Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Assalamualaikum warahmatullah..

Berkisar tentang post saya di FB semalam, hari ni saya terasa ingin berkongsi pengalaman kami suami isteri dalam melangsungkan majlis perkahwinan, yang mana kira-kira telah berlangsung dua tahun lepas.

Saya kira majlis perkahwinan yang telah kami jalankan cukup ringkas dan sangat bermakna.

Majlis kami mungkin agak pelik buat kebanyakan rakyat Malaysia. Kami buat majlis kami sebegini rupa kerana terasa ada sesuatu yang tak kena dengan adat resepsi rata-rata orang Malaysia masa kini.

Bukan apa, saya secara peribadi selalu merasa terkilan bila tak dapat berjumpa dengan pengantin sewaktu menghadiri majlis perkahwinan @ resepsi mereka.

 

Perkahwinan Menambah Berkat

 

Bila tiba musim cuti maka ramailah yang akan melangsungkan perkahwinan. Senang orang nak datang tolong dan senang bagi yang jauh nak travel datang ke tempat kita, ye tak.

Dan selalu juga kita mendapat beberapa jemputan pada hari yang sama.

Pernah kami suami isteri mendapat 7 jemputan dalam hari yang sama. 5 kenduri dekat, 2 jauh. Yang jauh tu tak dapatla nak nolong. hehe..

Jadi antara yang 5 ni, camana nak atur. Kalau tak dapat pergi semua pun, paling kurang beberapa jemputan yang kita penuhi, pastilah kita sangat berharap dapat bertemu dengan pengantin kan.

Tetapi..realitinya, kenduri yang kita hadiri sekitar jam 12tgh hari, selalunya pengantin tak ada di majlis mereka.

Hanya kenduri kedua atau ketiga untuk hari tersebut baru kita dapat bersua dengan pengantin.

 

Ok, straight to the point, meh nak kongsi sikit acara kenduri perkahwinan kami.

 

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

Akad Nikah

Untuk belah perempuan, kami jalani upacara akad nikah dan kenduri pada hari yang sama.

10am : Akad nikah

11am : Kenduri

5pm : Majlis tamat

———————————————–

Kami pengantin baru berada sepanjang majlis dari 10am – 5pm untuk bertemu dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

 

Majlis Sambut Menantu

11am : Ketibaan rombongan pengantin, makan beradab

12pm : Ketibaan tetamu

5pm : Majlis tamat

————————————————

Rombongan keluarga pengantin perempuan tiba awal sejam dari tetamu lain. Kenapa?

Sebab mereka adalah tetamu VVIP. Mereka adalah yang paling dinanti-nanti oleh keluarga pengantin lelaki.

Mereka berhak mendapat layanan istimewa & eksklusif.

 

Saya masih ingat detik ketibaan rombongan pengantin perempuan.

Seluruh keluarga pihak perempuan dijemput, disalam, dipeluk oleh keluarga lelaki, diiring ke meja makan khas, dilayan mesra oleh tuan rumah tanpa perlu membahagi masa untuk melayan tetamu lain.

Saya kira event ketibaan rombongan adalah urusan antara keluarga. Orang lain tak tengok pun tak apa. Yang penting tak ada yang rasa kekok.

 

Tetamu lain pula akan tiba kira-kira sejam selepas ketibaan rombongan perempuan.

Kedua-dua raja sehari dah kenyang makan bersuap. Dah ready nak jumpa para hadirin hingga ke petang. 🙂

Kebiasaan kenduri sambut menantu, rombongan pengantin akan tiba sekitar 1-2 jam selepas majlis bermula. Orang lain buat camtu, adakah perlu kita ikut? Kami tak temui kerelevenan membuat event ‘delayed Ketibaan Pengantin’, jadi tak perlulah untuk kami ikut adat tersebut.

Satu dari harapan kami dalam kenduri perkahwinan adalah untuk tidak sesekali menghampakan niat tetamu untuk berjumpa dan meraikan raja sehari. Datanglah seawal-awal kenduri, atau di hujung waktu, kami akan menyambut semua tetamu dengan besar hati, semampu mungkin.

Doa dari para tetamu sangatlah kami hargai.

 

Majlis Perkahwinan Ringkas dan Penuh Makna

 

Untuk kenduri belah perempuan, akad nikah pukul 10am, lepas tu alas perut sikit, kemudian terus marathon beramah mesra dengan tetamu.

Break sebentar untuk solat zuhur dan asar tak menjadi masalah. Make-up perempuan dibuat agak simple supaya tak menyusahkan nak solat dan make-up balik.

Ye la, make-up lebih-lebih pun memang tak boleh. Jangan event yang once-in-a-lifetime ni dicemari dengan benda tak elok. Kalau berhias berlebihan, make-up berjam-jam, tak ke menyerupai amalan jahiliyyah.

 

Baiklah, cukup sekadar ini perkongsian dari kami. Mana yang baik ambillah, yang tak baik dijadikan sempadan.

Siapa yang sayangkan tetamu bolehlah jadikan entri ni sebagai panduan. Tapi kalau yang kahwin cuma nak glemer atau nak syok sendiri je, terpulanglah.

 

Jangan pulak ada yang gaduh dengan keluarga pasal benda ni.

Kalau rasa-rasa nak buat stail sendiri, dan parents okay, then boleh jalan. Hormati mereka sebaiknya, insyaAllah semuanya akan baik belaka.

 

p/s: Siapa nak kahwin tu segerakanlah. Jangan tunggu lama-lama. *wink*

 

 

– saifkhalid –

 

Related posts:

5 comments

  • Pingback: Adab Menghadiri Kenduri Kahwin - Ummu Khadijah

  • Terima kasih kerana berkongsi, saya masih pening memikirkan bagaimana untuk tidak bersanding, dan hanya ingin mengadakan akad nikah dan kenduri pada hari yang sama, sempat untuk solat semua. Post ini sangat-sangat membantu~ 🙂

  • Perkongsian nya sangat membantu tetapi saya agak terkilan dengan buat kenduri ketika musim cuti sekolah..kerana rata² memberi alasan tidak dapat hadir ke majlis atas sebab bercuti dgn family,balik kampung

    • Ya, mmg sebaiknya buat kenduri semasa bukan cuti sekolah. Saya baru je menjalankan kenduri masa 5/11/2016 baru ni, dan hampir semua tetamu datang… dan yg lebih bagusnya bila kwn2 dan saudara mara juga semua dpt dtg sbb xbersaing dgn kenduri kahwin org lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *