Category Archives: Motivasi & Inspirasi

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

Sekarang semakin ramai yang yakin tentang perlunya ambil suplemen.

Sebab kebiasaannya makanan yang kita masak hari-hari tak mampu memberi nutrisi yang cukup kepada badan kita. Apatah lagi yang beli kat luar.

 

Cara makan suplemen sangat penting!

Kalau salah cara, boleh jadi tak berkesan. Atau lebih malang, dapat sakit pula.

Ok, jadi mari kita kongsi bersama Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik!

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

 

Kepada pembaca yang dikasihi, di sini kami ringkaskan beberapa tatatertib memakan suplemen.

1. Suplemen zat besi (iron) DAN kalsium adalah saling memusuhi. Kalsium akan menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Jangan ambil mereka bersama.

2. Vitamin-B elok dimakan pada waktu pagi untuk menjadikan badan lebih sihat bertenaga.

3. Vitamin-E, Omega, dan enzim CoQ10 elok diambil bersama makanan berlemak. Makanan berlemak termasuklah yogurt, susu, kekacang, avocado.

4. Vitamin-C hanya hanya boleh bertahan beberapa jam di dalam kita. Jadi, ambil dos yang kecil beberapa kali sehari sangat membantu.

5. Kalsium dan Magnesium elok diambil sebelum tidur. Penyerapan optimum berlaku semasa kita tidur. Malah Magnesium dapat membantu kita mendapat tidur yang berkualiti.

6. Jangan ambil suplemen bersama minuman berkafein. Ia akan mengganggu penyerapan suplemen.

7. Kalau terskip suplemen, tak perlu double-dose. Membazir. 😛 Tunggu je next intake.

8. Banyakkan minum air kosong! Target 3 liter sehari.

 

Tips –> Minum hanya secawan (200ml) setiap jam, kita mampu mencapai target 3 Liter sehari!

 

Cara Makan Vitamin & Suplemen Untuk Kesan Terbaik dalam bentuk infografik;

 

Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang Terbaik

Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang Terbaik

 Kredit: healthspan.co.uk

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai.

Kitalah yang akan menentukan anak itu akan menjadi ASET atau LIABILITI untuk kita.

 

Anak, sebagaimana harta, adalah fitnah untuk kita. (Fitnah = Ujian)

Kalau kita berjaya melalui fitnah tersebut, anak-anak akan menjadi penyebab bagi kita ke syurga.

Sebaliknya, kalau kita gagal melalui ujian tersebut, mereka boleh menjadi penyebab untuk kita diheret ke neraka. Nauzubillah..

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Logiknya mudah. Kalau nak anak kita bagus, soleh & hebat, sudah pasti ibubapanya juga perlu jadi bagus, soleh & hebat!

 

Tips#1    Lead by example is the key!

 

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Even kids believe in this

 

Kita adalah contoh mereka.

– jika kita solat di awal waktu, maka mereka juga akan solat di awal waktu

– jika kita rajin kemas rumah, maka mereka juga akan rajin kemas rumah

– jika kita bangun pagi lewat, macam mana anak kita akan bangun awal??

 

Ya, mungkin anda rajin membaca Al-Quran, rajin membaca buku, rajin update blog (ops!), dan rajin macam-macam lagi.

Tapi rajin-rajinlah baca Al-Quran dan solat bersama anak-anak. Jangan sorok-sorok buat amal soleh dalam bilik sorang-sorang. Takda maknanya takut riak depan anak. 😛

 

Doa #1

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Al-Furqan: 74

Terjemahannya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Pastikan kita doa disertai dengan kefahaman. Bukan hafal dan berdoa semata-mata. Berdoa dalam bahasa Melayu yang difahami lebih baik dari doa dalam bahasa Arab tapi tak faham.

 

Tips #2    Bertutur dengan perkataan dan nada yang baik kepada anak-anak.

Sebagaimana Tips#1, anak-anak akan mengikut kelakuan kita. Begitu jugalah segala pertuturan kita.

Jika ibubapa betutur dengan sopan, maka sopanlah tutur kata anak.

Jika ibubapa suka mengherdik, meninggikan suara, maka anak juga akan bertutur sebegitu kepada kawan-kawannya, guru dan kepada sesiapa di sekitarnya.

Kadang-kadang tertinggi suara ketika marah anak? Jangan risau, kita akan belajar dari kesilapan.

Sentiasa berusaha untuk mengawal kemarahan. Bila nak marah anak je, terus ingatkan diri, “Orang yang bijak ialah orang yang boleh mengawal kemarahan.” 

 

 

Doa #2

Tips dan Doa untuk Dapat Anak Soleh dan Solehah

Surah Ibrahim: 40

Terjemahannya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

 Dengan terlaksananya solat lima waktu sehari semalam, insyaAllah perkara harian lain juga akan semakin baik dari hari ke hari.

Istiqomahlah, konsistenlah berdoa. Doa kat atas ni baca hari-hari setiap solat. Usaha, doa..lepas tu tawakal kepada Allah.

 

Setakat ni dulu untuk kali ni. Lain kali kita sharing lagi okey.

 

If you find this article beneficial, feel free to pass around.

 

Saif Khalid

 

 

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

 

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum w.b.t Kesinambungan dari entry yang lalu mengenai Kenapa Saya Join Shaklee. Kali ni saya ingin ceritakan apa yang Shaklee tawarkan kepada ahli-ahlinya. Shaklee tawarkan kepada semua ahli-ahlinya yang betul-betul ingin menjayakan bisnes Shaklee mereka. Kalau setakat nak dapat bonus sebulan 3 angka tu, memang kita akan dapat. Tapi setakat itu sajalah. Banyak lagi kelebihan menjadi ahli Shaklee yang kita tak tahu. Kita kena letak target untuk menjadikan ia satu realiti.   Shaklee menawarkan 3C kepada semua ahli-ahlinya. Apa benda 3C tu???

 

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

CASH BONUS , CAR BONUS , CONVENTION/CONFERENCE

1) CASH BONUS

Cash bonus ni adalah hasil yang kita dapat dari sales yang kita buat setiap bulan. Kalau takda sales, takda la bonus ye. Ianya dikira melalui pungutan UV. Bukan goyang-goyang kaki untuk kumpul UV. Ataupun mengharapkan downline kita yang kumpul UV. Kita sendiri perlu bekerja keras untuk kumpul UV. Cukup sebulan, kita akan dapat tahu berapa UV yang terkumpul. Dan yang paling bestnya, bulan yang berikutnya kita akan dapat cash bonus hasil pungutan UV bulan lepas. Best kan?? Zaman sekarang, dengan kemajuan teknologi kita mampu untuk buat sales di mana-mana sahaja. Tidak ada alasan untuk berjaya ya kawan-kawan. 😉 Anda mungkin dapat 2,3,4,5 atau 6 angka cash bonus setiap bulan.

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

cash bonus

2) CAR BONUS

Car bonus ditawarkan kepada ahli-ahli Shaklee yang menepati syarat kelayakan. Ada kiraannya untuk dapatkan car bonus ni. Siapa nak tahu, jom jadi ahli Shaklee sekarang! Car bonus yang Shaklee beri adalah berbentuk wang. Jadi, tak kiralah kita nak beli kereta baru ke, bayar kereta yang sedia ada ke, nak beli tayar kereta pun boleh.Nak beli kereta jenis apa pun tak kisah. Janji ikut bajet kita. Jangan over bajet pulak. Shaklee tak beri kereta segedabak pada anda ye. Hehe… Terpulang kepada kita sendiri nak manage macam mana. Seronok kan? Memang memberi kebebasan kepada kita. Sekali lagi, kalau kita nak, kita akan dapat. So, kena betul-betul rajin untuk dapatkan car bonus ni.

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Car bonus

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

3) CONVENTION / CONFERENCE

C yang terakhir ini memang menarik! Shaklee akan taja SEPENUHNYA percutian sama ada di luar atau dalam negara. Tak payah susah-suah nak booking flight, booking hotel ke apa. Bawak tuan punya badan saja pergi bercuti. Bertuah kan? Kita sendiri belum tentu sanggup nak belanjakan wang ribuan ringgit untuk percutian yang taraf 5 bintang. Bukan itu saja, bagi mereka yang Muslim, Shaklee juga menawarkan pakej umrah yang sekali lagi ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Macam mana nak dapatkan ni semua? Sekali lagi, saya sarankan kena jadi ahli Shaklee dulu. Baru boleh step-by-step anda dapatkan semua tawaran hebat yang Shaklee bagi.

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Percutian 5 bintang

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Pakej umrah dan ziarah

Beruntung kan siapa jadi ahli Shaklee??? Kalau anda semua mengimpikan semua ini, jangan jadikan impian anda sekadar impian. Jom realisasikannya bersama saya! Tak semua orang tahu kelebihan menjadi ahli Shaklee ni. Ada juga yang tahu tapi tak nak berusaha untuk mendapatkannya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Ilmu Milik Siapa?

Ilmu Milik Siapa?

 

“Duk ajar budak universiti Engineering Drawing, C-Programming, ingat kau handal?”

“Ajar budak SPM subjek Add. Maths, Fizik, hebat sangat ke?”

 

Hari ni aku disedarkan dengan sesuatu. Bahkan belajar sesuatu yang amat berharga. Mungkin selama ni duk rasa bagus, pandai, bijak.

Apakah kemahiran yang ada pada diri ini AKU yang punya?

 

Sama sekali tidak. ILMU itu milik Allah, tuhan sekalian alam.

 

Hari ni berkesempatan tolong isteri mengajar anak jiran, pelajar tahun 2.

Hari ni pelajaran BI. Bahasa Inggeris.

 

Buka buku cerita “Lina at School.”

First page, ada gambar besar, dan dua ayat di bawahnya.

This is Lina.

She is seven years old.

 

Saya baca, kemudian suruh dia ikut.

He: Thee e Lina. Shee eeees seven years old.

Me: No. This is Lina.

He: These eees Lina. She eees seven years old.

 

Ok fine. Panjang pendek harakat dia tu xpa lagi. Dengan beberapa kali ajar, he finally boleh sebut This is dengan betul.

Kemudian saya suruh dia ulang sekali lagi.

He: This a Lina. He is seven year old.

 

Ilmu Milik Siapa?

 

Saya bacakan lagi untuk dia. Dan suruh dia ulang lagi.

Macam-macam perkataan disebutnya;

“Is is Lina.”

“He this seven year old.”

“Thee ee Lina.”

“She a years old seven.”

“A is Lina.”

dan lain-lain.

 

Ilmu Milik Siapa? Life long learning

 

 

Aduh…berapa kali tepuk dahi. ‘a’ dan ‘is’ pun tak boleh beza ke???

Adakah ‘he’ dan ‘she’ kelihatan sama padanya??

 

Nak kata geram memang sangat geram lah. Duk kerling kat rotan sebelah ni. Nasib baik tak dan nak sambar. Kang nanti kene piap nangis pulak. Takpelah, kali ni I just raise my voice to him. Rotan tu kiv dulu.

Saya ulang baca untuknya 2 ayat tersebut, tak kurang dari 100 kali.

Sampai Khadijah yang berumur 1tahun 10bulan ni pun menyebut Lina at school! Tapi pelat skit la. 😉

Ilmu Milik Siapa? Khadijah Membaca

 

Macam-macam duk terfikir dalam kepala ni. Bukan apa, sebab ni rasanya 1st-time jumpa anak murid camni. Selama ni asyik dapat yang ok-ok dan bagus-bagus je.

Just wondering, apakah punca terjadinya murid sebegini. He just can’t learn a lesson!

Kalau setakat tak dapat menulis xpa lagi. Even nabi Muhammad pun tak pandai menulis.

Tapi, sebagai manusia, bukankah sepatutnya kita boleh dengar-dan-sebut? Seperti nabi Muhammad menyebut kembali apa yang disebut malaikat Jibril.

 

Apakah puncanya? Adakah berpunca dari kurang kasih sayang semasa proses pembesaran, atau bahan beracun dalam makanan atau ubat-ubatan, ataukah terlalu dimanjakan?

Tertanya-tanya, supaya kita tak melakukan kesilapan yang sama kepada anak-anak kita kelak.

 

Ada yang kata dyslexia. Saya pun tak pasti. Cuma yang saya tahu, tulisannya sempurna. Dia mampu meniru tulisan dalam buku tersebut dengan sempurna, tanpa ada ‘b’ jadi ‘d’ atau seumpamanya.

 

Saya mengajar murid tersebut dari pukul 5:30pm sehingga 7pm.

Hanya 2 ayat tersebut!

Secara personal, 1-to-1.

Ya, satu jam setengah!

 

Sesi pengajaran tersebut terngiang-ngiang dalam kepala – semasa mandi, solat. Aduh.. Astaghfirullah..

 

Sehingga saya terpaksa akur, bahawa… yang memberi ilmu adalah Allah.

Yang membenarkan seseorang itu faham akan sesuatu adalah Allah, pemilik ilmu sekalian alam.

Kita hanya boleh menyampaikan. Tetapi kefahaman itu milik Allah.

Ya, petang tadi saya gagal mengajar murid itu. ‘a’ saya tak dapat ajar, ‘is’ pun saya tak dapat nak sampaikan kepadanya.

 

Ilmu Milik Siapa? Hauqalah arabic english

 

 

Semoga Allah membersihkan hati saya, semoga dapat menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

Wallahu a’lam.

 

-SaifKhalid-

 

 

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Assalamualaikum warahmatullah..

Berkisar tentang post saya di FB semalam, hari ni saya terasa ingin berkongsi pengalaman kami suami isteri dalam melangsungkan majlis perkahwinan, yang mana kira-kira telah berlangsung dua tahun lepas.

Saya kira majlis perkahwinan yang telah kami jalankan cukup ringkas dan sangat bermakna.

Majlis kami mungkin agak pelik buat kebanyakan rakyat Malaysia. Kami buat majlis kami sebegini rupa kerana terasa ada sesuatu yang tak kena dengan adat resepsi rata-rata orang Malaysia masa kini.

