Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.

Ia memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Penyusuan juga disebut Allah di dalam Al-Quran. Pernah jumpa di mana? Dan pernah terfikir kenapa?

‘Alah..setakat susu anak, siapa-siapa pun boleh buat. Bukan kena beli pun.’ Mungkin ada yang pernah cakap atau fikir begitu.

Belum cuba belum tahu. Siapa yang pernah susukan anak sehingga umur dua tahun pasti tak setuju dengan pernyataan di atas.

Kepada ibubapa yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan, tahniah saya ucapkan. Dan kepada yang berjaya susukan anak sehingga 2 tahun, ribuan tahniah saya ucapkan. Anda telah melakukan pengorbanan yang besar kepada anak bangsa!

Ok, kenapa Allah sebut pasal penyusuan anak dalam manual kehidupan kita?

Tak lain tak bukan kerana penyusuan adalah antara isu terbesar dalam hidup kita. Juga kerana penyusuan bukanlah perkara mudah. Kerana penyusuan adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia.

Pernah saya terdengar di radio, “Hadiahkanlah ibumu walau segunung emas, nescaya itu tidak dapat membalas jasa ibumu walau setitik susu.”

Penyusuan yang sempurna akan melahirkan insan hebat! Lihat saja bagaimana Allah memilih ibu susu dan persekitaran penyusuan yang hebat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Itulah antara faktor yang menjadikan nabi kita berakhlak mulia dan mantap peribadinya.

………..

Pengalaman saya dan isteri menyusukan anak 2 orang ketika ini, amat banyak mengajar kami tentang keibubapaan dan rumahtangga.

Mendampingi isteri melahirkan anak dan membesarkan anak membuatkan saya amat hargai pengorbanan ibu saya membesarkan saya dahulu. Membuatkan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa saya di dalam solat dan selepas setiap solat 5 waktu saya.

Bagaimana tidak? Seorang ibu tidak akan benarkan anaknya digigit walau seekor nyamuk! Atau seekor semut!

 

 

Ya, Menyusukan Anak Tugas Bapa.

 

Seorang isteri sangat memerlukan sokongan dari suami untuk menyusukan anak. Terutamanya ibu muda.

Biasanya ibu yang melahirkan anak, susunya kurang. Mungkin hanya setitik dua. Maka mulalah mencari susu formula atau air masak untuk diberi kepada anak yang sedang menangis.

Di sinilah tugas bapa. Bapa wajib menuntut ilmu pasal penyusuan ibu. Memang di awal kelahiran, susu ibu hanya sikit, dan pekat kekuningan. Kolostrum namanya. Kolostrum amat diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

Ibubapa juga perlu mengetahui bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak. Cukup beberapa titik susu kolostrum. Perutnya pun hanya sebesar buah ceri di hari pertama kelahiran, dan menjadi sebesar sebiji telur pada hari ke-30. Dia hanya perlukan sedikit susu, tetapi kerap.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Saiz Perut Bayi

 

Posisi juga penting. Posisi badan untuk keselesaan ibu, dan juga posisi mulut bayi (latching) untuk penyusuan yang berjaya.

Antara tugas penting bapa dalam penyusuan, saya susunkan dalam bentuk point;

  1. Gosok dagu bayi jika dia tertidur sewaktu menyusu. (Kecuali yakin bayi telah menyusu secukupnya)
  2. Mendampingi isteri. Gosok belakang badan. Urut badan isteri.
  3. Memberi makanan sihat dan suplemen kepada isteri supaya bertenaga untuk menyusukan anak.
  4. Membantu menguruskan rumah
  5. Melayan anak lain (jika ada)
  6. Menenangkan isteri jika berlaku kesusahan dalam penyusuan. Contohnya bengkak susu, susu kurang, mulut bayi tidak melekap.
  7. Memastikan tahap ergonomik isteri di tahap yang baik. Duduk di kerusi dengan posisi yang baik. Berikan bantal atau alat sokongan lain kepada ibu/bayi bila perlu.
  8. Beri motivasi kepada isteri. Kata-kata semangat, atau hadiah kepada isteri.
  9. Salin lampin anak. Bayi yang breastfeed akan kerap kencing tau.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Susu Bayi

Apa Pula Kelebihan Menyusukan Anak?

  1. Tak perlu bancuh susu tengah-tengah malam.
  2. Tak perlu bawak air panas ke mana-mana. Kami tak pernah bawa beg/bakul bayi bila keluar rumah.
  3. Ibu lebih rapat dengan anak.
  4. Banyak lagi. Rasanya kami pernah buat entri tentang kelebihan menyusukan anak. Cuba search. Hihi.

 

Apa pun, sebagai ayah, saya akan usaha semampu mungkin untuk menyusukan anak paling kurang sehingga umurnya 2 tahun.

Susu formula? Tak pernah masuk dalam senarai shopping kami. 😉

Kepada ibubapa yang telah berusaha untuk menyusukan anak tetapi tidak berjaya, jangan risau. Anda telah lakukan yang terbaik. Teruskan belajar dan mencari ilmu tentang penyusuan anak.

Kami dulu juga pernah menghadapi kesukaran dalam penyusuan. Malah isteri saya pernah sekali hampir berputus asa.

Teruskan usaha murni anda. Cuba kongsi masalah anda dengan orang-orang terdekat. Mana tahu ada jalannya. Kami juga gembira jika dapat membantu anda menjayakan penyusuan bayi.

Sekian.

SaifKhalid

 

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *