Category Archives: Petua

Tips Bijak Menguruskan Masa

Tips Bijak Menguruskan Masa

MASA ITU EMAS

MASA IBARAT PEDANG

Banyak perumpamaan yang diberikan bagi menggambarkan kepentingan masa. Contohnya MASA ITU EMAS. Di sini umum mengetahui bahawa emas adalah sesuatu yang mahal dan berharga. Masa dikaitkan dengan emas bagi menyatakan bahawa MASA sangat berharga! Jika ianya berlalu, kita tak mungkin akan dapat ulang semula masa tersebut. Masa diibaratkan seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka dia akan memotong kita. Masa akan berlalu begitu sahaja. Tiada lagi siaran ulangan.

 

jam

 

Di sini, suka saya kongsikan dengan anda semua Tips Bijak Menguruskan Masa yang saya amalkan.

 

1) Buat jadual harian

Ini nampak macam skema je kan. Tapi, jika anda buat jadual harian, baru anda akan lebih berdisiplin dalam menguruskan masa anda. Anda juga tidak akan terlupa perkara-perkara yang anda perlu buat seharian.

 

2) Prioriti

Letakkan prioriti perkara mana yang lebih penting untuk dilakukan, yang kurang penting dan yang tidak penting. Buat perkara yang penting dahulu. Kemudian, jika kita mempunyai masa lebih, barulah kita melakukan perkara yang kurang penting dan seterusnya. Contohnya sebagai seorang pelajar, jika kita ada assignment yang perlu disiapkan, maka siapkanlah assignment kita dahulu. Kemudian, jika ada masa lebih, boleh kita gunakan masa tersebut untuk membaca buku dan sebagainya. Ingat! Lakukan perkara yang paling penting dahulu ye.

 

3) Buat TO-DO-LIST

Setiap hari sebelum tidur, buat TO-DO-LIST untuk esok hari. Apa yang kita nak buat esok, supaya hari kita lebih teratur dan matlamat tercapai. Contohnya : Saya nak basuh baju pada pukul 8 pagi. Jadi, pukul 8 pagi keesokannya saya mesti basuh baju.

 

Tips Bijak Menguruskan Masa To-Do-List-Nothing

 

4) Jangan bertangguh!

Ini sikap yang susah untuk ditinggalkan bukan? Sekali lagi, buat perkara yang lebih penting. Bertangguh dari melakukan perkara yang tidak penting adalah lebih baik. Contohnya kita berkeinginan untuk menonton televisyen sedangkan urusan dapur masih belum selesai. Tangguhkan dulu keinginan untuk menonton televisyen tersebut. Selesaikan urusan dapur dahulu. Barulah kerja kita tidak tergendala.

 

5) Bantuan orang sekeliling

Minta tolong suami, ibu atau kawan kita jika kita terlupa untuk melalukan sesuatu kerja. Minta bantuan mereka untuk mengingatkan kita. Selain itu, kita juga sangat memerlukan bantuan orang sekeliling kita bagi membantu kita menjayakan TO-DO-LIST yng kita nak buat. Jika kita nak basuh baju pada pukul 8 pagi, tetapi tiba-tiba ada tetamu yang datang ke rumah. Kita tak sempat nak basuh baju. Kita boleh minta bantuan orang dalam rumah kita untuk membasuh baju tersebut. Secara tak langsung, mereka sudah membantu kita menyelesaikan TO-DO-LIST kita.

 

Tips Bijak Menguruskan Masa

Masa 24jam yang Allah beri pada kita janganlah disia-siakan. Gunakan masa sebaik-baiknya. Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah. Selalu orang sebut jangan membuang masa. Tetapi kita bukannya membuang masa tersebut. Kita telah isikannya dengan perkara yang sia-sia. Yang langsung tidak memberi apa-apa input dan keuntungan kepada diri kita. Ingatlah, setiap saat kita ini akan disoal Allah Ta’ala di akhirat kelak. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bijak menguruskan masa.

InsyaAllah.

 

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

Kalau sudah jadi ibu dan bapa, kita tak terlepas dari keghairahan membeli alat permainan untuk anak sama ada masih bayi atau sudah besar. Saya juga membeli beberapa alat permainan untuk anak-anak saya. Berikut merupakan Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak yang saya sendiri titikberatkan.

 

wooden blocks

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

1) Keselamatan

Pastikan anda membeli mainan yang selamat. Selamat dari segi apa? Dari segi bentuknya, bahan yang digunakan, cara bermainnya. Beli alat permainan yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Mahal sikit pun tak apa. Janji keselamatan anak-anak kita terjamin. Ada juga alat permainan yang boleh menyebabkan anak kita terdedah kepada bahay kanser dan sebagainya. Be alert! Jangan pandang remeh ye.

 

2) Merangsang minda

Belilah alat permainan yang boleh merangsang minda anak-anak kita. Jangan pula kita beli mainan semata-mata untuk hiburan anak-anak sahaja. Zaman sekarang, sudah banyak pengeluar yang manghasilkan alat permainan yang boleh merangsang minda anak-anak kita. Kalau boleh, beli alat permainan yang boleh anak anda sentuh, picit, susun dan sebagainya. Ini dapat merangsang sensor motor anak anda.

 

3) Mengikut kesesuaian umur

Sebelum membeli alat permainan, pastikan anda membaca label yang tertera. Setiap label alat permainan telah dinyatakan kesesuaian umur untuk bermain. Kadang-kadang ada permainan yang terlalu kecil untuk bayi kerana dikhuatiri bayi kaan tertelan permainan tersebut. Untuk bayi, mungkin alat permainan seperti rattles adalah sesuai untuk mereka. Untuk kanak-kanak pula, jangan pula dibeli alat permainan yang sesuai untuk bayi. jadi terbalik pulak kan?

 

4) Jangan membazir!

Dengan keadaaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini, janganlah pula kehendak untuk membeli alat permainan anak menjadi satu beban kepada kita. Be creative! Contohnya jika anak kita suka bermain masak-masak, beri besen dan periuk kita pada mereka untuk bermain. Jangan tunggu nak beli set permainan masak-masak baru nak bagi anak-anak main. In fact, anak-anak lagi suka main periuk belanga kita kan? Di sini, kita dah dapat jimat. Tak perlu beli alat permainan dah. Kalau anak kita suka main play-doh, mungkin terlalu mahal untuk kita beli. Again, be creative! Buat doh sendiri. Beli tepung dan jadikan doh. Biar anak main sampai hitam sekalipun. Jimat bukan?? Banyak lagi idea-idea kreatif yang boleh kita fikirkan untuk dijadikan alat permainan anak-anak kita.

 

Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak

Alat permainan yang baik adalah alat permainan yang dapata merangsang otak, sensor motor anak-anak. Jangan bagi Ipad , saya ada baca ramai kanak-kanak yang terpaksa menjalani rawatan terapi kerana terlalu lama menghabiskan masa menggunakan Ipad dan yang seangkatan dengannya. Mungkin susah untuk kita buang terus gajet-gajet ini dari anak-anak kita kerana memang ini zaman mereka. Cuba alihkan perhatian mereka dengan bermain alat permainan yang lebih banyak bergerak. Kawal masa mereka menggunakan gajet. Hadkan berapa jam sehari atau anda sendiri mungkin ada jadual tersendiri.

 

Ini sahaja Tips Memilih Alat Permainan Anak-anak yang saya sendiri lakukan. Mungkin ada lagi tips yang menarik untuk dikongsi bersama kami? Kita sembang-sembang di ruangan komen. 😉

Sekian, terima kasih.

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Bengkak kaki ketika mengandung. Mungkin ramai yang mengalaminya. Saya juga pernah mengalaminya. Sewaktu mengandungkan Khadijah (anak sulung) saya tidak mengalami bengkak kaki. Sewaktu mengandungkan Muhammad (anak kedua) saya mengalami bengkak kaki.

Bengkak kaki yang saya alami adalah ketika akhir-akhir kehamilan. Ketika usia kandungan 8 dan 9 bulan. Kaki kanan saya sahaja yang membengkak. Kaki kiri Tak membengkak. Macam kelakar pun ada. Kurang keseimbangan bila berdiri. Sebelah kaki rasa kecil, sebelah rasa besar.

Rasa kurang selesa. Berjalan pun rasa kurang selesa. Bengkak kaki yang saya alami tak sakit. Rasa kebas-kebas. Cumanya bila berjalan rasa seperti ada sesuatu di kaki.

 

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

 

Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil

Antara Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil yang saya cuba adalah :

  • Tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki. Ini membuatkan kaki kita pada kedudukan yang lebih tinggi. Tidur pun lebih selesa InsyaAllah.
  • Jika di pejabat atau di tempat kerja, jangan berdiri terlalu lama. Duduklah jika berpeluang untuk duduk di tempat kerja. Bergantung kepada cara kerja anda semua. Jika ada kemudahan, duduklah. Ini dapat mengurangkan rasa letih pada kaki anda.
  • Minta tolong suami urutkan. Hehe.. Secara tak langsung, hubungan suami isteri lagi bertambah erat. 🙂 Suami perlu memahami keadaan isteri yang sarat mengandung ketika ini.
  • Pakai kasut yang selesa. Jangan lah pula ketika hamil ni anda memakai heels 4 inchi ye. Tunggu dah beranak, baru pakai balik. Kasut yang selesa sangat penting bagi menampung berat badan ibu yang semakin menaik sepanjang kehamilan.
  • Minum air kosong secukupnya. Sekurang-kurangnya 3L sehari.
  • Mengambil suplemen Ostematrix Shaklee yang mengandungi kalsium dan magnesium. Ostematrix dapat mengatasi masalah bengkak kaki ketika hamil.

 

Ibu-ibu jangan terlalu risau ye. InsyaAllah selepas beranak, kaki yang bengkak tadi akan surut semula seperti biasa. Tapi saya tak tahulah kalau ada kes yang tak surut-surut. Kena berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Mungkin anda juga nak kongsikan Cara Atasi Bengkak Kaki Ketika Hamil dengan kami. Boleh komen di ruangan komen di bawah.

 

Sekian.

 

Bahiah

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Ops! Layak ke saya nak cerita pasal rumahtangga?

Kahwin pun baru tiga tahun.

 

😉

Saya cuba kongsikan pengalaman kami melayari rumahtangga yang baru saja melepasi tiga tahun.

Ya, masih awal. Belum pun lepas fasa lima tahun pertama.

Takpa, semoga tulisan ini dapat terus memberi inspirasi kepada kami dan juga pasangan-pasangan di luar sana.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Allah pesan kepada kita dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram (sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

 

Untuk kita faham ayat ni, wajib untuk kita berfikir. Kalau tak fikir memang tak nampak, memang tak dapat hargai rumahtangga yang dianugerahkanNya.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

1. Terima baik buruk pasangan seadanya.

Kita perlu syukuri kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Apa yang bagus pada pasangan kita, kita hargai dan apa yang kurang, kita terima seadanya.

Mungkin agak sukar untuk kita ubah kekurangan pasangan kita. (Mustahil barangakali) Tetapi setakat pemerhatian saya, kekurangan seorang suami dilengkapi oleh isteri, dan kekurangan isteri pula dilengkapi oleh suami.

Contohnya jika suami banyak cakap, ia dilengkapi oleh isteri yang kurang bercakap. Bukanlah saya kata banyak cakap itu tak elok. Sifat ini bagus untuk situasi tertentu, dan boleh jadi tak bagus untuk situasi lain.

Jika si suami malas kemas rumah, isteri biasanya akan rajin kemas rumah. Paling-paling pun dia akan terpaksa kemas rumah. Isunya di sini ialah siapa yang lebih dominan kemalasannya akan ‘menyerahkan’ tugas mengemas rumah kepada pasangannya.

 

2. Menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Suami mempunyai hak ke atas isteri. Dan isteri juga punyai hak ke atas suami. Keduanya tidak boleh diabaikan. Ada segelintir suami menganggap hanya suami punyai hak ke atas isteri. Isteri tidak berhak menuntut apa-apa darinya. Tanggapan ini salah.

Bila hak masing-masing ditunaikan, kedua-dua pasangan akan rasa puas hati. Tiada apa yang boleh diungkitkan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Jika hak tak ditunaikan, mulalah nak ungkit sana sini. Betul?

Bagi yang baru setahun berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata, ini juga menjadi satu cabaran hebat! Di sini kita sebagai suami isteri diuji. Sebabnya tugas menjaga anak dan menguruskan hal rumah akan bertambah. Suami hendaklah membantu isterimenguruskan hal rumah seperti membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, memasak, mengemas rumah, iron baju, dan banyak lagi. Nampak mudah ke kerja-kerja ni?? Mudah tapi kena saling bantu-membantu. Jangan berkira untuk buat sesuatu kerja.

 

3. Mengiktiraf suami sebagai ketua keluarga.

Saya tak menafikan bahawa wanita moden sekarang ramai yang berkerjaya. Ramai yang berpendidikan tinggi. Ada yang gajinya lebih dari gaji suami. Ada yang berpendidikan tinggi dari suami. Ini bukan bermakna si isteri tak perlu mendengar pandngan dan kata-kata suami. Atau senang cakap, isteri lebih hebat dari suami. Jadi, tak perlu ikut apa yang suami cakap.

Jika si isteri adalah bos kepada suami di pejabat, jika pulang ke rumah, suami adalah bos kepada isteri. Mesti!!

Jika peranan suami sebagai ketua keluarga tidak diiktiraf, bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Suamilah yang mengetuai keluarga yang teridi dari isteri dan anak-anak. Hormati keputusan suami. Hormati pandangan suami andai ianya bertentangan pendapat dengan kita. Ingatlah bahawa, mentaati suami adalah suatu perbuatan yang amat mulia wahai isteri.

