Kenapa Perlu Ambil Suplemen

Suplemen? Apa itu suplemen?

Rasanya ramai yang fikir macam-macam bila kita sebut suplemen.

Saya juga begitu.

Dulu, bila orang sebut suplemen, apa yang berlegar di kepala adalah MLM.

Tapi kenapa dengan MLM?

Bila sebut MLM je, kita akan lebih waspada, betul? Sebab selama ni banyak betul kes-kes yang tak indah diceritakan dalam dunia MLM.

Tapi kini tidak lagi. Asalkan pandai menilai sesuatu syarikat dan pelan pemasarannya, anda akan mampu membuat pilihan bijak!

 


Kenapa Perlu Ambil Suplemen

 

Suplemen pada bahasa bermaksud penambahan. Atau pelengkap.

Dari segi istilah dalam dunia pemakanan, suplemen bermaksud makanan tambahan yang diambil untuk kesihatan badan. Sama ada untuk bahagian tertentu atau untuk kesihatan secara keseluruhan.

Suplemen juga bukanlha terhad kepada dunia kesihatan atau dunia pemakanan.

Kalau kita ada kereta, kita pasti akan mencari suplemen untuk kereta kesayangan kita. Contohnya tint film, sport rim, air freshener, etc.

Kalau ada handset, selalunya kita akan cari casing, screen protector, apps canggih manggih.

Yang ada rumah, tambah suplemen kepada rumah supaya lebih awesome. Macam-macam ditambah, awning, spotlight, alarm, etc.

Jadi, badan kita? Macam tu lah juga..kalau sayang kat kadan ni, mesti kita cari suplemen.

 

Ok, straight to the point.

Kenapa Perlu Ambil Suplemen?

 

Saya senaraikan 7 sebab untuk kali ni;

1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.

Dunia sekarang dunia moden. Tapi bab pengendalian pencemaran masih tak terkebelakang. sigh..

Setiap hari kita terdedah dengan asap kenderaan, asap rokok, asap pembakaran terbuka dan lain-lain. Benda ni semua tak dapat dinafikan dapat memudaratkan tubuh badan kita.

Begitu juga dengan air yang kita gunakan seharian. Air untuk mandi, minum, memasak, dll. Tubuh badan kita mengandungi ~70% air. Jadi kalau air kotor, atau tak cukup bersih, tak ke menghalang tubuh badan kita daripada berfungsi secara optimum?

Hampir setiap hari kita bermuamalah dengan bahan penyebab kanser. Dari beg plastik, bekas-bekas plastik, bedak talkum, alatan mekap, asap-asap merbahaya, dan macam-macam lagi.

Semua tu adalah penyebab utama kita kena ambil suplemen. Make sense?

 

Kenapa Perlu Ambil Suplemen

Asap kenderaan boleh mengakibatkan kanser

 

2. Badan memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan.

Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.

Contohnya Vitamin-C dan Vitamin-E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Jika kita selsema contohnya, kita juga memerlukan suplemen seperti Vitamin-C yang lebih untuk meningkatkan imuniti badan kita.

 

3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang.

Masyarakat sekarang kurang peka dengan pengambilan makanan yang seimbang. Bagaimana yang dikatakan seimbang? Kita boleh lihat semula piramid makanan yang kita belajar dulu di sekolah. Kita perlu tahu makanan yang mana perlu kita kurangkan dan makanan mana yang perlu dilebihkan.

Contohnya, jika seseorang itu sangat susah untuk makan sayur, dia perlu untuk mencari suplemen sebagai pengganti zat yang sepatutnya diperolehi dari sayur. Ini penting bagi mengekalkan kesihatan yang baik.

piramid makanan - Kenapa Perlu Ambil Suplemen

Piramid Makanan

4. Kehilangan zat makanan.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya semamsa kita memasak sayur, jika kita masak terlalu lama zat-zat dalam sayur tersebut akan hilang. Akhirnya kita tidak mendapat zat yang diperlukan oleh badan daripada sayur tersebut. Ini menjadi sebab kenapa kita perlukan suplemen bagi menggantikan zat-zat yang hilang tadi.

 

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran kebanyakannya tercemar.

Pada masa kini, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ditanam secara pukal. Ini menyebabkan para petani cenderung menggunakan bahan kimia yang berlebihan bagi memastikan tanaman mereka hidup subur tanpa gangguan penyakit. Ramai petani yang menggunakan racun serangga yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Bagi yang mengikut peraturan dan dos racun serangga yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib, mungkin masih boleh dimakan dengan selamat. Tetapi, jika ada penyalahgunaan racun serangga yang berlebihan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kita.

Kenapa Perlu Ambil Suplemen

 

6. Makan mengikut selera rasa.

Kita selalu dengar orang bercakap mengenai, kita makan untuk hidup? Atau hidup untuk makan? Persoalan yang sering ditanya. Tetapi, masyarakat kita masih lagi mengamalkan cara hidup hidup untuk makan. Makan mengikut selera tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut berkhasiat atau tidak. Ini menjadi sebab kenapa kita perlu ambil suplemen bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Kita perlu mengubah tabiat makan yang cenderung untuk merasa makanan yang sedap sahaja. Ramai rakyat Malaysia terutamanya mempunyai penyakit-penyakit kronik disebabkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat. Semuanya gara-gara nak yang sedap. Akibatnya kita tanggung selepas itu.

 

7. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.

Penyerapan nutrisi daripada makanan memerlukan medium yang sihat. Kadang kala pengambilan ubat-ubatan dan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan. Apabila berlaku gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan, badan kita tidak dapat menyerap nutrien yang sepatutnya diserap oleh badan.

 

Sudah terang lagi bersuluh kan kenapa perlu ambil suplemen? Jangan kita berlengah lagi. Kesihatan dalah sesuatu yang sangat berharga. Kurniaan yang Allah beri pada kita untuk dijaga. Bukan untuk diporak peranda. Laburkan sedikit wang bagi membeli suplemen yang sesuai dengan keperluan badan kita. Jangan terlalu kedekut sedangkan kita membazir wang untuk perkara lain yang belum tentu ada manfaatnya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Kepada mereka yang ingin mencuba vitamin pertama di dunia, kami cadangkan ambil Vita-Lea.

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *