari sebuah armada USS Kitty. Lebih mahal dari kos bandaraya Kuala Lumpur. Malah langsung tak terbanding dengan seluruh isi dunia ini.

Untuk kita dapat mencipta jentera sehebat Lamborghini, perancangan yang sangat rapi amat diperlukan. Jika hendak membeli sebuah supercar itu pun, seseorang usahawan perlu merancang sesuatu yang hebat untuk menjalankan bisnes yang memberikan pulangan berjuta-juta ringgit. Fikirkan sendiri bagaimanakah perancangan untuk mencipta dan membangunkan sebuah armada perang atau sebuah metropolitan.

Maka di manakah kedudukan syurga?
Di manakah pula usaha kita untuk mendapatkan syurga Allah?

Allah…

Pernahkah kita meletakkan matlamat, berapa kali saya perlu beristighfar sehari?

Berapa kali selawat sehari semalam?

Berapa ayat/muka/helai/juzuk Al-Quran perlu saya baca dalam sehari?

Berapa rakaat solat tahajud setiap malam? Dan pelbagai lagi amal soleh yang tak dapat saya senaraikan setiap satunya di sini.

Ya!! Bukan semudah itu untuk memasuki syurga!

 

Saya memesan kepada diri sendiri dan sahabat pembaca sekalian. Ayuh..kita muhasabah diri. Dimanakaha tahap kita sekarang.

Mari tingkatkan amalan, dan sentiasa merancang untuk kehidupan akhirat sana.

Nabi kita pernah berpesan, antara maksudnya, “Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.”

 

Jom buat checklist!

 

Sekian.

Saif Khalid

 

Tidak Perlu Berpantang Lagi

Ramadan baru-baru ini merupakan sebuah Ramadan yang cukup bermakna buat kami sekeluarga.

Ramadan kali ini kami lalui dengan seorang ahli baru – seorang anak lelaki yang dilahirkan kira-kira 2 minggu sebelum puasa.

Saya sekali lagi diberi tugas mengimamkan solat tarawih di surau Kulim Square. Alhamdulillah berjaya mengemudi jemaah sebulan penuh dengan 8 rakaat tarawih setiap malam, berseorangan. Bacaan Al-Quran dalam solat berjaya dibaca hampir separuh Al-Quran.

Mungkin bacaan ini tidak sebanyak imam-imam di tempat lain. Tetapi tidak dinafikan, tugas ini agak mencabar. Kesihatan yang baik adalah sangat diperlukan.

Format program Surau Al-Islah Kulim Square mungkin agak berbeza dengan kebiasaan surau. Atas keputusan bersama, surau kami melakukan solat tarawih sejurus selepas solat sunat ba’diah Isyak, diikuti 3 rakaat witir. Selesai semua solat barulah disambung slot tazkirah.

Tazkirah di penghujung malam agak menguji ketahanan mental dan fizikal jemaah. Kadang kala agak ramai yang ‘tunduk patuh’ sepanjang tazkirah. Tuan Imam tak kurang juga cabarannya.

Jadi saya cuba memasukkan dos Vita-Lea semasa berbuka puasa. Multivitamin Vita-Lea memang telah menjadi makanan harian kami sejak tahun lepas.

Kesannya hebat! Saya kekal segar dengan kepala tegak sehingga selesai tazkirah. Dan masih bertenaga membawa jemaah bertadarus Al-Quran yang selalunya selesai sekitar jam 12 tengah malam.

Keesokannya saya berkongsi cerita dengan Pak Long, dan saya berikan kepadanya 2 tablet Vita-Lea – sebiji dimakan sewaktu berbuka puasa dan sebiji lagi untuk sahur.

 

VitaLea Dokong

 

Besoknya, Pak Long datang kepada saya dan mengatakan bahawa beliau tidak lagi sakit lutut.

Pak Long bersama beberapa jemaah lain masing-masing terus mendapatkan sebotol Vita-Lea dari saya, supaya dapat lebih aktif beramal dan beribadat di bulan yang mulia tersebut.

*

*

*

Tidak Perlu Berpantang Lagi.

 

Baru-baru ini, ketika bermesra dengan ahli kariah, Pak Long mengadu sesuatu kepada saya.

Beliau kini cukup berselera makan! Sekali makan siap boleh tambah.

Kalau dulu berkira-kira untuk makan buah dokong, takut ‘tangkap urat’, kini katanya boleh makan puas-puas.

“Sebakul pun boleh habis!”, ujar Pak Long.

Sejak mengamalkan Vita-Lea, Pak Long semakin cergas. Dan yang paling penting, tidak perlu berpantang lagi.

 

Alhamdulillah..satu anugerah yang besar apabila dapat membantu saudara lain. Saya hanya berkongsi apa yang saya rasa bagus bagi diri saya dan orang lain.

 

Melalui pembacaan saya, Vita-Lea adalah multivitamin yang dapat membantu mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Semua orang pun boleh berVita-Lea! 🙂

Bacaan lanjut tentang Vita-Lea disini.

 

Vita-Lea - Tidak Perlu Berpantang Lagi

 

 

Klik link ini untuk memesan Vita-Lea secara online sekarang.

RM88.75, 120 tablet. Makan 1-2 tablet sehari.

 

 

 

 

 

Sekian.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

1 2 3 4 5