Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

Bila anak demam, ibulah yang paling tak senang duduk.

Apatah lagi demam panas. Memang tak tidur malam. Duk jerlum satu badan.

 

Sebelum itu harus diingati, demam adalah normal. Jika tidak terlampau panas, demam adalah selamat.

Demam adalah tindakbalas badan kepada sistem imun kita. Doktor sendiri pernah berpesan; tidak perlu gopoh mencari paracetamol (PCM) jika anak baru demam. Biarkan ia sendiri, 2-3 hari mungkin sistem imun badan anak kita sudah dapat menentang sendiri demam tersebut.

Dan jika anak kita tidur nyenyak, jangan kacau atau kejut. Tidur itu akan melegakannya dari demam. Tidur sangat penting.

 

Dampingi anak kita lebih kerap bila demam. Ketenangan anak kecil sangat membantu dalam melawan demam. Bila kita bersama anak kita, dia akan lebih kuat. Kuat dalamannya.

 

Selain dari makan ubat PCM, apa yang kita boleh buat untuk legakan demam panas anak kecil?

Jika demam panas anak berkaitan dengan masalah paru-paru, kita boleh gunakan bawang putih.

Ya, Bawang Putih.

 

bawang putih anak demam panas bayi

 

Ada apa dengan bawang putih? Apa keistimewaan bawang putih?

– Antibiotik yang selamat dan semulajadi

– Detox

– Mencegah kanser

– Menurunkan kolesterol

– Menghalang alergi

– Perbaiki sistem penghadaman

– Membantu merawat batuk dan selsema

 

 

Bagaimana caranya?ยน

1. Kisar (blend) beberapa labu bawang putih. Untuk disapu pada kain atau pembalut (bandage) setebal setengah cm.

2. Sapukan tapak kaki anak anda dengan sedikit minyak zaitun supaya bawang putih tidak mengganggu atau merengsakan.

3. Tampal bandage bersama kisaran/pes bawang putih tadi pada tapak kaki. Tutup dengan stokin supaya tidak tertanggal.

4. Tinggalkan semalaman. Minum air kosong dengan kerap.

5. Lihat demam panasnya menurun.

6. Jika perlu, tambah pes bawang putih tersebut di kaki anak, kerana pes bawang putih itu akan diserap oleh badan.

 

p/s: Jangan terkejut. Bawang putih sangat mudah diserap melalui tapak kaki. Dalam masa yang singkat, nafas anak anda mungkin akan berbau bawang putih!

 

Anak Demam Panas. Apa Boleh Saya Buat?

 

ยนย  “Gentle Healing for Baby and Child: A Parent’s Guide to Child-Friendly Herbs and Other Natural Remedies for Common Ailments and Injuries“, Candee, Andrusia. New York, 2000.

 

Kongsikan artikel ini jika anda rasa ia membantu. Mungkin sesuatu perkara itu kecil buat kita, tapi mungkin ia amat berharga buat seseorang. ๐Ÿ™‚

 

Sekian,

Saif Khalid

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Bila bersembang dengan jiran atau kawan-kawan, mereka selalu tanya, “Awak buat macam mana anak boleh berak selalu?”

Ya, anak saya sungguh senang untuk berak.

Sejak lahir hingga umurnya sekarang dua tahun lebih.

Tidak sembelit seperti sesetengah bayi.

Alhamdulillah.

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

 

Apa yang kami buat?

Cegah sebelum kena.

 

Saya sebagai bapa, sangat mementingkan pelawasan yang baik bagi isteri dan anak-anak.

Selain memberi makan yang sedap dan berkhasiat kepada keluarga, saya juga akan memastikan proses pembuangan berjalan lancar.

Saya percaya, apa yang masuk dalam badan, wajib dikeluarkan. Secara idealnya 12-14 jam kemudian.

 

Bagaimana Cara Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak?

1. Pastikan kandungan serat adalah tinggi.

Kami membiasakan makan tamar/kurma. Bangun pagi makan tamar. Anak kecil tidak terkecuali. Khadijah sukakannya! Kandungan serat dalam tamar adalah sangat tinggi.

dates kurma tamar Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

2. Sayur atau buah adalah wajib dalam setiap hidangan.

Tabiat makan sayur harus dipupuk sejak anak kecil. Ya, kami memang sukakan sayur. Cuma pastikan kita tunjukkan kepada anak kecintaan kita terhadap sayur. Baru si anak akan turut sama makan sayur. Bapa borek anak rintik.

Baca entri kami tentang baby makan sayur.

 

air kosong Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak 2

 

3. Air kosong yang mencukupi setiap hari.

Saya pastikan kami sekeluarga minum air kosong dengan kerap. Secawan (200ml) setiap jam.

Jika isteri sibuk menyusukan anak, bawakan air untuk isteri. Be a romantic husband!

 

4. Breastfeeding anak secara eksklusif selama 6 bulan.

Melalui pembacaan dan pengalaman sendiri, kami percaya breastfeeding sangat membantu dalam mengatasi sembelit bayi dan kanak-kanak.

Cuma berikan si manja susu badan. Tanpa susu formula atau pun air kosong/masak. Susu formula sukar untuk dihadam dan susah untuk diserap usus.

 

 

Untuk ibu yang menyusukan anak, pemakanan ibu juga memberi kesan kepada pelawasan anak.

Ada ibu yang menyusukan anak secara eksklusif tetapi anaknya masih sembelit.

Pesan saya, cuba periksa kembali diet ibunya bagaimana. Apakah cukup air kosong seharian, apakah cukup serat yang diambil.

Harus juga diingati, serat berlebihan akan menjadikan anak terlebih lawas. Kami sendiri pernah mengalaminya. Anak berak sangat kerap. Pernah sehingga 6 kali sehari! Cair pulak tu. Kesian baby turun berat badan.

Bila jadi macam tu, tengok balik apa yang ibunya makan. Kawal, pantau dan lihat hasilnya. ‘Cubajaya’ orang kata. ๐Ÿ™‚

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Perkara paling penting, amalkan makan sayur sejak anak kecil.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jika tidak diajar dari kecil, mungkin susah nak makan sayur bila besar nanti.

 

Jika anak anda masih tak dapat makan serat yang mencukupi, kami sarankan supaya memberikan anak anda Meal Shakes.

Minuman yang kaya dengan vitamin dan mineral penting. Bacaan lanjut mengenai Meal Shakes di sini.

 

Ramai yang berpuas hati. Anak tidak lagi sembelit, jarang demam, jarang selsema, dan lain-lain.

 

Testimoni Meal Shakes Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

 

Atasi Sembelit Bayi dan Kanak-kanakMeal Shakes 544 gram. RM113.75.

 

Boleh beli secra online bila-bila masa, di mana sahaja anda berada – di sini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Rawatan Resdung Yang Berkesan

Rawatan Resdung Yang Berkesan

Hidung anda sering tersumbat di pagi hari? Atau sepanjang hari?

Kerap sakit kepala, pipi dan dahi?

Atau ALAH kepada habuk dan debu, juga kepada makanan laut? Lagi-lagi BELACAN, ye tak?

 

sinusitis Rawatan Resdung Yang Berkesan

 

Sebelum itu..

Apakah itu Resdung?

 

Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, memecahkan resdung kepada 2 kategori.

Pertama, rhinitis alahan, di mana seseorang itu kerap tersumbat hidung, bersin, dan gatal hidung/mata.

Kedua, sinusitis – sinonim dengan hingus yang berwarna kuning, atau hijau. Malah mungkin bercampur dengan darah. Pesakit juga kerap sakit kepala, sakit hidung dan pipi.

 

 

Dulu saya juga mengalami masalah-masalah di atas.

Saya selalu tersumbat hidung pagi-pagi. Kerap juga sakit kepala dan pipi. Rasa macam lompong dalam pipi. Keradangan.

Paling teruk bila tiba-tiba keluar air/hingus kuning dari hidung. Tanpa amaran. Tau-tau dah keluar. Nak ambil tisu pun tak sempat.

Sehinggalah saya menemukan penawarnya baru-baru ini.

 

Syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t. kerana pertemukan saya dengan penawar resdung ini.

 

Saya rasa bertanggungjawab untuk kongsikan pengalaman saya kepada rakan pembaca semua.

Semoga bermanfaat. Dengan izin Allah.

 

 

Rawatan Resdung Yang Berkesan

 

Atas nasihat keluarga, saya mengamalkan set tiga serangkai.

Saya hanya amalkan sebiji B-Complex, sebiji Vita-C dan lima biji Alfalfa. Dua kali sehari.

Pengambilan pertama saya telah pun menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Ini membuatkan saya yakin dan terus mengamalkan dosage tersebut.

 

Alhamdulillah, resdung saya lega dengan cepat sekali.

 

 

Resdung Rawatan Resdung Yang Berkesan

1. B-Complex. 120 biji. RM53.75

Meredakan tekanan, sakit kepala, dan juga alahan.

2. Sustained Release Vita-C Plus. 180 biji. RM92.50

Antioksida hebat. Membantu menyembuhkan tisu tubuh.

3. Alfalfa Complex. 330 biji RM53.75/700 biji RM97.50

Raja segala tumbuhan. Bertindak melawan alahan.

 

 

Ingin cuba?

Klik link ini untuk dapatkannya secara online sekarang.

Juga boleh Call/Whatsapp/SMS kami untuk harga istimewa atau pertanyaan lanjut mengenai set resdung ini.

 

Sihat untuk beramal.

 

Saif Ar-Rahman Khalid / Nurbahiah Mohd Isa
Shaklee Independent Distributor
013-200 2850 / 013-356 4876

Always WORKS | Always SAFE | Always GREEN

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Merupakan perayaan terbesar bagi umat Islam seluruh dunia di samping Hari Raya Aidilfitri.

 

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Bagaimana kita meraikannya? Apakah ada garis panduan merayakan hari yang mulia ini?

 

Eloklah kita meneliti beberapa adab dalam merayakan hari yang mulia ini.

 

1. Mandi sebelum keluar solat Aidil Adha

2. Pakai pakaian terbaik

3. Memakai haruman (lelaki sahaja)

Wanita tak dibenarkan berwangi-wangian apabila keluar rumah.

4. Tidak makan sebelum solat sunat Aidil Adha

Berlainan dengan Raya Aidilfitri, kita disunatkan alas perut dahulu sebelum keluar solat.

5. Takbir, tahmid dan tahlil

Dari malam 10 Zulhijjah (malam ini) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

6. Solat Aidil Adha dilakukan lebih awal

Tahun ini di Kedah solat Aidil Fitri dilaksanakan pada pukul 9am, manakala solat Aidil Adha pada pukul 8.30am.

7. Khutbah selepas solat Aidil Adha lebih ringkas

Lebih ringkas dari khutbah Aidilfitri. Ini untuk memberi ruang kepada ibadah korban.

Adab Hari Raya Aidiladha

 

Pada Hari Raya Aidilfitri, kita digalakkan pergi dan balik melalui jalan yang lain. Tetapi ada pendapat mengatakan raya Aidil Adha kita digalakkan menggunakan jalan yang sama. Juga untuk memberi ruang kepada ibadah korban. Supaya lebih cepat dapat dilaksanakan.

 

 

 

Apa pun, kami mengucapkan kepada semua pembaca ummukhadijah.com – Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Semoga Allah menerima pengorbanan kita.

Amin…

 

 

-SaifKhalid-

Tips Bijak Menguruskan Masa

Tips Bijak Menguruskan Masa

MASA ITU EMAS

MASA IBARAT PEDANG

Banyak perumpamaan yang diberikan bagi menggambarkan kepentingan masa. Contohnya MASA ITU EMAS. Di sini umum mengetahui bahawa emas adalah sesuatu yang mahal dan berharga. Masa dikaitkan dengan emas bagi menyatakan bahawa MASA sangat berharga! Jika ianya berlalu, kita tak mungkin akan dapat ulang semula masa tersebut. Masa diibaratkan seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka dia akan memotong kita. Masa akan berlalu begitu sahaja. Tiada lagi siaran ulangan.

 

jam

 

Di sini, suka saya kongsikan dengan anda semua Tips Bijak Menguruskan Masa yang saya amalkan.

 

1) Buat jadual harian

Ini nampak macam skema je kan. Tapi, jika anda buat jadual harian, baru anda akan lebih berdisiplin dalam menguruskan masa anda. Anda juga tidak akan terlupa perkara-perkara yang anda perlu buat seharian.

 

2) Prioriti

Letakkan prioriti perkara mana yang lebih penting untuk dilakukan, yang kurang penting dan yang tidak penting. Buat perkara yang penting dahulu. Kemudian, jika kita mempunyai masa lebih, barulah kita melakukan perkara yang kurang penting dan seterusnya. Contohnya sebagai seorang pelajar, jika kita ada assignment yang perlu disiapkan, maka siapkanlah assignment kita dahulu. Kemudian, jika ada masa lebih, boleh kita gunakan masa tersebut untuk membaca buku dan sebagainya. Ingat! Lakukan perkara yang paling penting dahulu ye.

 

3) Buat TO-DO-LIST

Setiap hari sebelum tidur, buat TO-DO-LIST untuk esok hari. Apa yang kita nak buat esok, supaya hari kita lebih teratur dan matlamat tercapai. Contohnya : Saya nak basuh baju pada pukul 8 pagi. Jadi, pukul 8 pagi keesokannya saya mesti basuh baju.

 

Tips Bijak Menguruskan Masa To-Do-List-Nothing

 

4) Jangan bertangguh!

Ini sikap yang susah untuk ditinggalkan bukan? Sekali lagi, buat perkara yang lebih penting. Bertangguh dari melakukan perkara yang tidak penting adalah lebih baik. Contohnya kita berkeinginan untuk menonton televisyen sedangkan urusan dapur masih belum selesai. Tangguhkan dulu keinginan untuk menonton televisyen tersebut. Selesaikan urusan dapur dahulu. Barulah kerja kita tidak tergendala.

 

5) Bantuan orang sekeliling

Minta tolong suami, ibu atau kawan kita jika kita terlupa untuk melalukan sesuatu kerja. Minta bantuan mereka untuk mengingatkan kita. Selain itu, kita juga sangat memerlukan bantuan orang sekeliling kita bagi membantu kita menjayakan TO-DO-LIST yng kita nak buat. Jika kita nak basuh baju pada pukul 8 pagi, tetapi tiba-tiba ada tetamu yang datang ke rumah. Kita tak sempat nak basuh baju. Kita boleh minta bantuan orang dalam rumah kita untuk membasuh baju tersebut. Secara tak langsung, mereka sudah membantu kita menyelesaikan TO-DO-LIST kita.

 

Tips Bijak Menguruskan Masa

Masa 24jam yang Allah beri pada kita janganlah disia-siakan. Gunakan masa sebaik-baiknya. Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah. Selalu orang sebut jangan membuang masa. Tetapi kita bukannya membuang masa tersebut. Kita telah isikannya dengan perkara yang sia-sia. Yang langsung tidak memberi apa-apa input dan keuntungan kepada diri kita. Ingatlah, setiap saat kita ini akan disoal Allah Ta’ala di akhirat kelak. Semoga kita menjadi hamba Allah yang bijak menguruskan masa.

InsyaAllah.

 

 

1 7 8 9 10 11 25