Ayah, Solat!

Ayah, Solat!

 

Suatu tengahari.

Sedang makan tengahari bersama isteri dan anak di sebuah restoran.

 

Azan Zuhur berkumandang di TV.

Allahu akbar~ Allahu akbar~

 

“Ayah, jom. Nak balik.”

“Jom balik. Cholat. Nanti kita mai lain.”

 

Dah besar lah anak ibuayah ni.

Alhamdulillah..

 

“Kalau kita biasakan diri dengan sesuatu,

dan anak kita perhatikan kita,

satu hari nanti,

dia yang akan ingatkan kita untuk lakukan perkara tersebut.”

 

Jadi biasakanlah diri dengan perkara baik.

Semoga Khadijah menjadi anak yang solehah. Amin…

 

 

Ayah, Solat!

pic: credit to akuastronaut.blogspot.com

– saif khalid –

Teknik dan cara sendawakan bayi

Assalamualaikum w.b.t

Burppppp….. opss!! itu bunyi sendawa orang besar yang makan durian. Hehe…

Sendawa. Apa itu sendawa? Contoh di atas adalah sendawa. Atau orang Kedah sebut sebagai BERLAHAK.

Apa kepentingan sendawa pada bayi? Tahu tak?

OK. Saya tahu ada ibu bapa muda terutamanya yang menghadapi masalah untuk sendawakan bayi. Contohnya saya sendiri. Memang susah nak sendawakan Khadijah dulu. Yang pertama, tepuk punya tepuk tapi tak sendawa jugak. Adui… Bila mak tolong sendawkan , dua kali tepuk dah burpppp…. jealous pun ada tau. Tapi yelah, orang berpengalaman tak sama dengan yang amatur macam saya. Hehe… Yang kedua, masalah yang saya hadapi untuk sendawakan anak adalah takut Khadijah bangun tidur. Selalunya selepas breastfeed, Khadijah akan tidur. bayi kan susah nak tidur, jadi saya takut-takut untuk sendawakan Khadijah.

Disebabkan saya dulu takut-takut nak sendawakan Khadijah, kesannya Khadijah selalu kembung. Dia punya meragam tu ya Allah, membawa kesabaran saya pada tahap tertinggi. Memang doa pada Allah banyak-banyak semoga sentiasa sabar.

Alhamdulillah, lepas beberapa kali jugak Khadijah kembung, saya mula belajar bagaimana teknik dan cara sendawakan bayi dengan betul. Saya pun kekok lagi nak pegang Khadijah. Sebab tak biasa pegang dan dukung bayi. Bila ada anak sendiri baru gelabah. Hehe… I am learning from the beginning.

 

Teknik dan cara sendawakan bayi

 

sendawa bayi

credit to : google.com

(1)                         (2)                                (3)

 

 

1) Dukung bayi anda, tepuk perlahan-lahan. 2,3kali tepuk insyaAllah dan sendawa. Kalau belum, tepuk lagi. Jangan terlalu kuat ye. Berpada-pada lah. 🙂

2) Dudukkan bayi anda di ats riba dan tepuk di belakangnya.

3) Tiarapkan bayi anda di atas riba dan tepuk perlahan-lahan. Urut-urut pun boleh.

Melalui pengalaman saya, dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kiri ke kanan pun dah boleh buat bayi sendawa. InsyaAllah, mommies semua boleh cuba. 😉

 

Kepentingan sendawakan bayi

1) Untuk mengelakkan bayi dari kembung. Sebabnya bila bayi menyusu, dia akan sedut udara juga. Jadi, kena sendawakan dia untuk keluarkan angin dari badan bayi.

2) Taknak bagi bayi jeluak, temuak, muntah atau apa-apa lagi istilah yang mommies guna untuk keadaan ini.

3) Untuk mengelakkan bayi tersedak susu. Yang ni sangat penting! mommies kena aware ye.

 

Mommies semua jangan putus asa kalau bayi taknak sendawa. Jangan ditepuk-tepuk sampai gedebok-gedebok bunyinya. Kesian anak kan. Banyakkan bersabar, urut-urut, doa banayk-banyak. Kalau bayi meragam, dukung dia dan letak pada dada. Mesti bayi suka ! Dia akan rasa secure bila dekat dengan kita. Kalau bayi kembung, sapukan minyak atau tuam perutnya dengan botol susu yang berisi air suam. Ini yang saya amalkan dulu. Kentut prot-prot Khadijah setiap kali kembung. Lepas tu, tidur nyenyak dia. Alhamdulillah….

Kalau nak belajar teknik dan cara sendawakan bayi dari orang tua-tua pun bagus. Dorang banyak ilmu dan pengalaman. Mommies yang masih muda, jangan malu-malu bertanya ya.

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

 

1. Adakah anak anda selalu mengucapkan Terima Kasih bila menerima sesuatu?

2. Adakah anda selalu mengucapkan Terima Kasih bila menerima sesuatu?

Kalau jawapan untuk soalan nombor dua di atas adalah ‘YA’, besar kemungkinan soalan nombor satu juga adalah ‘YA’. Ataupun tak lama lagi jawapannya akan menjadi ‘YA’.

 

Suka saya kongsikan kisah benar yang berlaku sekitar lima belas (15) tahun lalu.

Ketika itu saya berada di tingkatan satu.

Seorang senior tingkatan dua, Ahmad Zaki selalu mendampingiku.

Orangnya baik, lemah lembut, sopan santun.

Satu perkara yang sangat saya kagum dengannya ialah beliau sentiasa mengucapkan “Terima Kasih” kepada sesiapa yang menolongnya. Termasuk diri saya sendiri.

Sekecil mana pun pertolongan, pasti dia akan menyebut “Terima Kasih”.

Saya mengambilkan untuknya sebuah buku, diucapkan “Terima Kasih”.

Saya hanya mengambilkannya sebatang pensil yang berada di belakang saya, pun diucapkannya “Terima Kasih”.

Tolong belikan air untuknya? Sudah pasti “Terima Kasih” tahap yang lebih tinggi akan kuterima.

 

Anda pernah dilayan dan dihargai sebaik itu oleh orang lain?

Siapa yang pernah merasainya pasti berasa amat BAHAGIA!

 

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

 

Membahagiakan orang lain adalah satu amalan MULIA.

Ia memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang.

Jika tidak, mana mungkin saya masih mengingatinya setelah belasan tahun berpisah.

Seorang senior berterima kasih kepada seorang junior. Saya kira amalan itu sangat hebat.

 

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih

 

Kini, saya yakin bahawa sifat syukur itu bermula dari sifat syukur kita kepada Allah.

Jika kita selalu bersyukur kepada nikmat Allah, kita juga akan bersyukur atas khidmat, pertolongan sahabat kita, dan pertolongan ahli keluarga kita seharian.

 

Jadi, Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih?

Amalan ini mesti dimulakan oleh ibu dan bapa dahulu.

Anak kita akan ikut apa yang dia lalui, apa yang dia dengari, dan apa yang dilihat.

Apa sahaja yang anak kita lakukan, kita ucapkan terima kasih.

Anak kecil kita tolong ambilkan pinggan ketika waktu makan, kita ucapkan kepadanya “Terima Kasih”.

Dia tolong ambil tuala ketika ingin mandi, kita ucapkan “Terima Kasih”.

Ketika dia menyuap kita makanan, kita ucapkan padanya “Terima Kasih”.

 

Kini, Khadijah yang bakal memasuki umur 2 tahun beberapa hari lagi, sudah biasakan dirinya dengan ucapan “Terima Kasih”.

Setelah dimandikan, dia ucap “Terima kasih ayah”, atau “Terima kasih ibu”.

Ketika kami menyeduk nasi ke dalam pinggannya, diucapkan “Terima kasih ayah”, atau “Terima kasih ibu”.

“Terima Kasih” tak lekang dari bibirnya.

 

^_^

 

Siapakah yang lebih bahagia daripada seseorang yang menerima ucapan terima kasih?

Penghargaan itu satu akhlak terpuji.

 

Bagaimana Mendidik Anak Mengucap Terima Kasih - Prof. Dr. Muhaya

 

Bahagialah seseorang itu apabila dia membahagiakan orang lain.

Selamat mendidik anak!

 

– Saif Khalid –

 

P/S: Kongsi artikel ini jika bermanfaat.

P/P/S: Terima kasih! 😀

Set Kesuburan Lelaki

Set Kesuburan Lelaki

 

Musim cuti sekolah macam sekarang ni selalunya memang banyak jemputan kenduri.

Di Malaysia, cuti sekolah adalah sinonim kepada kenduri kahwin.

 

Ramailah yang mencari set kesuburan, baik lelaki mahupun perempuan.

Yelah, ramai yang berkahwin inginkan cahaya mata, kalau boleh secepat mungkin. hehe..

 

Begi lelaki, seperti perempuan, juga mementingkan kesihatan dan kesuburan. Jika subur, cepatlah boleh dapat anak sebagai penyeri hidup. Dengan izin Allah yang maha Pemberi.

 

Tinggi mana pun ego lelaki, walaupun tak suka orang kata dia ‘tak kuat’, senyap-senyap dia Google juga set kesuburan @ suplemen kelelakian. ehem ehem..

Itu fitrah, usah dipertikaikan. Satu usaha yang bagus.

Nabi pun galakkan kita meramaikan umatnya kan. 🙂

 

Set Kesuburan Lelaki

 

Set Kesuburan Lelaki Shaklee

Terdiri daripada suplemen berikut;

Zinc Complex, Vita-E Complex & CoQ Health™ Plus.

Kenapa digandingkan 3 suplemen ni? Jom pakat baca kelebihan mereka.

 

Zinc Complex 120biji RM33.75

  • Menghasilkan sperma yang sihat
  • Memekatkan air mani

Zinc

 

Vita-E Complex 120biji RM149.00

  • Meningkatkan bilangan sperma
  • Meningkatkan kemampuan seksual
  • Melindungi jantung

Vita-E

 

 

CoQ Health™ Plus 30biji RM124.00

  • Mengoptimum fungsi jantung
  • Jantung sihat sangat membantu pasangan di ranjang

Bacaan lanjut mengenai CoQ Health ™ Plus di sini.

COQHealth Plus2

 

 

Bagi teruna yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, Set Kesuburan Lelaki Shaklee sedang melambai-lambai. ^_^

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Serbuk Kolagen Shaklee mula diperkenalkan pada tahun 2012.

Lambatnya?

Mungkin agak lambat, tapi kemunculannya di pasaran Malaysia mampu menggugat pengeluar kolagen yang sedia ada.

Kenapa?

Shaklee terkenal dengan produknya yang sentiasa berkesan.

Telah bertapak di Malaysia lebih 20 tahun, ramai yang telah yakin akan keberkesanan produk Shaklee.

Anda pernah makan Shaklee dan tak rasai perbezaannya? Hubungi kami sekarang. Mungkin ada yang tak kena dengan tatacara penggunaannya.

 

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Setiap hidangan serbuk kolagen Shaklee mengandungi 4,000mg sisik ikan merah. Kolagen dari sisik ikan merah adalah kolagen yang berkualiti tinggi.

Ia juga dicampur dengan tujuh bahan sokongan iaitu;

  • Ekstrak biji benih Camellia Japonica
  • Ekstrak Pfaffia
  • Kolagen ikan
  • Ekstrak kerang
  • Lactobacilus Acidophilus
  • Vitamin-C
  • Vitamin-B

 

Khasiat utama Collagen Powder Shaklee?

  • Menyokong pembentukan kolagen – menegangkan kulit, menganjalkan kulit dan melembutkan kulit
  • Mengecil liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • Kulit lebih putih dan licin
  • Kuku tumbuh dengan lebih kuat
  • Rambut lebih tebal dan bersinar
  • Menegang dan menganjal payudara
  • Menguatkan tulang
  • Baik untuk mata

Shaklee Collagen Powder. Kulit Lebih Sihat Awet Muda

 

Bagi yang tak biasa dengan kolagen Shaklee, rasanya agak hanyir.

Tapi kalau tak hanyir bukanlah namanya kolagen kan. 🙂

Atau pun kalau tak hanyir, komposisi kolagen dalam produk itu adalah sangat rendah.

Tepuk dada, tanya iman, nak bagi kulit sihat? Tutup hidung, telan. Burp.

Terbukti Berkesan!

[box type=”info”] Serbuk kolagen Shaklee terbukti berkesan memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kajian mendapati tekstur keseluruhan kulit menjadi lebih baik dengan peningkatan sebanyak 71% dalam masa 8 minggu. [1][/box]

 

Dan yang paling penting, berat molekular Collagen Powder Shaklee adalah sangat rendah. Sekitar 1000Dalton! Lagi rendah, lagi mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Tak guna kalau minum yang beribu-ribu mg kolagen tapi Daltonnya tinggi tau.

 

Kenapa anda perlu pilih Collagen Powder Shaklee?

√  Mudah dibawa ke mana sahaja

√  Mudah larut dalam air

√  Ramuannya 100% asli, semulajadi dan selamat. Tiada gula, pengawet, pewarna.

√  Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda, termasuk jus buah, ESP ataupun Meal Shakes.

 

[1] A Study on Usefulness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from Edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al. FRAGRANCE JOURNAL, May 2007. 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

1 14 15 16 17 18 25