Makanan Untuk Anak (Solid Food)

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni saya nak kongsi tentang makanan yang kami berikan kepada anak kami, Khadijah.

Tak tau la orang lain buat macam ni ke tak, tapi saya sangat tekankan apa yang masuk ke dalam perut anak kami. Yang paling penting, makanan tersebut mestilah berprinsip pandang ke hadapan, iaitu mudah untuk dikeluarkan dari usus. Dalam bahasa mudah, setiap hidangan mestilah mengandungi serat yang cukup.

High Fiber serat tinggi ummukhadijah

Saya yakin bahawa bayi yang tidak sembelit akan menghasilkan bayi yang sihat, aktif dan riang!

Alhamdulillah, setakat ni, Khadijah akan poo-poo tak kurang dari 2 kali sehari. Kadang-kadang 4-5 kali. Letih tu memang la letih. Kita ibu-ayah ni nak kena rajin lebih la cuci berak anak kalau nak anak membesar dengan gembira, ye tak?

Apa yang saya masukkan dalam makanan dia? Mungkin ramai yang terkejut, especially golongan datuk-nenek. 😉

Selepas penyusuan eksklusif selama 6 bulan, kami masakkan Khadijah moi (bubur dalam bahasa Kedah) daripada beras perang organik yang ditambah 2-3 biji tamar. Tamar adalah buah yang sangat tinggi serat.

Sebulan dia makan moi tamar, bulan berikutnya dia mula makan moi bersama sayur-sayur lain. Antaranya karot, kangkung, bayam, kubis bunga, brokoli.

Masa umur Khadijah hampir setahun, dia mula menyukai sayuran. Kangkung (pelawas yang bagus) celur dia ratah macam tu je. 🙂 Kalau bagi nasi goreng yang ada sayur pun, mesti dia akan kutip habiskan sayur2 dulu.

Khadijah di usia 8 bulan

Khadijah di usia 8 bulan

Sekarang umur Khadijah dah 1 tahun 2 bulan, hampir semua sayuran yang saya makan, Khadijah pun makan sama. Kacang bendi feveret dia. 4-5 batang boleh dia sapu licin dalam 1 meal.

Kalau makan moi dengan ikan atau ayam, moderate fiber pun dah cukup. Tapi kalau makan dengan daging, saya akan pastikan Khadijah makan extra serat. Sayur mesti taruk banyak2. Sebab daging sangat susah dan sangat lama untuk dihadam.

Pasal terlebih lawas saya tak risau, sebab makanan mesti akan diproses selama 12-13 jam dalam perut dan usus kita. Jadi dalam tempoh tu, semua zat yang boleh diserap akan diserap, manakala serat akan dibuang bersama tinja.

Fokus utama: makan serat cukup-cukup, minum air secukupnya. InsyaAllah tiada masalah penghadaman.

 

Okey, cukup celoteh saya untuk kali ni. Jumpa lagi!

Related posts:

One comment

Leave a Reply to ✿puan yien✿ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *