Category Archives: Ostematrix

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

Saya yakin setiap ibu yang melahirkan anaknya mesti berhasrat untuk menyusukan (breastfeed) anak mereka sehingga usia 2 tahun. Saya pun macam tu juga. Semangat berkobar-kobar nak susukan anak.

Alhamdulillah hasrat saya tercapai.

Menysukan anak bukan semudah ABC yang kita sangkakan. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Ya, pengorbanan yang sangat tinggi diperlukan kerana kebaikan dan kelebihan susu ibu tak dapat kita perolehi dari susu yang lain.

Saya ada kongsi mengenai kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi di sini. (Part 1 dan Part 2)

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

Ibu menyusu memerlukan tenaga yang lebih dari ibu yang tidak menyusukan anak. Ibu menyusu juga perlu sentiassa bersikap positif dan tenang agar proses penyusuan tidak terganggu. Jika ibu terlalu penat dan letih, penyusuan bayi mungkin tidak begitu baik. Ibu menysusu sangat memerlukan suplemen bagi membantu memberikan tenaga segera kepada mereka. Set Ibu Menyusu Shaklee adalah jawapannya!

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

1) ESP  (850g RM150)

– Memberi tenaga kepada ibu yang menyusu

– Membantu membina tisu badan

 

2) Vita-Lea (120 tabs RM88.75)

– Sejenis multivitamin yang dapat menjadi pelengkap nutrisi

– Dapat memeberi tenaga segera, kecerdasan badan dan otak kepada ibu menyusu

 

3) B-Complex (120 tabs RM53.75)

– Anti-stress

– Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan

 

4) Sustained Release Vita-C Plus (180 tabs RM92.50)

– Membantu meningkatkan imuniti badan

– Membantu penyerapan iron

 

5) Ostematrix (120 tabs RM61)

– Sumber kalsium, magnesium dan yang seangkatan dengannya

– Melengkapkan kembali kalsium dalam tulang kita

– Membantu masalah kekejangan dan kebas-kebas

 

6) Alfalfa Complex (330 tabs RM53.75)

– Sebagai milk-booster

– Ejen detox

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

Bila ibu bertenaga, tenang dan tidak stress, insyaAllah dapat menyusukan bayi dengan baik. Susu yang dihasilkan akan lebih banyak bila bayi kerap menyusu. Suplemen Shaklee sangat membantu dalam menjayakan penyusuan bayi.

 

 

 

Ingin cuba? Nak dapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee??

Klik link ini untuk dapatkannya secara online sekarang.

Juga boleh Call/Whatsapp/SMS kami untuk harga istimewa atau pertanyaan lanjut mengenai set menyusu ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada saya untuk merasa pengalaman yang hebat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya ada menggunakan set berpantang XXX. Untuk kelahiran yang kedua ini saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat rasa perbezaannnya! Saya sendiri teruja dengan hasil yang saya perolehi.

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Perbezaan yang saya rasa :

Sebelum tu……………. Tonton video ni sampai habis. Macam ni lah perasaan saya waktu berpantang dulu.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

1) Luka jahitan episiotomi cepat baik.

Sewaktu kelahiran pertama, macam-macam petua saya ikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Saya juga terpaksa berpantang dari memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Risau jahitan lambat baik. Tetapi, untuk kelahiran kedua ini, saya rasa awesome sangat bila luka jahitan cepat sembuh! Seminggu saja rasa sakit luka jahitan dan hilang. Malah luka sembuh dengan baik dan jahitannya sudah mula tertanggal! Alhamdulillah.

 

2) Tidak sembelit

Saya mengalami sembelit yang agak teruk sewaktu kelahiran pertama. Saya terpaksa makan ubat sembelit dari farmasi. Kesannya, anak saya mengalami cirit-birit. Khadijah yang lahir 3.1kg, selepas 10 hari beratnya turun kepada 2.5kg. Allah… rasa bersalahnya saya ketika itu kerana menyebabkan Khadijah cirit. Dia kerap berak. Saya suspect ini berpunca daripada ubat sembelit yang saya ambil. Selepas saya berhenti makan ubat sembelit tersebut, Khadijah sudah tidak berak terlalu kerap lagi. Lega saya rasa. Untuk kelahiran kedua ini, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur. Dengan izin Allah, saya tak sembelit langsung! Dan saya tak takut untuk membuang air besar. Dulu, saya takut sangat bila hendak membuang air besar. Mengenangkan luka jahitan episiotomi akan terbuka jika saya mengalami sembelit. Seriau!!

 

3) Lebih bertenaga

Untuk kelahiran kedua ini, saya rasa sangat bertenaga. Sampai ada yang tegur ni orang dalam pantang ke tak? Hehe.. Sebab energetic sangat. Saya perlu menjaga Khadijah dan Muhammad. Malah saya perlu menyusukan dua anak. Ya, Khadijah masih belum bercerai susu. Semasa Muhammad lahir, usianya dua tahun 2 minggu. Dia masih dalam proses bercerai susu. Saya juga dapat bangun melakukan kerja rumah dan menguruskan Khadijah dan Muhammad.

 

4) Susu meriah!!

Disebabkan saya tandem nursing, saya memang memerlukan suplemen yang dapat memberi tenaga kepada saya. Demand untuk susu sangat tinggi. Disebabkan mood saya baik dan positif semasa berpantang, saya rasa seronok sangat dapat menyusukan anak-anak saya dengan baik. Kalau diikutkan memang letih dan stress juga menyusukan 2 orang. Tapi badan saya rasa fresh selalu, jadi bersemangat! Alhamdulillah dapat tandem nursing kali ini.

 

5) Kurang rasa sakit badan

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan berkurang semasa saya dalam pantang. Saya sakit-sakit badan pun hampir tiada. Dulu, saya rasa stress sangat dengan badan yang letih, menyusukan anak lagi. Lenguh pinggang menyusukan anak. Sekarang, tidak lagi! Alhamdulillah.

 

Klik untuk besar

SET BERPANTANG SHAKLEE

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

Saya suka sangat dengan set berpantang Shaklee ini. Rasa sangat berbeza! Ini testimoni dari saya sendiri. Jika diizinkan Allah untuk mengandung dan beranak lagi, semestinya Shaklee menjadi pilihan hati saya. 😉

 

Nak berpantang dengan Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya akan bimbing sebaik mungkin.

Boleh juga klik link ini untuk beli Set Berpantang Shaklee secara online.

 

Sekian.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki ketika mengandung. Mungkin ramai yang mengalaminya. Saya juga pernah mengalaminya. Sewaktu mengandungkan Khadijah (anak sulung) saya tidak mengalami bengkak kaki. Sewaktu mengandungkan Muhammad (anak kedua) saya mengalami bengkak kaki.

Bengkak kaki yang saya alami adalah ketika akhir-akhir kehamilan. Ketika usia kandungan 8 dan 9 bulan. Kaki kanan saya sahaja yang membengkak. Kaki kiri Tak membengkak. Macam kelakar pun ada. Kurang keseimbangan bila berdiri. Sebelah kaki rasa kecil, sebelah rasa besar.

Rasa kurang selesa. Berjalan pun rasa kurang selesa. Bengkak kaki yang saya alami tak sakit. Rasa kebas-kebas. Cumanya bila berjalan rasa seperti ada sesuatu di kaki.

 

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

 

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Antara Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil yang saya cuba adalah :

  • Tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki. Ini membuatkan kaki kita pada kedudukan yang lebih tinggi. Tidur pun lebih selesa InsyaAllah.
  • Jika di pejabat atau di tempat kerja, jangan berdiri terlalu lama. Duduklah jika berpeluang untuk duduk di tempat kerja. Bergantung kepada cara kerja anda semua. Jika ada kemudahan, duduklah. Ini dapat mengurangkan rasa letih pada kaki anda.
  • Minta tolong suami urutkan. Hehe.. Secara tak langsung, hubungan suami isteri lagi bertambah erat. 🙂 Suami perlu memahami keadaan isteri yang sarat mengandung ketika ini.
  • Pakai kasut yang selesa. Jangan lah pula ketika hamil ni anda memakai heels 4 inchi ye. Tunggu dah beranak, baru pakai balik. Kasut yang selesa sangat penting bagi menampung berat badan ibu yang semakin menaik sepanjang kehamilan.
  • Minum air kosong secukupnya. Sekurang-kurangnya 3L sehari.
  • Mengambil suplemen Ostematrix Shaklee yang mengandungi kalsium dan magnesium. Ostematrix dapat mengatasi masalah bengkak kaki ketika hamil.

 

Ibu-ibu jangan terlalu risau ye. InsyaAllah selepas beranak, kaki yang bengkak tadi akan surut semula seperti biasa. Tapi saya tak tahulah kalau ada kes yang tak surut-surut. Kena berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Mungkin anda juga nak kongsikan Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil dengan kami. Boleh komen di ruangan komen di bawah.

 

Sekian.

 

Bahiah

Ostematrix Shaklee – Sumber Kalsium Hebat

Suka saya nak kongsikan di sini satu daripada suplemen faveret kami.

Juga favourite supplement kawan-kawan kami. 🙂

Nak tau apa dia?

Tadaa….

 

 

Ostematrix Shaklee - Sumber Kalsium Hebat

Ostematrix Shaklee – Sumber Kalsium Hebat!

 

Biasanya orang lagi suka dengar testimoni berbanding info skema pasal produk kan?

So kami kongsikan dulu testimoni kenalan kami pasal Ostematrix Shaklee.

 

Ostematrix Shaklee - Sumber Kalsium Hebat

Testimoni Ostematrix Shaklee

 

“Syukur..lepas makan Ostematrix, sakit belakang saya dah hilang.” – Izzah, Kepong.

Apakah Kelebihan Ostematrix?

 

1. Menguatkan tulang.

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga dapat membantu dalam masalah tulang retak, rickets, kuku rapuh, eczema, kejang, gusi berdarah, dan merangsang darah untuk memekat.

2. Menghindar kejang dan kebas.

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stress.

Ostematrix membantu pengimbangan tekanan darah, memelihara denyutan jantung. Juga membantu mendapat tidur yang berkualiti, memperbaiki jantung berdebar.

4. Memperbaiki masalah haid.

Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh.

Kalsium adalah mineral alkali. Ia berkesan mengimbang pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti bagi warga emas.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

7. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki sakit ketika haid.

 

 

 

Ostematrix Shaklee – Sumber Kalsium Hebat!

 

Lastly.. Kenapa kami sukakannya?

 

Pasti ada beberapa sebab kenapa kami secara personal sangat menggalakkan anda juga mengambil Ostematrix.

>>  Kalau sakit kepala..ambil dua tablet bersama segelas air kosong mampu membantu mengurangkan sakit kepala.

>>  Jika hari ni tak jumpa/sempat makan sayur. Malam nanti sebelum tidur, makan dua tablet (juga segelas air kosong), dapat mengelakkan kesukaran proses membuang air besar pada keesokan hari. Ya, Ostematrix membantu melembutkan najis.

Nota –> Ia tidak seperti julap yang menyebabkan sakit perut. Tetapi kita akan melabur dengan selesa. 8)

 

 

Ostematrix, 120 biji cuma RM61. Klik link ini untuk beli secara online.

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Cara Mengatasi Sembelit

Assalamualaikum w.b.t

 

Pernah tak anda semua mengalami sembelit? Duduk lama dalam toilet tapi ‘hajat’ belum tercapai. 🙂 Macam malu je kan nak cerita bab ni. Tapi percaya lah, bukan anda seorang yang mengalaminya.

Itu tandanya anda mengalami sembelit! Jangan terkejut ya. Perkara ini normal dan boleh terjadi kepada semua lapisan umur tak kira bayi ataupun orang dewasa.

 

Cara Mengatasi Sembelit

 

Cara mengatasi sembelit yang akan saya kongsikan dengan anda semua adalah daripada pengalaman saya sendiri. Bukanlah melalui kajian saintifik mana-mana pihak. Mungkin anda mengamalkan cara mengatasi sembelit yang berbeza dari saya. Anda boleh kongsikan tips di ruangan komen nanti OK. 😉 Sharing is caring!

 

Cara Mengatasi Sembelit

 

 

Punca sembelit 

Sembelit boleh disebabkan oleh najis yang keras atau kering memenuhi ruang usus dan rektum sehingga menjadi amat ketat dan mengakibatkan najis tidak mampu ditolak keluar.

 

Cara Mengatasi Sembelit ————>

 

1) Makan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengalaman saya sendiri, makan kangkung celur adalah salah satu cara mengatasi sembelit yang berkesan. Kangkung adalah sayur yang mudah didapati dan rasanya juga sedap. Bagi mereka yang memilih untuk memakan sayur, kangkung bukanlah sayur yang susah dimakan ya. 😀 Ada juga yang memilih untuk memakan pisang dan betik bagi mengatasi sembelit ini.

 

Cara Mengatasi Sembelit

Kangkung

 

pisang

pisang

 

2) Minum air secukupnya.

Kita disarankan untuk meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Pastikan badan kita mendapat air yang secukupnya bagi memudahkan sel-sel badan berfungsi dengan baik. Banyak proses yang dilakukan oleh badan yang memerlukan air termasuk proses perkumuhan. Jadi, jangan abaikan kepentingan meminum air kosong untuk mengekalkan kesihatan yang baik kepada badan kita.

 

air

air

 

3) Pengambilan Ostematrix Shaklee.

Dulu saya macam ragu-ragu bila diperkenalkan dengan Ostematrix Shaklee ni. Betul ke ianya dapat membantu mengatasi sembelit? Bila saya cuba. WOW!! Alhamdulillah, memang sangat-sangat membantu melancarkan pembuangan air besar. Sembelit dah tak ada. Sebelum tidur, saya akan ambil 4 biji Ostematrix sebagai persediaan hari esok. Magnesium yang terkandung di dalam Ostemarix Shaklee ini dapat membantu melembutkan najis. Sebab tu lah, saya jatuh cinta sangat dengan Ostematrix. Ianya bukan sekadar kalsium tau.

 

Cara Mengatasi Sembelit Ostematrix

Ostematrix Shaklee

 

Jangan biarkan sembelit anda berlarutan kerana ianya boleh membawa kepada penyakit buasir. Bila najis susah dikeluarkan, kita akan memberi tekanan kepada anus kita untuk terus mengeluarkan najis yang keras dan kering tersebut. Amalkan cara mengatasi sembelit yang anda suka dengan berkesan.

Ada juga cara lain untuk mengatasi sembelit seperti pengambilan ubat-ubatan dan julap. Tetapi pengambilan ubat-ubatan dan julap yang kerap boleh menyebabkan usus bergantung penuh kepada ubat jenis itu sebelum boleh mengeluarkan najis.

 

Jika anda mempunyai cara mengatasi sembelit secara alami yang menarik, jom kongsi dengan kami di sini! Selamat membaca!

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

1 2 3