Category Archives: Review

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

 

Saya adalah salah seorang bekas pelajar Maahad Tahfiz.

Pertama-tamanya, terima kasih saya ucapkan kepada ibubapa saya yang menghantar saya ke pondok moden.

Saya dihantar ke Maahad Tahfiz Ummul Qura (MTUQ) pada umur 13 tahun, iaitu selepas tamat sekolah rendah. MTUQ terletak di Pondok Kolam, berdekatan Pak Badol, Melor, Kelantan.

Sistem pengajian Al-Quran di sini sangat bagus. Setiap pelajar WAJIB memasuki kelas tajwid dahulu sebelum dibenarkan memulakan hafazan.

Perkara ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Tetapi saya secara personal sangat bersetuju dengan sistem tersebut. Kerana dewasa ini, saya sedari semakin banyak sekolah tahfiz didirikan di sana sini. Masalah mula timbul bila pelajar dibenarkan menghafaz tanpa memantapkan tajwid terlebih dahulu.

Saya pernah jumpa sebilangan pelajar tahfiz yang mengimami solat tetapi bacaannya tidak memuaskan. Makhraj dan sifat huruf tidak dijaga, dengung tidak konsisten, panjang-pendek tidak dijaga. Masalah paling besar bila bacaan Al-Fatihah sendiri tunggang-langgang.

Saya ditempatkan di kelas tajwid selama 2 minggu. 2 minggu itu dikira agak sekejap, kerana ramai lagi yang tersangkut di situ berbulan-bulan.

Kami dilatih untuk membetulkan bacaan bermula dari mukasurat pertama Al-Quran, iaitu Surah Al-Fatihah, diiukuti Alif Lam Mim Al-Baqarah. Setiap kesalahan hendaklah dibulat atau digariskan. Kemudian setiap pelajar akan mengulangi bacaan yang betul berkali-kali sehingga lancar. Sedari waktu Subuh, hingga ke tengah hari, dan selepas Maghrib hingga pukul 10 malam.

Keesokan paginya – sesi tasmik. Pelajar memperdengarkan bacaan kepada guru seorang demi seorang. Pantang ada silap, ZASS!! Rotan akan menghinggapi mana-mana susuk tubuh yang dapat dicapai guru. Rawak.

Saya sempat membetulkan bacaan sehingga sempurna sebanyak 3 mukasurat sebelum ditukarkan ke kelas hafazan. Alhamdulillah.. Lega. 🙂

Boleh kata semua bahagian badan pernah merasai rotan.

Alhamdulillah..terima kasih guruku. Terima kasih ustaz-ustaz yang tegas, yang garang terhadap kami. Guru-guru, ustaz-ustaz yang garanglah yang kami akan semat dalam ingatan hingga akhir hayat.

Saya tak pernah berdendam kepada guru yang marah, rotan dan tegas kepada saya. Kalau bukan kerana mereka, sudah tentu saya takkan menjadi saya yang sekarang. Sudah tentu bacaan Al-Quran saya jauh lebih teruk dari sekarang!

Ringkasnya, setiap pelajar akan bersiap sedia sepenuhnya untuk memperdengarkan bacaan untuk esok hari. Langsung tak boleh tersilap walau satu baris. Langsung tak boleh tertinggal walau satu dengung. Langsung tak boleh membaca 4 harakat pada yang sepatutnya 6 harakat. Kalau tak, rotan akan hinggap di badan sebelum sempat mata melihat libasannya. Fuh!!

Ya, inilah yang akan meningkatkan mutu bacaan pelajar!

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

Maahad Tahfiz Daril Naim

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

 

Tahun berikutnya, oleh sebab tertentu, kami satu batch dipindahkan ke Maahad Tahfiz Daril Naim (MTDN). Ia terletak di Padang Kala/Kubang Bongor, Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Tak jauh dari lokasi MTUQ.

Sistemnya serupa.

– Kelas Al-Quran sesudah subuh hingga 12 tgh hari.

– Qailulah, tidur setengah jam pada tengah hari sebelum makan tengah hari.

– Kelas akademik dijalankan antara waktu Zuhur dan Asar.

– Lepas Asar adalah waktu riadhah. Akal yang cerdas datang dari badan yang cergas.

– Lepas Maghrib sehingga pukul 10 malam adalah waktu menghafal sendiri. Dipantau oleh guru.

– 10pm waktu minum malam. Ni feveret saya, makan roti butter gula cicah teh O panas. 😀

 

Saya menghabiskan tingkatan 2 dan PMR di MTDN.

Alhamdulillah berjaya menghadapi PMR dengan cemerlang walaupun balajar akademik hanya 2-3 jam sehari.

Berbekalkan keputusan 9A, saya diterima masuk ke sekolah tersohor di Kelantan – Maahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa.

 

Kepada para ibu bapa, usah risau jika anak-anak di Maahad Tahfiz keciciran mata pelajaran akademik. Asalkan bacaan dan hafazan Al-Qurannya mantap, ilmu akademik akan dirasa seperti di hujung jari.

Dengan izin Allah, pelajar tahfiz dapat menguasai ilmu akademik dengan pantas. Kerana apa? Pengajian dan disiplin Al-Quran itu berganda lebih hebat daripada ilmu akademik  – sekurang-kurangnya bagi tahap PMR dan SPM.

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

 

Alhamdulillah..kini setelah saya berada di lapangan Al-Quran selama lebih kurang 15 tahun, sekarang saya sedang aktif mengajar Al-Quran kepada kejiranan saya di Kulim Square, Kulim.

Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengajar anak murid saya sepertimana guru saya mengajar saya. Saya takkan membenarkan pelajar maju ke muka surat seterusnya sekiranya bacaan belum sempurna.

Saya dilatih begitu, dan saya takkan membiarkan anak murid saya tersilap baca.

Kerana saya menghargai usaha generasi-generasi terdahulu dalam menyebarkan kalam Allah ini. Jika mereka tidak mengambil berat akan bacaan mereka, mana mungkin bacaan Al-Quran ini dapat diturunkan dari generasi ke generasi tanpa sedikit kesilapan atau perubahan pun.

Saya yakin, bacaan Al-Quran kita pada hari ini yang mana diperakui betul oleh guru-guru, adalah sama seperti apa yang dibacakan Nabi Muhammad 1400 tahun dahulu. Kerana Al-Quran adalah mukjizat!

 

Itulah Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz berdasarkan pengalaman saya. Maahad Tahfiz lain mungkin berbeza sistemnya.

Apa-apa pun, sebelum hantar anak ke mana-mana pusat tahfiz, seeloknya cuba dengar dahulu bacaan pelajar-pelajar atau bekas pelajar mereka. Adakah mereka mengambil berat akan kualiti bacaan atau sebaliknya.

Ingat, untuk memperbetulkan bacaan setelah habis menghafal 30 juzuk bukan perkara mudah.

 

Sekian. Jika ada kemusykilan atau penambahan, silakan komen di bawah.

Selamat hari guru saya ucapkan kepada para guru, ustaz ustazah, pensyarah, profesor yang telah mengajar saya selama ini. Semoga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

 

__________

Saif Ar-Rahman Khalid

 

 

[Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Saya telah memiliki motosikal Yamaha FZ150i sejak tahun 2008.

Ia merupakan model generasi pertama bagi FZ150i.

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Setelah lebih kurang 6 tahun, saya ingin menulis sedikit tentang motor FZ ini.

Semoga tulisan ini boleh dijadikan panduan kepada yang hendak membeli motor, atau yang ingin menjelajah dengan motor.

 

[Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Sebelum memiliki motor FZ150i ini, saya membuat sedikit kajian tentang motor 150cc.

Maka saya tertumpu kepada dua motor berikut; Yamaha FZ150i dan Kawasaki Ninja KRR ZX150.

Satu jenis naked streetbike dan satu lagi jenis full-fairing sportbike.

 

Antara perbezaan ketara pada mereka adalah (sekurang-kurangnya pada pemerhatian saya);

1. FZ150i menggunakan enjin 4-lejang. ZX150 pula enjin 2-lejang.

Saya kurang selesa dengan bau minyak 2T bagi enjin KR150RR.

2. FZ150i berteknologi fuel-injection, manakala ZX150 menggunakan carburetor.

Fuel-injection bermakna penggunaan petrolnya lebih efisien.

 

Oleh kerana saya berhajat untuk menjelajah menaiki motor, saya perlu melihat kepada kebolehan menyimpan barang yang lebih.

Kedua-duanya boleh dipasang box. Side-box dan juga top box.

Cuma situasi di Malaysia, ZX150 sangat jarang dipasang box. Saya telah pun melihat ZX150 bersama 3 box. Agak menarik!

 

Cuma faktor-faktor berikut membuatkan saya keberatan untuk memilih Kawasaki ZX150;

1. Antara motor hot bagi penggila motor, termasuk mat rempit. Kes kehilangan motor ZX150 adalah tinggi.

2. Bau minyak 2T yang kuat membuatkan saya pening kepala.

3. Agak kelakar jika saya hanya memasang top box untuk kegunaan harian bagi motor jenis sport.

Ya, saya agak cerewet ketika bermotor. Saya sentiasa membawa baju hujan, sarung tangan, payung. Dan kasut hujan pada musim hujan.

 

Faktor besar untuk saya memilih Yamah FZ150i;

1. Jimat minyak kerana menggunakan teknologi fuel-injection.

2. Kes kecurian bagi model ini agak rendah. Sebab motor FZ150i tak laju mana pun. Mat rempit tak pandang. 😉

3. Tampak selesa jika mengenakan top box setiap masa.

 

 

Berapakah kos servis bagi Yamaha FZ150i?

Bagi servis tukar minyak enjin, saya biasanya menggunakan Shell AX5, setiap 2000km.

Fuel filter pula hanya RM16, ditukar setiap 4000km.

Tayar depan dan belakang dalam lingkungan RM90 ~ RM220, bergantung kepada jenama tayar.

Bateri yang berharga RM60 boleh tahan 2 tahun.

Cuma mentol lampu depan agak mahal, RM50. Mentol Philips.

Saya telah mencuba pelbagai jenis minyak enjin. Antaranya Motul, Castrol, Shell, MOS, Hyrax, Petronas. Tetapi saya tidak dapat merasakan perbezaan. Jadi setakat ni saya selalu menggunakan Shell AX5. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

 

Kembara Semenanjung Malaysia Bersama FZ150i.

 

Saya telah bermotor ke semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Perlis.

Kembara sulung saya adalah dari Sg. Buloh ke Sg. Petani Kedah. Singgah selama 2 minggu.

Kemudian ke Kota Bharu melalui jalan Grik.

Selepas itu pulang ke Selangor melalui jalan pantai Terengganu dan Lebuhraya Pantai Timur – Karak.

 

Kembara mega saya berlaku pada bulan Mac 2011. Melalui perjalanan sekurang-kurangnya 1800km, dalam masa 3 hari 2 malam.

Perjalanan merentasi 7 negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Fakta menarik yang ingin saya kongsikan di sini. Perjalanan merangkumi 1800km, menelan minyak tak lebih dari RM80.

Saya hanya berhenti mengisi minyak sebanyak 4 kali. Setiap isian ~RM19 untuk tangki penuh. Tiba di Kuala Lumpur dengan berbaki separuh tangki minyak.

Pagi itu saya memulakan perjalanan dari Gombak, ke Raub – Kuala Lipis. Kemudian ke Kota Bharu, makan tengah hari di RFC Kubang Kerian.

 

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

Di hadapan RFC Kubang Kerian.

 

Perjalanan diteruskan ke Kuantan. Saya bermalam di situ.

Keesokan harinya saya menuju ke Johor melalui Pekan, Rompin, Mersing, Kluang dan UTM Skudai.

Pemandangan di Mersing menarik perhatian saya. Pantainya putih bersih, sedap mata memandang.

Selfie sebentar di Pantai Lanjut, Rompin. Macam ni lah kembara solo, ambil gambar pun kene set timer. 😉

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

Pantai Lanjut, Rompin, Pahang.

 

Malam kedua, masjid UTM Skudai menjadi tempat penginapan saya. Hari ke3 saya sempat pusing-pusing di Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan berakhir di Kuala Lumpur, melalui lebuhraya PLUS.

Secara purata, kelajuan saya adalah sekitar 100-120kmh.

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i.

Dari sini saya membuat perkiraan penggunaan petrol.

Perjalanan merangkumi 1800km.

Minyak saya genapkan menjadi RM80.

Mudah kira, saya bahagi RM80 kepada RM2 (minyak/liter), dapat 40 liter petrol.

Biasanya kita membuat perbandingan berdasarkan L/100km atau km/L.

Jawapan akhir adalah 2.2L/100km, bersamaan 45km/L.

Sangat jimat bukan? 😀

 

Saya telah membuat pengiraan untuk kereta keluarga 1500cc, boleh baca di sini;

—->   Kereta Keluarga Jimat Minyak.

Alhamdulillah…perjalanan berjalan lancar. Tiada apa-apa kerosakan teknikal berlaku.

Bukan saya nak galakkan anda semua menjelajah berseorangan. Risau juga kalau berlaku apa-apa kan. Cuma pada masa tu saya tak dapat menemukan teman untuk menjelajah gila seperti ini. hehe..

Kalau anda perasan, saya tidak memasang top box pada motor saya. Saya pertama kali ingin mencuba, dan sebenarnya saya menyesal membuangnya. Lain kali saya akan pastikan top box dibawa bersama. Susah kalau ruang luggage terhad. 😛

 

Akhir sekali, kepada yang ingin kembara menaiki motor, pastikan keadaan motor anda tip-top. Periksa terlebih dahulu keadaan motor sebelum memulakan perjalanan.

Pastikan anda memakai pakaian lengkap, paling kurang dengan jaket, sarung tangan, kasut. Fikirkan worst scenario – kalau ditakdirkan berlaku kemalangan, sekurang-kurangnya kita boleh landing atas jalan tar dengan glove yang berkualiti, bukanlah dengan tapak tangan yang cantik ni.

Bawa motor dengan berhemah. Walaupun kita menunggang dengan baik, mungkin di luar sana terdapat pemandu yang boleh mengundang malang.

Seeloknya sentiasa basahi lidah dengan zikir atau bacaan Al-Quran di sepanjang perjalanan. Moga kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

 

Ok, sekian dahulu dari saya.

Ada apa-apa nak ditambah, jangan malu jangan segan untuk isi di ruangan komen di bawah.

Tunggang dengan berhemah.

 

___________
Saif Ar-Rahman Khalid

 

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

Sekarang semakin ramai yang yakin tentang perlunya ambil suplemen.

Sebab kebiasaannya makanan yang kita masak hari-hari tak mampu memberi nutrisi yang cukup kepada badan kita. Apatah lagi yang beli kat luar.

 

Cara makan suplemen sangat penting!

Kalau salah cara, boleh jadi tak berkesan. Atau lebih malang, dapat sakit pula.

Ok, jadi mari kita kongsi bersama Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik!

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

 

Kepada pembaca yang dikasihi, di sini kami ringkaskan beberapa tatatertib memakan suplemen.

1. Suplemen zat besi (iron) DAN kalsium adalah saling memusuhi. Kalsium akan menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Jangan ambil mereka bersama.

2. Vitamin-B elok dimakan pada waktu pagi untuk menjadikan badan lebih sihat bertenaga.

3. Vitamin-E, Omega, dan enzim CoQ10 elok diambil bersama makanan berlemak. Makanan berlemak termasuklah yogurt, susu, kekacang, avocado.

4. Vitamin-C hanya hanya boleh bertahan beberapa jam di dalam kita. Jadi, ambil dos yang kecil beberapa kali sehari sangat membantu.

5. Kalsium dan Magnesium elok diambil sebelum tidur. Penyerapan optimum berlaku semasa kita tidur. Malah Magnesium dapat membantu kita mendapat tidur yang berkualiti.

6. Jangan ambil suplemen bersama minuman berkafein. Ia akan mengganggu penyerapan suplemen.

7. Kalau terskip suplemen, tak perlu double-dose. Membazir. 😛 Tunggu je next intake.

8. Banyakkan minum air kosong! Target 3 liter sehari.

 

Tips –> Minum hanya secawan (200ml) setiap jam, kita mampu mencapai target 3 Liter sehari!

 

Cara Makan Vitamin & Suplemen Untuk Kesan Terbaik dalam bentuk infografik;

 

Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang Terbaik

Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang Terbaik

 Kredit: healthspan.co.uk

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Kenapa Saya Join Shaklee

Kenapa saya join Shaklee?

Hari ni saya nak kongsi 3 sebab kenapa saya join Shaklee.

Eh, 3 je???

Takpa, walaupun sikit, tapi saya sangat cerewet  pasal 3 benda ni. Jap lagi saya akan terangkan.

 

Sebelum saya join Shaklee, saya consume untuk cuba-cuba je. Dan saya sendiri tak tau pun Shaklee ni MLM.

Introducer saya langsung tak cerita pasal business plan, MLM dan yang seangkatan dengannya. Dia hanya fokus pada produk – kelebihannya, cara makan, etc.

 

1. Berkesan

“Always Works” – salah satu janji dari Shaklee. Saya pernah terbaca, tapi saya buat dunno je. Until saya sendiri rasai perbezaannya!

Antara produk Shaklee feveret bagi saya ialah ESP, Set Resdung dan Ostematrix.

Saya tumpang makan ESP bila isteri saya beli untuk support penyusuan anak kami. Memang ketara perbezaannya lepas minum segelas ESP. Boleh baca entry ESP kami di link ini.

Set Resdung pula, terdiri dari Vita-C, B-Complex dan Alfalfa. Cerita panjang dia boleh baca kat sini.

Ostematrix adalah antara produk hot di kalangan pengedar Shaklee. Nak tau apa kelebihannya? Cuba dulu baru tahu. 🙂

 

Kenapa Saya Join Shaklee

The Shaklee Difference – Kenapa Saya Join Shaklee

 

2. Sudah Lama Bertapak

Sebelum saya join Shaklee, saya terlebih dahulu mengkaji berkenaan syarikat dan produknya.

Saya sendiri pernah makan Vita-Lea sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dan Shaklee masih bertahan sehingga kini. Mesti ada sesuatu yang hebat pada produk ini!

Benar, Shaklee mendapat sambutan yang sangat hebat di kalangan rakyat Malaysia. Sebab apa? Sebab produk dan approach Shaklee yang hebat.

Vita-Lea yang mana merupakan produk pertama Shaklee, kekal hingga sekarang sebagai produk wajib-ada di rumah pengedar-pengedar Shaklee.

 

Kenapa saya join Shaklee

 

 

Sebelum join, dah pasti saya akan google dulu pasal syarikat. Mana tau ada yang tak kena dengan syarikat Shaklee.

Tapi sehingga kini, saya masih belum jumpa atau dengar perkara yang tak baik tentangnya. Walaupun tiada panel syariah, tetapi saya sendiri tak pernah rasa ditipu, tertindas, atau tidak senang terhadap produknya mahupun pelan pemasarannya.

 

3. Tidak Perlu Simpan Stok

Stok adalah antara musuh utama bagi golongan pertengahan. Mungkin tak ramai yang ada modal untuk membeli stok yang banyak untuk memulakan perniagaan.

Dalam Shaklee, kita tak perlu simpan stok. Sebab kita hanya perlu membuat pesanan melalui sistem online Shaklee, dan Shaklee akan hantarkannya untuk kita. Sungguh mudah!

Shaklee tidak meletakkan syarat pembelian untuk menjadi ahli. Cuma dengan RM65, kita boleh menjadi pengedar Shaklee, seumur hidup. Nak makan sendiri ke, atau nak jadi jutawan dengan Shaklee, anda TENTUKAN.

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

[Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 [Review] Nissan Almera – kereta keluarga jimat minyak

 

Assalamualaikum w.r.t.

Baiklah, setelah beberapa bulan memandu Nissan Almera, teringin pulak nak bagi review sikit.

Overall, kami sangat berpuas hati menaiki Almera. Worth every penny of it. Chewah. Yela, Almera ni kalau tak silap kami, ialah yang termurah dalam kelasnya. (untuk kereta import la)

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Alputih ^.^

Dah pakai hampir 5 bulan, odometer sekarang menjangkaui 7300km. Memang tak jauh mana sebab kami bekerja dari rumah. 🙂 Pakai buat balik kampung je yang buat odo bertambah banyak.

Tahap keselesaan…sangat selesa, walaupun hanya pakai kerusi fabrik. Pernah sekali drive 120kmh, tiba2 mertua sound, “Kenapa bawak slow sangat ni, bawak 90 je ke?”. Sekali dia tengok meter dah 120. Cabin insulation dia thumbs up. Noise dari enjin, persekitaran & angin sangat minimum.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu pada setting paling belakang. Legroom belakang masih sangat luas.

Saya suka set kerusi jauh2 time memandu supaya pemanduan lebih selesa dan santai. Jauh mana? Kalau nak tekan pedal sampai rapat, harus melunjur kaki ke depan sepenuhnya. Ketinggian saya hampir 6 kaki. Isteri saya memang tak sampai kakinya kalau guna posisi pemanduan saya.

Ok next, speaker – not bad at all. I’m not an audiophile though. -.-‘

Ruang belakang yang amat luas. Kadang-kadang terfikir nak letak meja sebijik kat ruang kaki tu. Haha. Keluasan boot belakang juga sangat luas.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Posisi kerusi pemandu hampir rapat ke depan.

Minyak? Masa raya puasa baru ni, perjalanan dari Kulim ke Sg. Buloh menelan minyak sebanyak ~RM47.

Camana kami sukat? Begini, di awal perjalanan, kami isi full-tank. Bila sampai je Sg. Buloh, isi full-tank lagi sekali. Isian semula sampai nozzle terjetak menunjukkan nilai RM47 di pam minyak. Rasanya ok la kut cara kira camni.

Perkiraanya, jarak perjalanan 342km. Minyak RM47. (harga minyak semasa bagi RON95 ialah RM1.90)

= 7.23L/100km

* nota: kelajuan pemanduan sekitar 100kmh ke 150kmh

Kalau maintain ~110kmh pasti jauh lebih jimat.

Bila banding dengan Perodua Viva 1.0L. Pengalaman kami memandu Viva, kelajuan purata 90-120kmh, kami dapat 6.57L/100km. Quite good la banding dengan keselesaan dan keluasan Almera.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Ruang boot belakang.

 

Cuma satu benda nak kena bgtau, stereng elektronik Almera tersangatlah ringan. Jadi kalau nak potong lori treler atau bas, pastikan pegang stereng kuat-kuat.

 

Kos Servis

Servis pertama (1000km) dan kedua (5000km) masing-masing hanya menelan belanja RM115. Walaupun tak dapat free macam pengeluar-pengeluar lain, tapi takde la mahal pun kan.

Review - Nissan Almera - kereta keluarga jimat minyak

Happy little girl~

Tempat mainan Khadijah – di tempat letak tangan penumpang belakang. 😀

 

Proses Pembelian

Proses membeli Almera hari tu sangat cepat. Total hanya 2 minggu! Minggu pertama settle loan, dan minggu kedua dah dapat kereta.

Rezeki kami dapat berjumpa dengan salesman yang berdedikasi. Ramah orangnya. Sampai sekarang masih in-touch. Bukan pasal kereta je, macam-macam benda kami sembang. Kalau siapa-siapa nak beli Almera atau adik-beradik Nissan yang lain, bolehlah contact kami untuk berurusan dengan beliau.

 

Sekian. Selamat memandu dengan cermat!

SaifKhalid

1 2