Category Archives: Motivasi & Inspirasi

Jom Hebat! di Sg. Petani

 

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, Sabtu lepas (28 sept 2013) saya, suami dan lil’ mujahidah Khadijah, berpeluang menghadiri program Jom Hebat! di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Walaupun lambat (sebab salah tempat pegi -_- ) kami bersyukur selamat sampai. hehe.. Thanks to K B yg bagi alamat pada kami. Sebab kami takda smart phone, SEMAK phone adalah. So, tak boleh nak check di fb alamat dia.

Selalunya, weekend kami memang full, dengan usroh lagi, urusan rumah, urusan bisnes dan kenduri. Dan weekend kali ni alhamdulillah, diisi dgn program yang bermanfaat.

Program bermula jam 930am. Tapi kami sampai pukul 10am. Masuk-masuk je K Lyna dah bagi talk. Talk yang disampaikan oleh K Lyna yang bertajuk erk…. saya datang lambat jadi saya tak sure tajuknya. Yg pasti Master Lyna bagi talk mengenai benefit shaklee, 3C , uv dan etc. Bermanfaat terutamanya bagi mereka yg baru berjinak2 dalam bisnes Shaklee ini.

shaklee kulim 1

 

Presenter kedua adalah kak Suhaida Su’aid. Kak Suhaida present mengenai Kenapa saya pilih Shaklee? Kak Suhaida ni sudah banyak mencuba bisnes2 yang lain seperti menjual barangan bayi dan fotografi. Semuanya bisnes-bisnes ini dibandingkan dengan bisnes Shaklee. Dan ternyata, bisnes Shaklee memenuhi kehendak ibu-ibu yang inginkan masa bersama anak-anak. Sambil berbisnes, anak di depan mata. πŸ™‚ Sebebnarnya saya baru kenal kak Suhaida ni. Rupanya dialah anak pakcik yang suami saya selalu jumpa di masjid. Pakcik tu cakap anak dia pun buat Shaklee. Anak dia pharmacist katanya. Dan dia pun pernah pergi Magik Utara di Cinta Sayang bulan lalu. Allah mempertemukan kami di Laguna. Salam perkenalan. Semoga ukhuwwah berkekalan.

shaklee kulim 2

 

Seterusnya, segmen From Zero to Pro by Kak Farhah. Kak Farhah ni student UIA. Saya penah jumpa dia dulu di UIA. Tapi ingat-ingat lupa nama dia. Kak Farhah berkongsi mengenai cara nak skor UV dan naik rank. So, lepas ni kita boleh letak target untuk naik rank. TARGET! sangat penting! Kalau tak da target, ke laut lah kita. Macam hidup tapi takda tujuan. Apa jadi? sia-sia kan? -_-

shaklee kulim 3

 

Seterusnya, Mamaa Adamia punya turn. Tajuknya ialah Pencen Shaklee vs Pencen makan gaji. Haaaa… mana 1 pilihan kalbu?? hehe… Dulu angan-angan saya mestilah nak bekerja di luar. Mempunyai title engineer. Tapi lepas grad, dapat baby, terus duduk di rumah dan berangan nak jadi businesswoman. Alhamdulillah tercapai. Masih bertatih dalam Shaklee, tapi kami berusaha ikut apa yang mentor buat untuk berjaya. InsyaAllah.

 

shaklee jom hebat

 

Gembira sangat dapat berjumpa kenalan-kenalan baru di Jom Hebat ini. Selama ni kenal atas talian saja. Sekrang dapat bersua muka. Semoga ukhuwwah kita berkekalan. Ameen~ Knowledge yang kami dapat, akn kami kongsikan dengan mereka yang ingin join kami. πŸ™‚ FREE coaching, akan join secret group kami, lifetime coaching sampai berjaya! πŸ˜‰

Berminat untuk bersama kami? Now is the RIGHT TIME!

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Baby Makan Sayur

Assalamualaikum, dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Hari ni kami nak kongsi sikit apa makanan anak kami yang berusia ~1tahun 3bulan.

Ayah Khadijah dah latih Khadijah untuk makan apa sahaja. Yang paling penting – pelawas. Supaya nanti besar xdelah dia memilih sangat. Bapak dia ni pun memang pemakan sayur dan ulam tegar. πŸ™‚

Akhir-akhir ni Khadijah sangat suka makan asam pedas. Kalau suap selain asam pedas memang susah nak dapat habiskan sepinggan nasi. Tapi bila masak asam pedas, mmg dia duduk depan kita je, tak lari mana dah. Tau-tau dah habis sepinggan.

Jadi terpaksalah kami kurangkan kepedasan asam pedas tu kepada tahap minima. Ye la kan, kesian tengok anak kecik sip-sip kepedasan. Nanti perut pun senang sakit kalau pedas-pedas.

Nak tengok makanan Khadijah?

Tadaa…

Khaidjah makan sayur

Antara makanan rutin Khadijah

 

Agak normal untuk Khadijah makan macam ni. Β Tomato feveret dia. Kadang-kadang blh mkn sampai 2 biji skali makan. Bendi pun sama.

Kangkung celur dia boleh ratah. Kita pun nak kena cicah sambal belacan baru boleh jalan. haha..

Alhamdulillah..Khadijah stakat ni xda skip buang air besar. Once dia dah selesai qada hajat, dia akan cakap kat kita, “itak!” Cerdik sungguh!

Jadi kepada semua yang nak kan anak tak jadi picky eater, rajin-rajinlah makan sayur dan apa sahaja yang berkhasiat depan anak-anak. Supaya dia tengok kita makan, dia pun akan makan sama. Dan latih awal2. InsyaAllah xda masalah. Sekejap je baby boleh adapt.

Until next time. Selamat datang September! πŸ˜€

Tarawih Ramadan 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..kami sempat lagi dipertemukan dengan Ramadan tahun ini, 1434 H. Bulan yang penuh keberkatan.

Apa maksud berkat? Saya masih ingat kata-kata Ustaz Syazalie Hirman, ‘berkat’ bermaksud bertambah, atau berkembang.

Adapun pemahaman saya terhadap perkataan ‘berkat’ selama ini adalah bertambahnya kebaikan Ilahi dalam sesuatu perkara. Allahu A’lam.

berkat ummukhadijah

Saya ditugaskan untuk mengimami solat tarawih di surau taman Kulim Square, dimana terletaknya rumah kami sekeluarga. Tugas yang ditawarkan sebulan sebelum tibanya Ramadan saya sahuti untuk memperkemaskan hafazan Al-Quran saya. Moga-moga Al-Quran terus terpahat di hati.

Buku hasil karangan Mohd Solleh Ab. Razak banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus menjadi ahli Al-Quran. Bukan mudah tau menjaga hafazan Al-Quran. Nak hafal tu senang je, tapi nak jaga sehingga akhir hayat tu banyak dugaannya, betul tak?

Awal tahun ni saya mula baca buku ni, semangat saya berkobar-kobar dan saya menyahut cabaran untuk menjadi imam tarawih Ramadan kali ini. Seingat saya kali terakhir saya jadi imam tarawih adalah beberapa tahun lepas. Lain rasanya jadi imam solat fardhu dengan jadi imam tarawih, sebab tarawih ni memang menguji ketahanan mental dan fizikal kita. Respectlah kepada imam-imam tarawih seluruh dunia.

Buat semua penghafaz Al-Quran, dan juga kepada sesiapa yang ingin menghafaz, belilah buku ni sebagai panduan dan motivasi untuk kita terus belajar dan menjaga Al-Quran di dalam dada. InsyaAllah..

 

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati

 

Sebagai permulaan, ada beberapa pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan kepada pembaca.

Tarawih untuk malam pertama, jemaah agak kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan malam berikutnya. Mungkin ramai yang masih belum terasa kehangatan Ramadan. Mungkin juga orang ramai cuma akan terasa untuk menghidupkan malam Ramadan hanya setelah memulakan puasa pada hari pertama. Yelah, untuk tarawih malam pertama, siang harinya kita masih belum berpuasa.

Pengalaman mengemudi tarawih di malam pertama agak meletihkan. Beberapa kali juga saya terasa sedikit ‘goyang’ bila kembali qiam selepas sujud. Tapi tak lah teruk sangat. πŸ˜‰

Cuma apa yang menarik, malam kedua, walaupun kita berpuasa di siang hari, tarawih pada malam tu sungguh bertenaga! Saya fikirkan tarawih akan lebih meletihkan apabila kita berpuasa sepanjang hari. Rupanya terbalik. Mungkin ini terjadi kerana terdapat keberkatan pada puasa tersebut. Ini menambahkan lagi keyakinan saya terhadap bagaimana umat Islam menang dalam perang Badar yang mana ia berlaku di saat mereka sedang berpuasa. Ya, salah satu faktor kemenangan adalah keberkatan pada puasa tersebut!

Inilah keberkatan berpuasa. Marilah kita sama-sama memeriahkan Ramadan kali ini, kerana belum tentu kita akan sampai ke Ramadan tahun depan. Rebut segala peluang yang ada. Semoga amalan di bulan Ramadan ini menjadi saham akhirat kita kelak, dan kita terus istiqamah untuk bulan-bulan yang seterusnya.

 

Until next time,

Saif Khalid

1 3 4 5