Tekanan Darah Rendah

 

Tekanan Darah Rendah

 

Orang kata tekanan darah rendah boleh diatasi dengan amalan meludah.

Mekanismanya bila kita ludah kepada sesorang, maka dia akan naik darah.

Mudah bukan? Haha, gurau je. Jangan buat kat orang sebelah tau. Tak pasal-pasal ada yang masuk hospital. 😉

 

Ada kenalan saya yang mempunyai tekanan darah rendah. Beliau tak boleh berdiri untuk masa yang lama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sesak.

Jika bangun dengan cepat dari duduk, akan rasa nak pitam, dan mata berpinar.

 

tekanan darah rendah shaklee vita-Lea

 

Tekanan darah rendah boleh diatasi atau diawasi dengan langkah-langkah berikut;

  1. Lebihkan garam dalam makanan harian. Garam membantu tingkatkan tekanan darah.
  2. Amalkan makan kismis.
  3. Bangun perlahan-lahan dari duduk. Gerak-gerakkan jari kaki terlebih dahulu sebelum bangkit.
  4. Hindari dari mengangkat barang berat.
  5. Bangun dari tidur? Bangkit dan duduk dahulu beberapa minit di birai katil. Ulang langkah 3. ^_^
  6. Hindar dari makan dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya makan sikit-sikit dengan kerap. Kerana selepas makan, tekanan darah kita akan turun seketika.
  7. Amalkan Vita-Lea setiap hari. Mengamalkan Vita-Lea telah terbukti dapat meningkatkan tekanan darah rendah.

 

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

 

Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

 

Kajian menunjukkan obesiti di kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Malaysia mendahului di kalangan negara Asia.

Kajian pada tahun 2006 ke atas hampir 8,000 pelajar sekolah rendah mendapati 19.9% pelajar mengalami obesiti. [1] Ya, itu adalah seorang dalam setiap lima orang murid!

Apakah antara penyebab obesiti kanak-kanak?

Antara lain punca-punca obesiti adalah genetik dan keturunan, persekitaran, metabolisme, psikologi. Itu yang selalu kita baca.

Saya agak meragui genetik dan persekitaran adalah puncanya. Kerana saya percaya bahawa apa yang dimakan oleh ibubapa itulah yang dimakan oleh anak-anak. Jadi bila ibubapa mempunyai diet yang tak elok, maka secara automatik anaknya juga akan membesar dengan diet yang sama. Bukanlah kegemukan itu terkandung dalam gene-nya.

Apakah pernah dilakukan kajian sebegini – anak kepada pasangan yang obes dibesarkan oleh pasangan yang sihat tubuh badan dan mengamalkan diet yang seimbang. Adakah anak itu akan membesar dengan sihat atau sebaliknya?

Ok, saya tak berminat untuk menyentuh tentang perkara di luar kawalan kita. Bukannya kita boleh pilih untuk lahir dari ibubapa yang bagaimana, ye tak?

Saya yakin punca terbesar obesiti datangnya dari pemakanan dan gaya hidup.

 

PEMAKANAN

Lihat saja apa makanan harian anak kita di sekolah. Dan apa pula sarapan anak-anak di rumah?

Kehidupan sibuk ibubapa yang berkerjaya sering membuatkan anak-anak disuap makanan yang kurang berkhasiat. Contohnya sosej, drummet ayam, burger, makanan segera, nugget dan lain-lain.

Makanan di atas tak elok diambil secara kerap, kerana kebanyakannya mempunyai bahan-bahan yang tak berfaedah. Lemak dan kolesterol pula tinggi.

Serat? Sangat beruntung jika ada. 😉

 

 

Faktor kedua, GAYA HIDUP.

Gaya hidup di bandar masa kini umumnya menyumbang kepada gaya hidup kurang sihat. Kecuali kepada golongan yang prihatin, yang mempunyai jadual riadah atau senaman, yang selalu ke gym, memasak sendiri di rumah, tidak terikat dengan teknologi dan sebagainya.

Secara ringkas, kenapa ramai golongan muda masa kini tak fit?

  • Selalu menonton tv
  • Bermain gajet/konsol/computer games untuk masa yang panjang
  • Kurang bersenam
  • Kerap makan makanan ringan dan makanan segera
  • Ibubapa kini risau tentang kes kecurian, culik dan lain-lain. Jadi, anak-anak selalu terperap di dalam rumah

 

Jadi bagaimana mengatasi masalah-masalah di atas?

  • Letakkan syarat sebelum mereka mula ‘leka’.
    • Cara saya dibesarkan dulu, jika saya ingin main konsol, ibu saya akan pastikan saya siapkan dahulu kerja sekolah, DAN latihan di rumah yang telah ditetapkan. Jadi, saya akan pulun siapkan kerja tersebut sebab ingin bermain Tetris Micro Genius. Jika anda generasi 80-an mesti boleh faham. Hehe..
  • Hadkan masa anak-anak bersama tv/gajet/komputer. Cari alternatif untuk mereka meluangkan masa dengan lebih bermanfaat.
    • Jika anda sedari anak anda terlalu lama dengan gajet, cari aktiviti lain. Berikan mereka mainan yang merangsang saraf motor, mainan tradisional yang bukan peranti elektronik. Anak kami suka main blok kayu. Ini membina daya kreatif mereka!
  • Teladani anak-anak dengan sering makan makanan sihat. Pastikan anda makan sayur dengan enak depan anak anda.
  • Selalu memasak/beli lauk ikan. Anak yang selalu dimanjakan dengan lauk ayam, lambat laun akan jadi ‘manja’ dan ‘comel’ juga seperti ayam daging. Makan ikan juga merangsang saraf motor anak. Kan susah nak buang tulang ikan jika dibandingkan dengan ayam. 😉
  • Kerapkan bawa anak-anak melakukan aktiviti sihat. Sama ada bersukan, berkebun, mengemas halaman rumah, berenang dan lain-lain.
  • Amalkan minum air kosong dengan kerap.

 

Jika masih meragui tentang nutrisi anak yang kurang lengkap, saya syorkan anda menambah diet berikut dalam makanan harian keluarga anda.

Omega Guard

Minyak ikan yang hebat!

Tak perlu saya huraikan dengan panjang lebar. Saya pernah menulis tentang produk ini. Klik sini.

90 softgel, berharga RM136. Kanak-kanak pun sukakannya. Kunyah sampai habis. ^_^

Omega Guard Shaklee Obesiti Kanak-kanak. Tips Cegah dan Kawal.

Klik sini untuk dapatkannya sekarang.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

 

[1] Balkish, Zuraidah, Rashidah, Syafinaz, Hatta, Riyanti, Norhafizah, Hamizatul, “Overweight among primary school age children in Malaysia”, 2013. Asia Pac J Clin Nutr. 2013; 22(3):408-15.

Cara Atasi Kembung Perut

Cara Atasi Kembung Perut

 

Kembung perut. Anda pernah alaminya? Memang rasa tak selesa kan?

Kalau diurut memang bottt bott je bunyinya. Kalau ada suami, boleh lah suami urutkan. Kalau yang tinggal keseorangan tu, siapa pula yang nak urutkan ?

Ada pelbagai cara atasi kembung perut. Contohnya mengurut, makan herba-herba tertentu yang boleh menghilangkan kembung perut.

 

kembung perut peppermint ginger plus shaklee bloated stomach

 

Cara atasi kembung perut dengan pengambilan herba:

 

1) Daun pudina

Khasiat :

– memberi rasa ketenangan kepada otot perut.

– dapat membantu proses penghadaman.

– dapat membantu melegakan sakit pedih ulu hati, gastrik dan cirit-birit.

– rasanya sedap, sejuk dan menyegarkan.

Sebab tu saya suka beli teh arab sebab selalu diletakkan daun pudina. Sedap sangat. Rasa fresh! Rasa macam makan ubat gigi. Hehe (macam penah makan ubat gigi plak)

 

2) Halia

Khasiat :

– Dapat membantu melegakan rasa ketidakselesaan perut dan usus, rasa mual atau loya.

– Sangat membantu melegakan rasa mabuk laut atau dalam perjalanan di darat.

 

3) Pokok adas (Jintan manis)

Khasiat :

– Dapat membantu melegakan kembung perut.

 

4) Cekur manis

Khasiat :

– Membantu dalam memberi kelegaan kepada masalah pencernaan.

 

Macam banyak pula herba yang perlu dimakan kan? Bagi mereka yang tak dapat nak makan herba-herba di atas sebagai salah satu cara atasi kembung perut, anda boleh mengambil suplemen seperti Peppermint-Ginger Plus Shaklee. Kandungan herba-herba di dalam setiap tablet Peppermint-Ginger Plus dapat membantu memberi kelegaan kepada perut anda. Tak perlu anda mengunyah herba-herba di atas. Hehe.

Mudah bukan? InsyaAllah masalah kembung perut anda dapat diatasi. Masalah loya, gastrik, mabuk laut dan masalah penghadaman juga sangat disyorkan untuk mengambil Peppermint-Ginger Plus ini.

Sekian. Saya doakan anda semua sentiasa sihat untuk terus dapat beribadat kepada Allah.

 

Macam ni la rupa Peppermint Ginger Plus Shaklee;

shaklee peppermint-ginger-plus kembung perut

Sebotol berharga RM45, mengandungi 90 tablets. Klik gambar atau link ini untuk dapatkannya sekarang.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan Anak Tugas Bapa?

Menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.

Ia memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Penyusuan juga disebut Allah di dalam Al-Quran. Pernah jumpa di mana? Dan pernah terfikir kenapa?

‘Alah..setakat susu anak, siapa-siapa pun boleh buat. Bukan kena beli pun.’ Mungkin ada yang pernah cakap atau fikir begitu.

Belum cuba belum tahu. Siapa yang pernah susukan anak sehingga umur dua tahun pasti tak setuju dengan pernyataan di atas.

Kepada ibubapa yang berjaya menyusukan anak secara eksklusif sehingga 6 bulan, tahniah saya ucapkan. Dan kepada yang berjaya susukan anak sehingga 2 tahun, ribuan tahniah saya ucapkan. Anda telah melakukan pengorbanan yang besar kepada anak bangsa!

Ok, kenapa Allah sebut pasal penyusuan anak dalam manual kehidupan kita?

Tak lain tak bukan kerana penyusuan adalah antara isu terbesar dalam hidup kita. Juga kerana penyusuan bukanlah perkara mudah. Kerana penyusuan adalah satu pengorbanan yang besar dan mulia.

Pernah saya terdengar di radio, “Hadiahkanlah ibumu walau segunung emas, nescaya itu tidak dapat membalas jasa ibumu walau setitik susu.”

Penyusuan yang sempurna akan melahirkan insan hebat! Lihat saja bagaimana Allah memilih ibu susu dan persekitaran penyusuan yang hebat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Itulah antara faktor yang menjadikan nabi kita berakhlak mulia dan mantap peribadinya.

………..

Pengalaman saya dan isteri menyusukan anak 2 orang ketika ini, amat banyak mengajar kami tentang keibubapaan dan rumahtangga.

Mendampingi isteri melahirkan anak dan membesarkan anak membuatkan saya amat hargai pengorbanan ibu saya membesarkan saya dahulu. Membuatkan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa saya di dalam solat dan selepas setiap solat 5 waktu saya.

Bagaimana tidak? Seorang ibu tidak akan benarkan anaknya digigit walau seekor nyamuk! Atau seekor semut!

 

 

Ya, Menyusukan Anak Tugas Bapa.

 

Seorang isteri sangat memerlukan sokongan dari suami untuk menyusukan anak. Terutamanya ibu muda.

Biasanya ibu yang melahirkan anak, susunya kurang. Mungkin hanya setitik dua. Maka mulalah mencari susu formula atau air masak untuk diberi kepada anak yang sedang menangis.

Di sinilah tugas bapa. Bapa wajib menuntut ilmu pasal penyusuan ibu. Memang di awal kelahiran, susu ibu hanya sikit, dan pekat kekuningan. Kolostrum namanya. Kolostrum amat diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

Ibubapa juga perlu mengetahui bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak. Cukup beberapa titik susu kolostrum. Perutnya pun hanya sebesar buah ceri di hari pertama kelahiran, dan menjadi sebesar sebiji telur pada hari ke-30. Dia hanya perlukan sedikit susu, tetapi kerap.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Saiz Perut Bayi

 

Posisi juga penting. Posisi badan untuk keselesaan ibu, dan juga posisi mulut bayi (latching) untuk penyusuan yang berjaya.

Antara tugas penting bapa dalam penyusuan, saya susunkan dalam bentuk point;

  1. Gosok dagu bayi jika dia tertidur sewaktu menyusu. (Kecuali yakin bayi telah menyusu secukupnya)
  2. Mendampingi isteri. Gosok belakang badan. Urut badan isteri.
  3. Memberi makanan sihat dan suplemen kepada isteri supaya bertenaga untuk menyusukan anak.
  4. Membantu menguruskan rumah
  5. Melayan anak lain (jika ada)
  6. Menenangkan isteri jika berlaku kesusahan dalam penyusuan. Contohnya bengkak susu, susu kurang, mulut bayi tidak melekap.
  7. Memastikan tahap ergonomik isteri di tahap yang baik. Duduk di kerusi dengan posisi yang baik. Berikan bantal atau alat sokongan lain kepada ibu/bayi bila perlu.
  8. Beri motivasi kepada isteri. Kata-kata semangat, atau hadiah kepada isteri.
  9. Salin lampin anak. Bayi yang breastfeed akan kerap kencing tau.

 

Menyusukan Anak Tugas Bapa Susu Bayi

Apa Pula Kelebihan Menyusukan Anak?

  1. Tak perlu bancuh susu tengah-tengah malam.
  2. Tak perlu bawak air panas ke mana-mana. Kami tak pernah bawa beg/bakul bayi bila keluar rumah.
  3. Ibu lebih rapat dengan anak.
  4. Banyak lagi. Rasanya kami pernah buat entri tentang kelebihan menyusukan anak. Cuba search. Hihi.

 

Apa pun, sebagai ayah, saya akan usaha semampu mungkin untuk menyusukan anak paling kurang sehingga umurnya 2 tahun.

Susu formula? Tak pernah masuk dalam senarai shopping kami. 😉

Kepada ibubapa yang telah berusaha untuk menyusukan anak tetapi tidak berjaya, jangan risau. Anda telah lakukan yang terbaik. Teruskan belajar dan mencari ilmu tentang penyusuan anak.

Kami dulu juga pernah menghadapi kesukaran dalam penyusuan. Malah isteri saya pernah sekali hampir berputus asa.

Teruskan usaha murni anda. Cuba kongsi masalah anda dengan orang-orang terdekat. Mana tahu ada jalannya. Kami juga gembira jika dapat membantu anda menjayakan penyusuan bayi.

Sekian.

SaifKhalid

 

 

Cara Set Target Untuk Berjaya

Cara Set Target Untuk Berjaya

Pernah main dart? Macamana nak menang main dart?

Dah tentu kita kena set target dan fokus kepada papan dart tersebut.

Atau ada yang tak pernah main? Bukan saja-saja baling tau. Kita kena habiskan point yang ditetapkan. Siapa habiskan dulu dialah yang menang. (Adapun titik tengah merah ‘bulls-eye’ bukanlah mata tertinggi ok)

Begitulah juga dengan hidup kita.

Wajib ada target.

Tanpa target, kita tiada tujuan hidup. Masa dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanpa tujuan hidup yang jelas, ramailah yang melepak menghabiskan masa di CC, di tepian jalan, di kedai kopi. Maka meningkatlah masalah sosial di kalangan masyarakat.

Ada banyak cara untuk kita buat target untuk berjaya. Saya senaraikan beberapa cara berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.

darts cara set target untuk berjaya

1. Target biar SPESIFIK

Mana satukah lebih jelas;

“Saya nak jadi jutawan”, atau “Saya akan mempunyai simpanan RM1 juta sebelum saya berumur 30 tahun”.

Ayat pertama lebih berbunyi seperti angan-angan. Atau kita sendiri pun tak yakin dengan target tersebut.

Pastikan kita tahu sesuatu target dengan jelas. Di mana, bila, siapa, bagaimana, kenapa, dan lain-lain.

2. Masa yang mencukupi

“Saya target untuk sampai di Kuala Lumpur pada pukul 10am”. Sedangkan anda berada di Kulim sekarang pukul 9am.

Bunyinya pun sudah mustahil. Saya beri contoh di atas untuk pemandu kereta. 🙂

3. Target mesti REALISTIK

“Saya nak jadi Ultraman dan bunuh raksasa-raksasa yang mengganggu ketenteraman awam.”

Haha, over pulak impian dia. Ini hyperbola namanya.

Maksud saya, target mesti berpijak di bumi nyata.

Ya betul, orang kata kita kena DREAM BIG. Pepatah arab juga berkata “Letaklah impian anda di bintang Suraya.”

Supaya jika tidak dapat yang BIG pun, dapat yang agak besar, dan jika tak dapat sampai bintang Suraya pun, dapatlah sampai ke puncak Gunung Everest.

Yang paling penting… Jangan takut berimpian besar! Kerana di situlah anda bakal mendapat motivasi dan usaha yang HEBAT!

Jika berimpian pun sudah takut, bagaimana mungkin anda mampu melakukannya di alam nyata??

 

4. Tulis dan Paparkan Target Anda Di Tempat Yang Hari-hari Anda Lihat

Tulis, print dan tampal/gantung target anda di cermin, di dinding, di dalam almari, di dapur, di pintu peti sejuk, di mana-mana sahaja yang anda akan temui dan baca setiap hari!

Tulis dengan jelas dan cantik.

Jika target agak rahsia, gantunglah di belah dalam pintu almari bilik tidur anda. Mungkin juga di cermin meja solek anda. Juga di dalam dompet.

Ya, kita sangat perlukan bimbingan untuk mencapai target. Dan tulisan anda adalah bimbingan terbesar anda!

 

darts cara set target untuk berjaya

 

5. Beritahu Target Anda Kepada Orang Terdekat

Selepas tetapkan target, beritahu orang terdekat anda tentang target tersebut.

Beritahu pasangan anda, mak-ayah, adik-beradik, kawan rapat, saudara, nenek, atau sesiapa sahaja yang anda rasa dapat membimbing dan mengingatkan anda sekiranya anda tersasar.

Anda juga akan berasa malu jika target tidak tercapai. Malu yang memotivasikan tau. Bukan malu yang membuatkan anda menyorokkan muka.

 

Jadi, pastikan anda letakkan target yang SPESIFIK dan REALISTIK.

 

Sekian, salam sayang dari saya.

Jom set target! ^^

Baca Buat Checklist Untuk ke Syurga.

 

 

Saif Khalid

1 10 11 12 13 14 25