Category Archives: Vitamin C

Atasi Derita Sakit Pinggang

Sakit Pada Pinggang

 

Sakit pinggang adalah antara sakit yang paling kerap dialami oleh masyarakat secara umumnya.

Cuma tak ramai yang ceritakan kepada orang lain. Kebanyakan kita memilih untuk pendamkan sahaja.

“Alah, biasa la sakit pinggang.”

“Nanti baiklah tu.”

“Sikit je, tak teruk pun.”

Ni antara slogan yang biasa orang kita pakai. Nak kata alasan pun tak juga. Masing-masing cuba ubati diri dengan cara psikologi. Baguslah kita tak merungut.

Tapi kalau sakit pinggang lama sangat, eloklah kita cari penawar atau ubatnya. Sakit pinggang lama-lama kan susah nak buat kerja dengan sempurna.

Ada yang sakit pinggang selepas lahirkan anak, sampai tak boleh nak tidur melentang. Ada yang tak dapat nak rukuk dengan sempurna – rukuknya congket sedikit ke atas. Sepatutnya kepala kita sama paras dengan punggung.

 

atasi derita sakit pinggang belakang

 

Punca Sakit Pinggang

 

1. Beban Terlalu Berat

Dalam memelihara dan menggerakkan badan dalam keadaan apa sekalipun, pinggang kita memainkan peranan penting. Nak gerakkan kaki pun pinggang perlu bertindak supaya keseimbangan badan dapat dikawal.

Apatah lagi dengan beban yang berat. Beban di sini membawa maksud tubuh badan kita dan juga barang yang kita bawa/tanggung. Dalam menanggung berat yang berlebihan, kita terdedah kepada sakit pinggang jika postur badan kita tidak betul.

 

2. Kasut Tumit Tinggi

Kenapa kasut tumit tinggi menyumbang kepada sakit pinggang? Apabila kita pakai kasut tumit tinggi, postur badan kita telah lari dari kejadian asal tubuh badan kita. Ia akan menonjolkan punggung dan juga dada kita.

 

3. Sokongan Tak Sesuai

Perhatikan bagaimana postur badan kita semasa kita tidur. Bahagian belakang badan kita harus selesa. Penggunaan tilam yang terlalu lembut akan membuatkan bahagian pinggang kita ‘tenggelam’ ke dalam tilam. Jika kita rasakan tilam terlalu lembut, cuba sesekali kita tidur di atas lantai dengan alas tidur yang minima. Rasakan perbezaannya.

Selain itu, lihat pada postur badan kita ketika bekerja. Pastikan cara duduk kita di kerusi adalah tegak. Badan kita sepatutnya berbentuk ‘S’, bukannya ‘C’. Jika kerusi kita tidak cukup ergonomik, boleh gunakan sokongan tambahan pada kerusi. Ia akan membuatkan abdomen kita sedikit kehadapan.

 

duduk ergonomik Atasi Derita Sakit Pinggang

 

Jika anda penat dan mahu melunjurkan kaki, cuba lakukan dalam keadaan baring, bukannya secara duduk.

 

4. Posisi Salah

Kita sering memandang remeh kepada perbuatan membongkok. Contohnya ketika kita menyalin lampin anak, berkebun, memasak, menolak troli, mengangkat barang dan sebagainya.

Kerap membongkok walaupun dalam tempoh masa yang sekejap mampu membuatkan kita sakit belakang. Sebaliknya, kita sepatutnya duduk – rendahkan pinggang – ketika memandikan anak, mengangkat barang dari lantai, berkebun dan lain-lain.

 

Mencegah Sakit Belakang dan Pinggang

 

1. Duduk dalam keadaan tegak.

– Semasa duduk membuat kerja harian, semasa memandu, semasa memandikan anak, berkebun dan sebagainya.

2. Pastikan belakang kita tegak semasa mengangkat barang berat.

– Cangkunglah ke bawah dalam keadaan belakang kita tegak. Bukannya bongkok ke dapan semasa mengangkat barang.

3. Tidur atas tilam yang agak keras.

– Tilam yang terlalu lembut membuatkan badan kita melengkung. Kita akan berasa tidak selesa ketika bangkit dari tidur.

4. Kurangkan berat badan.

– Usaha untuk dapatkan berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambah beban kepada tulang belakang.

5. Hindari kasut tumit tinggi.

– Pakailah kasut bertumit rendah. Paling-paling pun, pakai kasut wedges.

6. Bersenam.

– Bersenam mampu menguatkan sendi pada tulang belakang. Jika kita duduk atau berdiri dalam masa yang panjang, luangkan masa seketika untuk meregangkan badan.

7. Hindari duduk atas dompet.

– Lelaki selalunya meletakkan dompet di dalam poket belakang punggung. Jadi bila kita duduk, dompet itu akan meninggikan sebelah punggung. Jika duduk lama dalam keadaan tersebut, kita akan sakit belakang.

Saya sendiri telah membuang tabiat tersebut sejak beberapa tahun. Saya sentiasa letakkan dompet di poket sisi seluar atau di poket baju di hadapan. Lebih rapat dengan hati. Hehe. Saya juga berasa lebih sihat!

8. Makanan tambahan (supplement) yang menyokong kekuatan tulang belakang dan sendi.

– Kajian mendapati Vitamin-C membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan pada sendi tubuh badan kita. Vitamin-B pula membantu menjaga kesihatan tulang dan rawan. Juga menenangkan saraf yang keradangan yang disebabkan geseran berlebihan. Vitamin-D pula menyokong kekuatan tulang. Kalsium – kerang, kekacang, bijirin – menyokong kesihatan tulang.

Set Sakit Pinggang Shaklee - Atasi Derita Sakit PinggangSet sakit pinggang berharga RM296.

 

SMS/Whatsapp kami untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Kami akan berikan jadual pemakanan suplemen dan konsultasi PERCUMA untuk anda!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

Rujukan:

Imam Ahmad Ibnu Nizar, 2009, “Sehat itu Mahal…!”, Diva Press.

Vitamin Anak Pintar Cerdas

Vitamin Anak Pintar Cerdas

 

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.

Melihat anak membesar di hadapan mata sendiri adalah satu perkara yang tidak dapat dilupakan.

Ada kala anak membuat kita gembira, terhibur, terketawa, dan ada ketikanya anak membuat kita geram atau marah.

Ada saja kerenahnya yang menguji bakat keibubapaan kita.

Sabar ya ibuayah sekalian. Anak-anak membesar memang pintar dan cerdas.

 

Kami yang mengasuh anak yang dua orang ni pun sedar tak sedar anak pertama dah berumur dua tahun.

 

Sangat petah bercakap.

Pantang kita bercakap, semuanya dia simpan dalam kepala. Ada yang diajuknya terus, dan ada yang diulang kembali beberapa ketika selepas itu.

Kadang-kadang terfikir, “Eh bila pulak aku ajar dia perkataan tu? Betul pulak konteks penggunaan dia.”

Sopan dalam bertutur kata, lebih-lebih lagi bila Khadijah memujuk kita atas sesuatu perkara.

Sejuk hati melihatnya. Alhamdulillah.

 

Setiap hari dia akan meminta, “Ayah, nak ikabici!”

 

Ikabici tu apa? Oh, itu bahasa pelat dia untuk Vitamin-C. ^^

 

Kami bagi anak makan Chewable Vita-C Plus setiap hari.

Rasanya masam, tapi Khadijah sangat sukakannya!

Sehari sebiji sahaja untuk kanak-kanak.

Kami pun kadang-kadang makan Chewable Vita-C ni, jadi gula-gula. Biasanya kami makan Sustained Release Vita-C Plus.

 

Vitamin Anak Pintar Cerdas

 

chewable-vitac-nutrition Vitamin Anak Pintar Cerdas
Chewable Vita-C Plus 100mg, 90 tablet, RM37.50.
 

Kalau makan untuk seorang, tahan 3 bulan tu. Sebiji cuma 42 sen. Murah bukan?

Antara khasiat Vitamin-C ni ialah meningkatkan sistem imun, mencantikkan kulit, mengekalkan kolesterol sihat. Bacaan lanjut khasiat Vitamin-C di sini.

 

 

Selain Vitamin-C, sistem imun dan kecerdasan juga dapat ditingkatkan dengan mengamalkan Omega Guard™.

Dibuat daripada minyak ikan terbaik.

Sesetengah kanak-kanak suka kunyah Omega Guard hari-hari. Ya, makan begitu sahaja!

Tapi kalau tak lalu dengan baunya, boleh telan dengan air. Ia mudah ditelan kerana bentuknya dalam softgel.

Omega Guard kaya dengan EPA, DHA, dan Omega-3. Bacaan lanjut Omega Guard di sini.

Vitamin Anak Pintar Cerdas omega-guard-heart

Omega Guard™ 90 biji, RM136.

 

Kanak-kanak hanya perlukan sebiji sehari. Boleh tahan sehingga 3 bulan untuk seorang anak.

Hanya RM1.50 sehari. Harga yang berpatutan untuk minyak ikan yang terbaik.

 

Inginkan anak pintar cerdas? Secara semulajadi.

Hubungi kami untuk khidmat nasihat PERCUMA.

Juga boleh dapatkannya secara online di sini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

Saya yakin setiap ibu yang melahirkan anaknya mesti berhasrat untuk menyusukan (breastfeed) anak mereka sehingga usia 2 tahun. Saya pun macam tu juga. Semangat berkobar-kobar nak susukan anak.

Alhamdulillah hasrat saya tercapai.

Menysukan anak bukan semudah ABC yang kita sangkakan. Ianya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Ya, pengorbanan yang sangat tinggi diperlukan kerana kebaikan dan kelebihan susu ibu tak dapat kita perolehi dari susu yang lain.

Saya ada kongsi mengenai kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi di sini. (Part 1 dan Part 2)

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

Ibu menyusu memerlukan tenaga yang lebih dari ibu yang tidak menyusukan anak. Ibu menyusu juga perlu sentiassa bersikap positif dan tenang agar proses penyusuan tidak terganggu. Jika ibu terlalu penat dan letih, penyusuan bayi mungkin tidak begitu baik. Ibu menysusu sangat memerlukan suplemen bagi membantu memberikan tenaga segera kepada mereka. Set Ibu Menyusu Shaklee adalah jawapannya!

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

1) ESP  (850g RM150)

– Memberi tenaga kepada ibu yang menyusu

– Membantu membina tisu badan

 

2) Vita-Lea (120 tabs RM88.75)

– Sejenis multivitamin yang dapat menjadi pelengkap nutrisi

– Dapat memeberi tenaga segera, kecerdasan badan dan otak kepada ibu menyusu

 

3) B-Complex (120 tabs RM53.75)

– Anti-stress

– Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan

 

4) Sustained Release Vita-C Plus (180 tabs RM92.50)

– Membantu meningkatkan imuniti badan

– Membantu penyerapan iron

 

5) Ostematrix (120 tabs RM61)

– Sumber kalsium, magnesium dan yang seangkatan dengannya

– Melengkapkan kembali kalsium dalam tulang kita

– Membantu masalah kekejangan dan kebas-kebas

 

6) Alfalfa Complex (330 tabs RM53.75)

– Sebagai milk-booster

– Ejen detox

 

Set Ibu Menyusu Shaklee

 

Bila ibu bertenaga, tenang dan tidak stress, insyaAllah dapat menyusukan bayi dengan baik. Susu yang dihasilkan akan lebih banyak bila bayi kerap menyusu. Suplemen Shaklee sangat membantu dalam menjayakan penyusuan bayi.

 

 

 

Ingin cuba? Nak dapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee??

Klik link ini untuk dapatkannya secara online sekarang.

Juga boleh Call/Whatsapp/SMS kami untuk harga istimewa atau pertanyaan lanjut mengenai set menyusu ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

Rawatan Resdung Yang Berkesan

Rawatan Resdung Yang Berkesan

Hidung anda sering tersumbat di pagi hari? Atau sepanjang hari?

Kerap sakit kepala, pipi dan dahi?

Atau ALAH kepada habuk dan debu, juga kepada makanan laut? Lagi-lagi BELACAN, ye tak?

 

sinusitis Rawatan Resdung Yang Berkesan

 

Sebelum itu..

Apakah itu Resdung?

 

Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, memecahkan resdung kepada 2 kategori.

Pertama, rhinitis alahan, di mana seseorang itu kerap tersumbat hidung, bersin, dan gatal hidung/mata.

Kedua, sinusitis – sinonim dengan hingus yang berwarna kuning, atau hijau. Malah mungkin bercampur dengan darah. Pesakit juga kerap sakit kepala, sakit hidung dan pipi.

 

 

Dulu saya juga mengalami masalah-masalah di atas.

Saya selalu tersumbat hidung pagi-pagi. Kerap juga sakit kepala dan pipi. Rasa macam lompong dalam pipi. Keradangan.

Paling teruk bila tiba-tiba keluar air/hingus kuning dari hidung. Tanpa amaran. Tau-tau dah keluar. Nak ambil tisu pun tak sempat.

Sehinggalah saya menemukan penawarnya baru-baru ini.

 

Syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t. kerana pertemukan saya dengan penawar resdung ini.

 

Saya rasa bertanggungjawab untuk kongsikan pengalaman saya kepada rakan pembaca semua.

Semoga bermanfaat. Dengan izin Allah.

 

 

Rawatan Resdung Yang Berkesan

 

Atas nasihat keluarga, saya mengamalkan set tiga serangkai.

Saya hanya amalkan sebiji B-Complex, sebiji Vita-C dan lima biji Alfalfa. Dua kali sehari.

Pengambilan pertama saya telah pun menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Ini membuatkan saya yakin dan terus mengamalkan dosage tersebut.

 

Alhamdulillah, resdung saya lega dengan cepat sekali.

 

 

Resdung Rawatan Resdung Yang Berkesan

1. B-Complex. 120 biji. RM53.75

Meredakan tekanan, sakit kepala, dan juga alahan.

2. Sustained Release Vita-C Plus. 180 biji. RM92.50

Antioksida hebat. Membantu menyembuhkan tisu tubuh.

3. Alfalfa Complex. 330 biji RM53.75/700 biji RM97.50

Raja segala tumbuhan. Bertindak melawan alahan.

 

 

Ingin cuba?

Klik link ini untuk dapatkannya secara online sekarang.

Juga boleh Call/Whatsapp/SMS kami untuk harga istimewa atau pertanyaan lanjut mengenai set resdung ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Ibu yang baru melahirkan anak pasti tidak terlepas melalui tempoh berpantang. Ada yang suka, dan ada yang tidak menyukainya. Biasalah, banyak sangat restriction. Hehe… Ini tak boleh makan, itu tak boleh makan. Kena banyak sabar. Dua bulan saja tempoh berpantang. Dah bertahun-tahun kita makan kan.. Setakat dua bulan tu , pejam celik pejam celik dah habis. 😀 Baby pun dah besar.

 

Set Berpantang Shaklee

Hari ni, saya nak berkongsi dengan para pembaca mengenai Set Berpantang Shaklee yang memang HOT di pasaran! Kalau dulu, orang berpantang dengan jamu, rebus daun-daun kayu. Tapi sekarang dah moden, semua masuk mulut, telan saja. Hehe.. Yang penting kesihatan ibu dan anak semasa dalam pantang TIPTOP. Zaman sekarang, orang nak benda yang cepat dan efektif. Sebab itulah Set Berpantang Shaklee menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan, ditambah dengan khasiatnya yang hebat, dapat membantu kesihatan ibu-ibu dalam pantang.

Jom kita intai-intai apa yang ada dalam Set Berpantang Shaklee ni.

 

Untuk Set Asas Berpantang Shaklee, ianya terdiri daripada :

1) Vitalea

Kandungan : Mengandungi vitamin A, D, E, C B1, B2, B3, B6, B12, B5, Asid folik, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat besi, Magnesium, Copper dan zinc. Anda boleh merujuk kepada entry mengenai vitalea di sini.

Fungsi : Ianya dapat membantu ibu berpantang dalam memberi penambahan tenaga segera, pelengkap nutrisi, membantu stimulasi metabolisma dan menyediakan asas nutrisi untuk pertumbuhan sel baru dalam tubuh badan.

 

2) B-Complex

Kandungan : Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.

Fungsi : Ianya dapat membantu melawan tekanan, mengelakkan kemurungan dan insomnia. Ibu berpantang sangat penting untuk berada dalam keadaan yang tenang. Jika berada dalam keadaaan tertekan, ianya boleh membawa kepada tekanan perasaaan atau lebih teruk dikatakan meroyan. Kestabilan emosi adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan ibu berpantang adalah baik.

 

3) Vitamin C

Kandungan : Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya. Mengandungi 120mg bioflavonoid.

Fungsi : Ianya dapat memperbaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun badan dan mampu menghapuskan radikal bebas. Ibu berpantang sangat-sangat memerlukan imuniti yang tinggi dari mudah diserang penyakit ketika berpantang.

 

4) Zinc Complex

Kandungan : Mengandungi zinc glukonat semulajadi, kalsium dan serbuk alfalfa untuk mengahsilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh.

Fungsi : Ianya dapat meningkatkan sistem imun badan, memepercepatkan pemulihan luka dan mengurangkan keguguran rambut. Untuk ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan, adalah digalakkan untuk mengambil zinc bagi mempercepatkan kesembuhan luka selepas pembedahan. Bukan itu sahaja, masalah keguguran rambut juga dapat diselesaikan dengan pengambilan zinc ini.

 

Untuk penambahan Set Berpantang Shaklee (Premium) :

5) Ostematrix

Kandungan : Kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Fungsi : Ianya dapat menguatkan tulang, gigi dan dapat melegakan kekejangan dan kebas-kebas. Ianya juga dapat meringankan stress, mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur yang selesa, sakit kepala dan depresi. Pengambilan kalsium adalah sangat penting buat ibu berpantang kerana mereka perlu untuk kekal sihat setelah mengandungkan bayi mereka selama 9 bulan. Banyak kalsium yang telah berkurang dan perlu diganti semula.

 

6) Energizing Soy Protein (ESP)

Kandungan : Dihasilkan daripada 30kg non-GMO soya. Ianya mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ianya diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Fungsi : Ianya dapat membantu membina otot, kuku, rambut dan darah. Ianya juga dapat membekalkan tenaga dengan segera dan merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta dapat mengurangkan kedutan. Ianya sangat baik diambil ketika berpantang kerana ibu berpantang akan kerap menyusukan anak mereka. Mereka memerlukan tenaga yang berpanjangan untuk terus menjayakan penyusuan mereka.

 

Set Berpantang Shaklee

Klik untuk besar

 

 

Melalui pengalaman saya, semasa dalam pantang memang kita para ibu memerlukan tenaga yang banyak. Dengan kekerapan menyusukan anak, membuatkan kita kadangkala cepat letih dan tertekan. Sebab itulah Set Berpantang Shaklee perlu diambil bagi memberi tenaga, meredakan tekanan dan memperbaiki kesihatan kita setelah 9 bulan mengandungkan bayi. Malah , kesihatan yang baik ini dapat membuatkan kita sentiasa segar bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian.

InsyaAllah, untuk kelahiran anak kedua tidak lama lagi, saya akan mencuba Set Berpantang Shaklee ini. Sewaktu anak pertama dulu, saya masih belum kenal dengan Shaklee. Terlepas kapal lah kan. 🙂 Berpantang pun gitu-gitu sahaja. Saya jarang sakit-sakit sebelum beranak, tetapi selepas melahirkan Khadijah, badan mula sakit-sakit, kebas-kebas, letih dan lesu. Melihatkan testimoni ramai pengguna yang jatuh cinta dengan Set Berpantang Shaklee ni membuatkan saya tak sabar nak merasai perbezaannya!

Anda pun nak cuba? JOM!

 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

1 2