Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Ops! Layak ke saya nak cerita pasal rumahtangga?

Kahwin pun baru tiga tahun.

 

😉

Saya cuba kongsikan pengalaman kami melayari rumahtangga yang baru saja melepasi tiga tahun.

Ya, masih awal. Belum pun lepas fasa lima tahun pertama.

Takpa, semoga tulisan ini dapat terus memberi inspirasi kepada kami dan juga pasangan-pasangan di luar sana.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

Allah pesan kepada kita dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram (sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

 

Untuk kita faham ayat ni, wajib untuk kita berfikir. Kalau tak fikir memang tak nampak, memang tak dapat hargai rumahtangga yang dianugerahkanNya.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 

1. Terima baik buruk pasangan seadanya.

Kita perlu syukuri kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Apa yang bagus pada pasangan kita, kita hargai dan apa yang kurang, kita terima seadanya.

Mungkin agak sukar untuk kita ubah kekurangan pasangan kita. (Mustahil barangakali) Tetapi setakat pemerhatian saya, kekurangan seorang suami dilengkapi oleh isteri, dan kekurangan isteri pula dilengkapi oleh suami.

Contohnya jika suami banyak cakap, ia dilengkapi oleh isteri yang kurang bercakap. Bukanlah saya kata banyak cakap itu tak elok. Sifat ini bagus untuk situasi tertentu, dan boleh jadi tak bagus untuk situasi lain.

Jika si suami malas kemas rumah, isteri biasanya akan rajin kemas rumah. Paling-paling pun dia akan terpaksa kemas rumah. Isunya di sini ialah siapa yang lebih dominan kemalasannya akan ‘menyerahkan’ tugas mengemas rumah kepada pasangannya.

 

2. Menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Suami mempunyai hak ke atas isteri. Dan isteri juga punyai hak ke atas suami. Keduanya tidak boleh diabaikan. Ada segelintir suami menganggap hanya suami punyai hak ke atas isteri. Isteri tidak berhak menuntut apa-apa darinya. Tanggapan ini salah.

Bila hak masing-masing ditunaikan, kedua-dua pasangan akan rasa puas hati. Tiada apa yang boleh diungkitkan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Jika hak tak ditunaikan, mulalah nak ungkit sana sini. Betul?

Bagi yang baru setahun berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata, ini juga menjadi satu cabaran hebat! Di sini kita sebagai suami isteri diuji. Sebabnya tugas menjaga anak dan menguruskan hal rumah akan bertambah. Suami hendaklah membantu isterimenguruskan hal rumah seperti membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, memasak, mengemas rumah, iron baju, dan banyak lagi. Nampak mudah ke kerja-kerja ni?? Mudah tapi kena saling bantu-membantu. Jangan berkira untuk buat sesuatu kerja.

 

3. Mengiktiraf suami sebagai ketua keluarga.

Saya tak menafikan bahawa wanita moden sekarang ramai yang berkerjaya. Ramai yang berpendidikan tinggi. Ada yang gajinya lebih dari gaji suami. Ada yang berpendidikan tinggi dari suami. Ini bukan bermakna si isteri tak perlu mendengar pandngan dan kata-kata suami. Atau senang cakap, isteri lebih hebat dari suami. Jadi, tak perlu ikut apa yang suami cakap.

Jika si isteri adalah bos kepada suami di pejabat, jika pulang ke rumah, suami adalah bos kepada isteri. Mesti!!

Jika peranan suami sebagai ketua keluarga tidak diiktiraf, bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Suamilah yang mengetuai keluarga yang teridi dari isteri dan anak-anak. Hormati keputusan suami. Hormati pandangan suami andai ianya bertentangan pendapat dengan kita. Ingatlah bahawa, mentaati suami adalah suatu perbuatan yang amat mulia wahai isteri.

 

4. Bijak merancang ekonomi dalam rumahtangga.

Walaupun saya tak tahu statistik punca penceraian suami isteri di Malaysia, tapi saya yakin ekonomi atau duit senang cerita, antara punca penceraian rumahtangga. Suami dan isteri perlu bijak menguruskan kewangan. Gaji yang diperolehi dibahagikan kepada keperluan dan hak-hak yang sepatutnya. Jika keadaan mendesak, si isteri dapat membantu mencari duit lebih. Tugas mencari nafkah adalah tugas suami. Tapi, tidaklah menjadi satu kesalahan jika si isteri mebantu kerana kos sara hidup yang tinggi mendesak isteri untuk sama bekerja. Tulis atas kertas. Berapa RM untuk keperluan barang dapur, bayar rumah, bayar kereta, duit untuk anak dan isteri, duit simpanan dan lain-lain lagi. Jangan guna duit untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Sebab, fasa awal perkahwinan memang kita perlukan banyak duit. Jangan dibazirkan duit kita.

 

5. Memanggil nama panggilan yang disukai.

Saya rasa fasa awal perkahwinan, mungkin 90% masih memanggil isteri dengan nama manja seperti sayang, anje, baby dan macam-macam lagi. Mungkin mak ayah kita yang sudah 40 tahun usia perkahwinan meremang bulu roma dengar. Hehe… Pangillah isteri dengan nama yang baik. Nama yang disukai isteri. Begitu juga dengan suami. Isteri panggillah suami dengan nama yang disukai beliau. Tak semestinya panggil ‘abang’ saja. Nak panggil ‘honey’ pun boleh. Ahaks! 😉 Bila panggil macam ni, hati yang sedang marah pun boleh cair tau…. tak percaya, cubalah.

 

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

Apa lagi ye tips kebahagiaan rumahtangga untuk fasa awal perkahwinan ini? Banyak lagi jika kita details satu persatu. Cukuplah 5 yang di atas. Ingatlah perkahwinan yang dibina bukan untuk sehari dua, bukan sebulan dua, tetapi sampai syurga. Jadikan perkahwinan kita sebagai lubuk untuk kita suami isteri melombong pahala sebagai bekalan ke akhirat kelak. InsyaAllah. Jika ada masalah, selesaikan dengan baik. Jangan berbalah macam budak kecil. Jangan memendam terlalu lama sampai ianya meletup suatu hari nanti. OK.

Kami pun masih belajar selok belok rumahtangga. Baru 3 tahun berkahwin. Anak sudah dua alhamdulillah. Doakan kebahagiaan kami dan kami mendiakan kebahagiaan anda semua. Ameen..

Sekian, terima kasih.

 

Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu

Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu

 

Bagi ibu-ibu yang menyusu, bengkak susu bukanlah perkara asing.

Bengkak susu biasanya terjadi bila demand susu kurang.

Maknanya susu dihasilkan lebih dari apa yang diminum bayi.

 

penawar atasi cara mengatasi bengkak susu

 

Jika tidak menyusu untuk beberapa ketika, breast ibu akan mengeras dan membengkak. Ya Allah… sakitnya bukan kepalang. Ada yang demam bila bengkak susu. Pengalaman saya sendiri, sakit sungguh. Tak senang duduk pun ada. Nak baring rasa sakit, nak berdiri rasa sakit, nak duduk pun rasa sakit.  Mana taknya, breast rasa keras dan bengkak macam batu. (OK.Ni hyperbola) Tapi betul ye. Siapa yang pernah alami bengkak susu memang perit rasanya.

Jadi nak taknak, memang kena selalu susukan anak. Kalau tak dapat nak susu anak, pamkan susu keluar. Atau picit sahaja di puting untuk keluarkan susu yang berlebihan. Kita boleh tuam dengan kain yg direndam air panas untuk keluarkan susu.

Para suami sila fahami kejadian ini.

 

Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu

 

Jika dah susukan anak, tapi masih tak surut bengkaknya, apa yang boleh kita buat?

Selain dari pam keluar atau picit puting supaya susu keluar, kita boleh amalkan makan Lecithin.

Ya, Lecithin bukan sahaja membantu membakar lemak tetapi dapat membantu mengurangkan bengkak susu!

penawar atasi cara mengatasi bengkak susu lechithin

Anda boleh cuba amalkan lecithin jika bengkak susu anda berlarutan. Banyak testimoni yang saya dapat mengatakan bahawa lecithin dapat mengatasi bengkak susu. Alhamdulillah dengan izin Allah.

Ada juga petua orang-orang terdahulu sebagai cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu seperti menggunakan sayur kobis dan diletakkan pada breast. Mungkin anda boleh cuba.

Jika anda mempunyai petua lain atau Cara Mengatasi dan Mengurangkan Bengkak Susu yang anda buat dan menjadi, jom kongsi dengan kami! Perkongsian anda kami sangat hargai!

Hubungi kami sekarang untuk pembelian/info lanjut tentang Lecithin. Call/SMS/Whatsapp 013-356 4876.

Atau klik link ini untuk beli secara online sekarang!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

Solat berjemaah di masjid adalah satu tuntutan dalam Islam.

Beruntunglah siapa yang dapat solat berjemaah di masjid, dan rugilah siapa yang solat di rumah (walaupun berjemaah).

Ni pernyataan untuk lelaki sahaja ok.

 

Perempuan pula lebih baik solatnya di rumah.

 

Adab Solat Jemaah Yang Diabaikan

 

 

Ada satu masalah umat Islam di Malaysia yang tak patut berlaku.

Orang yang pergi solat di masjid dianggap orang alim (ustaz), dan orang Islam yang biasa-biasa ni solat di rumah. Atau pun tak solat langsung.

Yang tak solat tu saya tak tahu nak kata apa. Cuma pesan saya, solatlah sebelum kamu disolatkan.

Sebab pesan Nabi kita, Islam itu tertegak dengan lima perkara. Dan solat adalah perkara kedua selepas dua syahadah.

Kalau tak solat, apakah layak dipanggil orang Islam?

Tuntutan solat di masjid tu bukanlah hanya untuk ustaz-ustazah. Tetapi kepada semua yang mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

 

Kadang-kadang kalau datang perasaan malas, saya motivasikan diri dengan berkata pada diri sendiri;

“Nabi duk tunggu kita kat masjid tu nak solat dengan umatnya. Tak nak ikut solat sama-sama dengan Nabi ke?”

“Allah dah panggil, pergilah solat. Tinggalkan dulu kerja tu. Takda maknanya. Rezeki kan Allah yang bagi.”

“Larat ke nak solat sendiri 27 kali? Berapa jam baru nak habis tu. Ruginya tak pergi solat di masjid.”

 

*****************

 

Ok, dah di masjid. Alhamdulillah.

Niat i’tikaf sudah, solat tahiyat masjid pun sudah. Boleh zikir dulu sementara tunggu iqamah.

Bila bilal iqamah, segeralah bangkit menuju ke saf hadapan, belakang imam, sebelah bilal kalau boleh.

Kan besar ganjarannya berada di saf pertama.

Saya masih ingat ustaz saya pernah kata, Nabi pesan, kalau kita tahu ganjaran azan dan duduk di saf pertama, nescaya kita akan berusaha sungguh-sungguh untuk dapatkannya, walaupun dengan cara undian.

Saya juga selalu membaca maksud hadis di atas di bahan bacaan lain. Cuma saya belum pernah pelajarinya secara terus dari kitab sahih Bukhari, jadi saya tak mahu quote matan/teks hadisnya di sini.

Apa yang saya rasa ralat dengan qaryah saya, kebanyakan jemaah langsung tak berebut untuk mendapatkan saf pertama. Selepas iqamah telah tamat beberapa ketika, barulah sorang-sorang bangkit menuju ke hadapan. Ruang belakang imam selalunya kosong. Masing-masing ambil port di bahagian tepi saf.

Bila ada kosong di saf hadapan, masing-masing pelawa orang sebelah untuk ke depan. Sepatutnya orang belakang terus ke depan. Kita yang patut rebut pahala tu, bukan offer orang lain. Macamlah pahala kita dah banyak sangat. Hehe.

 

Ok, balik kepada tajuk asal. Saya senaraikan adab-adab yang patut kita santuni di masjid.

  1. Segera ke saf hadapan. Rebutlah saf pertama. Rapat kepada imam. Orang yang tahu ganjarannya sudah berada di saf pertama sebelum iqamah lagi.
  2. Rapatkan saf. Pastikan bahu bertemu bahu. Kenapa, ingat masa zaman tadika/sekolah je ke syaitan duk menyelit di ruang kosong antara jemaah? 😉
  3. Jangan suka tengok sana sini ketika solat.
  4. Ikut imam serapat mungkin. Jangan delay. Guru saya sebut jangan terlewat lebih 3 rukun dari imam.
  5. Jika imam telah rukuk bila anda sampai, terus ikut imam walaupun imam tengah sujud. Maksud saya tak perlu tunggu imam berdiri sebelum ikut imam. Rugi.

 

Berikut adalah antara pemerhatian saya. Setidak-tidaknya apa yang berlaku di masjid qaryah saya.

Saya sangat terganggu bila ada antara jemaah buat point 3 & 4 di atas.

Lebih-lebih lagi point 4. Walaupun dia duduk satu saf dengan saya. Walaupun dia selang 4-5 orang dari saya, masih mengganggu.

Kadang-kadang dia seperti sedang solat sendirian. Imam sudah bangun dari sujud kedua dan bangkit ke rakaat seterusnya, dia baru terkial nak rukuk.

Saranan saya, jika tak dapat nak lajukan baca Al-Fatihah pun, bacaan zikir di rukuk sujud dan lain-lain bacalah seringkas mungkin. Tak perlu nak tadabbur dan tambahkan khusyuk anda sedangkan anda sedang mengganggu ahli jemaah lain dengan pergerakan anda yang tak seragam dengan jemaah itu.

Maaf, saya agak emosi dengan kes ini.

 

Itu sahaja buat kali ini. Jika para pembaca sekalian ada ingin menambah apa-apa yang mengganggu anda ketika solat, tuliskan sahaja di ruangan komen. Kita sama-sama perbaiki solat masing-masing.

 

Wallahu a’lam.

 

Saif Khalid

 

Patah Tulang Peha Ketika Sapu Sampah. Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

Patah Tulang Peha Ketika Sapu Sampah. Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

 

Suatu hari, tak lama dahulu, riuh kampung saya kes seorang makcik yang rebah ketika menyapu sampah di laman rumah.

Berita yang tersebar agak menghairankan telinga yang mendengar.

Yelah, makcik tu tengah sapu sampah, tiba-tiba rebah ke tanah.

Apa yang terjadi??

 

Patah Tulang Peha Ketika Sapu Sampah. Awas. Ostematrix Shaklee Osteoporosis

 

Tulang pehanya patah.

Tanpa sebarang amaran awal.

 

Kenapa jadi begitu?

Allah lebih mengetahui.

 

Kami syak kejadian tersebut berpunca dari osteoporosis.

Kekurangan kalsium di dalam tulang membuatkan tulang jadi rapuh. Tulang jadi mudah patah.

 

Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

 

Untuk elakkan perkara sedemikian berlaku kepada diri sendiri, kami selalu amalkan makan Ostematrix dari Shaklee.

Ostematrix adalah sumber kalsium semulajadi. Ia sangat mudah diserap. Kadar penyerapan setinggi 99%!

Saya yang alah dengan susu tepung amatlah beruntung dapat sumber kalsium sebegini. Cuma telan 2 biji setiap hari.

 

Isteri saya pula amalkan 4 biji sehari. Ini untuk melengkapkan semula kekurangan kalsium, terutamanya setelah mengandung dan melahirkan 2 orang cahaya mata kami.

4 biji Ostematrix memberikan 1000mg kalsium kepada badan.

Ostematrix bukan sekadar kalsium ya. Ia dilengkapi zat-zat lain seperti magnesium, fosforus, Vitamin-D, zink, kuprum. manganese dan boron.

 

Apa lagi manfaaatnya? Ikuti entri kami yang lepas. Klik sini.

 

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut atau sebarang konsultasi PERCUMA. Cegah Osteoporosis Sebelum Terlambat.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Atasi Darah Tinggi Tanpa Ubat

Atasi Darah Tinggi Tanpa Ubat

 

Darah tinggi adalah antara penyakit yang paling popular di Malaysia. Dan di dunia juga barangkali.

Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah antara penyumbang terbesar kepada penyakit ini.

Dahulu kita sering jumpa golongan emas ke hospital untuk mendapatkan ubat darah tinggi.

Tetapi kini, golongan muda juga mengalami situasi tersebut.

 

atasi darah tinggi tanpa ubat shaklee garlic omega guard alfalfa

 

Pesakit perlu makan ubat yang diberikan hari-hari. Selalu juga saya jumpa golongan veteran yang terpaksa makan ubat darah tinggi sehingga hari-hari terakhir mereka.

Persoalan timbul di fikiran saya. Adakah itu ubat? Ubat sepatutnya mengubati. Bermakna kita tidak sepatutnya berubat untuk selamanya.

Jika hari-hari kita perlu makan ‘ubat’ tersebut, maka ia bukanlah ubat. Tetapi hanya mengawal pesakit dari menjadi lebih kronik.

 

Usahalah mencari ubat sebenar kepada penyakit ini. Yang dapat menjadi penawar kepada darah tinggi.

 

Anda juga boleh dapatkan set darah tinggi Shaklee. Ramai yang telah berjaya mengawal darah tinggi selepas makan set tiga serangkai ini. (Bukan penyakit tiga serangkai OK. 🙂 )

Garlic Complex, Omega Guard & Alfalfa Complex. Set 3 produk ini berharga RM237.25.

(Harga di atas untuk set bersama Alfalfa (Small) 330 tablet, bukan large 700 tablet seperti dalam gambar).

 

Set Darah Tinggi Shaklee atasi darah tinggi tanpa ubat

 

Garlic Complex membantu merendahkan tekanan darah, dan menurunkan kolesterol.

Omega Guard, minyak ikan terbaik, mencegah saluran darah sumbat dan strok.

Alfalfa Complex mencuci darah dan hati, menyingkirkan lemak dan kolesterol, dan mencegah artritis.

 

Bismillah. Klik sini jika anda ingin mengawal darah tinggi anda. Kita ikhtiar, kepada Allah kita berharap.

 

Jika anda mempunyai dana lebih, boleh pilih untuk berubat dengan Vivix.

Ikuti link ini untuk bacaan lanjut tentang Vivix dan membuat pembelian online.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

1 9 10 11 12 13 25