Baiki Otot dan Sendi Selepas Cedera

Usah Lekehkan Keselamatan Diri

 

Kemalangan selalu melibatkan kecederaan. Sama ada kecederaan otot mahupun sendi. Dan mungkin juga lebih dari itu.

 

Tak kira kemalangan kecil atau besar. Kemalangan terlanggar bucu meja, terjatuh longkang, jatuh basikal, ataupun bertembung kenderaan, semuanya melibatkan kos. Dan antara kos terbesar adalah anggota badan kita.

 

Apa-apa pun, kami di ummukhadijah.com sentiasa mendoakan keselamatan para pembaca semua, walau dimana anda berada. Amin…

Pastikan kita mengambil berat tentang aspek keselamatan. Jika memandu, pastikan kita memakai tali pinggang keledar. Jangan menjadikan smartphone atau gajet membuat kita leka semasa memandu.

Kepada penunggang motosikal, sentiasa pakai topi keledar. Sebaiknya pakai topi keledar fullface, pakai glove dan pakai kasut.

Yang bersukan – pastikan pakai pakaian yang sesuai, buat senaman panaskan badan dahulu. Sayangi nyawa dan anggota badan anda.

 


 

Walaubagaimana pun, malang tidak berbau. Mungkin kita dah buat yang terbaik, tetapi pengguna jalanraya lain ada yang tidak menghiraukan keselamatan orang lain. Termasuklah juga pekerja kilang yang mengabaikan keselamatan di tempat kerja.

 

Baiki Otot dan Sendi Selepas Cedera

 

Apabila berlakunya kemalangan dan terjadi kecelakaan dan kecederaan, badan kita akan menggunakan protein dan zat-zat pada badan kita untuk membantu proses penyembuhan pada bahagian yang tercedera.

 

Dalam proses penyembuhan, kita perlukan zat tambahan untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan baik dan cepat. Selalunya kita dinasihatkan untuk makan makanan tertentu yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Juga harus berpantang dari makanan yang mampu mengganggu otot dan sendi sembuh.

 

Apakah perlu makanan tambahan untuk sembuh dari cedera atau luka?

Jika mahu sembuh dengan cepat, maka jawapannya YA!

Di sini saya senaraikan set suplemen untuk membantu menyembuhkan luka, perbaiki otot dan sendi dengan cepat dan semulajadi.

 

 

Luka Pada Kulit dan Penyembuhan Otot

Zinc Complex, Vitamin-C & Vita-Lea.

1) Zinc Complex — Mempercepat pemulihan luka, mengaktifkan 200 jenis enzim, tingkat sistem imun.

2) Sustained Release Vita-C Plus — Memperbaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun.

3) Vita-Lea Multivitamin dan multimineral yang sangat cepat larut dan diserap tubuh badan. Pelengkap nutrisi harian, dengan 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

 

Baiki Otot dan Sendi Selepas CederaSet luka dan cedera berharga RM215, tahan sekurang-kurangnya 2 bulan.

.

 

Sendi

Ostematrix™, Omega Guard™ & Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

1) Ostematrix™ Sinergi kalsium, magnesium dan lain-lain membantu menguatkan tulang secara semulajadi, dan memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas. 1 tablet Ostematrix menyamai kandungan kalsium segelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam.

2) Omega Guard™ Memelihara fungsi sendi, meningkatkan sistem imun.

3) AJHT — Dengan jaminan keberkesanan dalam masa 5 hari, AJHT membantu memelihara rawan pada sendi. Ia juga memelihara tisu penghubung, dan meningkatkan keselesaan sendi. Hanya 2 caplets sehari!

 

Baiki Otot dan Sendi Selepas CederaSet sendi, RM321, tahan untuk sebulan.

 

Hubungi kami untuk dapatkan set-set di atas sekarang.

SMS/Whatsapp nombor di bawah untuk sebarang tempahan, pertanyaan. Kami akan berikan jadual pemakanan suplemen dan konsultasi PERCUMA untuk anda!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Akhlak Anak. Tugas Ibu Bapa Atau Guru?

 

Sehari dua ni negara kita dihebohkan dengan kejadian buli di asrama sebuah sekolah.

Media sosial sangat ‘membantu’ menyebarkan perkara-perkara sebegini.

Mungkin selama ini telah banyak kejadian buli atau pukul-memukul antara pelajar sekolah. Tetapi kali ini sangat memanaskan mata saya yang melihatnya.

Mengapa saya katakan begitu?

Kerana ia berlaku dalam sebilangan pelajar yang ramai, di siang hari, dan dalam waktu yang lama. Saya kira jika saya berada di tingkat bawah, atau di bangunan sebelah, mungkin saya pun boleh mendengar kejadian tersebut.

Baiklah, saya tak mahu mengulas panjang kejadian tersebut.

 

remaja buli Akhlak Anak. Tugas Ibu Bapa Atau Guru

 

Dimanakah Akhlak Anak-anak Dibentuk?

 

Kejadian seperti ini membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah punca berlakunya kejadian sedemikian.

Sering kita dengar ibubapa merungut tentang prestasi anak di sekolah. Antaranya;

Bila tengok pelajar melepak di pusat membeli-belah waktu sekolah, “Pelajar ramai ponteng ni. Cikgu tak buat kerja ke?”

“Saya hantar anak ke sekolah hari-hari, belajar dari pagi sampai ke petang, kenapa tak pandai-pandai?”

 

Masyarakat kita ramai yang suka menuding jari. Jarang-jarang yang melihat diri dan menilai sendiri apa usaha yang kita telah lakukan. Segala kesilapan yang berlaku dituduh orang lain sebagai punca.

 

Persoalannya, dimanakah akhlak anak-anak dibentuk?

Adakah di sekolah? Di rumah? Di jalanan?

Kita semua pun tahu jawapannya. Akhlak anak-anak dibentuk di rumah sejak kecil. Malah tarbiah itu bermula dari rumah, sejak dalam kandungan lagi!

Cuma kita hanya dapat lihat hasil didikannya apabila mereka mula pandai berkata-kata, pandai bergerak ke sana sini, dan pandai berkomunikasi dengan bahasa dan tubuh badan.

 

Adakah adil bagi kita untuk menyalahkan guru apabila anak-anak tidak beradab?

Sedangkan apa yang anak kita lakukan adalah cerminan didikan kita di rumah. Jika baik didikannya, maka baiklah perlakuannya di sekolah. Jika sebaliknya, maka pincanglah akhlaknya di sekolah.

Saya tidak terhadkan di sekolah. Akhlaknya boleh dinilai di mana-mana sahaja.

 

Apa Pula Tugas Guru?

Guru adalah ibubapa kedua, iaitu selepas ibubapa kandung atau penjaga di rumah. Didikan di rumah bersifat lebih dominan. Manakala didikan guru di sekolah adalah tokokan kecil kepada personaliti anak-anak.

Guru tugasnya menyampaikan ilmu tambahan kepada anak-anak. Ilmu asas mengenai akhlak dan ilmu kemahiran hidup asas sepatutnya diajar oleh ibubapa di rumah.

 

Akhlak Anak. Tugas Ibu Bapa Atau Guru?

 

Cuma dewasa ini kita dapat melihat senario di mana kebanyakan kedua ibu dan bapa bekerja seharian di luar. Anak dihantar ke sekolah dan pengasuh dan juga transit. Apabila petang atau malam, barulah anak diambil oleh ibubapa dan pulang ke rumah.

Sampai di rumah, ibubapa penat dan nak rehat. Anak-anak tak dihiraukan. Langsung tidak ditanya mengenai aktiviti hariannya di sekolah dan di pusat transit. Di sinilah kesilapan berlaku.

 

Apa Patut Kita Lakukan?

 

Sebagai ibubapa, kita harus rapat dengan anak. Selalulah bertanya khabar anak-anak. Pastikan kita tahu apa aktiviti hariannya, tahu siapa kawan-kawannya. Ini dari segi pantauan.

Selain itu, kita perlu bimbing mereka ke arah kebaikan. Bagi anak lelaki, ajaklah mereka bersama ke masjid ketika waktu solat. Rajin-rajinlah bawa mereka ke majlis-majlis ilmu.

Jika menonton tv di rumah, tontonlah rancangan-rancangan yang berfaedah. Sekarang kan dah banyak rancangan bagus-bagus. Majlis ilmu kerap disiarkan. Begitu juga dengan diskusi ilmiah.

Jika masa kita tidak diisi dengan kebaikan, maka tidak lain tidak bukan, perkara yang buruk akan memasuki diri kita.

Apabila kita rapat dengan anak, barulah anak-anak akan berkongsi dengan kita apa yang berlaku sehari-hari, temasuklah masalah-masalah yang dihadapi mereka. Maka lebih mudahlah konflik diselesaikan.

 

 

anak remaja ayah Akhlak Anak. Tugas Ibu Bapa Atau Guru

 

Saya percaya, jika ibubapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak, tidak akan berlaku masalah-masalah sosial seperti yang kerap berlaku sekarang.

 

Jangan terlalu mengejar tangga karier, sehingga suatu hari nanti kita baru perasan – anak kita dah besar sebelum sempat kita meluangkan masa dengan mereka pun!

 

Ayuh, ambil peduli tentang anak sebelum anak kita terpaksa dipedulikan oleh orang lain.

 

-Saif Khalid-

Anak Batuk Selsema Kahak

 

Anak-anak kecil mudah diserang demam, batuk, selsema dan kahak.

Apatah lagi bila anak bergaul dengan kawan di taska yang beringus dan sebagainya.

Jika antibodi anak kita lemah, maka mudahlah dijangkiti virus-virus tersebut.

 

Selsema dan batuk dijangkiti melalui udara – bila orang berdekatan anda batuk atau bersin. Juga melalui sentuhan – sama ada melalui tangan, tuala atau apa sahaja alat yang digunakan oleh orang yang sedang batuk selsema.

 

Langkah Hindari Virus Batuk Selsema

 

Secara asasnya, kita boleh hindari (atau kurangkan risiko dijangkiti) batuk selesema dengan amalan berikut;

1) Kerap bersihkan tangan. Juga boleh guna sanitizer.

2) Gantikan sapu tangan dengan tisu. Hingus yang dilap terus dibuang ke dalam tong sampah.

3) Usah kongsi – minuman, makanan, mahupun barangan peribadi.

4) Banyakkan minum air kosong.

5) Rehat yang mencukupi. Badan yang kurang rehat lebih mudah dijangkiti virus.

 

 

Anak Batuk Selsema Kahak. Apa Patut Saya Buat?

 

Ubatan yang kita ambil di hospital atau farmasi kebanyakannya bersifat menghilangkan simptom.

Antaranya melegakan hidung yang tersumbat, mencairkan kahak, dan mengurangkan rasa sakit tekak akibat batuk.

Tetapi selagi antibodi tidak ditingkatkan, maka lambatlah batuk selsema dan kahak kita hilang.

Bagaimana nak tingkatkan antibodi? Kami syorkan Omega Guard™. Bahan utamanya dari minyak ikan sangat serasi dengan tubuh badan manusia untuk menguatkan kekuatan dan ketahanan dalaman kita.

 

omega guard shaklee UBATI asma asthma SAKIT LUTUT DAN SENDI Vitamin Anak Pintar Cerdas demam batuk selsema kahak selesemaSebotol Omega Guard, 90 biji, RM136.

 

 

Feedback pengguna Omega Guard ini sangat memberangsangkan.

Induced Wheeze Omega Guard Selsema Anak Omega Guard Batuk Kahak SelsemaSelsema Batuk Eczema Acute Bronchitis Bebas NebulizerSelsema Gout Gatal Omega Guard Bersin Selesema

Untuk pengetahuan anda, bulan ini Shaklee mengadakan promosi Omega Guard!

Bukan satu tapi dua promosi!

 

1) Beli 6 botol percuma 1. Dengan pembelian set ini, anda akan mendapat;

» PERCUMA membership Shaklee seumur hidup. Berharga RM65.
» Penghantaran PERCUMA.
» Cashback pada 13hb bulan depan ^^
» E-book PERCUMA – Cara Makan Vitamin Dengan Betul. Khas untuk anda bila beli set ini dari kami.

Promosi promotion Shaklee Nov november 2014

 

2) Beli 2 botol dan dapat 5% diskaun. Maknanya anda membeli dengan harga RM129.20 sebotol. Anda berjaya JIMAT RM13.60!

OmegaGuard promo2 public

.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut, pembelian dan khidmat nasihat PERCUMA.

 

Sekian.

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

 

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma (Asthma)

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma (Asthma)

Keluarga saya memang ramai yang menghidap asthma ini. Macam saya sendiri, 2 tahun sekali baru asthma. Ada lah masa-masa tertentu yang saya diserang asthma. Banyak faktor yang boleh menyebabkan saya asthma. Antaranya kalau saya bau ubat nyamuk, semburan aerosol dan jika tidur dengan memasang aircond. Memang boleh buat saya rasa lelah esok paginya.

Kita orang dewasa mungkin dapat mengawal rasa lelah kita. Tapi kalau kanak-kanak yang lelah, kasihan sangat. Yang pasti mengikut sejarah keluarga saya. Akan selalu ke klinik untuk nebulizer (neb). Pengalaman saya, kalau anak-anak yang masih kecil memang menangis-nangis apabila di neb. Allah… luluh rasa hati tengok.

 

neb

.

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma (Asthma)

Antara cara yang boleh membantu bagi mencegah lelah atau asma ini adalah :

1) Elakkan anak-anak kita dari makan makanan yang boleh menyebabkan batuk. Sebab bila batuk yang berlarutan, boleh menyebabkan lelah.

2) Rawatan tradisional. Gamat dikatakan dapat mengubati lelah. Saya syorkan anda merujuk pengusaha gamat untuk dapatkan maklumat dan cara yang betul untuk merawat asma. Juga boleh ikhtiar dengan memakan hati unta.

3) Nebulizer – Neb memang sangat diperlukan bila diserang asthma. Cepat-cepat bawa anak anda ke hospital atau klinik berdekatan.

4) Fish Oil. Minyak ikan Shaklee dinamakan Omega Guard™. Ramai yang telah amalkan dan telah dapat mengurangkan asma.  Bacaan lanjut mengenai Omega Guard di sini.

UBATI asma asthma SAKIT LUTUT DAN SENDI Vitamin Anak Pintar Cerdas omega-guard-heartSebotol OmegaGuard 90 softgel berharga RM136.00

 

Ini beberapa feedback daripada mereka yang mengamalkan Omega Guard.

Cara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penat Cara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penatCara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penat Cara Merawat Anak Lelah atau Asma athma penat

.

 

Kebetulan bulan November ni Shaklee mengadakan promosi Omega Guard™. Bukan satu tapi dua promosi!

1) Beli 6 botol percuma 1. Dengan pembelian set ini, anda akan mendapat;

» PERCUMA membership Shaklee seumur hidup. Berharga RM65.
» Penghantaran PERCUMA.
» Cashback pada 13hb bulan depan ^^
» E-book PERCUMA – Cara Makan Vitamin Dengan Betul. Khas untuk anda bila beli set ini dari kami.

Promosi promotion Shaklee Nov november 2014

2) Beli 2 botol dan dapat 5% diskaun. Maknanya anda membeli dengan harga RM129.20 sebotol. Anda berjaya JIMAT RM13.60!

OmegaGuard promo2 public

.

Untuk maklumat lanjut, atau ingin membuat pembelian, hubungi kami segera. Jangan malu-malu. Kami sedia membantu anda. 🙂

 

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
ID: 945467
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

 

Bab uruskan pakaian di rumah adalah antara kegemaran saya di rumah.

Basuh – sidai/jemur – angkat – lipat.

Rasanya hampir setiap hari saya sidai dan angkat pakaian di rumah.

Siapa-siapa yang lalu depan rumah memang akan nampak si suami ini sidai baju pagi-pagi dan angkat baju petang-petang.

Tengahari pun kadang-kadang ada – sebab nak oter mana-mana kain – dan juga terbalikkan kain.

Tak tahulah kalau ada yang kata “isteri dia queen control” ke apa.

 

Motivasi saya cuma satu – Nabi kita jahit sendiri baju dan kasut yang rosak terkoyak.

Nabi Muhammad sangat membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Jadi setakat basuh baju, jemur kain, sidai baju, angkat baju, lipat baju semua tu apalah sangat.

 

Minat Perlu Dipupuk Sejak Kecil

 

Saya dilatih oleh ibubapa supaya rajin buat kerja rumah sejak kecil.

Mempunyai keluarga yang agak besar – 9 beradik – kami dilatih agar berdikari.

Masing-masing diajar supaya lipat baju masing-masing dan susun sendiri baju di dalam almari. Kami selalu membantu ibu sidai baju di jemuran. Yelah, takkan nak harapkan ibu sidai semua kain baju kami yang ramai ni. Lipat baju pulak berapa bakul dah.

Alhamdulillah tabiat itu kekal sehingga kini. Dan sekarang saya selalu bawa Khadijah sidai baju sama-sama. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?

 

 

Jadi atas minat yang mendalam ini (Ya saya enjoy sidai baju pagi-pagi ^^), saya banyak belajar teknik bagaimana menyidai kain agar cepat kering.

Ya, matlamat saya ketika menyidai pakaian ialah harus cepat kering! Saya bukan sekadar sidai baju sebab orang lain pun sidai baju, tetapi sidai bagi cepat kering.

Sebab iklim Malaysia kan panas dan lembap sepanjang tahun. Bila-bila masa pun boleh hujan. Dan jika panas sepanjang hari dan tak hujan, pakaian perlu diangkat awal.

Kenapa? Sinaran matahari yang terik akan membuatkan jangka hayat pakaian kita pendek. Pakaian akan lebih cepat luntur warnanya dan lebih cepat mereput.

 

 

Strategi Menyidai Kain

 

Sidai kain juga harus ada strategi. Kerana bila-bila masa boleh hujan.

Kecualilah anda punyai satu sistem bumbungkan-pakaian-secara-automatik-apabila-hujan. Hehe..

 

Bagaimana kain mengering di ampaian?

Pengetahuan saya dalam bidang Heat Transfer amat bermakna bagi saya dalam hal ini. Saya pelajarinya di tahun kedua dalam Mechanical-Automotive Engineering di universiti.

Siapa kata universiti tak ajar cara sidai baju? 😉

1) Bahang panas cahaya matahari

Mendapat cahaya matahari secara terus adalah antara satu bonus dan nikmat Allah di bumi Malaysia ini.

Saya gunakan tenaga haba ini untuk mengeringkan kain dengan efektif. Pastikan bahagian tebal pakaian dihalakan ke-luar, menghadap matahari secara terus.

Kolar dan poket seluar yang tebal dipusing ke arah cahaya matahari.

2) Angin yang bertiup

Di kala cahaya matahari tidak kuat, kita lebih bergantung kepada tiupan angin dalam mengeringkan pakaian. Angin yang kering akan mengeringkan baju secara perlahan-lahan.

Pastikan pakaian diangkat sebelum malam walaupun masih belum kering sepenuhnya. Sebaiknya pukul 6 tu dah angkat kain di jemuran. Sebab angin malam adalah lembap. Jika kita sidai sampai ke esok pun, pakaian akan tetap lembap.

Membiarkan pakaian lembap dalam masa yang lama boleh membuatkan baju dihinggap tahi lalat. Jadi jika ada ruang di dalam rumah, bawa masuk pakaian di waktu malam. Pakaian akan lebih cepat kering!

Bagi memanfaatkan kedua-dua point di atas, perkara berikut harus diambil berat:

— Pakaian tidak berlipat.

— Lengan baju didepakan. Supaya ketiak baju lebih cepat kering.

— Gunakan tali/dawai semaksima mungkin

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah dua tali dawai

Gunakan tali penyidai semaksima mungkin

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain

Tips: Silangkan baju antara tali-tali. (Rujuk gambar atas) Jika tidak, baju akan merapat sebegini.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah kain berlipat

Leraikan kain yang berlipat

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah legakan ketiak

Terbalikkan baju dan legakan ketiak – kawasan yang lambat kering.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah poket tebal keluar

Keluarkan poket untuk seluar yang tebal.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah sidai jemur baju kain di payung

Gunakan dua kaki payung untuk kering lebih cepat. Juga pusing pinggang seluar ke bahagian luar.

 

 

Cara Lipat Baju Anak Kecil

 

Saya terbaca cara ini beberapa ketika dahulu, dan saya rasakan cara ini sangat bagus. Kenapa saya katakan bagus?

> Tak hilang pasangan baju dan seluar

> Lebih senang ambil dari almari

> Cantik di pandangan

Jom kita saksikan bagaimana.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah lipat dua seluar

Seluar dilipat dua.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah

Letakkan baju di atas seluar.

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah siap lipat baju dalam seluar

Lipat seluar dan SIAP!

 

Tips Menguruskan Pakaian di Rumah susunan baju muhammad khadijah

Susunan baju kakak Khadijah dan adik Muhammad.

 

Tips: Jika seluarnya jenis kecil, seluar akan berada di dalam baju. Dan jika seluarnya besar/panjang, seluar itu akan membungkus baju.

 

Itu saja buat kali ini.

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ia bermanfaat. ^^

 

Saif Khalid

1 2 3 4 5 25