Bukan apa, saya secara peribadi selalu merasa terkilan bila tak dapat berjumpa dengan pengantin sewaktu menghadiri majlis perkahwinan @ resepsi mereka.

 

Perkahwinan Menambah Berkat

 

Bila tiba musim cuti maka ramailah yang akan melangsungkan perkahwinan. Senang orang nak datang tolong dan senang bagi yang jauh nak travel datang ke tempat kita, ye tak.

Dan selalu juga kita mendapat beberapa jemputan pada hari yang sama.

Pernah kami suami isteri mendapat 7 jemputan dalam hari yang sama. 5 kenduri dekat, 2 jauh. Yang jauh tu tak dapatla nak nolong. hehe..

Jadi antara yang 5 ni, camana nak atur. Kalau tak dapat pergi semua pun, paling kurang beberapa jemputan yang kita penuhi, pastilah kita sangat berharap dapat bertemu dengan pengantin kan.

Tetapi..realitinya, kenduri yang kita hadiri sekitar jam 12tgh hari, selalunya pengantin tak ada di majlis mereka.

Hanya kenduri kedua atau ketiga untuk hari tersebut baru kita dapat bersua dengan pengantin.

 

Ok, straight to the point, meh nak kongsi sikit acara kenduri perkahwinan kami.

 

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Akad Nikah

Untuk belah perempuan, kami jalani upacara akad nikah dan kenduri pada hari yang sama.

10am : Akad nikah

11am : Kenduri

5pm : Majlis tamat

———————————————–

Kami pengantin baru berada sepanjang majlis dari 10am – 5pm untuk bertemu dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

 

Majlis Sambut Menantu

11am : Ketibaan rombongan pengantin, makan beradab

12pm : Ketibaan tetamu

5pm : Majlis tamat

————————————————

Rombongan keluarga pengantin perempuan tiba awal sejam dari tetamu lain. Kenapa?

Sebab mereka adalah tetamu VVIP. Mereka adalah yang paling dinanti-nanti oleh keluarga pengantin lelaki.

Mereka berhak mendapat layanan istimewa & eksklusif.

 

Saya masih ingat detik ketibaan rombongan pengantin perempuan.

Seluruh keluarga pihak perempuan dijemput, disalam, dipeluk oleh keluarga lelaki, diiring ke meja makan khas, dilayan mesra oleh tuan rumah tanpa perlu membahagi masa untuk melayan tetamu lain.

Saya kira event ketibaan rombongan adalah urusan antara keluarga. Orang lain tak tengok pun tak apa. Yang penting tak ada yang rasa kekok.

 

Tetamu lain pula akan tiba kira-kira sejam selepas ketibaan rombongan perempuan.

Kedua-dua raja sehari dah kenyang makan bersuap. Dah ready nak jumpa para hadirin hingga ke petang. 🙂

Kebiasaan kenduri sambut menantu, rombongan pengantin akan tiba sekitar 1-2 jam selepas majlis bermula. Orang lain buat camtu, adakah perlu kita ikut? Kami tak temui kerelevenan membuat event ‘delayed Ketibaan Pengantin’, jadi tak perlulah untuk kami ikut adat tersebut.

Satu dari harapan kami dalam kenduri perkahwinan adalah untuk tidak sesekali menghampakan niat tetamu untuk berjumpa dan meraikan raja sehari. Datanglah seawal-awal kenduri, atau di hujung waktu, kami akan menyambut semua tetamu dengan besar hati, semampu mungkin.

Doa dari para tetamu sangatlah kami hargai.

 

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

 

Untuk kenduri belah perempuan, akad nikah pukul 10am, lepas tu alas perut sikit, kemudian terus marathon beramah mesra dengan tetamu.

Break sebentar untuk solat zuhur dan asar tak menjadi masalah. Make-up perempuan dibuat agak simple supaya tak menyusahkan nak solat dan make-up balik.

Ye la, make-up lebih-lebih pun memang tak boleh. Jangan event yang once-in-a-lifetime ni dicemari dengan benda tak elok. Kalau berhias berlebihan, make-up berjam-jam, tak ke menyerupai amalan jahiliyyah.

 

Baiklah, cukup sekadar ini perkongsian dari kami. Mana yang baik ambillah, yang tak baik dijadikan sempadan.

Siapa yang sayangkan tetamu bolehlah jadikan entri ni sebagai panduan. Tapi kalau yang kahwin cuma nak glemer atau nak syok sendiri je, terpulanglah.

 

Jangan pulak ada yang gaduh dengan keluarga pasal benda ni.

Kalau rasa-rasa nak buat stail sendiri, dan parents okay, then boleh jalan. Hormati mereka sebaiknya, insyaAllah semuanya akan baik belaka.

 

p/s: Siapa nak kahwin tu segerakanlah. Jangan tunggu lama-lama. *wink*

 

 

– saifkhalid –

 

1 2 3 4 5