Category Archives: Performance Drink

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

Bila anak demam, ibulah yang paling tak senang duduk.

Apatah lagi demam panas. Memang tak tidur malam. Duk jerlum satu badan.

 

Sebelum itu harus diingati, demam adalah normal. Jika tidak terlampau panas, demam adalah selamat.

Demam adalah tindakbalas badan kepada sistem imun kita. Doktor sendiri pernah berpesan; tidak perlu gopoh mencari paracetamol (PCM) jika anak baru demam. Biarkan ia sendiri, 2-3 hari mungkin sistem imun badan anak kita sudah dapat menentang sendiri demam tersebut.

Dan jika anak kita tidur nyenyak, jangan kacau atau kejut. Tidur itu akan melegakannya dari demam. Tidur sangat penting.

 

Dampingi anak kita lebih kerap bila demam. Ketenangan anak kecil sangat membantu dalam melawan demam. Bila kita bersama anak kita, dia akan lebih kuat. Kuat dalamannya.

 

Selain dari makan ubat PCM, apa yang kita boleh buat untuk legakan demam panas anak kecil?

Jika demam panas anak berkaitan dengan masalah paru-paru, kita boleh gunakan bawang putih.

Ya, Bawang Putih.

 

bawang putih anak demam panas bayi

 

Ada apa dengan bawang putih? Apa keistimewaan bawang putih?

– Antibiotik yang selamat dan semulajadi

– Detox

– Mencegah kanser

– Menurunkan kolesterol

– Menghalang alergi

– Perbaiki sistem penghadaman

– Membantu merawat batuk dan selsema

 

 

Bagaimana caranya?¹

1. Kisar (blend) beberapa labu bawang putih. Untuk disapu pada kain atau pembalut (bandage) setebal setengah cm.

2. Sapukan tapak kaki anak anda dengan sedikit minyak zaitun supaya bawang putih tidak mengganggu atau merengsakan.

3. Tampal bandage bersama kisaran/pes bawang putih tadi pada tapak kaki. Tutup dengan stokin supaya tidak tertanggal.

4. Tinggalkan semalaman. Minum air kosong dengan kerap.

5. Lihat demam panasnya menurun.

6. Jika perlu, tambah pes bawang putih tersebut di kaki anak, kerana pes bawang putih itu akan diserap oleh badan.

 

p/s: Jangan terkejut. Bawang putih sangat mudah diserap melalui tapak kaki. Dalam masa yang singkat, nafas anak anda mungkin akan berbau bawang putih!

 

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

¹  “Gentle Healing for Baby and Child: A Parent’s Guide to Child-Friendly Herbs and Other Natural Remedies for Common Ailments and Injuries“, Candee, Andrusia. New York, 2000.

 

Kongsikan artikel ini jika anda rasa ia membantu. Mungkin sesuatu perkara itu kecil buat kita, tapi mungkin ia amat berharga buat seseorang. 🙂

 

Sekian,

Saif Khalid

Sembuh Demam Cepat Tanpa Paracetamol

Sembuh Demam Cepat Tanpa Paracetamol

 

Saya manusia biasa, walaupun sentiasa memilih makanan yang sihat dan berkhasiat, kadang-kadang akan demam juga.

Alhamdulillah..
Kalau tak sakit, risau tak ingatkan Allah pula. Ye tak. 😉
Supaya kita sentiasa syukuri nikmat kesihatan yang diberikan.

Baru-baru ini, yang menjadikan ujian lebih berat, saya demam ketika bermusafir. Isteri jaga anak dua orang dalam kereta, saya pula memandu. Bila terik di tengah hari, mata jadi kering dan sukar untuk tumpukan perhatian pada pemanduan.

 

sembuh demam tanpa paracetamol performance drink shaklee high fever

 

Menyedari badan mula panas, sebelum mula memandu lagi saya dah habiskan segelas Performance drink Shaklee. Saya bancuh 3 sudu Performance bersama air kosong.

Rasanya pun sedap! Natural orange flavour.

 

Performance Shaklee Sembuh Demam Cepat Tanpa Paracetamol

 

Sepanjang pemanduan, saya kerapkan minum air kosong, supaya mata tak kering atau kuyu.

Bila berhenti makan, saya selitkan sebiji Vita-Lea. “Supaya badan lebih kuat melawan patogen”, kata anak saudara saya. Hehe.

Dah makan multivitamin, dah minum air rehydrate, apa lagi, yakin kepada Allah, demam akan baik cepat.

Mindset sangat membantu dalam proses penyembuhan.

Yakin dengan ayat Allah dalam surah Asy-Syu’araa’ ayat 80.

“Apabila anda sakit, maka Allahlah yang akan menyembuhkan.”

Jika diizinkan Allah untuk sihat, syukur. Tetapi jika tak baik lagi, syukur juga, kerana Allah sedang menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.

 

Jom, simpan satu cannister Performance dalam rumah kita. Cuma klik link ini.

Sembuh demam cepat tanpa paracetamol Performance Drink Shaklee

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Aktif Walaupun Berpuasa dan Bersukan

Pure Performance Drink | before | during exercise | after |

 

Shaklee Performance® telah memuaskan hati ramai atlit. Antara kelebihannya;

  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi. Mengurangkan rasa haus.
  • Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Selain memberi kebaikan kepada ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, ia juga sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasanya bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh mencegah dehydration.

Performance Drink Shaklee

Siapa yang perlukan Performance drink?

  • Mereka yang aktif bersukan
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • Pengidap gout
  • Ibu yang menyusu
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat

Testimoni

“Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2. Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk. Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2” 
“Saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la skrg…dan dulu di miri time saya ke offshore. Pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..rasa bertenaga..tak rasa haus pun.” 

 

Untuk mereka yang ingin mengekalkan kecergasan dalam bulan puasa ni, dan mengurangkan keletihan/dahaga yang melampau, elok sgt dah minum Performance Drink ni.

Satu cannister biasanya boleh tahan sebulan setengah kalau minum sorang2. Kalau nak sponsor kawan2 sahur dan berbuka puasa dgn air ni lagi la elok, moga lebih diberkati Allah. Tapi mungkin bulan depan kena beli cannister lain plk. 😉

Performance Drink – Natural Orange flavour.

 

[box type=”info”] Harga pasaran RM82.50. Hubungi kami segera untuk mendapat DISKAUN HEBAT![/box]

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Mighty 3 Gem Set

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Lagi seminggu kita bakal menyambut ramadhan kan? Mesti ramai yang berpusu-pusu ke supermarket beli barang dapur untuk persediaan ramadhan. Ibu-ibu pun mula sibuk fikir menu apa yang senang dan mudah disediakan sepanjang Ramadhan. Kalau surirumah, mungkin mempunyai masa untuk memasak sebelum berbuka. Tetapi para ibu yang bekerja mungkin perlu mengejar masa untuk memasak. Last-last, beli kat bazar je. Huhu….

Kalau bersahur pulak, mesti tak larat nak bangun untuk masak macam-macam kan? Goreng telur dan masak nasi dah cukup. Tu pun kadang-kandang anak-anak tak nak makan pulak. Sabar ye para ibu. Cabaran menjadi ibu memang besar kan? InsyaAllah, pahala yang tak terkira untuk ibu-ibu semua.

Kalau ada ibu-ibu yang memang takut tak sempat menyediakan sahur, beri tamar untuk anak-anak. Makan 2,3 biji untuk memberi tenaga seharian. Atau nak lagi senang, kami ada solution nya. 🙂

Beri anak anda Meal Shakes dan ESP sewaktu sahur. Untuk ibu dan ayah, boleh amik Performance Drink dan ESP. InsyaAllah dapat memeberi tenaga berpanjangan. Kadang-kadang kalau kita makan nasi 2,3 pinggan pun akan rasa lapar jugak kan? Tengok jam baru pukul 10 pagi! Erk?!!… 😉

 

Gastrik Kembali Bersama Ramadhan?
Pedih Ulu Hati?
Perut Masuk Angin?
Letih, Lesu & Kurang Selera Makan?
Tidak Suka / Kurang Selesa Bersahur?
Ingin Mendidik Anak-Anak Berpuasa?
Tak Sempat Memasak Untuk Sahur?
Set Mighty 3 Gem Ini → UNTUK ANDA!

 

Dan selalunya waktu sahur tak lalu nak makan banyak-banyak kan? Memang produk Meal Shakes, Performance Drink dan ESP keluaran Shaklee dapat membantu anda semua.

Mungkin akan ada yang cakap, jadi ke? berkesan ke? boleh tahan ke tak lapar? Jawab saya: Cuba dulu, baru tau! 😉

Set 3 serangkai – ESP, Meal Shakes & Performance drink!

 

Mighty 3 Gem Set

Mighty 3 Gem Set

 

Sesuai untuk semua. Kami sendiri telah merasai kehebatannya. Kekal bertenaga sepanjang hari.

Harga pasaran untuk ketiga-tiga produk ini ialah RM346.25. Hubungi kami sekarang untuk dapat DISKAUN HEBAT!

Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN