[Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Saya telah memiliki motosikal Yamaha FZ150i sejak tahun 2008.

Ia merupakan model generasi pertama bagi FZ150i.

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Setelah lebih kurang 6 tahun, saya ingin menulis sedikit tentang motor FZ ini.

Semoga tulisan ini boleh dijadikan panduan kepada yang hendak membeli motor, atau yang ingin menjelajah dengan motor.

 

[Review] Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

 

Sebelum memiliki motor FZ150i ini, saya membuat sedikit kajian tentang motor 150cc.

Maka saya tertumpu kepada dua motor berikut; Yamaha FZ150i dan Kawasaki Ninja KRR ZX150.

Satu jenis naked streetbike dan satu lagi jenis full-fairing sportbike.

 

Antara perbezaan ketara pada mereka adalah (sekurang-kurangnya pada pemerhatian saya);

1. FZ150i menggunakan enjin 4-lejang. ZX150 pula enjin 2-lejang.

Saya kurang selesa dengan bau minyak 2T bagi enjin KR150RR.

2. FZ150i berteknologi fuel-injection, manakala ZX150 menggunakan carburetor.

Fuel-injection bermakna penggunaan petrolnya lebih efisien.

 

Oleh kerana saya berhajat untuk menjelajah menaiki motor, saya perlu melihat kepada kebolehan menyimpan barang yang lebih.

Kedua-duanya boleh dipasang box. Side-box dan juga top box.

Cuma situasi di Malaysia, ZX150 sangat jarang dipasang box. Saya telah pun melihat ZX150 bersama 3 box. Agak menarik!

 

Cuma faktor-faktor berikut membuatkan saya keberatan untuk memilih Kawasaki ZX150;

1. Antara motor hot bagi penggila motor, termasuk mat rempit. Kes kehilangan motor ZX150 adalah tinggi.

2. Bau minyak 2T yang kuat membuatkan saya pening kepala.

3. Agak kelakar jika saya hanya memasang top box untuk kegunaan harian bagi motor jenis sport.

Ya, saya agak cerewet ketika bermotor. Saya sentiasa membawa baju hujan, sarung tangan, payung. Dan kasut hujan pada musim hujan.

 

Faktor besar untuk saya memilih Yamah FZ150i;

1. Jimat minyak kerana menggunakan teknologi fuel-injection.

2. Kes kecurian bagi model ini agak rendah. Sebab motor FZ150i tak laju mana pun. Mat rempit tak pandang. 😉

3. Tampak selesa jika mengenakan top box setiap masa.

 

 

Berapakah kos servis bagi Yamaha FZ150i?

Bagi servis tukar minyak enjin, saya biasanya menggunakan Shell AX5, setiap 2000km.

Fuel filter pula hanya RM16, ditukar setiap 4000km.

Tayar depan dan belakang dalam lingkungan RM90 ~ RM220, bergantung kepada jenama tayar.

Bateri yang berharga RM60 boleh tahan 2 tahun.

Cuma mentol lampu depan agak mahal, RM50. Mentol Philips.

Saya telah mencuba pelbagai jenis minyak enjin. Antaranya Motul, Castrol, Shell, MOS, Hyrax, Petronas. Tetapi saya tidak dapat merasakan perbezaan. Jadi setakat ni saya selalu menggunakan Shell AX5. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

 

Kembara Semenanjung Malaysia Bersama FZ150i.

 

Saya telah bermotor ke semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Perlis.

Kembara sulung saya adalah dari Sg. Buloh ke Sg. Petani Kedah. Singgah selama 2 minggu.

Kemudian ke Kota Bharu melalui jalan Grik.

Selepas itu pulang ke Selangor melalui jalan pantai Terengganu dan Lebuhraya Pantai Timur – Karak.

 

Kembara mega saya berlaku pada bulan Mac 2011. Melalui perjalanan sekurang-kurangnya 1800km, dalam masa 3 hari 2 malam.

Perjalanan merentasi 7 negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Fakta menarik yang ingin saya kongsikan di sini. Perjalanan merangkumi 1800km, menelan minyak tak lebih dari RM80.

Saya hanya berhenti mengisi minyak sebanyak 4 kali. Setiap isian ~RM19 untuk tangki penuh. Tiba di Kuala Lumpur dengan berbaki separuh tangki minyak.

Pagi itu saya memulakan perjalanan dari Gombak, ke Raub – Kuala Lipis. Kemudian ke Kota Bharu, makan tengah hari di RFC Kubang Kerian.

 

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

Di hadapan RFC Kubang Kerian.

 

Perjalanan diteruskan ke Kuantan. Saya bermalam di situ.

Keesokan harinya saya menuju ke Johor melalui Pekan, Rompin, Mersing, Kluang dan UTM Skudai.

Pemandangan di Mersing menarik perhatian saya. Pantainya putih bersih, sedap mata memandang.

Selfie sebentar di Pantai Lanjut, Rompin. Macam ni lah kembara solo, ambil gambar pun kene set timer. 😉

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i

Pantai Lanjut, Rompin, Pahang.

 

Malam kedua, masjid UTM Skudai menjadi tempat penginapan saya. Hari ke3 saya sempat pusing-pusing di Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan berakhir di Kuala Lumpur, melalui lebuhraya PLUS.

Secara purata, kelajuan saya adalah sekitar 100-120kmh.

 

Jimat Minyak Dengan Yamaha FZ150i.

Dari sini saya membuat perkiraan penggunaan petrol.

Perjalanan merangkumi 1800km.

Minyak saya genapkan menjadi RM80.

Mudah kira, saya bahagi RM80 kepada RM2 (minyak/liter), dapat 40 liter petrol.

Biasanya kita membuat perbandingan berdasarkan L/100km atau km/L.

Jawapan akhir adalah 2.2L/100km, bersamaan 45km/L.

Sangat jimat bukan? 😀

 

Saya telah membuat pengiraan untuk kereta keluarga 1500cc, boleh baca di sini;

—->   Kereta Keluarga Jimat Minyak.

Alhamdulillah…perjalanan berjalan lancar. Tiada apa-apa kerosakan teknikal berlaku.

Bukan saya nak galakkan anda semua menjelajah berseorangan. Risau juga kalau berlaku apa-apa kan. Cuma pada masa tu saya tak dapat menemukan teman untuk menjelajah gila seperti ini. hehe..

Kalau anda perasan, saya tidak memasang top box pada motor saya. Saya pertama kali ingin mencuba, dan sebenarnya saya menyesal membuangnya. Lain kali saya akan pastikan top box dibawa bersama. Susah kalau ruang luggage terhad. 😛

 

Akhir sekali, kepada yang ingin kembara menaiki motor, pastikan keadaan motor anda tip-top. Periksa terlebih dahulu keadaan motor sebelum memulakan perjalanan.

Pastikan anda memakai pakaian lengkap, paling kurang dengan jaket, sarung tangan, kasut. Fikirkan worst scenario – kalau ditakdirkan berlaku kemalangan, sekurang-kurangnya kita boleh landing atas jalan tar dengan glove yang berkualiti, bukanlah dengan tapak tangan yang cantik ni.

Bawa motor dengan berhemah. Walaupun kita menunggang dengan baik, mungkin di luar sana terdapat pemandu yang boleh mengundang malang.

Seeloknya sentiasa basahi lidah dengan zikir atau bacaan Al-Quran di sepanjang perjalanan. Moga kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

 

Ok, sekian dahulu dari saya.

Ada apa-apa nak ditambah, jangan malu jangan segan untuk isi di ruangan komen di bawah.

Tunggang dengan berhemah.

 

___________
Saif Ar-Rahman Khalid

 

 

Related posts:

42 comments

  • Terbaik review bro. Semoga sentiasa dilindungi Allah sepanjang pejalanan kemana juga destinasi.

    fb: ryn tanpanama

  • Saudara,saya kini mempunyai yamaha dx100 (1980).
    Saya berhasrat nak beli FZ150i.Terima kasih tentang review yang baik ini. Ada cuma satu soalan. Bagaimanakah nak handle tayar pancet. Adakah liquid2 dipasaran selamat?
    Tlong nasihat.Sekian tk

    • Terima kasih atas komen saudara.
      Malangnya saya tiada pengalaman menggunakan liquid untuk mencegah tayar pancit. Maaf.
      Setakat pengalaman saya, dengan tayar tubeless, saya terus ke kedai motor untuk tampal sebelum tayar kehabisan angin.

  • Assalammualaikum… Nak tanye la… Moto ad side box tu ssh x nak bwk? Klu kat banda boleh main celah2 x? Tq…

  • Hebat la bro, sekarang ni sye tengah kira-kira nak sama ada nak beli FZ150i (2014), Belang 150, DMZ 200 atau amik offer TZM 90-an dari cikgu yang nak balik semenanjung. Terima kasih kepada penulisan saudara yang dengan teliti menerangkan mengenai FZ150i ni.

  • Berapa kos utk side box tu bro..

  • Terima kasih untuk review ini. Insya-Allah mahu buat kembara jarak jauh juga. 😉

    Tumpang bertanya di sini. Untuk servis kali pertama, boleh servis di mana-mana kedai ke? Atau wajib di cawangan Yamaha sahaja?

    • Saya beli hari tu secondhand. Saya cuma servis di kedai biasa. 🙂
      Tak pasti pula warranty void tak if servis di kedai biasa.

      • syabas atas review yang saudara utarakan, kerna perkiraan saudara adalah benar kerana untuk model FZ150i tahun 2013 masih tetap sama seperti model saudara yang saudara miliki pada tahun 2008. dan memang ternyata Yamaha masih kekalkan prestasi FZ150i seperti mana model terdahulu. Memang berbaloi memiliki FZ150i yang suka menjelajah tetapi masih jimat segala segi.

  • Saya ingin nak kembara ker tailen ingin mencari kawan yg sudi Ride bersama saya

  • Jackson Tandang

    Terima kasih . Saya pun tengah mengintai FZ150 dan tahu kelebihannya

  • nak tanya kalau 2hnd anggaran berapa harga?

  • Terima kasih untuk review ni. Sejak fz150 ada keluaran baru ni saya dah start pasang impian. Kalau fz lama sy x berminat sgt.

  • Tumpang tanya, saudara pernah hadapi masalah tak dgn starter fz ni? Bateri dia ok x? By the way, thanks for thr the info.

  • assalammulaikum saif khalid, sepanjang tuan memakai fz ni apa masalah yg besar pernah dilalui, sya ada prncngn mau mbil fz 2008 scondhnd trikh kluar 2013 pmlik asal tu jual dlam 7000 tuan rsa hrga tu brpatutan ka, tujuan sya mbil mtor tu ntuk ke tmpt krja dan pergi ke kebun, kebun tu jalan agak teruk. minta pndngn dan nasihat tuan…

    • Waalaikumussalam… Seingat saya, masalah yang besar skit hanyalah problem starter, macam yang saya komen di atas. Susah nak hidup, dan senang pula mati enjin. Tapi lepas tukar coil dan bateri semua ok balik.
      Pendapat saya, dengan ketinggian motor FZ ni, sesuai untuk dibuat ke kebun.
      Cuma harga tu, cuba ejas lagi. 🙂

  • terima kasih bnyk tuan. semoga spnjng hyat tuan dan isteri sentiasa mndpat redha allah dan berkat sepanjang hayat…

  • bro ada tips x cara nk check fz150 sebelum beli 2nd hand? takut seller tipu..

    box tu beli mana? sy tgk harga hri tu kt internet 1000++ side box 2 biji jer…

    bro ada kawan yg mod motor ni x? nk tiru ideas….

    thanks

    • At least try bawak motor tu pusing-pusing taman..tengok dan ‘rasa’ motor tu ok ke tak.
      Pastu tengok dia ada service record history tak. Nak tengok sejauh mana dia jaga motor.

      Mahal jugak yer side box RM1000 lebih. RM700 tu harga tahun 2008. Harga sekarang saya tak pasti. Cuma barang-barang camni saya lebih suka pergi terus ke Givi Centre.

      Untuk mod, saya ada la kawan ni yang suka mod. Try jenguk FB ‘Wan Damian’.

  • Assalamualaikum.

    Terima kasih atas perkongsian dari tuan empunya blog. Saya baru saja angkat FZ 150i second hand keluaran 2010. Bagaimanapun, lepas seminggu dah guna, bateri pula drain, hahaa. Nak kena cari bateri baru. Bernasib baik juga saya terjumpa blog ni, alhamdulillah kos tukar bateri tak la semahal yang saya sangka.

    Apa-apa pun, terima pada tuan kerana beri tips yang berguna. Paling penting motor ni jimat minyak. Saya dah try guna bawa pi kerja. Isian penuh petrol dalam tangki boleh tahan satu minggu. Ini yang saya suka kerana tak perlu galak ke stesen minyak. 🙂

  • Terbaik bro,terima kasih kerana bg info yg berguna,sy pn teringin nk mengenbara mcm bro dgn fz ni,tp apa kn daya rse nye memg isteri x bg kot..thn kn jela minat kembara ni..

  • Petang ni bhajat nak tgk moto fz 2nd…klu setat dengar bunyi enjin fz ni bleh taw ke enjin dh usik ke belom??

  • MOHD JAFARI BIN JOHARI

    Assalamualaikum tuan. Sy mnggunakan FZ150i 2014. Tiada pngalaman kembara yg luas,tp pernah setahun berulang alik kerja Masjid Tanah,Melaka ke Ayer Hitam, Johor (2014-2015). Pernah ke Pahang berkonvoi 2 buah LC135 dgn abang tnpa ada perancangan, lebih seronok dan mncabar.

    Saya peminat Yamaha bermula dgn RXZ135, TZM150, LC135 dan terkini FZ150i. Pernah pakai Honda EX5 6 bulan sblm tkr pada FZ.

    Sepanjang pengalaman sy gnkn motor, model FZ ni paling manja dr segi penjagaan minyak hitam. Setiap 2000km normal ride (80-100km/j) / 2 hari perjalanan 2jam non-stop speeding (110-120km/j) minyak hitam akan cepat kering. Technician SC Yamaha pun maklumkn ramai owner complaint perkara sama. Hati2 sbb saya pernah alami bearing pecah pada connecting rod sbb minyak kering.

    Bateri lebih baik tukar jenis basah,mmg perlu penjagaan tp lebih tolerate slps 1 tahun d tak kong terus xboleh hidup.

    Ride solo atau kurang 5 org lg seronok berbanding secara kumpulan besar sbb mudah capai kata sepakat d tidak terikat dgn atucara tp sesekali secara ramai ok gak.

    Kalau ada perancangan nak buat ride santai ilmu d mengenal Pencipta teringin gak nak join. 🙂

    • Waalaikumussalam..
      Bearing conrod pecah sebab minyak kering? Dasat tu.

      Pada saya ok la nak jaga FZ ni, takda la leceh sangat. Mungkin sebab saya belum pernah memiliki motor sebanyak motor2 tuan. Hehe.

      Ada jodoh nanti kita boleh ride sama-sama.

  • Assalamualaikum.. Perjalanan yg jauh.. Saya kagum ketabahan tuan. Saya pernah menggunakan fz 1st model selama sebulan. Masalah kebas tangan dek getaran handle terutama menunggang melebihi sejam. Tak tahan terpaksa dijual. Tidakkah tuan mengalami masalah getaran berkenaan?

  • Assalamualaikum tuan..boleh berikan tips2 untuk membeli fz150 second x?

  • Tahniah sahabat..saya memiliki fz2012 standard..ingin ride solo semenanjung tp risau sbb mileage dah mencecah 70k km..motor mmg tak pernah rosak..tukar bateri sekali..ap pendapat sahabat?

    • Mileage pada saya bukan penghalang. Asalkan motor dalam keadaan tiptop, bertebaranlah ke mana saja. 🙂
      Sebelum ride semenanjung, sangat bagus jika tuan Zack dapat periksa motor dengan pomen yang dipercayai terlebih dahulu.

  • Assalamualaikum. Saya dah pakai fz150i 2011. Alhamdulillah x pernah problem. Bateri pun baru sekali je tukar. Tu pun bateri dah lemah. tapi boleh pakai kick starter. Skrg ni dah beli Honda RS150. Dah jarang bawak fz tu.. tp bila sesekali bawak best pulak.. Kalau ada nak konvoi memana boleh lah join sekali.. huhuhuu

Leave a Reply to Zulkarnain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *