Vitamin Untuk Lelaki

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagaimana wanita-wanita ingin sihat menawan, lelaki juga inginkan pakej lengkap. Sihat, cergas, segak, tampan. Kali ini kami akan berkongsi dengan para pembaca mengenai Set Kesihatan Lelaki dari Shaklee.

 

vitamin lelaki sihat

 

Lelaki tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan macam-macam lagi.

Set Kesihatan Lelaki Shaklee merupakan makanan tambahan semulajadi untuk membekalkan nutrien terbaik untuk para lelaki, sama ada yang masih bujang atau pun yang dah berumah tangga.

  1. Vita-Lea – Klik
  2. B-Complex
  3. Vita-C – Klik
  4. Vita-E
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard

 

Set Kesihatan Lelaki

Set Kesihatan Lelaki

Antara kebaikan Set Kesihatan Lelaki;

  • Meningkatkan kecergasan
  • Memelihara prostat
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Fungsi Vitamin A

vitamin A

Makanan yang mengandungi vitamin A

Apa itu Vitamin A?

  • Sejenis vitamin larut lemak.
  • Dibentuk dari suatu zat kimia yang disebut beta karoten (beta carotene) dan retinil palmitat.
  • Beta karoten banyak terdapat pada hampir semua sayuran berdaun dan retinil palmitat banyak terdapat pada sumber haiwan.
  • Retinol yang merupakan salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif dan berguna yang boleh didapati daripada haiwan seperti hati dan telur.

 

Sumber vitamin A

  • Telur
  • Susu
  • Hati
  • Ikan
  • Keju
  • Mentega
  • Kangkung
  • Bayam
  • Brokoli

 

Kebaikan Vitamin A

  • Kesihatan mata
  • Kesihatan kulit
  • Kesihatan rambut
  • Anti-oksida
  • Melawan kanser
  • Mencegah rabun malam
  • Membantu tumbesaran
  • Menguatkan kerangka tulang, gusi dan gigi
  • Membantu sistem respiratori
  • Membantu sistem imun

 

Kesan Kekurangan Vitamin A

  • Melemahkan daya penglihatan pada waktu malam
  • Rabun malam
  • Kekeringan pada bahagian mata putih
  • Melemahkan daya tahan badan (lebih terdedah kepada jangkitan)
  • Kulit menjadi kering dan gatal
  • Hilang selera makan
  • Melemahkan tulang dan gigi
  • Penyakit Keratomalacia (kerosakan teruk pada kornea mata yang boleh menyebabkan buta)

 

Kebaikan Vita-Lea Shaklee

Kebaikan Vita-Lea Shaklee

kebaikan vita-Lea shaklee vitalea

Vita-Lea Shaklee

Apa itu Vita-Lea?

  • Sejenis multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia! wah~~
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan.
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Merupakan multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia! (awesome!)

kebaikan vita-Lea shaklee vitalea

Biar betol??? Hebatnya Vita-Lea ni.

Kandungan nutrisi di dalam Vita-Lea

  • Vitamin A – Klik
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin C – Klik
  • Asid Folik
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin B3
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Vitamin B5
  • Biotin
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Iodin
  • Zat besi
  • Magnesium
  • Kuprum
  • Zink

 

Manfaat utama Vita-Lea

 

ActiveLiving

  • Penambahan tenaga segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

 

optimal-food-pyramid-guide

  • Pelengkap nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamnaya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

 

kids

  • Membantu sistem tumbesaran – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

 

metabolism

  • Matabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

 

healthy skin

  • Elemen penting pada sel tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

 

 

human body

  • Melindungi organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

 

 

Kebaikan Vita-Lea Shaklee VitaLea

Banyak kan kebaikan vitalea Shaklee ni? Nak jugak? Boleh dapatkan dari kami.

Sebotol VitaLea Iron Formula (120tablets) berharga RM88.75. Klik sini untuk order.

 

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Kebaikan Meal Shakes

Assalamualaikum w.b.t.

Meal Shakes dari Shaklee telah terkenal dengan khasiat-khasiatnya yang banyak membantu para ibu bapa, ibu mengandung, ibu menyusu, dan juga termasuklah para pekerja aktif dan atlet.

Pendek kata, Meal Shakes adalah sajian makanan berkhasiat yang diolah menjadi serbuk supaya senang dimakan.

Tambah-tambah lagi di bulan puasa ni, hidangan sahur dan berbuka akan lebih bermakna dan lebih BERKHASIAT dengan adanya secawan Meal Shakes.

Di bawah kami kongsikan beberapa testimoni yang berpuas hati dengan produk hebat ni.

(InsyaAllah tak lama lagi giliran Khadijah pulak mkn Meal Shakes ni. 🙂 Kadang2 culas betul Khadijah time nak suap dia makan. Adoi..)

Testimoni

[box type=”shadow”] “Sekadar nak share..baru 5 hari kasi bby Qalesya minum Meal Shakes..dah nampak skit perubahan..bby makin berselera makan n makin kerap minta susu. n baru2 ni bby cirit dah makin baik.. bby pun makin aktif..syukur sangat2..”Noraini Hussin Ain[/box]

[box type=”shadow”]“Assalamualaikum wrt semua, ingin berkongsi pengalaman sendiri. Alhamdulillah masalah anak sy Nafisah x lalu mkn nasi dah berkurangan. Setelah 2 minggu dia minum Meal Shakes, skrg Nafisah dah berselera mkn nasi sy sgt bersyukur. Pengalaman kedua, sy disahkan mengandung dan alah xlalu mkn n vitamin Shaklee pun xleh nak telan..tp Alhamdulillah bila sy bancuh Meal Shakes sy sgt2lah suka keharumannya dan sy sgt bertenaga di tempat kerja. Vitamin mengandung pun lalu makan. So belilah Meal Shakes..anda pasti kagum dgn kebaikannya!”Umi Nad’Rah Ku Ibrahim[/box]

[box type=”shadow”]“Anak dah jarang selsema kak, Alhamdulillah la..kalau tak setiap minggu berhingus. Selera makan dia pun bertambah. Tu la insyaAllah kalau Azza pregnant nanti nak try produk Shaklee ni.”Nur Faharazah[/box]

[box type=”shadow”]“Saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. Makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yg saya masak. Cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+Meal Shakes+kurma (blended) ketika berbuka, PD+Meal Shakes masa sahur. Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2 kat halaman rumah..bukannya tidur sepanjang hari. Syabas anakku! Semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini insyaAllah.”– Mai[/box]

[box type=”shadow”]“Nak share pengalaman saya sendiri mengenai Gastrik yg dah wujud dlm badan saya sejak berusia 10 tahun..

Ingat lagi masa tu muntah teruk. Berlarutan selama 4 hari diikuti dgn demam. Hanya Allah saja yg tau sakit pedih lemahnya mcmana.

Selama 20tahun Gastrik on off on off..dan paling saya pasti, ulu hati saya sentiasa pedih. Oleh sbb dah selalu sgt sakit n pedih ulu hati jadi saya dah tak kisah dah pasal tu. Mkn ubat kejap elok kejap pedih balik..

Itu dulu. Tanggal 20 July 2012, sehari sebelum puasa aritu, saya admit di KPJ Kajang utk buat ujian scop (masuk kamera dlm perut)..bunyi mcm gerun kan. tapi ok je.
Doktor sahkan perut saya ada tompok2 merah yang banyak. Mcm melecet. Sekiranya dibiarkan boleh jadi ulser.

Tapi sekarang tidak lagi. Saya amalkan minum ESP+Meal Shakes+PD setiap sahur dan sebelum tido. Alhamdulillah..pedih perut semakin beransur hilang..dan saya rasa puasa kali ini lebih bermakna. Saya rasa lebih bertenaga juga.. Syukur kepada Allah yang telah menemukan saya dgn Shaklee.

Saya menjalani ibadah puasa kali ini tanpa rasa sakit pun seperti puasa2 sebelum ni. Alhamdulillah.

Saya akui saya hanya berikhtiar..selebihnya saya serahkan pada Allah dan bertawakal kepadaNya..insyaAllah..”
SufiahNoor Nordin[/box]

 

Kenapa Ramai Memilih Meal Shakes?

 

Kebaikan Meal Shakes

Kebaikan Meal Shakes

 

 

Hidangan yang lazat berperisa vanilla, berkhasiat serta mudah disediakan, pasti digemari oleh seisi keluarga!

• Sarapan segera yang berkhasiat

• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli

• Hidangan segera untuk para atlet

• Kudapan menarik pada bila-bila masa

• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

 

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Tarawih Ramadan 1434H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..kami sempat lagi dipertemukan dengan Ramadan tahun ini, 1434 H. Bulan yang penuh keberkatan.

Apa maksud berkat? Saya masih ingat kata-kata Ustaz Syazalie Hirman, ‘berkat’ bermaksud bertambah, atau berkembang.

Adapun pemahaman saya terhadap perkataan ‘berkat’ selama ini adalah bertambahnya kebaikan Ilahi dalam sesuatu perkara. Allahu A’lam.

berkat ummukhadijah

Saya ditugaskan untuk mengimami solat tarawih di surau taman Kulim Square, dimana terletaknya rumah kami sekeluarga. Tugas yang ditawarkan sebulan sebelum tibanya Ramadan saya sahuti untuk memperkemaskan hafazan Al-Quran saya. Moga-moga Al-Quran terus terpahat di hati.

Buku hasil karangan Mohd Solleh Ab. Razak banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus menjadi ahli Al-Quran. Bukan mudah tau menjaga hafazan Al-Quran. Nak hafal tu senang je, tapi nak jaga sehingga akhir hayat tu banyak dugaannya, betul tak?

Awal tahun ni saya mula baca buku ni, semangat saya berkobar-kobar dan saya menyahut cabaran untuk menjadi imam tarawih Ramadan kali ini. Seingat saya kali terakhir saya jadi imam tarawih adalah beberapa tahun lepas. Lain rasanya jadi imam solat fardhu dengan jadi imam tarawih, sebab tarawih ni memang menguji ketahanan mental dan fizikal kita. Respectlah kepada imam-imam tarawih seluruh dunia.

Buat semua penghafaz Al-Quran, dan juga kepada sesiapa yang ingin menghafaz, belilah buku ni sebagai panduan dan motivasi untuk kita terus belajar dan menjaga Al-Quran di dalam dada. InsyaAllah..

 

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati

 

Sebagai permulaan, ada beberapa pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan kepada pembaca.

Tarawih untuk malam pertama, jemaah agak kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan malam berikutnya. Mungkin ramai yang masih belum terasa kehangatan Ramadan. Mungkin juga orang ramai cuma akan terasa untuk menghidupkan malam Ramadan hanya setelah memulakan puasa pada hari pertama. Yelah, untuk tarawih malam pertama, siang harinya kita masih belum berpuasa.

Pengalaman mengemudi tarawih di malam pertama agak meletihkan. Beberapa kali juga saya terasa sedikit ‘goyang’ bila kembali qiam selepas sujud. Tapi tak lah teruk sangat. 😉

Cuma apa yang menarik, malam kedua, walaupun kita berpuasa di siang hari, tarawih pada malam tu sungguh bertenaga! Saya fikirkan tarawih akan lebih meletihkan apabila kita berpuasa sepanjang hari. Rupanya terbalik. Mungkin ini terjadi kerana terdapat keberkatan pada puasa tersebut. Ini menambahkan lagi keyakinan saya terhadap bagaimana umat Islam menang dalam perang Badar yang mana ia berlaku di saat mereka sedang berpuasa. Ya, salah satu faktor kemenangan adalah keberkatan pada puasa tersebut!

Inilah keberkatan berpuasa. Marilah kita sama-sama memeriahkan Ramadan kali ini, kerana belum tentu kita akan sampai ke Ramadan tahun depan. Rebut segala peluang yang ada. Semoga amalan di bulan Ramadan ini menjadi saham akhirat kita kelak, dan kita terus istiqamah untuk bulan-bulan yang seterusnya.

 

Until next time,

Saif Khalid

1 21 22 23 24 25