Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini Bahiah nak berkongsi pengalaman pertama mengandung. Memang sangat-sangat excited! Selepas sebulan berkahwin, Bahiah disahkan pregnant anak pertama kami. Memang kami bedua sangat menantikan detik indah ini. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan kami ini.

Masuk bulan kedua pregnancy, Mulalah morning sickness yang bukan morning je, tapi the whole day sampai nak tidur masih muntah-muntah. Lemah rasa diri ini. Nasib baik ada roomates yang baik hati. Macam nurse dah dorang jaga Bahiah. Thanks banyak-banyak Rin dan Nabilah. Final sem ni, kami suami isteri tinggal berasingan. Masing-masing di mahallah masing-masing. Jadi, kena kuat dan tabah kalau tak larat. Paling penting! —> jangan merungut dengan rasa tak larat ini. Keep calm and positive. InsyaAllah, semua yang dilalui indah belaka. 🙂

Selalunya pukul 10 pagi kami akan berjumpa. Sebab waktu tu lah kami ada masa untuk makan kuih-muih. Tapi waktu tu juga selalu sangat muntah! Suami dah berapa kali dah masuk toilet perempuan membantu Bahiah yang tak larat ni. Bila teringat kembali, kami nak tergelak juga dengan satu situasi di mana seorang sister (panggilan untuk pelajar perempuan di UIA)  ni muka terkejut sangat-sangat! Kesian dia. Tak sempat nak beritahu dia, dia dah keluar. Maaf ye sis.

Semasa di UIA, 2 kali saya berjumpa doctor. Doctor bagi ubat untuk tahan muntah. Tapi, saya tak selalu makan pun. Saya tahan sendiri muntah tu kadang-kadang. Doctor cakap tak ada ubat lain melainkan KESABARAN. Dan saya terus sabar dan enjoy my morning sickness sampai turun 7kg dalam masa 2 bulan! Happy juga sebab turun berat badan. Hehehe… Nak makan nasi memang susah, selalu makan roti dan tamar sahaja. Cukup untuk memberi tenaga ke kelas dan melakukan ibadah.

Pernah juga satu malam, saya rasa sesak nafas, pukul 2am suami datang ke mahallah dan membawa saya ke hospital. Sebab bila ke klinik UIA, nurse takut nak bagi ubat sebab saya pregnant. Kami pun terus ke Hospital Selayang. Saya rasa serba salah dengan suami kerana esoknya suami ada midterm exam. Sudah lah dari siang belum tidur, malam pula study. Tengah malam, isteri pula sesak nafas. Terima kasih suami! Allah sahaja dapat membalas kebaikanmu.

hospital

Emergency ward

Final sem ni juga lah kena siapkan Final Year Project (FYP) untuk graduate. Saya rasa bersyukur sangat-sangat dengan kehadiran sahabat-sahabat yang banyak membantu. Alhamdulillah, habis hantar hard cover, poster and presentation, maka tamatlah sudah 4 tahun degree di UIA. Campur 1 tahun setengah di Matriks UIA. 5 tahun setengah berjuang untuk segulung ijazah! Perjalanan selepas ini, akan terus menuntut ilmu. Tiada penghujung ye!

Menempuh 6 bulan pregnancy dengan morning sickness yang mencabar, setelah masuk bulan ke-7 alhamdulillah kembali aktif! Waktu ini, kami suami isteri pulang ke Kedah tinggal bersama mak ayah. Syukur juga suami waktu ini sudah mendapat pekerjaan di Penang. Hanya 20 minit perjalanan. Waktu ini, hari-hari memasak. Bangun pukul 4am untuk masak sebab awal-awal bekerja, suami kena kerja shift selama 3 bulan sebelum masuk kerja office hour. Saya pula di rumah, mula setup online biz sendiri. Bahiah cepat boring bila duduk di rumah. Mesti nak juga buat kerja. Maka tertubuhlah SNB Store. Alhamdulillah~ Sahabat semua boleh cuci mata di sini ye. 🙂

Masuk bulan ke-8 pregnancy, selera ya Allah makin menjadi-jadi. Habis tupperware dibuka tengok kalau-kalau ada makanan. tapi makan sikit-sikit saja. Lapar sentiasa! That’s why I gained weight a lot!! hehe… Sampaikan esoknya due date pun masih meronggeng sana-sini makan kenduri. Rasa juga cekang kadang-kadang perut. Tapi nak makan kenduri punya pasal, pergi jugak. Bahiah masih ingat kata-kata kawan di walimah dia “Bahiah, dah ada good news ke?”  Bahiah dengan suami nak tergelak dah (memang dah gelak pun). Bahiah suka berbaju kurung dan jubah, jadi orang tak perasan pun walaupun dah 40 weeks baby dalam perut ni. nak meletup dah pun! hehe… Kami pun beritahu kawan yang esok due date, tapi keluarnya bila tak tahu. tunggu baby ready dulu, baru lah dia keluar.

9bulan

Ini gambar 40 weeks. Esoknya due date. Tak nampak macam pregnant pun kan?? 🙂

Inilah serba sedikit pengalaman mengandungkan anak pertama. InsyaAllah akan berkongsi pengalaman melahirkan buah hati kami pada entry seterusnya.

p/s : Saya sangat rindukan waktu mengandung. Indahhhhhhhhhhh sangat. Hopefully dapat mengandung lagi dengan izin Allah. Ameen~

Related posts:

7 comments

Leave a Reply to 'Izzati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *