Category Archives: Uncategorized

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

Solat berjemaah di masjid adalah satu tuntutan dalam Islam.

Beruntunglah siapa yang dapat solat berjemaah di masjid, dan rugilah siapa yang solat di rumah (walaupun berjemaah).

Ni pernyataan untuk lelaki sahaja ok.

 

Perempuan pula lebih baik solatnya di rumah.

 

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

 

Ada satu masalah umat Islam di Malaysia yang tak patut berlaku.

Orang yang pergi solat di masjid dianggap orang alim (ustaz), dan orang Islam yang biasa-biasa ni solat di rumah. Atau pun tak solat langsung.

Yang tak solat tu saya tak tahu nak kata apa. Cuma pesan saya, solatlah sebelum kamu disolatkan.

Sebab pesan Nabi kita, Islam itu tertegak dengan lima perkara. Dan solat adalah perkara kedua selepas dua syahadah.

Kalau tak solat, apakah layak dipanggil orang Islam?

Tuntutan solat di masjid tu bukanlah hanya untuk ustaz-ustazah. Tetapi kepada semua yang mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

 

Kadang-kadang kalau datang perasaan malas, saya motivasikan diri dengan berkata pada diri sendiri;

“Nabi duk tunggu kita kat masjid tu nak solat dengan umatnya. Tak nak ikut solat sama-sama dengan Nabi ke?”

“Allah dah panggil, pergilah solat. Tinggalkan dulu kerja tu. Takda maknanya. Rezeki kan Allah yang bagi.”

“Larat ke nak solat sendiri 27 kali? Berapa jam baru nak habis tu. Ruginya tak pergi solat di masjid.”

 

*****************

 

Ok, dah di masjid. Alhamdulillah.

Niat i’tikaf sudah, solat tahiyat masjid pun sudah. Boleh zikir dulu sementara tunggu iqamah.

Bila bilal iqamah, segeralah bangkit menuju ke saf hadapan, belakang imam, sebelah bilal kalau boleh.

Kan besar ganjarannya berada di saf pertama.

Saya masih ingat ustaz saya pernah kata, Nabi pesan, kalau kita tahu ganjaran azan dan duduk di saf pertama, nescaya kita akan berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkannya, walaupun dengan cara undian.

Saya juga selalu membaca maksud hadis di atas di bahan bacaan lain. Cuma saya belum pernah pelajarinya secara terus dari kitab sahih Bukhari, jadi saya tak mahu quote matan/teks hadisnya di sini.

Apa yang saya rasa ralat dengan qaryah saya, kebanyakan jemaah langsung tak berebut untuk mendapatkan saf pertama. Selepas iqamah telah tamat beberapa ketika, barulah sorang-sorang bangkit menuju ke hadapan. Ruang belakang imam selalunya kosong. Masing-masing ambil port di bahagian tepi saf.

Bila ada kosong di saf hadapan, masing-masing pelawa orang sebelah untuk ke depan. Sepatutnya orang belakang terus ke depan. Kita yang patut rebut pahala tu, bukan offer orang lain. Macamlah pahala kita dah banyak sangat. Hehe.

 

Ok, balik kepada tajuk asal. Saya senaraikan adab-adab yang patut kita santuni di masjid.

  1. Segera ke saf hadapan. Rebutlah saf pertama. Rapat kepada imam. Orang yang tahu ganjarannya sudah berada di saf pertama sebelum iqamah lagi.
  2. Rapatkan saf. Pastikan bahu bertemu bahu. Kenapa, ingat masa zaman tadika/sekolah je ke syaitan duk menyelit di ruang kosong antara jemaah? 😉
  3. Jangan suka tengok sana sini ketika solat.
  4. Ikut imam serapat mungkin. Jangan delay. Guru saya sebut jangan terlewat lebih 3 rukun dari imam.
  5. Jika imam telah rukuk bila anda sampai, terus ikut imam walaupun imam tengah sujud. Maksud saya tak perlu tunggu imam berdiri sebelum ikut imam. Rugi.

 

Berikut adalah antara pemerhatian saya. Setidak-tidaknya apa yang berlaku di masjid qaryah saya.

Saya sangat terganggu bila ada antara jemaah buat point 3 & 4 di atas.

Lebih-lebih lagi point 4. Walaupun dia duduk satu saf dengan saya. Walaupun dia selang 4-5 orang dari saya, masih mengganggu.

Kadang-kadang dia seperti sedang solat sendirian. Imam sudah bangun dari sujud kedua dan bangkit ke rakaat seterusnya, dia baru terkial nak rukuk.

Saranan saya, jika tak dapat nak lajukan baca Al-Fatihah pun, bacaan zikir di rukuk sujud dan lain-lain bacalah seringkas mungkin. Tak perlu nak tadabbur dan tambahkan khusyuk anda sedangkan anda sedang mengganggu ahli jemaah lain dengan pergerakan anda yang tak seragam dengan jemaah itu.

Maaf, saya agak emosi dengan kes ini.

 

Itu sahaja buat kali ini. Jika para pembaca sekalian ada ingin menambah apa-apa yang mengganggu anda ketika solat, tuliskan sahaja di ruangan komen. Kita sama-sama perbaiki solat masing-masing.

 

Wallahu a’lam.

 

Saif Khalid

 

Patah Tulang Peha Ketika Sapu Sampah. Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

Patah Tulang Peha Ketika Sapu Sampah. Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

 

Suatu hari, tak lama dahulu, riuh kampung saya kes seorang makcik yang rebah ketika menyapu sampah di laman rumah.

Berita yang tersebar agak menghairankan telinga yang mendengar.

Yelah, makcik tu tengah sapu sampah, tiba-tiba rebah ke tanah.

Apa yang terjadi??

 

Patah Tulang Peha Ketika Sapu Sampah. Awas. Ostematrix Shaklee Osteoporosis

 

Tulang pehanya patah.

Tanpa sebarang amaran awal.

 

Kenapa jadi begitu?

Allah lebih mengetahui.

 

Kami syak kejadian tersebut berpunca dari osteoporosis.

Kekurangan kalsium di dalam tulang membuatkan tulang jadi rapuh. Tulang jadi mudah patah.

 

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

 

Untuk elakkan perkara sedemikian berlaku kepada diri sendiri, kami selalu amalkan makan Ostematrix dari Shaklee.

Ostematrix adalah sumber kalsium semulajadi. Ia sangat mudah diserap. Kadar penyerapan setinggi 99%!

Saya yang alah dengan susu tepung amatlah beruntung dapat sumber kalsium sebegini. Cuma telan 2 biji setiap hari.

 

Isteri saya pula amalkan 4 biji sehari. Ini untuk melengkapkan semula kekurangan kalsium, terutamanya setelah mengandung dan melahirkan 2 orang cahaya mata kami.

4 biji Ostematrix memberikan 1000mg kalsium kepada badan.

Ostematrix bukan sekadar kalsium ya. Ia dilengkapi zat-zat lain seperti magnesium, fosforus, Vitamin-D, zink, kuprum. manganese dan boron.

 

Apa lagi manfaaatnya? Ikuti entri kami yang lepas. Klik sini.

 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut atau sebarang konsultasi PERCUMA. Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Tekanan Darah Rendah

 

Tekanan Darah Rendah

 

Orang kata tekanan darah rendah boleh diatasi dengan amalan meludah.

Mekanismanya bila kita ludah kepada sesorang, maka dia akan naik darah.

Mudah bukan? Haha, gurau je. Jangan buat kat orang sebelah tau. Tak pasal-pasal ada yang masuk hospital. 😉

 

Ada kenalan saya yang mempunyai tekanan darah rendah. Beliau tak boleh berdiri untuk masa yang lama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sesak.

Jika bangun dengan cepat dari duduk, akan rasa nak pitam, dan mata berpinar.

 

tekanan darah rendah shaklee vita-Lea

 

Tekanan darah rendah boleh diatasi atau diawasi dengan langkah-langkah berikut;

  1. Lebihkan garam dalam makanan harian. Garam membantu tingkatkan tekanan darah.
  2. Amalkan makan kismis.
  3. Bangun perlahan-lahan dari duduk. Gerak-gerakkan jari kaki terlebih dahulu sebelum bangkit.
  4. Hindari dari mengangkat barang berat.
  5. Bangun dari tidur? Bangkit dan duduk dahulu beberapa minit di birai katil. Ulang langkah 3. ^_^
  6. Hindar dari makan dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya makan sikit-sikit dengan kerap. Kerana selepas makan, tekanan darah kita akan turun seketika.
  7. Amalkan Vita-Lea setiap hari. Mengamalkan Vita-Lea telah terbukti dapat meningkatkan tekanan darah rendah.

 

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Jepun Lebih Islamik?

Jepun Lebih Islamik?

Pernah naik bas atau tren kat Malaysia on time?
Pernah tak naik tren yang sepatutnya 12:35 dan anda dapat masuk ke gerabak pukul 12:35:00 tanpa delay?
Percaya atau tidak tren di Jepun hanya lewat 3 saat dalam 1 tahun? Itu adalah jumlah kelewatan untuk ribuan trip tahun itu. Maksudnya mungkin ada 1 trip yang terlewat 1 saat dan ada 1 trip lagi yang lewat 2 saat. Tren mereka akan sampai dan bertolak tepat pada waktunya tanpa lewat atau awal sesaat.

Sangat punctual bukan?

 

japan-train Jepun Lebih Islamik?

 

Kisah kedua, baru-baru ini, anak ustaz saya telah ke Jepun. Ketika di sana dia telah keciciran dompet.

Lalu dia pun buat aduan di balai polis berhampiran. Rasa-rasa apakah kesudahannya?
Dia mendapat kembali dompetnya dalam masa yang singkat tanpa kehilangan sesuatu pun!

Kalau kita di Malaysia? Mungkin bayangnya pun takda. Untung nasib, dapatlah balik IC kita.

Rupanya si fulan yang menjumpai dompetnya itu telah menyerahkannya ke balai polis.

Sungguh amanah.

Bukankah tepati masa dan amanah itu ajaran Islam?

Apakah kita pernah terfikir yang kita boleh mencapai tahap ketepatan masa sehebat itu?
Ya! Hanya jika kita MAHU.
Orang Jepun telah membuktikannya.

Pengalaman saya bekerja di kilang Jepun tahun lepas, tepati waktu adalah perkara yang sangat penting.
Kami akan mendapat elaun kehadiran setiap bulan. Percaya atau tidak, jika sekali kami terlewat, walaupun seminit, elaun kehadiran akan dipotong. Hanya lewat sekali, seminit, dan cuma lewat untuk hari tersebut, elaun kehadiran kami akan dipotong untuk bulan tersebut. Ya, elaun kehadiran SATU BULAN dipotong tanpa kompromi.

Satu hari yang lain, saya ke tandas. Tandasnya agak jauh dari cubicle saya. Sampai-sampai, kedua-dua tandas penuh. Saya pun tunggu, tanpa mengetahui bilakah penghuninya akan siap melabur dan keluar.
Tiba-tiba bos saya datang.
“What are you doing here?”
“Go back to your place and come back later.”

Aduh..menyirap betul dengan mamat dalam tandas tu. Padahal asap berkepul-kepul keluar atas tandas tu.

Masa tu memang marahlah kat bos (dalam hati). Tapi lama-lama, fikir-fikir balik, betullah..kalau ada orang dalam tandas, patah balik jelah sambung buat kerja. Nanti pergi balik. Kita belum tahu berapa lama orang tu ‘melabur’. Mungkin 5 minit, dan boleh jadi 30 minit.

Ok. Dua perkara ni dah buat saya kagum dengan warga Jepun.

Ada seorang ustaz tu kata, apa yang kita nak dakwahkan kepada orang Jepun?
Nak ajar tepati masa? Huh, janji Melayu, mesyuarat pukul 9, pukul 10 baru terkedek-kedek sorang sorang datang.
Nak ajar pasal amanah? Lagi melaut. Kertas soalan UPSR pun pakat-pakat tolong bocorkan. Bumbung-bumbung bangunan pun selalu bocor. Tak kurang juga yang runtuh terus.
Kalau takda amanah dalam diri, dah tentu dompet kawan kita tu tadi dah lesap, duit pun masuk poket orang lain.

Bukankah amalan tepati masa dah Allah terangkan dalam satu surah dalam Al-Quran?
Bukankah sifat amanah juga adalah satu sifat Nabi Allah?

Orang Jepun telah jauh meninggalkan kita dalam 2 aspek ini.

Tu belum lagi tengok pada kebersihan. Anda sendiri pun dapat menilai, siapakah lebih Islamik? Siapakah yang lebih mengamalkan ajaran Islam.

OK. Cukup dulu celoteh untuk hari ini. Saya tulis blog ni pun untuk peringatan kepada diri sendiri. Sahabat pembaca semua pun boleh mengambil iktibar.

Sekian.

SaifKhalid

Kelahiran Kedua

Lebih seminggu juga blog tak dikemaskini. Antara lain sebabnya adalah…jeng jeng jeng…

 

Alhamdulillah..

Syukur pada Allah atas kurniaan cahaya mata kedua kami.

 

its a boy Kelahiran Kedua

 

Muhammad bin Saif Ar-Rahman, lahir pada 4.03pm, 18 Jun 2014 di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Semoga Muhammad menjadi pengikut Nabi Muhammad yang sejati, menjadi pendokong Islam kelak. Aminn..

 

اللهم فقهه في الدين و علمه التأويل

 

Nantikan cerita pengalaman kami menanti saat kelahiran Muhammad dalam entri yang akan datang. 🙂

 

1 2 3