Category Archives: Supplement

Ostematrix Shaklee – Sumber Kalsium Hebat

Suka saya nak kongsikan di sini satu daripada suplemen faveret kami.

Juga favourite supplement kawan-kawan kami. ­čÖé

Nak tau apa dia?

Tadaa….

 

 

Ostematrix Shaklee - Sumber Kalsium Hebat

Ostematrix Shaklee – Sumber Kalsium Hebat!

 

Biasanya orang lagi suka dengar testimoni berbanding info skema pasal produk kan?

So kami kongsikan dulu testimoni kenalan kami pasal Ostematrix Shaklee.

 

Ostematrix Shaklee - Sumber Kalsium Hebat

Testimoni Ostematrix Shaklee

 

“Syukur..lepas makan Ostematrix, sakit belakang saya dah hilang.” – Izzah, Kepong.

Apakah Kelebihan Ostematrix?

 

1. Menguatkan tulang.

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga dapat membantu dalam masalah tulang retak, rickets, kuku rapuh, eczema, kejang, gusi berdarah, dan merangsang darah untuk memekat.

2. Menghindar kejang dan kebas.

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stress.

Ostematrix membantu pengimbangan tekanan darah, memelihara denyutan jantung. Juga membantu mendapat tidur yang berkualiti, memperbaiki jantung berdebar.

4. Memperbaiki masalah haid.

Pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh.

Kalsium adalah mineral alkali. Ia berkesan mengimbang pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti bagi warga emas.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

7. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki sakit ketika haid.

 

 

 

Ostematrix Shaklee – Sumber Kalsium Hebat!

 

Lastly.. Kenapa kami sukakannya?

 

Pasti ada beberapa sebab kenapa kami secara personal sangat menggalakkan anda juga mengambil Ostematrix.

>>  Kalau sakit kepala..ambil dua tablet bersama segelas air kosong mampu membantu mengurangkan sakit kepala.

>>  Jika hari ni tak jumpa/sempat makan sayur. Malam nanti sebelum tidur, makan dua tablet (juga segelas air kosong), dapat mengelakkan kesukaran proses membuang air besar pada keesokan hari. Ya, Ostematrix membantu melembutkan najis.

Nota –> Ia tidak seperti julap yang menyebabkan sakit perut. Tetapi kita akan melabur dengan selesa. 8)

 

 

Ostematrix, 120 biji cuma RM61. Klik link ini untuk beli secara online.

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

Sekarang semakin ramai yang yakin tentang perlunya ambil suplemen.

Sebab kebiasaannya makanan yang kita masak hari-hari tak mampu memberi nutrisi yang cukup kepada badan kita. Apatah lagi yang beli kat luar.

 

Cara makan suplemen sangat penting!

Kalau salah cara, boleh jadi tak berkesan. Atau lebih malang, dapat sakit pula.

Ok, jadi mari kita kongsi bersama Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik!

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

 

Kepada pembaca yang dikasihi, di sini kami ringkaskan beberapa tatatertib memakan suplemen.

1. Suplemen zat besi (iron) DAN kalsium adalah saling memusuhi. Kalsium akan menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Jangan ambil mereka bersama.

2. Vitamin-B elok dimakan pada waktu pagi untuk menjadikan badan lebih sihat bertenaga.

3. Vitamin-E, Omega, dan enzim CoQ10 elok diambil bersama makanan berlemak. Makanan berlemak termasuklah yogurt, susu, kekacang, avocado.

4. Vitamin-C hanya hanya boleh bertahan beberapa jam di dalam kita. Jadi, ambil dos yang kecil beberapa kali sehari sangat membantu.

5. Kalsium dan Magnesium elok diambil sebelum tidur. Penyerapan optimum berlaku semasa kita tidur. Malah Magnesium dapat membantu kita mendapat tidur yang berkualiti.

6. Jangan ambil suplemen bersama minuman berkafein. Ia akan mengganggu penyerapan suplemen.

7. Kalau terskip suplemen, tak perlu double-dose. Membazir. ­čśŤ Tunggu je next intake.

8. Banyakkan minum air kosong! Target 3 liter sehari.

 

Tips –> Minum hanya secawan (200ml) setiap jam, kita mampu mencapai target 3 Liter sehari!

 

Cara Makan Vitamin & Suplemen Untuk Kesan Terbaik dalam bentuk infografik;

 

Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang Terbaik

Cara Makan Vitamin Yang Betul Untuk Mendapat Kesan Yang Terbaik

 Kredit: healthspan.co.uk

 

Cara Makan Suplemen Yang Betul Untuk Kesan Terbaik

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Beza Antara Ubat dan Suplemen. Supplement vs Drug

Ya, mereka memang berbeza.

Satu bersifat menambah. Satu bersifat membuang. Atau bersifat pelali.

 

Ramai yang anggap suplemen adalah ubat. Mereka expect hasil yang hebat dan cepat dengan makan suplemen.

Di sini saya nak nyatakan, lain orang lain tindak balasnya. Ada yang dapat perubahan hebat yang cepat lepas makan suplemen. Dan ada juga yang lambat.

Mungkin juga kerana makan suplemen tak kena gaya. Tak ikut cara dan prescription yang betul.

 

Beza Antara Ubat dan Suplemen. Supplement vs Drug.

 

Suplemen adalah keperluan badan. Badan kita memerlukan protein, vitamin dan mineral untuk berfungsi secara optimum.

Ubat (Drug) diguna untuk menyembunyikan simptom, mendiagnos dan mengubati penyakit.

Maknanya, kalau tak sakit, tak boleh makan ubat. Kalau makan juga, takut menjadi penyakit pula.

Perumpamaan untuk ubatan berasaskan drug – seperti kita membuang reverse┬ásensor pada kereta. Belakang kita ada objek, tetapi tiada amaran berbunyi ‘tit tit tit…’. Maka undurlah kita sampai betul-betul langgar objek tersebut. Begitulah perumpamaan drug. Ia menutup atau menghilangkan simptom sesuatu penyakit, sedangkan penyakit masih ada pada kita.

 

Kita perlukan suplemen supaya tahap kesihatan dan kecergasan badan berada di tahap yang tinggi. Supaya badan dapat menentang penyakit. Ini dipanggil proses mencegah.

Mencegah kan lebih baik dari mengubati.

Kalau badan kita kurang zat dan vitamin, kita mudah diserang penyakit. Atau kita akan mudah lesu dan letih walaupun tidak bekerja keras.

 

Beza Antara Ubat dan Suplemen

Ubat atau Suplemen?

 

Beza Antara Ubat dan Suplemen. Supplement vs Drug.

Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada badan. Ubat (drug) boleh memberi kesan bahaya kepada organ dalaman kita. Terutamanya jenis paracetamol, akan merosakkan buah pinggang kita.

Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan dos yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.

Suplemen pula, jika diambil berlebihan, ia akan dikeluarkan melalui sistem semulajadi badan kita.

 

Adakah suplemen boleh memberi kesan buruk pada badan kita?

Ya, jika suplemen tersebut mengandungi bahan SINTETIK. Kerana terdapat suplemen yang mengandungi dadah atau hormon perangsang dan sebagainya. Dalam jangka masa panjang, benda ni boleh memberi kesan buruk pada tubuh badan kita.

 

Jadi, kita yang bijak ni lah kena nilai sendiri baik buruk sesuatu produk. Sentiasa pilih suplemen berasaskan bahan semulajadi, dan yang diproses juga secara semulajadi.

 

Jadi, perlukah suplemen?

Tepuk dada tanya iman. Tepuk bahu kawan tanya “Hang makan apa sihat sokmo ni?” ┬á­čśÇ

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum w.b.t

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

 

Pastinya ramai ibu yang mengandung, tak sabar menanti kelahiran si manja kan? Sama seperti kami juga yang pertama kali menjadi ibu dan ayah. Saya pun tercari-cari pengalaman bersalin anak pertama di google. Sebab tak dapat nak bayang macam mana lagi. Yang pasti, saat kelahiran merupakan saat yang mengujakan. Mau tak nya, 9 bulan menunggu. ­čśë Bercerita mengenai pengalaman mengandung anak pertama memang penuh cabaran! Alhamdulillah diharungi dengan penuh tabah. Anda boleh baca di link atas.

 

Sudah Overdue

Kalau diikutkan due date, memang dah overdue. Overdue 4 hari je kot rasanya. Should not be a problem pun. As long as the baby is still in active mode. hehe… Memang rasa cuak jugak lah. Terutamanya 1st time mom macam saya. Gelabah pun ada jugak. Tapi, suami banyak tenangkan diri saya. Terima kasih suami ­čÖé Nak pulak jiran sebelah rumah mak dah beranak 2 minggu dah. Yang kita ni, blum ada apa-apa tanda.

 

Tanda-tanda hampir bersalin

Pagi 5 Jun 2012, pukul 10am saya rasa nak buang air besar. Perkara normal lah tu kan? Terkejut tiba-tiba keluar tanda. Nervous dah. Tapi take a deep breath dulu. Kemudian, beritahu mak. Mak cakap ikut history mak, kalau keluar tanda dan asyik rasa nak buang air besar tu , tandanya nak beranak dah. Terus gelabah! Sebabnya lepas pada tu, asyik buang air besar saja. Mula la sms suami cakap dah kluar tanda. Ada rasa contraction. Tapi mild saja. Tak sakit sangat pun. Kadang-kadang kerap sangat rasa. 2,3 minit skali rasa. Cuak juga takut nak terberanak dah. Teringat suami ada di tempat kerja. Terus minta suami pulang. Mak pun push kami untuk ke hospital. Tapi kami berdua lengah-lengahkan masa. Pukul 12 tengahari tu, saya mulai risau, saya pun ajak suami ke hospital. Tu pun masih melengah-lengahkan masa lagi. Pukul 1pm baru pergi.

 

Vaginal Examination (VE)

Sampai di hospital, nurse check baru 1cm. Erkk…. baru 1 cm ke? OK lah. Ingat boleh balik rumah. Dalam hati nak berjalan-jalan dulu. HAHA… ada hati lagi tu nak jalan-jalan. Disebabkan saya dah overdue, doctor suruh admit lah jugak. So, masuk lah wad antenatal.

Dalam wad ni ramai kakak-kakak yang admitted sbb GDM dan darah tinggi. Mostly baru 30 weeks plus. Cuma kakak sebelah katil saya yang memang admitted sebab dia dah dilated 2cm. Saya hanya sembang2 saja. Tak lalu makan. Malam tu pukul 1 pagi, saya tak boleh tido sebenarnya. Saya minta tolong┬ásuami bawakan bantal sebab tak selesa tido. Orang lain dalam wad tu semua dah tido. Saya dah rasa contraction yang masih boleh tahan sakitnya. Kakak sebelah katil saya ni kadang-kadang dengar dia tarik nafas tahan sakit. Kemudian, suami datang dan saya cakap saya minta dia panggilkan nurse sebab contraction dah makin kerap. Check jalan, da dilated 4cm. Alhamdulillah… ­čÖé Tp saya lengah-lengahkan lagi masa ambil baju, pergi toilet buang air semua. Hehe… Nurse yang nak bawa ke labour room tu tunggu lama.

 

Labour Room

Masuk je LR, doctor terus pecahkan ketuban tanpa beritahu saya awal2. Saya terkejut sebenarnya. Bila dah pecahkan, baru dia cakap saya pecahkan ketuban. Adoi… Beritahu la awal-awal. Baru saya ready. Lepas pecah ketuban, memang contraction makin kerap dan makin sakit. Fuh~! Allah saja yang tahu sakitnya. Lepas tu saya sorang-sorang je dekat hall sebelah tu. Dengan nervous mendengar orang dalam LR yang terjerit-jerit sakit nak beranak. Dengan suara nurse jerit-jerit cakap baby dah nak keluar. Stress jugak masa tu. Lampu tepi hall saya tu pun dah ditutup. Tempat saya je yang terang berlampu. Kalau ada hantu lalu pun, tak hairan dah. Sakit punya pasal, kena tinggal sorang-sorang. Sangat mengharapkan suami ada di sisi untuk tenangkan diri. Tapi apakan daya….. Saya asyik-asyik panggil nurse cakap saya sakit. Nurse reply “memang semua orang sakit macam tu dik”. OK, fine. Saya pun rasa give up nak panggil. Tp selang beberapa minit, rasa macam memang nak terkeluar sangat dah baby. Panggil nurse, nurse ulang ayat yang sama. Dia siap cakap saya kurang-kurang pun beranak pukul 6 pagi. Saya panggil lagi nurse. Suara macam orang merayu-rayu tersepit celah bangunan. Dengar tak dengar. Sedih sangat masa tu. Sebab memang da rasa baby nak keluar. Nurse pun mungkin tak larat dengar saya panggil, dia pun datang. Dan tak sempat nak cakap apa2, dia dah gelabah cakap “panggil suami dia cepat! baby nak keluar dah” Memang kepala Khadijah dah ada pun. Tak sempat la nak tolak masuk bilik tuk beranak. Beranak kat hall luar tu je. Nasib baik takdak siapa, suami boleh masuk hall tu.

Memang saya push banyak kali sebab saya amat2 terganggu dengan jeritan nurse untuk suruh saya push. Main push saja. Sepatutnya bila rasa contraction, baru push.Sampai kena episiotomi. Banyak jugak potong. Rasa daging dipotong gunting. Tapi tak sakit. Sebab sakit lagi contraction yang last tu. Lepas last push tu, purrrrffffffffff…… Allah… Allah…. Alhamdulillah Khadijah keluar dengan selamat.Perasaan dia macam korang tak berak seminggu dan segalanya keluar one shot! Hehe… Lepas je bahu Khadijah keluar, hilang semua sakit. LEGAAAAAAAAA…… :))

Khadijah lahir tak menangis pun. Mulut dia bentuk O. macam terkejut agaknya keluar. Haha… comel je. Bila nurse pakaikan baju baru dia nangis. Khadijah lahir pukul 3.12 pagi. Kemudian, ingatkan kelegaan tadi berpanjangan. Rupanya lupa lak yang nurse nak jahit luka epi tadi. Sekali lagi sakitnya. Sabar je…. Ubat bius tak rasa apa pun. Ke belum berkesan, tapi nurse dah jahit terus. Pasrah. Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada nurse tu yang berusaha menyelamatkan saya dan Khadijah. Semoga Allah menghargai usaha dan sumbangan beliau menyambut bayi di hospital tersebut.

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

 

Alhamdulillah melahirkan Khadijah adalah satu proses yang bagi saya senang. Sakit pun tak lama. Semoga Allah memepermudahkan kelahiran permata hati kami yang kedua tak lama lagi pula. Pengalaman bersalin anak pertama adalah berbeza mengikut orang. Dan kalau orang yang sama pun, kelahiran yang seterusnya mungkin tak sama. Kita kena enjoy setiap kelahiran. Memang best! ­čÖé

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Suka kerut dahi masa umur 7,8 bulan. Masa ni debab lagi. Sekarang dah tinggi macam ayah dia.

Saya duduk di hospital selama 2 hari. Alhamdulillah kesihatan saya dan Khadijah amat baik. Luka jahitan saya 3 minggu jugak baru OK. Ni pun pantang makan. Waktu tu saya guna cecair bersihkan luka saja. Saya tak ingat dah nama dia apa. Losyen kuning ke apa. Dulu saya belum kenal Shaklee. Kalau tahu dulu dah lama amik zinc complex. Saya ada ceritakan pengalaman berpantang anak kedua yang memang best! Seminggu sahaja luka jahitan baik. Sebab saya consume set berpantang Shaklee.

Selepas kelahiran Khadijah, bermula lah kehidupan sebagai ibubapa. Dan bermula juga kehidupan tak cukup tido malam-malam. hehe… Ini lah serba sedikit pengalaman bersalin anak pertama saya. Mungkin kisah anda lebih menarik. Boleh kongsikan di ruangan komen. ­čÖé

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

┬áGambar latest Khadijah. Permata hati pertama kami KHADIJAH. Bulan Jun 2014 ni akan genap 2 tahun usia.┬áSemoga Khadijah menjadi anak yang solehah dan musleh, berjaya di dunia dan akhirat. Ameen…

SET BERPANTANG SHAKLEE

Klik untuk besar

Klik untuk besar

Saya menyesal untuk kelahiran pertama ni saya belum kenal Set Berpantang Shaklee. Anda pun taknak menyesal jugak kan macam saya? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Kita sembang-sembang kongsi pengalaman OK. ­čÖé

 

 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?

 

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

1 3 4 5