Cara Daftar Ahli Shaklee

Cara Daftar Ahli Shaklee

 

Selamat datang kepada pembaca setia ummukhadijah.com.

Kepada pembaca yang dihormati, di sini kami akan membimbing kalian untuk daftar menjadi ahli Shaklee di bawah kelolaan dan penyeliaan kami.

Harus diingati, pemilihan pengedar untuk proses pendaftaran adalah kritikal. Ia sangat mempengaruhi perjalanan anda dalam dunia Shaklee.

Tak kira sama ada hanya ingin menggunakan untuk diri sendiri atau yang ingin berniaga.

 

Pengedar Shaklee yang bertanggungjawab adalah mereka yang;

  1. Memberi konsultasi cara pemakanan suplemen dan vitamin secara menyeluruh
  2. Follow-up anda dari semasa ke semasa berkenaan pemakanan/penggunaan produk Shaklee
  3. Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada anak didik yang ingin menjadikan Shaklee sebagai mata pencarian

Cara Daftar Ahli Shaklee

 

Untuk menjadi pengedar Shaklee seumur hidup, anda boleh mendaftar dengan hanya RM65. Ya, seumur hidup!

(Tambah RM10 untuk Semenanjung atau RM20 untuk Sabah/Sarawak bagi penghantaran Opportunity Kit)

 

Atau anda juga boleh mendaftar PERCUMA jika anda membuat pembelian sekurang-kurangnya 200UV (~RM660) dalam satu transaksi.

 

Untuk pengiraan UV, boleh rujuk gambar di bawah.

Nota: Harga yang dipaparkan adalah harga retail. Harga ahli sudah pasti lebih murah. 😀

 

Cara Daftar Ahli Shaklee

 

Cara Daftar Ahli Shaklee

 

F.A.Q.

1. Perlukah maintain point?

Anda tak perlu maintain point untuk mengekalkan keahlian Shaklee jika hanya menggunakan secara personal. Jika tidak membeli dalam beberapa bulan pun anda masih ahli Shaklee yang sah.

Jika pembelian bulanan anda melebihi 150UV, anda akan mendapat bonus di pertengahan bulan berikutnya. 😀

2. Bolehkah saya daftar sendiri di cawangan Shaklee berdekatan saya?

Boleh. Hanya berikan ID kami 945467 ketika mendaftar. Maklumkan kami sesudah mendaftar, kami akan bimbing anda untuk menjadi lebih sihat. Anda juga akan bersama team kami untuk memulakan perniagaan hebat Shaklee!

 

3. Bagaimana untuk saya membeli produk Shaklee?

Sebaik sahaja anda selesai mendaftar, anda akan diberi ID eksklusif. Anda boleh terus membuat pembelian sama ada di cawangan berdekatan, atau hanya secara online di Shaklee Online System.

Anda boleh membuat pembelian di mana sahaja dan bila-bila sahaja. 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

 

4. Apa kelebihan menjadi ahli Shaklee?

Banyak kelebihannya. Anda bakal mengubah hidup anda kepada yang lebih baik selepas bertukar kepada Shaklee!

Sila rujuk artikel kami yang lepas;

–>  Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

–>  Kenapa Saya Join Shaklee.

 

5. Saya ingin daftar sekarang! Bagaimana?

Bank-in RM75 (Opportunity Kit akan dihantar terus ke rumah anda) kepada salah satu akaun di bawah;

CIMB 07370002391204 (Saif Ar-Rahman Khalid)
Maybank 1520 3154 9854 (Nurbahiah Mohd Isa)

SMS/WhatsApp 013.356.4876 maklumat berikut;

Butiran bayaran (nama bank, amaun, masa, tarikh):
Nama Penuh:
IC:
Alamat:
No. Telefon Bimbit:
Emel:
No. Akaun Peribadi (untuk bonus):
Nama Bank:
Nama Pasangan (jika ada):
IC Pasangan (jika ada):

Kami akan bersama anda secepat mungkin.

 

Akhir kata, bertindaklah sekarang untuk kehidupan yang lebih baik. Fast Action, Fast Result!

ANDA tersenyum lebar, KAMI puas hati. 😀

Kami menantikan ANDA menjadi sebahagian keluarga Shaklee kami.

 

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

Posisi Penyusuan Bayi yang Betul

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah tidurkan puteri yang seorang ni. Lagi 2 minggu Khadijah akan masuk usia 2 tahun. Syukur sangat-sangat. Macam tak percaya pun ada. Dah hampir 2 tahun Allah pinjamkan amanah yang tidak ternilai ni kepada saya dan suami. Semoga kami dapat menggalas amanah ini hingga ke akhirnya. Ameen…

Untuk pengetahuan semua, Khadijah masih lagi breastfeed. Ya! Walaupun saya sekarang dah sarat mengandung. Saya tetap dengan niat saya untuk menyempurnakan penyusuan Khadijah selama usianya 2 tahun. Terus-terang saya katakan, memanga penat dan letih. Malah kadang-kadang emosi boleh terganggu bila kita terlalu penat tapi anak nak breastfeed. Nak taknak, saya berusaha juga untuk tidak memberikan alasan untuk STOP menyusu Khadijah sebelum dia berusia 2 tahun.

Antara ikhtiar yang saya buat adalah mengambil vitamin Shaklee, tamar, air zam-zam dan makanan lain yang dapat memberi tenaga kepada saya. Sejujurnya saya tak suka makan tamar, tapi disebabkan tamar adalah instant energy punya makanan, ditambah pula dengan ketegasan suami tersayang yang tak jemu-jemu suruh saya makan, saya PAKSA diri untuk makan. Hihi… Kadang-kadang sampai menangis kena paksa makan tamar. Macam budak kecik kena paksa makan. Hehe….

Betullah orang cakap kan, ibu bapa sanggup buat apa saja untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaupun nak kena menangis, nak kena ke sana sini, nak kena penat lelah, demi anak-anak kita sanggup buat apa sahaja. Wah… feeling betul. Bila kita dah jadi parents, baru kita rasa sebenarnya erti kasih sayang. Macam mana mak ayah kita buat kat kita dulu. Macam tu juga apa yang kita alami sekarang sebagai ibu bapa.

Sebenarnya untuk entry kali ni, saya nak cerita mengenai posisi penyusuan bayi yang betul. Saya bukanlah pakar laktasi. Tapi semua ni saya belajar dari hasil pembacaan di internet dan buku di ikuti dengan pengalaman saya sepanjang 2 tahun menyusukan Khadijah. Incredible journey I might say! Sebab saya mula-mula breastfeed Khadijah dengan tangisan tau. Tapi sekarang mampu tersenyum gembira. Rasa macam pakai kostum Superman sebab dah berjaya breastfeed Khadijah sampai sekarang.

 

Posisi penyusuan bayi yang betul

 

Aci tak gini? Hehe.. Supermom tau!

OK. Dah melalut dah. Bagi mereka yang baru mengandung adalah sangat disarankan untuk menimba ilmu penyusuan ni. Sebabnya , kita kena ada ilmu untuk berjaya. Betul tak? Kalau nak berjaya dalam breastfeeding, kita kena korek banyak-banyak ilmu breastfeeding ni sebelum kita dapat baby. Kalau dah dapat baby pun tak pe. Tapi takut kita terkial-kial pulak kan. Jadi, persediaan ilmu penyusuan adalah sangat penting bagi kita menjayakan penyusuan ke atas bayi kita nanti.

Posisi penyusuan bayi yang betul ni saya google je. Kredit untuk gambar-gambar yang saya google. Nak ceritakan secara ilmu yang betul, mungkin kena pergi kelas penyusuan. Dapatkan ilmu secara live dari pakar laktasi. Tapi zaman sekarang, google pun boleh dapat ilmu. So, bila-bila kita boleh belajar.

Posisi penyusuan bayi yang betul

Ini adalah 4 contoh posisi penyusuan bayi yang betul.

1) Cradle hold

Kita support bayi kita menggunakan tangan kiri contohnya. Kepala bayi diletakkan di atas tangan kiri untuk kita breastfeed pada breast kiri kita. Perut bayi bertentang dengan perut kita.

2) Cross-cradle hold

Kita support bayi kita menggunakan tangan kanan contohnya untuk kita breastfeed pada breast kiri kita. Tapi tangan kita cross tau. Breast kiri tapi support guna tangan kanan. Perut bayi bertentang dengan perut kita.

3) Football hold

Posisi ni kita kena support bayi kita macam orang main american football tu. Support bayi di sisi. Contohnya bila nak bagi breast kiri, kita support bayi guna tangan kiri dan badan bayi di sisi kita. Kaki bayi menghala ke belakang.

4) Lying down

Yang ni kita boleh mengiring sama-sama dengan bayi. Perut kita dan perut bayi bersentuhan. Posisi ni memang best sebabnya kita yang akan tertidur dulu. Hehe….

Ada lagi posisi penyusuan bayi yang betul untuk anak kembar. Mungkin saya akan ceritakan pada anda pada entry yang akan datang. Posisi penyusuan bayi yang betul adalah mengikut keselesaan anda. Yang penting anda selesa, bayi selesa dan bayi dapat menyusu dengan betul. Kalau bayi anda menangis, mungkin penyusuan anda ada yang tak kena. Check balik mana yang tak betul. Dapatkan bantuan dari pakar laktasi jika anda sangat memerlukan bantuan. Di facebook pun banyak support group untuk breasfeeding. Rajin-rajin kita cari ilmu ya.

Breastfeeding ni mudah bila kita tahu caranya. Jangan stress, tenangkan diri, enjoy your breastfeeding. 🙂

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Daftar keahlian Shaklee? Klik Sini.

 

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (2)

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (2)

 

Sambungan daripada entri kami yang lepas, kami akan berkongsi lagi Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi.

Kali ini lebih tertumpu kepada bayi.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi

 

Kelebihan Penyusuan kepada bayi;

  1. Sistem Imun bayi akan menjadi sangat tinggi. Ini kerana susu ibu mempunyai antibodi dan vaksin semulajadi yang baik.
  2. Tinggi IQ. Kolesterol dan lemak di dalam susu ibu membantu pertumbuhan tisu saraf.
  3. Mata – penglihatan lebih tajam.
  4. Kulit kurang terdedah kepada alahan.
  5. Kurang mendapat jangkitan telinga.
  6. Jangkitan pada saluran kencing adalah minimum.
  7. Bebas dari sembelit. Usus tidak terbeban oleh susu asing.
  8. Mulut – perkembangan muka akan menjadi lebih baik.
  9. Bayi yang minum susu ibu akan mempunyai kolesterol yang rendah apabila dewas kelak. Ini akan mengurangkan kadar serangan jantung.
  10. Kurang cirit-birit. Malah boleh mengurangkan alahan jika bayi diberi penyusuan eksklusif selama 6 bulan.
  11. Buah pinggang – kandungan protein dan garam yang minimum menjadikan susu ibu lebih mudah dicerna oleh bayi.
  12. Tekak – bayi yang minum susu ibu kurang mendapat Toncillectomies.
  13. Sistem Endoktrin – mengurangkan kadar penyakit diabetes.
  14. Bayi yang minum susu ibu kurang jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang pneumonia, kurang selsema, dan kurang asma/lelah.
  15. Kurang penyakit otot.
  16. Lidah – susu ibu yang berubah-ubah rasanya akan merangsang lidah bayi. Kelak mereka akan lebih mudah menerima makanan yang pelbagai rasa. Berbeza dengan susu formula yang mempunyai rasa yang sama sepanjang masa.
  17. Kurang mendapat apendiks.

 

Tonton video ibu yang dia berusaha menyusukan anaknya walaupun siangnya bekerja, malam bangun pam susu lagi. Kental oiiii!!!

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (2)

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi

Breastfed children

 

Itu adalah antara baaaaanyak kebaikan susu ibu kepada bayi.

Kalau kita perhatikan, sememangnya anak yang mendapat penyusuan eksklusif akan menjadi lebih hebat, lebih sihat, dan lebih responsif berbanding rakan sebayanya yang minum susu formula.

Lihat saja di taska, tadika atau tempat asuhan kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak yang minum susu formulalah yang sering demam, selsema, hingus mengalir dari hidung sepanjang tahun.

 

Ya, menyusukan anak memang sangat mencabar. Kalau nak senang, bancuh susu formula, sumbat je dengan botol. Anak cepat kenyang, senang tidur, tidur lama, bangun lambat. Tak perlu kerap tukar lampin, sebab bayi sembelit, so jarang berak.

Ya, bagi susu formula jauh lebih senang!

Tapi selepas menyedari Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi, kami akan berusaha sehabis baik untuk memastikan anak-anak kami mendapat paling kurang penyusuan eksklusif selama 6 bulan, dan sebolehnya sehingga 2 tahun.

Alhamdulillah, Khadijah membesar dengan sihat, bijak dan aktif. Jarang demam atau selsema. Demamnya pun tak berapa panas, dan cepat baik. Paling lama pun 3 hari dia demam.

Jika demam sekalipun, kami kerapkan menyusu, sambil bagi makanan yang berkhasiat seperti tamar dan buah-buahan. Tak perlu kalut ke klinik untuk mengambil ubat. Kerana kami yakin kepada antibodinya. Namun jika demamnya terlalu panas, atau berlarutan, kami akan bawa berjumpa doktor.

 

2 minggu lagi, genaplah penyusuan ibu selama 2 tahun. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

 

Keperitan ibu? Hanya yang melaluinya akan merasai pahit manis.

Moga Allah memberkati, memberi ganjaran yang hebat kepada ibu-ibu seluruh dunia. Ameen..

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

Assalamualaikum w.b.t

Selalu kita melihat dan mendengar iklan-iklan di media elektronik dan akhbar mengenai kelebihan susu formula. Selalu sangat lah kan. Sampai tak larat tengok dah. Ada yang lebih DHA lah, membuatkan sel-sel otak lebih cepat bergabung lah,  macam-macam lagi kelebihan susu formula yang diiklankan.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Iklan-iklan sebegini sudah tentu dapat mempengaruhi para ibu bapa untuk lebih cenderung memberikan susu formula kepada bayi mereka. Mau tak nya, kalau sehari 10 kali iklan susu formula yang kita tonton, kalau 10 hari dah 100 kali iklan ini mampu mempengaruhi kita.

Saya faham, dengan zaman yang serba moden ini, ramai para ibu yang keluar mencari rezeki. Jika difikirkan penat lelah, memang susah untuk para ibu menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Bila siang perlu bekerja, waktu malam pula untuk berehat, memang takda masa nak menyusukan anak.

 

TAPI…………………………………….

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul tak? Kalau kita mahu dan berazam untuk menyusukan anak, tak kira apa jua cabarannya, kita akan tetap berusaha untuk menyusukan anak kita walaupun kita bekerja. Ditambah pula dengan kecanggihan gajet-gajet penyusuan zaman kini, sudah tidak ada alasan lagi bagi para ibu yang bekerjaya untuk menyusukan anak mereka. Pelbagai tips penyusuan dapat dipelajari untuk kita menjayakan penyusuan bayi.

Kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu memang tidak dapat disangkal lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Cuma kita sendiri yang perlu nilai segala kebaikan ini. Dan niat hati kita sama ada hendak atau taknak.

Mari kita senaraikan kebaikan dan kelebihan susu ibu kepada ibu dan bayi.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu

 

1) Jimat kos

Tahukah anda jika kita sendiri yang menyusukan bayi, kos susu tersebut adalah PERCUMA!! Ye lah, susu ibu dihasilkan sendiri oleh badan ibu. Tak perlu ke kedai untuk beli bertin-tin dengan kos yang tinggi. Tak perlu pilih-pilih jenama mana yang bagus. Kan? Jimat kos! Selama 2 tahun kita tak perlu untuk membelanjakan wang membeli susu anak. Kan dah boleh berJIMAT??? 🙂

 

2) Mengurangkan risiko kanser

Penyusuan dapat mengurangkan risiko kanser ke atas ibu. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu yang menyusukan bayi kurang mendapat risiko menghidap kanser payudara dan ovari. Tak perlu makan ubat pun kan untuk mengurangkan risiko menghidap kanser?? Dengan hanya menyusu. Subhanallah…

 

3) Pengecutan rahim

Penyusuan dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan dapat mengurangkan pendarahan. Rahim dapat mengecut secara semulajadi dengan penyusuan ke atas bayi.

 

4) Membakar kalori

Yang ni paling reason paling best saya rasa untuk para ibu mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Hehe.. tak perlu nak ke gym atau susah-susah bersenam. Duduk diam baring-baring sambil menyusukan bayi sahaja dapat membakar kalori. Amazing kan?? Para ibu yang gain weight berbelas kilo sewaktu hamil, boleh kembali langsing selepas bersalin. WOW! Rugi siapa yang tak menyusukan bayi mereka.

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

5) Pencegah kehamilan

Penyusuan juga merupakan satu teknik mencegah kehamilan secara semulajadi. Kebanyakan para ibu yang menyusukan bayi tidak datang haid sepanjang tempoh penyusuan tersebut. Namun tak semua para ibu yang mengalaminya. Pengalaman saya sendiri, walaupun menyusukan Khadijah  secara eksklusif selama 6 bulan, saya tidak pernah miss period. 🙂 Selepas bersalin, terus period. Samapai hampir 2 tahun menyususkan Khadijah pun, saya tak pernah miss period. Jadi, penyusuan yang saya amalkan tidak mencegah kehamilan bagi sesetengah ibu seperti saya.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi (1)

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan kepada Ibu dan Bayi yang PALING BERHARGA adalah BONDING antara ibu dan bayi. Kita akan rasa bonding yang sangat kuat dan erat dengan anak kita. Kasih sayang yang tak ternilai nak diceritakan. Anak akan lebih rapat dengan kita.

 

Kebaikan dan Kelebihan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi (1)

 

 

Nantikan sambungan kebaikan dan kelebihan penyusuan kepada ibu dan bayi bahagian 2 pada entry yang akan datang…. stay tuned…

 

 

Nak rasa perbezaan Shaklee?

Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat & konsultasi PERCUMA.

Saif Khalid/Nurbahiah Mohd Isa
013.200.2850/013.356.4876
Shaklee Independent Distributor

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

 

Saya adalah salah seorang bekas pelajar Maahad Tahfiz.

Pertama-tamanya, terima kasih saya ucapkan kepada ibubapa saya yang menghantar saya ke pondok moden.

Saya dihantar ke Maahad Tahfiz Ummul Qura (MTUQ) pada umur 13 tahun, iaitu selepas tamat sekolah rendah. MTUQ terletak di Pondok Kolam, berdekatan Pak Badol, Melor, Kelantan.

Sistem pengajian Al-Quran di sini sangat bagus. Setiap pelajar WAJIB memasuki kelas tajwid dahulu sebelum dibenarkan memulakan hafazan.

Perkara ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Tetapi saya secara personal sangat bersetuju dengan sistem tersebut. Kerana dewasa ini, saya sedari semakin banyak sekolah tahfiz didirikan di sana sini. Masalah mula timbul bila pelajar dibenarkan menghafaz tanpa memantapkan tajwid terlebih dahulu.

Saya pernah jumpa sebilangan pelajar tahfiz yang mengimami solat tetapi bacaannya tidak memuaskan. Makhraj dan sifat huruf tidak dijaga, dengung tidak konsisten, panjang-pendek tidak dijaga. Masalah paling besar bila bacaan Al-Fatihah sendiri tunggang-langgang.

Saya ditempatkan di kelas tajwid selama 2 minggu. 2 minggu itu dikira agak sekejap, kerana ramai lagi yang tersangkut di situ berbulan-bulan.

Kami dilatih untuk membetulkan bacaan bermula dari mukasurat pertama Al-Quran, iaitu Surah Al-Fatihah, diiukuti Alif Lam Mim Al-Baqarah. Setiap kesalahan hendaklah dibulat atau digariskan. Kemudian setiap pelajar akan mengulangi bacaan yang betul berkali-kali sehingga lancar. Sedari waktu Subuh, hingga ke tengah hari, dan selepas Maghrib hingga pukul 10 malam.

Keesokan paginya – sesi tasmik. Pelajar memperdengarkan bacaan kepada guru seorang demi seorang. Pantang ada silap, ZASS!! Rotan akan menghinggapi mana-mana susuk tubuh yang dapat dicapai guru. Rawak.

Saya sempat membetulkan bacaan sehingga sempurna sebanyak 3 mukasurat sebelum ditukarkan ke kelas hafazan. Alhamdulillah.. Lega. 🙂

Boleh kata semua bahagian badan pernah merasai rotan.

Alhamdulillah..terima kasih guruku. Terima kasih ustaz-ustaz yang tegas, yang garang terhadap kami. Guru-guru, ustaz-ustaz yang garanglah yang kami akan semat dalam ingatan hingga akhir hayat.

Saya tak pernah berdendam kepada guru yang marah, rotan dan tegas kepada saya. Kalau bukan kerana mereka, sudah tentu saya takkan menjadi saya yang sekarang. Sudah tentu bacaan Al-Quran saya jauh lebih teruk dari sekarang!

Ringkasnya, setiap pelajar akan bersiap sedia sepenuhnya untuk memperdengarkan bacaan untuk esok hari. Langsung tak boleh tersilap walau satu baris. Langsung tak boleh tertinggal walau satu dengung. Langsung tak boleh membaca 4 harakat pada yang sepatutnya 6 harakat. Kalau tak, rotan akan hinggap di badan sebelum sempat mata melihat libasannya. Fuh!!

Ya, inilah yang akan meningkatkan mutu bacaan pelajar!

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

Maahad Tahfiz Daril Naim

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

 

Tahun berikutnya, oleh sebab tertentu, kami satu batch dipindahkan ke Maahad Tahfiz Daril Naim (MTDN). Ia terletak di Padang Kala/Kubang Bongor, Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Tak jauh dari lokasi MTUQ.

Sistemnya serupa.

– Kelas Al-Quran sesudah subuh hingga 12 tgh hari.

– Qailulah, tidur setengah jam pada tengah hari sebelum makan tengah hari.

– Kelas akademik dijalankan antara waktu Zuhur dan Asar.

– Lepas Asar adalah waktu riadhah. Akal yang cerdas datang dari badan yang cergas.

– Lepas Maghrib sehingga pukul 10 malam adalah waktu menghafal sendiri. Dipantau oleh guru.

– 10pm waktu minum malam. Ni feveret saya, makan roti butter gula cicah teh O panas. 😀

 

Saya menghabiskan tingkatan 2 dan PMR di MTDN.

Alhamdulillah berjaya menghadapi PMR dengan cemerlang walaupun balajar akademik hanya 2-3 jam sehari.

Berbekalkan keputusan 9A, saya diterima masuk ke sekolah tersohor di Kelantan – Maahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa.

 

Kepada para ibu bapa, usah risau jika anak-anak di Maahad Tahfiz keciciran mata pelajaran akademik. Asalkan bacaan dan hafazan Al-Qurannya mantap, ilmu akademik akan dirasa seperti di hujung jari.

Dengan izin Allah, pelajar tahfiz dapat menguasai ilmu akademik dengan pantas. Kerana apa? Pengajian dan disiplin Al-Quran itu berganda lebih hebat daripada ilmu akademik  – sekurang-kurangnya bagi tahap PMR dan SPM.

 

Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz

 

Alhamdulillah..kini setelah saya berada di lapangan Al-Quran selama lebih kurang 15 tahun, sekarang saya sedang aktif mengajar Al-Quran kepada kejiranan saya di Kulim Square, Kulim.

Saya berusaha sebaik mungkin untuk mengajar anak murid saya sepertimana guru saya mengajar saya. Saya takkan membenarkan pelajar maju ke muka surat seterusnya sekiranya bacaan belum sempurna.

Saya dilatih begitu, dan saya takkan membiarkan anak murid saya tersilap baca.

Kerana saya menghargai usaha generasi-generasi terdahulu dalam menyebarkan kalam Allah ini. Jika mereka tidak mengambil berat akan bacaan mereka, mana mungkin bacaan Al-Quran ini dapat diturunkan dari generasi ke generasi tanpa sedikit kesilapan atau perubahan pun.

Saya yakin, bacaan Al-Quran kita pada hari ini yang mana diperakui betul oleh guru-guru, adalah sama seperti apa yang dibacakan Nabi Muhammad 1400 tahun dahulu. Kerana Al-Quran adalah mukjizat!

 

Itulah Cara Pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz berdasarkan pengalaman saya. Maahad Tahfiz lain mungkin berbeza sistemnya.

Apa-apa pun, sebelum hantar anak ke mana-mana pusat tahfiz, seeloknya cuba dengar dahulu bacaan pelajar-pelajar atau bekas pelajar mereka. Adakah mereka mengambil berat akan kualiti bacaan atau sebaliknya.

Ingat, untuk memperbetulkan bacaan setelah habis menghafal 30 juzuk bukan perkara mudah.

 

Sekian. Jika ada kemusykilan atau penambahan, silakan komen di bawah.

Selamat hari guru saya ucapkan kepada para guru, ustaz ustazah, pensyarah, profesor yang telah mengajar saya selama ini. Semoga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

 

__________

Saif Ar-Rahman Khalid

 

 

1 15 16 17 18 19 25