Category Archives: Vitamin C

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum w.b.t

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

 

Pastinya ramai ibu yang mengandung, tak sabar menanti kelahiran si manja kan? Sama seperti kami juga yang pertama kali menjadi ibu dan ayah. Saya pun tercari-cari pengalaman bersalin anak pertama di google. Sebab tak dapat nak bayang macam mana lagi. Yang pasti, saat kelahiran merupakan saat yang mengujakan. Mau tak nya, 9 bulan menunggu. 😉 Bercerita mengenai pengalaman mengandung anak pertama memang penuh cabaran! Alhamdulillah diharungi dengan penuh tabah. Anda boleh baca di link atas.

 

Sudah Overdue

Kalau diikutkan due date, memang dah overdue. Overdue 4 hari je kot rasanya. Should not be a problem pun. As long as the baby is still in active mode. hehe… Memang rasa cuak jugak lah. Terutamanya 1st time mom macam saya. Gelabah pun ada jugak. Tapi, suami banyak tenangkan diri saya. Terima kasih suami 🙂 Nak pulak jiran sebelah rumah mak dah beranak 2 minggu dah. Yang kita ni, blum ada apa-apa tanda.

 

Tanda-tanda hampir bersalin

Pagi 5 Jun 2012, pukul 10am saya rasa nak buang air besar. Perkara normal lah tu kan? Terkejut tiba-tiba keluar tanda. Nervous dah. Tapi take a deep breath dulu. Kemudian, beritahu mak. Mak cakap ikut history mak, kalau keluar tanda dan asyik rasa nak buang air besar tu , tandanya nak beranak dah. Terus gelabah! Sebabnya lepas pada tu, asyik buang air besar saja. Mula la sms suami cakap dah kluar tanda. Ada rasa contraction. Tapi mild saja. Tak sakit sangat pun. Kadang-kadang kerap sangat rasa. 2,3 minit skali rasa. Cuak juga takut nak terberanak dah. Teringat suami ada di tempat kerja. Terus minta suami pulang. Mak pun push kami untuk ke hospital. Tapi kami berdua lengah-lengahkan masa. Pukul 12 tengahari tu, saya mulai risau, saya pun ajak suami ke hospital. Tu pun masih melengah-lengahkan masa lagi. Pukul 1pm baru pergi.

 

Vaginal Examination (VE)

Sampai di hospital, nurse check baru 1cm. Erkk…. baru 1 cm ke? OK lah. Ingat boleh balik rumah. Dalam hati nak berjalan-jalan dulu. HAHA… ada hati lagi tu nak jalan-jalan. Disebabkan saya dah overdue, doctor suruh admit lah jugak. So, masuk lah wad antenatal.

Dalam wad ni ramai kakak-kakak yang admitted sbb GDM dan darah tinggi. Mostly baru 30 weeks plus. Cuma kakak sebelah katil saya yang memang admitted sebab dia dah dilated 2cm. Saya hanya sembang2 saja. Tak lalu makan. Malam tu pukul 1 pagi, saya tak boleh tido sebenarnya. Saya minta tolong suami bawakan bantal sebab tak selesa tido. Orang lain dalam wad tu semua dah tido. Saya dah rasa contraction yang masih boleh tahan sakitnya. Kakak sebelah katil saya ni kadang-kadang dengar dia tarik nafas tahan sakit. Kemudian, suami datang dan saya cakap saya minta dia panggilkan nurse sebab contraction dah makin kerap. Check jalan, da dilated 4cm. Alhamdulillah… 🙂 Tp saya lengah-lengahkan lagi masa ambil baju, pergi toilet buang air semua. Hehe… Nurse yang nak bawa ke labour room tu tunggu lama.

 

Labour Room

Masuk je LR, doctor terus pecahkan ketuban tanpa beritahu saya awal2. Saya terkejut sebenarnya. Bila dah pecahkan, baru dia cakap saya pecahkan ketuban. Adoi… Beritahu la awal-awal. Baru saya ready. Lepas pecah ketuban, memang contraction makin kerap dan makin sakit. Fuh~! Allah saja yang tahu sakitnya. Lepas tu saya sorang-sorang je dekat hall sebelah tu. Dengan nervous mendengar orang dalam LR yang terjerit-jerit sakit nak beranak. Dengan suara nurse jerit-jerit cakap baby dah nak keluar. Stress jugak masa tu. Lampu tepi hall saya tu pun dah ditutup. Tempat saya je yang terang berlampu. Kalau ada hantu lalu pun, tak hairan dah. Sakit punya pasal, kena tinggal sorang-sorang. Sangat mengharapkan suami ada di sisi untuk tenangkan diri. Tapi apakan daya….. Saya asyik-asyik panggil nurse cakap saya sakit. Nurse reply “memang semua orang sakit macam tu dik”. OK, fine. Saya pun rasa give up nak panggil. Tp selang beberapa minit, rasa macam memang nak terkeluar sangat dah baby. Panggil nurse, nurse ulang ayat yang sama. Dia siap cakap saya kurang-kurang pun beranak pukul 6 pagi. Saya panggil lagi nurse. Suara macam orang merayu-rayu tersepit celah bangunan. Dengar tak dengar. Sedih sangat masa tu. Sebab memang da rasa baby nak keluar. Nurse pun mungkin tak larat dengar saya panggil, dia pun datang. Dan tak sempat nak cakap apa2, dia dah gelabah cakap “panggil suami dia cepat! baby nak keluar dah” Memang kepala Khadijah dah ada pun. Tak sempat la nak tolak masuk bilik tuk beranak. Beranak kat hall luar tu je. Nasib baik takdak siapa, suami boleh masuk hall tu.

Memang saya push banyak kali sebab saya amat2 terganggu dengan jeritan nurse untuk suruh saya push. Main push saja. Sepatutnya bila rasa contraction, baru push.Sampai kena episiotomi. Banyak jugak potong. Rasa daging dipotong gunting. Tapi tak sakit. Sebab sakit lagi contraction yang last tu. Lepas last push tu, purrrrffffffffff…… Allah… Allah…. Alhamdulillah Khadijah keluar dengan selamat.Perasaan dia macam korang tak berak seminggu dan segalanya keluar one shot! Hehe… Lepas je bahu Khadijah keluar, hilang semua sakit. LEGAAAAAAAAA…… :))

Khadijah lahir tak menangis pun. Mulut dia bentuk O. macam terkejut agaknya keluar. Haha… comel je. Bila nurse pakaikan baju baru dia nangis. Khadijah lahir pukul 3.12 pagi. Kemudian, ingatkan kelegaan tadi berpanjangan. Rupanya lupa lak yang nurse nak jahit luka epi tadi. Sekali lagi sakitnya. Sabar je…. Ubat bius tak rasa apa pun. Ke belum berkesan, tapi nurse dah jahit terus. Pasrah. Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada nurse tu yang berusaha menyelamatkan saya dan Khadijah. Semoga Allah menghargai usaha dan sumbangan beliau menyambut bayi di hospital tersebut.

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

 

Alhamdulillah melahirkan Khadijah adalah satu proses yang bagi saya senang. Sakit pun tak lama. Semoga Allah memepermudahkan kelahiran permata hati kami yang kedua tak lama lagi pula. Pengalaman bersalin anak pertama adalah berbeza mengikut orang. Dan kalau orang yang sama pun, kelahiran yang seterusnya mungkin tak sama. Kita kena enjoy setiap kelahiran. Memang best! 🙂

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Suka kerut dahi masa umur 7,8 bulan. Masa ni debab lagi. Sekarang dah tinggi macam ayah dia.

Saya duduk di hospital selama 2 hari. Alhamdulillah kesihatan saya dan Khadijah amat baik. Luka jahitan saya 3 minggu jugak baru OK. Ni pun pantang makan. Waktu tu saya guna cecair bersihkan luka saja. Saya tak ingat dah nama dia apa. Losyen kuning ke apa. Dulu saya belum kenal Shaklee. Kalau tahu dulu dah lama amik zinc complex. Saya ada ceritakan pengalaman berpantang anak kedua yang memang best! Seminggu sahaja luka jahitan baik. Sebab saya consume set berpantang Shaklee.

Selepas kelahiran Khadijah, bermula lah kehidupan sebagai ibubapa. Dan bermula juga kehidupan tak cukup tido malam-malam. hehe… Ini lah serba sedikit pengalaman bersalin anak pertama saya. Mungkin kisah anda lebih menarik. Boleh kongsikan di ruangan komen. 🙂

 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

 Gambar latest Khadijah. Permata hati pertama kami KHADIJAH. Bulan Jun 2014 ni akan genap 2 tahun usia. Semoga Khadijah menjadi anak yang solehah dan musleh, berjaya di dunia dan akhirat. Ameen…

SET BERPANTANG SHAKLEE

Klik untuk besar

Klik untuk besar

Saya menyesal untuk kelahiran pertama ni saya belum kenal Set Berpantang Shaklee. Anda pun taknak menyesal jugak kan macam saya? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Kita sembang-sembang kongsi pengalaman OK. 🙂

 

 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?

 

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Penawar Resdung

 

Assalamualaikum.

Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hebat, berkenaan resdung saya yang sembuh dengan cepat selepas makan vitamin Shaklee.

Ramadan lepas, saya terpaksa menelan supplement sebab resdung melanda dengan agak teruk. Saya tak tau la seteruk mana resdung saya berbanding orang lain. Tapi pendek kata susah la nak buat keje. Nak tarawih pun selalu terganggu.

Bahagian tulang dalam pipi saya sakit teruk. Keradangan. Rasa lompong dalam pipi.

Cairan kuning selalu keluar dari hidung. Dah la keluar laju, takda warning pulak. Even tangan ni nak tarik baju untuk lap hidung pun tak sempat. Tau2 dah menitik kat baju.

 

Penawar Resdung Shaklee

 

Last skali orang rumah suruh makan set resdung Shaklee. So saya telan Alfalfa, Vita-Lea, B-Complex & Vita-C.

Resdung saya sembuh dengan cepat! Alhamdulillah.

Radang di pipi terus hilang. Cairan kuning pun beransur-ansur berkurang, sampai takda langsung dah.

Kalau ada antara pembaca mengalami masalah yang sama, saya syorkan supaya makan set resdung ni. Memang sangat melegakan. Takda serabut dengan tisu lagi dah. Sakit tulang pipi hilang. 🙂

 

Set Penawar Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee

 

Sekian. Sihat untuk beramal.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Vitamin Untuk Lelaki

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagaimana wanita-wanita ingin sihat menawan, lelaki juga inginkan pakej lengkap. Sihat, cergas, segak, tampan. Kali ini kami akan berkongsi dengan para pembaca mengenai Set Kesihatan Lelaki dari Shaklee.

 

vitamin lelaki sihat

 

Lelaki tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan macam-macam lagi.

Set Kesihatan Lelaki Shaklee merupakan makanan tambahan semulajadi untuk membekalkan nutrien terbaik untuk para lelaki, sama ada yang masih bujang atau pun yang dah berumah tangga.

  1. Vita-Lea – Klik
  2. B-Complex
  3. Vita-C – Klik
  4. Vita-E
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard

 

Set Kesihatan Lelaki

Set Kesihatan Lelaki

Antara kebaikan Set Kesihatan Lelaki;

  • Meningkatkan kecergasan
  • Memelihara prostat
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Kebaikan Vitamin C

Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang tahu mengenai vitamin C. Terutamanya di kalangan wanita. Maklum lah, umum diketahui bahawa vitamin C dapat menjadikan kulit seseorang lebih anggun dan menawan. Tahukah anda bahawa vitamin C bukan saja baik untuk kulit, malah banyak lagi kelebihannya. Jom kita korek maklumat tentang vitamin C.

 

FAKTA DAN KELEBIHAN VITAMIN C

1) Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia. Oleh itu, vitamin C boleh diambil melaui makanan atau pun makanan tambahan iaitu vitamin.

2) Antara makanan yang mengandungi vitamin C adalah seperti buah-buahan sitrus ( oren, epal), buah beri, kobis bunga, anggur, lemon, nenas, strawberi dan buah memepalam a.k.a mangga.

3) Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sistem badan.

4) Dapat membantu pertumbuhan tisu, fungsi kilang adrenal dan pertumbuhan gusi yang sihat.

5) Dapat membantu dalam pengeluaran hormon anti-stress.

6) Dapat mengurangkan gejala penyakit athma

7) Dapat membantu mencegah kanser

8) Dapat mencegah daripada kesan merbahaya oleh pencemaran.

9) Dapat meningkatkan penyerapan zat besi.

10) Boleh bercantum dengan bahan toksik dan menyahkan ia dari badan.

11) Dapat mengurangkan paras kolestrol.

12) Dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

13) Dapat membantu dalam pembentukan kolagen.

14) Dapat mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal.

15) Dapat mengurangkan risiko katarak.

16) Mempercepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

 

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

1) Sakit-sakit dan sengal badan

2) Bengkak gusi

3) Hidung berdarah

4) Wajah kusam

5) Anemia

6) Penyakit Scurvy ( pendarahan gusi, lebam-lebam dan pendarahan pada badan)

7) Mengalami stress

 

Bukan susah pun sebenarnya untuk kita mendapatkan vitamin C. Jangan pandang mudah. “Alaa takpelah, vitamin C je pun. tak perlu sibuk-sibuk nak makan. Makan pizza lagi bagus. Buang duit je nak beli” FIKIR SEKALI LAGI YE, sebelum cakap macam ni. Sayangi diri anda dan keluarga. 🙂

Kalau rasa malas sangat nak potong buah, nak makan buah, boleh ambil vitamin C dari Shaklee. Buka botol, kunyah saja. Yummy~~ masam-masam manis rasanya. Sedap! Tak tau nak cari mana vitamin C? Jangan pening-pening. Boleh call kami atau sms.

vita C

Vitamin C chewable 100mg

Hubungi kami:

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

1 2