Punca Bayi Menangis

 

Punca Bayi Menangis

Bayi akan menangis atas setiap perkara.

Kenapa? Mudah saja, sebab bayi tak pandai berkata-kata. ;P

 

dodoi anak - punca bayi menangis

 

Kadang-kadang ibubapa muda tertekan bila anak kecil menangis tak henti-henti, dan tak tau dah nak buat apa. Termasuklah saya. Hehe.

 

Bagi susu sudah, salin lampin sudah, dodoi sampai tersengguk pun sudah.
Jam pula menunjukkan pukul 3 pagi. Si comel tak dapat nak tidur lagi.

“Baby nak apa ni….?? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.”

Siapa pernah lalui saat sebegini?

 

Jom kita tengok apa antara punca bayi menangis.

 

punca bayi menangis

 

1. Lapar

Anak kecil selalunya menangis sebab lapar. Lagi-lagi bayi baru lahir.
Kalau ada bunyi pertama “Ek” dari anak yang terjaga dari tidur, maknanya dia nak susu. Kalau lambat sikit, akan bunyi panjang sikit, “Eeek”. Lambat lagi bunyi “Uh oh uh oh”. Kalau tak bagi susu juga, jawabnya “Uwaaaa!”
Jangan tunggu sampai last warning baru terhegeh-hegeh nak bagi susu.
Yang terbaik? First “eh” berbunyi je terus bagi nenen. InsyaAllah anda akan selamat.

 

2. Lampin Penuh

Punca terbesar kedua baby menangis adalah sebab lampin sudah penuh. Ataupun tahi telah bertapuk di celahan buntut si comel. Saya sendiri di awal zaman keibubapaan kadang-kadang terlupa nak periksa lampin bila anak merengek.

Dah lama cuba tenteramkan anak, sampai dah tak larat, baru teringat nak tengok lampin.

Lepas salin je terus anak diam. Fuh.
“Kan bagus kalau awal-awal dah tau nappy baby full.”

 

3. Kembung Perut

Kedua-dua anak kami sensitif dengan perut/angin. Kalau tak sapu atau terlupa sapu minyak angin, maka bersedialah untuk berjaga malam. Petang-petang atau malam, setiap kali salin lampin, wajib sapu minyak angin.
Tapi tak semua bayi macam ni. Kami pernah jumpa bayi yang tak kembung-kembung pun perutnya. Walaupun tak disapu minyak.
Jadi kalau si manja merengek, cuba periksa perutnya, kembung atau tidak.

Caranya? Cuma jentik dengan lembut perut bayi. Atau letakkan satu jari di perut bayi, dan tepuk jari tersebut dengan jari lain. Kalau bunyi macam tin kosong bermakna bayi kembung la tu.

Atau cara lain yang saya pernah diberitahu, tengok ubun-ubunnya. Kalau berdenyut bermakna bayi kembung perut.

Kepada yang sensitif tu, rajin-rajinlah sapu minyak. Baca entri kami yang lepas tentang kembung perut.

 

4. Gangguan ‘Makhluk Halus’

Nyamuk sangat sukakan bayi. Kebanyakan ibubapa akan kelambukan anak kecil supaya tidak diganggu nyamuk atau pun makhluk halus lain. Lepas kelambu, intai ke dalam kelambu, supaya tiada nyamuk yang terlepas ke dalam kelambu.

 

5. Nak Mendampingi Ibu

9 bulan duduk dalam perut.

9 bulan dekat dengan jantung ibu, dengar setiap degupan jantung ibu.

9 bulan di alam rahim.

Lepas berjaya keluar ke alam dunia, sudah pasti si kecil akan rindukan saat bersama ibunya.

Kadang-kadang bila si ibu angkat je anak yang menangis, terus senyap. Ketenangan dirasa. Gembira sungguh!

Jangan pula ada yang berkata begini, “Ha, manjakanlah anak awak tu.”

Bukanlah nak memanjakan anak. Tapi masa kecillah anak perlukan perhatian ibu, supaya kekuatan dalaman, dan keyakinan si anak dapat dipupuk. Anak sewaktu kecil bukanlah waktunya untuk diajar berdikari.

Jadi kalau ada anak menangis, cuba dukung dan dodoi anak. Kalau tak berjaya, periksa punca 1-4 di atas. 🙂

 

Apa kata anda?

Kalau ada punca lain, rajinkan jari mengomen di bawah ya.

 

Selamat mengasuh anak!

 

-SaifKhalid-

Related posts:

2 comments

  • Sajer2 nak suh dukung atas bahu. Letak jer nangis. Amik dukung, tepuk2 senyap. Anak no 2 ginilah selama 3 bulan. Berkatang lengan si ibu. Dah jadi cam lengan malek nor. Hahaha

  • terima kasih atas tips. kadang mungkin juga bayi tak selesa dengan suhu.terlalu panas atau terlalu sejuk.

Leave a Reply to suhailey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *