Category Archives: Shaklee

Cinch Inch Loss – Kurangkan Berat Badan Dengan Selamat

Cinch Inch Loss – Kurangkan Berat Badan Dengan Selamat

 

Ramai yang inginkan bentuk badan yang langsing menawan. Pinggang bak kerengga. Badan seperti hourglass.

Maka timbullah pelbagai usaha untuk mendapatkannya.

Ada yang skip makan secara berlebihan, ada yang makan pil kurus, pil langsing, liposuction dan lain-lain.

 

Apakah kebanyakannya selamat? Adakah anda dapat kurus dengan jayanya?

Ya, mungkin ramai yang jadi kurus. Tapi adakah kurus seperti itu sihat?

Ini satu persoalan penting untuk kita.

 

Kebanyakan dari kita ingin diet supaya segera kurus. Adakah logik jika bila kita mengumpul lemak dalam badan bertahun-tahun, tapi nak kurus dalam 1-2 minggu? Sudah tentu tidak.

 

 

Kenapa Kebanyakan Diet Gagal?

 

⇒ Anda menganggap diet bersifat sementara, bukannya mengubah gaya hidup.

Mungkin anda pernah berjaya menurunkan berat badan sebelum ini, atas suatu tujuan tertentu. Tapi selepas itu anda kembali kepada tabiat makan anda yang lama. Maka berat badan anda naik kembali.

Ambil kesempatan waktu anda berdiet itu untuk mencuba pelbagai makanan baru. Berazam untuk menukar gaya hidup sihat selamanya. (Carilah resepi-resepi sihat untuk memulakannya)

Tidak sabar melihat badan ramping

Anda mula diet dan hanya fikir untuk ramping secepat mungkin? Bila anda hanya hilang 0.5~1kg seminggu anda rasa kecewa. Jadi lepas beberapa minggu anda putus asa dan mengatakan anda telah gagal.

Anda ambil masa bertahun-tahun untuk naik berat badan. Jadi sama juga bila nak turun berat badan. Bersabarlah! Ingat, selalunya orang yang dapat berjaya kekalkan badan ramping adalah mereka yang mengurangkan berat badan perlahan-lahan.

 

Bagaimana Cinch Inch Loss dapat membantu anda mengurangkan berat badan dengan selamat?

 

1) Membantu mengawal rasa lapar

Rasa lapar akan menyebabkan anda makan dan terus makan. Anda akan terus makan sampai kenyang betul? Di sini Cinch Inch Loss dapat membantu anda mengawal rasa lapar yang membuak-buak.

 

2) Meningkatkan tenaga

Sesetengah orang yang berdiet kelihatan sangat letih. Sebaliknya Cinch Inch Loss ini dapat meningkatkan tenaga anda walaupun dalam berdiet. Letih akan mengurangkan produktiviti seharian kita. Kalau letih, bagaimana untuk kita menjalankan aktiviti harian. Mungkin kita akan mendapat penyakit lain pula.

 

3) Membantu menyokong metabolisma badan

Cinch Inch Loss dapat membantu mengingkatkan metabolisma badan. Badan akan jadi cergas. Metobolisma badan yang tinggi dapat membantu anda membakar lemak dengan lebih cepat dengan melakukan aktiviti yang aktif.

 

Cinch Inch Loss – Kurangkan Berat Badan Dengan Selamat

 

Cinch Inch Loss ini diperkaya dengan Leucine.

Apa itu Leucine?

Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protein tertentu.

 

Kesannya?

Mengurangkan berat badan dengan Cinch Inch Loss membantu anda menghilangkan lemak, berat dan inci dan pada masa yang sama dapat mengekalkan otot! Haaa…. memang best!

 

Apa yang ada dalam Cinch Inch Loss?

cinch-shake-mix Cinch Inch Loss - Kurangkan Berat Badan Dengan Selamat

cinch-tea cinch-shake-mix Cinch Inch Loss - Kurangkan Berat Badan Dengan Selamat

 

 

Cinch Energy Tea berharga RM131 untuk 28 sticks. Sehari satu stick. Membantu anda kekal aktif.

Cinch Shake Mix pula RM173, 765 gram. Diperkaya dengan protein untuk mengekalkan perut kenyang.

 

Sebarang pertanyaan mengenai Cinch Inch Loss boleh hubungi kami:

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Atasi Sakit Kepala Migrain

Apa itu Sakit Kepala Migrain?

 

Migrain adalah sakit kepala yang amat sangat. Terjadi di bahagian tertentu di kepala.

Sering berlaku apabila ada saluran darah tersumbat dan menyebabkan darah tak dapat mengalir ke bahagian tertentu.

Pesakit migrain selalu mengalami tanda seperti flash light atau blindspot sebelum sakit kepala, juga sensitif kepada cahaya dan bunyi.

Tempoh serangan pula berbeza-beza. Ada yang sekejap, ada yang berjam-jam dan ada yang berhari-hari!

 

atasi sakit kepala migrain shaklee

 

Nasihat doktor kepada pesakit migrain, hindari;

 

1. Bunyi bising, dan cahaya yang kuat

2. Aktiviti merokok, atau menghidu asap rokok

3. Terdedah kepada asap

4. Melewatkan makan. Apatah lagi skip waktu makan

5. Stress. Belajar cara mengendalikan tekanan, di tempat kerja mahupun di rumah

6. Pola tidur yang tidak seragam

7. Makanan berMSG

 

Bagaimana Atasi Sakit Kepala Migrain?

 

1. Tidur yang mencukupi

2. Minum air kosong secukupnya. Orang dewasa disarankan minum 3 liter sehari. Saya sendiri sejak mengamalkan minum air kosong yang mencukupi, sudah sangat jarang sakit kepala. Baca kepentingan minum air kosong.

3. Pelajari kaedah menangani stress

4. Bekam. Saya ada seorang kenalan yang berjaya atasi migrain dengan berbekam. Pada mulanya, tempat sakit migrainnya sering berpindah. Jika dibekam di belakang, sakit di belakang reda, tetapi migrain akan berpindah ke hadapan. Jika bekam di kanan, sakit itu akan bertukar ke tempat lain. Ikhtiar terakhir beliau – bekam keseluruhan kepala. Migrainnya hilang! Hebat bukan?

5. Amalkan set migrain Shaklee. Apa yang ada dalam set migrain Shaklee?

B-Complex, Ostematrix & ESP

B-Complex : Meredakan alahan, mencegah anemia

Ostematrix: Meringankan stress

ESP: Tingkatkan keberkesanan B-Complex & Ostematrix.

Testimoni Set Sakit Kepala Migrain Shaklee

Ingin dapatkan set migrain di atas?

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pesanan.

Juga boleh beli secara online dari link ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

Saya yakin setiap ibu yang melahirkan anaknya mesti berhasrat untuk menyusukan (breastfeed) anak mereka sehingga usia 2 tahun. Saya pun macam tu juga. Semangat berkobar-kobar nak susukan anak.

Alhamdulillah hasrat saya tercapai.

Menysukan anak bukan semudah ABC yang kita sangkakan. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Ya, pengorbanan yang sangat tinggi diperlukan kerana kebaikan dan kelebihan susu ibu tak dapat kita perolehi dari susu yang lain.

Saya ada kongsi mengenai kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi di sini. (Part 1 dan Part 2)

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

Ibu menyusu memerlukan tenaga yang lebih dari ibu yang tidak menyusukan anak. Ibu menyusu juga perlu sentiassa bersikap positif dan tenang agar proses penyusuan tidak terganggu. Jika ibu terlalu penat dan letih, penyusuan bayi mungkin tidak begitu baik. Ibu menysusu sangat memerlukan suplemen bagi membantu memberikan tenaga segera kepada mereka. Set Ibu Menyusu Shaklee adalah jawapannya!

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

1) ESP  (850g RM150)

– Memberi tenaga kepada ibu yang menyusu

– Membantu membina tisu badan

 

2) Vita-Lea (120 tabs RM88.75)

– Sejenis multivitamin yang dapat menjadi pelengkap nutrisi

– Dapat memeberi tenaga segera, kecerdasan badan dan otak kepada ibu menyusu

 

3) B-Complex (120 tabs RM53.75)

– Anti-stress

– Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan

 

4) Sustained Release Vita-C Plus (180 tabs RM92.50)

– Membantu meningkatkan imuniti badan

– Membantu penyerapan iron

 

5) Ostematrix (120 tabs RM61)

– Sumber kalsium, magnesium dan yang seangkatan dengannya

– Melengkapkan kembali kalsium dalam tulang kita

– Membantu masalah kekejangan dan kebas-kebas

 

6) Alfalfa Complex (330 tabs RM53.75)

– Sebagai milk-booster

– Ejen detox

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

Bila ibu bertenaga, tenang dan tidak stress, insyaAllah dapat menyusukan bayi dengan baik. Susu yang dihasilkan akan lebih banyak bila bayi kerap menyusu. Suplemen Shaklee sangat membantu dalam menjayakan penyusuan bayi.

 

 

 

Ingin cuba? Nak dapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee??

Klik link ini untuk dapatkannya secara online sekarang.

Juga boleh Call/Whatsapp/SMS kami untuk harga istimewa atau pertanyaan lanjut mengenai set menyusu ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

Rawatan Resdung Yang Berkesan

Rawatan Resdung Yang Berkesan

Hidung anda sering tersumbat di pagi hari? Atau sepanjang hari?

Kerap sakit kepala, pipi dan dahi?

Atau ALAH kepada habuk dan debu, juga kepada makanan laut? Lagi-lagi BELACAN, ye tak?

 

sinusitis Rawatan Resdung Yang Berkesan

 

Sebelum itu..

Apakah itu Resdung?

 

Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, memecahkan resdung kepada 2 kategori.

Pertama, rhinitis alahan, di mana seseorang itu kerap tersumbat hidung, bersin, dan gatal hidung/mata.

Kedua, sinusitis – sinonim dengan hingus yang berwarna kuning, atau hijau. Malah mungkin bercampur dengan darah. Pesakit juga kerap sakit kepala, sakit hidung dan pipi.

 

 

Dulu saya juga mengalami masalah-masalah di atas.

Saya selalu tersumbat hidung pagi-pagi. Kerap juga sakit kepala dan pipi. Rasa macam lompong dalam pipi. Keradangan.

Paling teruk bila tiba-tiba keluar air/hingus kuning dari hidung. Tanpa amaran. Tau-tau dah keluar. Nak ambil tisu pun tak sempat.

Sehinggalah saya menemukan penawarnya baru-baru ini.

 

Syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t. kerana pertemukan saya dengan penawar resdung ini.

 

Saya rasa bertanggungjawab untuk kongsikan pengalaman saya kepada rakan pembaca semua.

Semoga bermanfaat. Dengan izin Allah.

 

 

Rawatan Resdung Yang Berkesan

 

Atas nasihat keluarga, saya mengamalkan set tiga serangkai.

Saya hanya amalkan sebiji B-Complex, sebiji Vita-C dan lima biji Alfalfa. Dua kali sehari.

Pengambilan pertama saya telah pun menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Ini membuatkan saya yakin dan terus mengamalkan dosage tersebut.

 

Alhamdulillah, resdung saya lega dengan cepat sekali.

 

 

Resdung Rawatan Resdung Yang Berkesan

1. B-Complex. 120 biji. RM53.75

Meredakan tekanan, sakit kepala, dan juga alahan.

2. Sustained Release Vita-C Plus. 180 biji. RM92.50

Antioksida hebat. Membantu menyembuhkan tisu tubuh.

3. Alfalfa Complex. 330 biji RM53.75/700 biji RM97.50

Raja segala tumbuhan. Bertindak melawan alahan.

 

 

Ingin cuba?

Klik link ini untuk dapatkannya secara online sekarang.

Juga boleh Call/Whatsapp/SMS kami untuk harga istimewa atau pertanyaan lanjut mengenai set resdung ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah Allah beri kesempatan kepada saya untuk merasa pengalaman yang hebat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sewaktu berpantang anak pertama dulu, saya ada menggunakan set berpantang XXX. Untuk kelahiran yang kedua ini saya menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang sangat rasa perbezaannnya! Saya sendiri teruja dengan hasil yang saya perolehi.

 

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

 

Perbezaan yang saya rasa :

Sebelum tu……………. Tonton video ni sampai habis. Macam ni lah perasaan saya waktu berpantang dulu.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

1) Luka jahitan episiotomi cepat baik.

Sewaktu kelahiran pertama, macam-macam petua saya ikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Saya juga terpaksa berpantang dari memakan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Risau jahitan lambat baik. Tetapi, untuk kelahiran kedua ini, saya rasa awesome sangat bila luka jahitan cepat sembuh! Seminggu saja rasa sakit luka jahitan dan hilang. Malah luka sembuh dengan baik dan jahitannya sudah mula tertanggal! Alhamdulillah.

 

2) Tidak sembelit

Saya mengalami sembelit yang agak teruk sewaktu kelahiran pertama. Saya terpaksa makan ubat sembelit dari farmasi. Kesannya, anak saya mengalami cirit-birit. Khadijah yang lahir 3.1kg, selepas 10 hari beratnya turun kepada 2.5kg. Allah… rasa bersalahnya saya ketika itu kerana menyebabkan Khadijah cirit. Dia kerap berak. Saya suspect ini berpunca daripada ubat sembelit yang saya ambil. Selepas saya berhenti makan ubat sembelit tersebut, Khadijah sudah tidak berak terlalu kerap lagi. Lega saya rasa. Untuk kelahiran kedua ini, saya mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur. Dengan izin Allah, saya tak sembelit langsung! Dan saya tak takut untuk membuang air besar. Dulu, saya takut sangat bila hendak membuang air besar. Mengenangkan luka jahitan episiotomi akan terbuka jika saya mengalami sembelit. Seriau!!

 

3) Lebih bertenaga

Untuk kelahiran kedua ini, saya rasa sangat bertenaga. Sampai ada yang tegur ni orang dalam pantang ke tak? Hehe.. Sebab energetic sangat. Saya perlu menjaga Khadijah dan Muhammad. Malah saya perlu menyusukan dua anak. Ya, Khadijah masih belum bercerai susu. Semasa Muhammad lahir, usianya dua tahun 2 minggu. Dia masih dalam proses bercerai susu. Saya juga dapat bangun melakukan kerja rumah dan menguruskan Khadijah dan Muhammad.

 

4) Susu meriah!!

Disebabkan saya tandem nursing, saya memang memerlukan suplemen yang dapat memberi tenaga kepada saya. Demand untuk susu sangat tinggi. Disebabkan mood saya baik dan positif semasa berpantang, saya rasa seronok sangat dapat menyusukan anak-anak saya dengan baik. Kalau diikutkan memang letih dan stress juga menyusukan 2 orang. Tapi badan saya rasa fresh selalu, jadi bersemangat! Alhamdulillah dapat tandem nursing kali ini.

 

5) Kurang rasa sakit badan

Lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan berkurang semasa saya dalam pantang. Saya sakit-sakit badan pun hampir tiada. Dulu, saya rasa stress sangat dengan badan yang letih, menyusukan anak lagi. Lenguh pinggang menyusukan anak. Sekarang, tidak lagi! Alhamdulillah.

 

Klik untuk besar

SET BERPANTANG SHAKLEE

 

TESTIMONI Set Berpantang Shaklee

Saya suka sangat dengan set berpantang Shaklee ini. Rasa sangat berbeza! Ini testimoni dari saya sendiri. Jika diizinkan Allah untuk mengandung dan beranak lagi, semestinya Shaklee menjadi pilihan hati saya. 😉

 

Nak berpantang dengan Shaklee??

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA. Saya akan bimbing sebaik mungkin.

Boleh juga klik link ini untuk beli Set Berpantang Shaklee secara online.

 

Sekian.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

1 2 3 4 5 6 11