 

4. Bijak merancang ekonomi dalam rumahtangga.

Walaupun saya tak tahu statistik punca penceraian suami isteri di Malaysia, tapi saya yakin ekonomi atau duit senang cerita, antara punca penceraian rumahtangga. Suami dan isteri perlu bijak menguruskan kewangan. Gaji yang diperolehi dibahagikan kepada keperluan dan hak-hak yang sepatutnya. Jika keadaan mendesak, si isteri dapat membantu mencari duit lebih. Tugas mencari nafkah adalah tugas suami. Tapi, tidaklah menjadi satu kesalahan jika si isteri mebantu kerana kos sara hidup yang tinggi mendesak isteri untuk sama bekerja. Tulis atas kertas. Berapa RM untuk keperluan barang dapur, bayar rumah, bayar kereta, duit untuk anak dan isteri, duit simpanan dan lain-lain lagi. Jangan guna duit untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Sebab, fasa awal perkahwinan memang kita perlukan banyak duit. Jangan dibazirkan duit kita.

 

5. Memanggil nama panggilan yang disukai.

Saya rasa fasa awal perkahwinan, mungkin 90% masih memanggil isteri dengan nama manja seperti sayang, anje, baby dan macam-macam lagi. Mungkin mak ayah kita yang sudah 40 tahun usia perkahwinan meremang bulu roma dengar. Hehe… Pangillah isteri dengan nama yang baik. Nama yang disukai isteri. Begitu juga dengan suami. Isteri panggillah suami dengan nama yang disukai beliau. Tak semestinya panggil ‘abang’ saja. Nak panggil ‘honey’ pun boleh. Ahaks! 😉 Bila panggil macam ni, hati yang sedang marah pun boleh cair tau…. tak percaya, cubalah.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

Apa lagi ye tips kebahagiaan rumahtangga untuk fasa awal perkahwinan ini? Banyak lagi jika kita details satu persatu. Cukuplah 5 yang di atas. Ingatlah perkahwinan yang dibina bukan untuk sehari dua, bukan sebulan dua, tetapi sampai syurga. Jadikan perkahwinan kita sebagai lubuk untuk kita suami isteri melombong pahala sebagai bekalan ke akhirat kelak. InsyaAllah. Jika ada masalah, selesaikan dengan baik. Jangan berbalah macam budak kecil. Jangan memendam terlalu lama sampai ianya meletup suatu hari nanti. OK.

Kami pun masih belajar selok belok rumahtangga. Baru 3 tahun berkahwin. Anak sudah dua alhamdulillah. Doakan kebahagiaan kami dan kami mendiakan kebahagiaan anda semua. Ameen..

Sekian, terima kasih.

 

Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu

Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu

 

Bagi ibu-ibu yang menyusu, bengkak susu bukanlah perkara asing.

Bengkak susu biasanya terjadi bila demand susu kurang.

Maknanya susu dihasilkan lebih dari apa yang diminum bayi.

 

penawar atasi cara mengatasi bengkak susu

 

Jika tidak menyusu untuk beberapa ketika, breast ibu akan mengeras dan membengkak. Ya Allah… sakitnya bukan kepalang. Ada yang demam bila bengkak susu. Pengalaman saya sendiri, sakit sungguh. Tak senang duduk pun ada. Nak baring rasa sakit, nak berdiri rasa sakit, nak duduk pun rasa sakit.  Mana taknya, breast rasa keras dan bengkak macam batu. (OK.Ni hyperbola) Tapi betul ye. Siapa yang pernah alami bengkak susu memang perit rasanya.

Jadi nak taknak, memang kena selalu susukan anak. Kalau tak dapat nak susu anak, pamkan susu keluar. Atau picit sahaja di puting untuk keluarkan susu yang berlebihan. Kita boleh tuam dengan kain yg direndam air panas untuk keluarkan susu.

Para suami sila fahami kejadian ini.

 

Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu

 

Jika dah susukan anak, tapi masih tak surut bengkaknya, apa yang boleh kita buat?

Selain dari pam keluar atau picit puting supaya susu keluar, kita boleh amalkan makan Lecithin.

Ya, Lecithin bukan sahaja membantu membakar lemak tetapi dapat membantu mengurangkan bengkak susu!

penawar atasi cara mengatasi bengkak susu lechithin

Anda boleh cuba amalkan lecithin jika bengkak susu anda berlarutan. Banyak testimoni yang saya dapat mengatakan bahawa lecithin dapat mengatasi bengkak susu. Alhamdulillah dengan izin Allah.

Ada juga petua orang-orang terdahulu sebagai cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu seperti menggunakan sayur kobis dan diletakkan pada breast. Mungkin anda boleh cuba.

Jika anda mempunyai petua lain atau Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu yang anda buat dan menjadi, jom kongsi dengan kami! Perkongsian anda kami sangat hargai!

Hubungi kami sekarang untuk pembelian/info lanjut tentang Lecithin. Call/SMS/Whatsapp 013-356 4876.

Atau klik link ini untuk beli secara online sekarang!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

1 2 3 4 5 6