Jom Hebat! di Sg. Petani

 

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, Sabtu lepas (28 sept 2013) saya, suami dan lil’ mujahidah Khadijah, berpeluang menghadiri program Jom Hebat! di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Walaupun lambat (sebab salah tempat pegi -_- ) kami bersyukur selamat sampai. hehe.. Thanks to K B yg bagi alamat pada kami. Sebab kami takda smart phone, SEMAK phone adalah. So, tak boleh nak check di fb alamat dia.

Selalunya, weekend kami memang full, dengan usroh lagi, urusan rumah, urusan bisnes dan kenduri. Dan weekend kali ni alhamdulillah, diisi dgn program yang bermanfaat.

Program bermula jam 930am. Tapi kami sampai pukul 10am. Masuk-masuk je K Lyna dah bagi talk. Talk yang disampaikan oleh K Lyna yang bertajuk erk…. saya datang lambat jadi saya tak sure tajuknya. Yg pasti Master Lyna bagi talk mengenai benefit shaklee, 3C , uv dan etc. Bermanfaat terutamanya bagi mereka yg baru berjinak2 dalam bisnes Shaklee ini.

shaklee kulim 1

 

Presenter kedua adalah kak Suhaida Su’aid. Kak Suhaida present mengenai Kenapa saya pilih Shaklee? Kak Suhaida ni sudah banyak mencuba bisnes2 yang lain seperti menjual barangan bayi dan fotografi. Semuanya bisnes-bisnes ini dibandingkan dengan bisnes Shaklee. Dan ternyata, bisnes Shaklee memenuhi kehendak ibu-ibu yang inginkan masa bersama anak-anak. Sambil berbisnes, anak di depan mata. 🙂 Sebebnarnya saya baru kenal kak Suhaida ni. Rupanya dialah anak pakcik yang suami saya selalu jumpa di masjid. Pakcik tu cakap anak dia pun buat Shaklee. Anak dia pharmacist katanya. Dan dia pun pernah pergi Magik Utara di Cinta Sayang bulan lalu. Allah mempertemukan kami di Laguna. Salam perkenalan. Semoga ukhuwwah berkekalan.

shaklee kulim 2

 

Seterusnya, segmen From Zero to Pro by Kak Farhah. Kak Farhah ni student UIA. Saya penah jumpa dia dulu di UIA. Tapi ingat-ingat lupa nama dia. Kak Farhah berkongsi mengenai cara nak skor UV dan naik rank. So, lepas ni kita boleh letak target untuk naik rank. TARGET! sangat penting! Kalau tak da target, ke laut lah kita. Macam hidup tapi takda tujuan. Apa jadi? sia-sia kan? -_-

shaklee kulim 3

 

Seterusnya, Mamaa Adamia punya turn. Tajuknya ialah Pencen Shaklee vs Pencen makan gaji. Haaaa… mana 1 pilihan kalbu?? hehe… Dulu angan-angan saya mestilah nak bekerja di luar. Mempunyai title engineer. Tapi lepas grad, dapat baby, terus duduk di rumah dan berangan nak jadi businesswoman. Alhamdulillah tercapai. Masih bertatih dalam Shaklee, tapi kami berusaha ikut apa yang mentor buat untuk berjaya. InsyaAllah.

 

shaklee jom hebat

 

Gembira sangat dapat berjumpa kenalan-kenalan baru di Jom Hebat ini. Selama ni kenal atas talian saja. Sekrang dapat bersua muka. Semoga ukhuwwah kita berkekalan. Ameen~ Knowledge yang kami dapat, akn kami kongsikan dengan mereka yang ingin join kami. 🙂 FREE coaching, akan join secret group kami, lifetime coaching sampai berjaya! 😉

Berminat untuk bersama kami? Now is the RIGHT TIME!

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *